Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, May 31, 2009


_Jangan ditanya.

Johor,
Kirim salam sajalah.

Kenduri kendara,
Semoga bahagia hingga akhirat sajalah.

KL,
Pandang sebelah mata sajalah.

Terengganu,
Bakal ke sana.. tunggu.

Yang dinamakan kerja tidak ingat dunia.

Bermula dari Sabtu hingga Ahad.
Duduk secara solo di rumah.
Keluar rumah jam 9 pagi.
Menuju ke office.
Sampai malam.
Pulang.

Bila pulang.
Perut disumbat maggi.
Tidur berbantalkan lengan.
Beralaskan lantai marmar sekeping.
Ditemani lampu kalimantang galak menyilau.
Bersama cahaya televisyen terbuka hingga ke pagi.
Dengan telefon yang haram nak ditambah kreditnya.

Itu.

Yang dinamakan kerja tidak ingat dunia.

Ya Allah,
Terasa letihnya.
Terasa berbunyi-bunyi tulangnya.

Jangan ditanya.

Tapi.

Jika kerja tidak ingat akhirat. Itu memang wajib dilempang secara berjemaah. Lalu, dibalut kain kapan. Seterusnya, dicampak 7 kaki ke dalam tanah. Dan dikambus dengan segala jenis tanah yang ada. Aduh. Hampir kesemua ruas tulang terkorban sepanjang minggu ini.

Tolong_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, May 29, 2009


_1..2..3.

< Mesej bermula >

Ke KL.
Ke Johor.
Ke Terengganu.

Sibuk dengan urusan dunia. Entah bila baru sudahnya. Termuntah - muntah kering dibuatnya. Nak ditinggalkan, mati emak. Nak diluahkan, mati bapak. Muntah kering saja tinggalnya. Jangan dimakan. Bukan boleh jadi Badang.

Kamu semua.
Sila jaga diri.
Dan mekap peribadi.

Segala terlanjur kata yang memang disengajakan atau tidak disengajakan, harap dimaafkan. Oh ya, buat EL. Sekotak Choki Choki baru bersemadi di pejabat pos Taman Melawati. Belinya dah lama. Cuma nak hantar ke pejabat pos saja yang tertangguh-tangguh. Kemaafan dihulur sangat-sangat.

Ok.
Maaf zahir batin semua.

< Mesej tamat >

Kringg.
Kringggg.. kringg.
Kringgggg.. kringgg.
Kringgggggg.. kringgg.


Itu bunyi telefon.

Klik!

Sila tinggalkan pesanan anda selepas bunyi 'Beeepp'_.

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, May 26, 2009


_Lelaki dan perempuan.

1 + 1 = 2

180 darjah + 180 darjah = 360 darjah

Saling melengkapi.

Lelaki dan perempuan.

Dari a sampai z.
Semuanya berlainan.

Bentuk fizikalnya.
Cara berfikirnya.
Perangainya.
Gayanya.

Gaya membasuh pinggannya.

Ya.

Basuh pinggan.

Perempuan.
Basuh pinggan,
Sabunnya sedikit,
Pinggannya ditelangkupkan,
Gaya sopan berterima kasih diberi rezeki.

Lelaki.
Basuh pinggan,
Sabunnya selambak,
Pinggannya tidak ditelangkupkan,
Gaya sopan berterima kasih mahu diberi lagi rezeki.

Ya.

Basuh pinggan.

Dari cara meletak basuhan pinggan, sudah boleh dikenalpasti itu lelaki atau perempuan. Dari gaya menyabun pinggan serta membilas pinggan juga boleh dikenalpasti itu lelaki atau perempuan.

Tak percaya?

Sila ke dapur sekarang_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, May 25, 2009


_Hei, sejati pun bukan. Tiruan pun bukan.

Entah apa-apa.

Kadang macam tak logik.
Kadang macam kelakar.
Kadang macam sengal.

Sangkanya.

Tuan tanah blog ini berjantina lelaki.

Eh, eh.
Boleh pula.

LELAKI?

Gila tak seronok jadi lelaki.

Kaum Adam,
Sila jangan ambil hati.

Cuma rasa bersyukur lebih berat ke arah wanita.
Alhamdulillah diciptakanku seorang wanita.

Kaum Adam,
Sila jangan ambil hati.

Alah.

Biarlah.

Biasalah. Dunia maya. Atau mungkin. Biasalah. Aku memang kasar. Bahasa pun keras. Hati pun ada keras. Tempurung kepala lagilah keras. Cuma longkangnya saja yang sedikit dalam. Kepala lutut pun keras juga. Tapi, jalannya masih belum kengkang. Masih sopan maju ke depan.

Alah.

Biarlah.

Nak panggil 'bro' ke.
Nak bersangka aku lelaki ke.

Sila. Sila.

Tak kreatif betul meneka.

Lelaki?

Hak alah..
Langsung tak ekselen.

Tak kreatif betul meneka.

Cuba bagi 8 sebab apa pasal aku disangka lelaki_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, May 25, 2009


_Ada sebabnya.

Kenapa aku malas nak duduk walaupun ada tempat duduk kosong dalam LRT itu. Bukannya menolak rezeki. Cuma, kadangkala lebih aman, selesa, makmur dan bahagia kalau dapat berdiri. Selesa pun selesa. Tak adalah rasa terancam.

Serius.

Selalu juga terasa terancam bila naik LRT.

Dari Terminal Gombak ke Kerinchi.

Boleh tahan bengkok jugalah kepala lutut kalau kena berdiri sepanjang perjalanan. Sampai kebas-kebas tapak kaki. Kadangkala kebas akibat dipijak orang sebelah. Tolak tambah, dalam 40 minit juga kadang nak menyampaikan ke hala tuju itu. Memang bertarung nyawa.

Itu belum lagi masuk berhimpit dan berasak-asak merapatkan saf dalam gerabak. Berkongsi nafas dan suhu badan. Campuran minyak wangi dan peluh asli sejati menjadi satu. Herghhhh.. lemas dibuatnya.

Dari Kerinchi ke Terminal Gombak.

Selalu kalau gerabak sardin tengah naik syeh yang datang, memang aku lepaskan. Tak nak naik. Sanggup itu tunggu tren berikutnya. Bukan apa. Gerabak tren itu sudah kacak molek. Cuma sardin-sardin yang tengah naik syeh dalam itu yang aku tak sanggup.

Ada sekali itu..

Ada tempat duduk kosong. Betul-betul sebelah dinding. Memang menimbulkan gelora seronok. Aku apa lagi. Laju je melabuhkan kepala lutut.

Tiba-tiba.

Seorang lelaki Cina. Sebelah aku. Melentukkan kepalanya.

Hak alah dia ini...

Agak-agaklah.

Mula-mula, kepala.
Lepas itu, badan.
Lepas itu, kaki.

Kesudahannya. Semua beban seluruh badan dihimpitkan ke aku. Waemah sebelah dia lelaki juga. Memang dasar magnet berlainan cas betul. Magnet cas sama memang dia menolak. Magnet cas berlainan.. sebab itulah dia menghimpit.

Sesak nafas menahan berat badan dia. Tangan dah ringan je nak siku. Badan dah ringan je mahu beranjak ke depan. Biar berdesing kepalanya berlaga tiang. Malangnya, nak gerakkan tangan pun tak lepas. Kepala dia dah mula nak jatuh ke landasan. Sipi lagi nak mendarat ke bahu aku. Sipi lagi nak berlaga kepala.

Makwe Cina depan aku dah pandang semacam. Pandangan simpati.

Kesudahannya.

Setiap 5 saat aku bergerak-gerak. Tak kisahlah gerak mana-mana pun. Gerakkan siku ke. Gerakkan badan ke. Berpura-pura batuk ke. Konon-konon, tektik mahu menjerkah pihak lawan secara halus.

Akhirnya, dia tersentak. Terus terjaga. Terus menegakkan badan yang senget hampir 60 darjah. Hah. Akhirnya. Muncul juga kesedaran sivik. Ciss.. separuh nyawa menahan dihimpit ke dinding.

Hah.

Tengok.

Bukan seronok pun kadang dapat tempat duduk. Macam lempeng penyek pula dihimpit beban macam itu. Bukan ringan sikit-sikit punya beban. Ini tahap beban berat juga. Tak bernafas dibuatnya.

Dah kata dah.

Ada sebabnya_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, May 24, 2009


_Tuah ayam. Pada sabungnya.

Alim manusia.
Di mana letaknya?

Pada..

Janggutnya.. kah?
Tudung labuhnya.. kah?
Serban atau ketayap di kepalanya.. kah?
Gamis atau jubah yang dipakainya.. kah?
Ketebalan berbiji-biji tasbih di tangannya.. kah?

Atau.

Kah Kah Kah.

Hah.

Di mana?

Pengertian 'Orang Alim' bagi manusia akhir zaman.

"Jiran aku itu pakai tudung labuh. Berpurdah lagi."
"Huiyoo.. orang alim."


"Takkanlah kita nak pakai serban pergi kerja. Ishh.."
"Haahlah. Orang alim bolehlah. Nanti orang tengok semacam."


"Huishh.. panjangnya janggut pakcik itu. Sampai ke dada."
"Itulah pasal. Orang alimlah katakan."


Mentaliti kita. Yang biasa-biasa.

Dengar nasyid 24 jam.
Disangka orang alim.

Keluar masuk masjid berkali-kali.
Disangka orang alim.

Pegang tasbih merata-rata.
Disangka orang alim.

Bertudung labuh litup.
Disangka orang alim.

Tidak bersalam tangan dengan bukan muhrim.
Disangka orang alim.

Terkumat - kamit berzikir memuji Allah.
Disangka orang alim.

Pelik bukan.

Serasa akulah. Perkataan alim itu bukankah daripada perkataan arab. Yang bermaksud berilmu. Memanglah berilmu. Pakaian dan perwatakan seperti orang Islam yang berilmu. Mengikut suruhan dan sunnah yang sepatutnya. Kalau itu yang dikatakan orang alim.. maka selebihnya orang apa agaknya.

Barangkali orang yang tidak berilmu.

Mungkin juga. Mungkin juga.

Atau
orang miskin ilmu.

Atau
orang bodoh.

Atau
orang tidak berotak.

Takrifan keras. Dan kasar. Sebuah realiti. Makanya. Andai berjubah berserban dituduh orang alim, adakah berskirt pendek, berbaju singkat dan ketat serta berseluar pendek gaya seperti kebaratan itu orang miskin ilmu? Atau bahasa kasarnya.. orang bodoh baghal?

Jika orang yang sebegitu boleh dipanggil orang alim..
Barangkali orang yang sebegini boleh juga dipanggil orang bodoh baghal.

Bolehlah agaknya.

Kan.

Mentaliti kita. Yang biasa-biasa.

Begitukah_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, May 20, 2009


_Di belakang rumah.

Sebatang dahan.

Daunnya merimbun. Rajin berguguran. Bertaburan. Bermandi hujan. Menyembah bumi. Hari demi hari.

Kelmarin..
Sehelai.

Semalam..
Sehelai lagi.

Hari ini..
Berhelai-helai.

Semakin lama.

Semakin rongak dahan itu. Yang tinggal, cumalah gusinya si ranting. Helaian gigi-gigi daunnya pula habis jatuh berguguran dijentik bayu. Tersungkur mencium tempat langit dijunjung. Barangkali, perlu dipakaikan pendakap gigi.

Gigi daun.

Yang bernama..

kegigihan.

Atau, bahasa melekitnya.

Terasa dihimpit putus asa. Hari demi hari. Putus asa. Putus asa. Putus asa. Putus asa. Putus asa. Putus asa. Putus asa.

Walahai.

Macamana_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, May 19, 2009


_Mengandung.

Bukan kerja mudah.

Tapi. Tak susah. Cuma, bukan kerja mudah.

Semasa kandungan dalam bulan pertama, kedua dan ketiga. Memang susah nak menjangka bentuk perut. Semacam tiada beza. Jika dibandingkan dengan wanita lain yang tidak mempunyai kandungan janin.

Tengok dari side A..
Sama.

Tengok dari side B..
Sama juga.

Tengok dari depan..
Lagilah tak ada beza.

Tengok dari belakang..
Err.. jangan tengok.

Suatu hari. Dalam LRT.

Aku duduk. Tiba-tiba.. ada seorang makwe ini berdiri menghadap aku. Kecil molek orangnya. Kulitnya cerah kuning langsat. Matanya sepet tiada berkelopak. Hidungnya mancung bak..

Cik,
Sila jangan bagi imaginasi lelaki berkeliaran dalam ini.

Oppss..
Minta maaf.

Hah.. sambung.

Lepas itu. Makwe ini pun bersandarlah dekat tiang di depan aku. Disebabkan badannya kecil. Aku pun tak bersangka apa-apa. Tapi. Kejap-kejap mata ini meliar menghala ke perutnya. Mengandung ke? Macam tak. Tapi. Macam iya pun ada.

Serba salah sungguh.

Kejap-kejap pandang ke kiri.
Lepas itu, jeling ke perutnya.

Kejap-kejap pandang ke kanan.
Lepas itu, jeling ke perutnya.

Kejap-kejap pandang ke bawah.
Lepas itu, jeling ke perutnya.

Kejap-kejap pandang ke sudut 45 darjah.
Lepas itu, jeling ke perutnya.

Kejap-kejap pandang ke sudut -45 darjah.
Lepas itu, jeling ke perutnya.

Mulut dah ringan je nak bertanya..
"Err.. awak mengandung ke?"

Serba salah sungguh.

Macamana_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, May 18, 2009


_Ini bukan kisah si Tanggang, anak derhaka.

Tapi.

Ini kisah sebatang tulang yang tidak akan hancur di dalam tanah. Tulang yang patuh kepada Tuhannya. Malah, kebangkitan manusia akan bermula daripada sebatang tulang ini ketika hari Kiamat nanti. Yang mana, masih setia dalam keadaan rupa bentuk asalnya. Yang mana, tiada cacat celanya.

Tulang itu,
bernama..

Si Tungging.

Pernah dengar?

Atau dikenali juga sebagai..
Tulang Sulbi.

Atau juga..
Coccyx.

Tulang Sulbi

(Rujukan di bawah dipetik sebulat sebiji daripada www.eramuslim.com)

Tulang Sulbi adalah tulang terbawah dari vertebral column (tulang punggung). Disebutkan dalam banyak hadis bahawa tulang ini adalah asal mula manusia, bahawa daripada tulang inilah mereka akan dibangkitkan pada hari Kiamat dan bahawa tulang ini tidak hancur di dalam tanah.

Hadis-Hadis Nabi Saw:

  1. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasul saw bersabda, ‘Semua bagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah kecuali tulang sulbi yang darinya ia mulai diciptakan dan darinya dia akan dibangkitkan.’ (HR Bukhari, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad in Musnad-nya, dan Malik in kitab al-Muwaththa’).

  2. Diriwayatkan Abu Hurairah bahwa Rasul saw bersabda, ’Ada satu tulang pada anak Adam yang tidak dimakan tanah.’ Mereka bertanya, ‘Apa itu, ya Rasulullah?’ Beliau menjawab, ‘Tulang sulbi.’ (HR Bukhari, Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dalam kitabnya al-Musnad, and Malik dalam kitabnya al-Muwaththa’).


Jadi, hadis-hadis tersebut jelas dan memuat fakta-fakta sebagai berikut:

  1. Manusia diciptakan mulai dari tulang sulbi.

  2. Tulang sulbi tidak hancur.

  3. Pada hari Kiamat, kebangkitan manusia bermula dari tulang sulbi.


Cool kan?

Cepat cakap Subhanallah 8 kali_

Sambung baca...

Kategori:

Saturday, May 16, 2009


_Ini teori aku je. Entahlah ia ke tidak. Sila putuskan sendiri.

Ok.

Mari bentangkan teori.

"Weh.. atuk aku boleh belah kayu pakai tangan je kau tau."
"Uihh.. terer."


"Adik aku hari tu jatuh tangga dari tingkat 10 sampai tingkat 1 rilek je."
"Uihh.. terer."


"Makcik aku jual kuih sehari je boleh dapat RM1000."
"Uihh.. terer."


Terer.. terer.

Terer itu apa?

Hah.

Jangan main sembrono saja.

Aci redah selagi boleh. Aci di India pun tak redah macam itu punya gaya. Aci yang duduk di ceruk India. Belah-belah kampung sana, mungkin. Aci.. aci buka pintu. Nana balik.. pukul 1. Belakang rumah.. ada hantu. Matanya..

Cik..
Kalau kau sambung nyanyi lagu itu..
Memang den lompang ekau kang.

Eleh.

Eh..
Aci itu.. apa asal usulnya.

Hah.
Jangan nak start.
Beragak sebelum kena.

Terer.. terer.

Entahkan faham. Entahkan tidak maksud tersirat.

Tahukah anda asal usul 'Terer'?

Mengikut Wikipedia perihal takrifan 'Terror'..

  1. Fear, an emotional response to threats and danger.

  2. Terrorism, a policy or act intended to intimidate or cause terror.


Hah..

Macam-macam lagilah takrifan.
Baca sendiri link itu.
Jangan malas.

Sungguh..

Maksud yang menimbulkan syak wasangka.

Jangan main sedap guna saja.. kalau tak tahu maksudnya. Entah-entah.. sebab itulah agaknya orang Islam ini dituduh terrorist. Sikit-sikit.. terer. Sikit-sikit.. terer. Kan.

Logik ke tak logik itu teori aku.

Kalau sungguh pun nak gambarkan 'hebat'..
Gunalah..

HEBAT (bahasa Melayu)

Atau..
SUGOI (bahasa Jepun)

Atau..
HOR YEY (bahasa Kantonis)

Atau..
EXCELLENT (bahasa Inggeris)

Atau..
EKSELEN (bahasa err.. aku)

Mana-mana pun boleh.
Mana-mana pun.
Mana-mana.

Lebih kurang adik beradik juga maksudnya.

Hah.

Logik tak teori aku_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, May 13, 2009


_Alahai.

Malulah nak cakap.

Emm..
Mmmmm..
Hmmmmmm..

Alahai.

Malulah nak cakap.

Ah..

Korang teka sendirilah apa benda aku nak cakap.

Tengok ekselen tak ekselen_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, May 12, 2009


_Ya Allah hai..

Masuk ini sudah hari ke 2.

2 hari lebih-lebih.

Sejak Ahad hilang. Langsung tak boleh nak recall balik. Penat aku selongkar rumah. Manalah aku letak. Atau pun.. manalah adik nurse ini letak kalau ternampak masa kemas rumah hari itu.

Kunci kereta hilang.

Alahai.

Gila rungsing.

Jangan tanya macamana aku drive hari-hari.
Mestilah pakai kunci spare.

Alahai korang ini.

Orang tengah gila rungsing ini. Boleh pula fikir luar normal.

Tolong cari, boleh?

Lokasi dalam rumah aku jelah. Skop kecik. Senang_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, May 11, 2009


_Teknologi memang di hujung jari.

Senang.
Simple.
Cool.

Contohnya, Maybank2u.

Nak top up prepaid pun senang. Tolak je daripada ekaun. Dengan 2.. 3 klik saja. Senang bukan. Pejam mata pun boleh buat.

  1. Pilih 'XPAX'.

  2. Tekan 'Next'.

  3. Pilih 'RM10'.

  4. Tekan 'Next'.

  5. Tekan 'Request TAC'.

  6. Tunggu 2 minit.

  7. TAC diterima.

  8. Masukkan TAC.

  9. Transaksi berjaya.



Gila syok!

Dah top up. Dah boleh sms. Dah boleh call. Wahoo. Seronok. Gila seronok. Sangat seronok. Memang seronok.

Lepas itu..

Molek je nak tutup window Maybank2u itu.
Baru teringat.

Ya Allah hai... RELOAD NUMBER!!

Lupa nak salin.

Haah.
Iyalah itu pejam mata pun boleh buat.
Celik mata pun tak lepas ini hah.

Teknologi memang di hujung jari.

Senang.
Simple.
Cool.

Tak guna_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, May 10, 2009


_Dah mula dah.

Musim pra-persenyawaan.

Setiap hujung minggu.
Mesti kenyang.
Makan free.

Ekselen.

Kepada sesiapa yang bakal membina masjid,
Binalah dengan iman dan taqwa,
Semoga bahagia sampai akhirat.

Amin.

Hah.

Jangan nak tanya bila turn aku.

Tak kreatif betul soalan.
Entah apa-apa.

Daripada sibuk nak tanya perihal itu..
Aku cadangkan siapa-siapa yang nak bertanya itu..
Risaukan hal dunia akhirat sendiri.

Lagi berfaedah.

Amacam?

Musim pra-persenyawaan.

Dah mula dah_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, May 10, 2009


_Orang kata.

Setiap Ahad dalam minggu kedua bulan Mei.

Itu.. hari Ibu.

Kan?

Aku bukan jenis menyambut benda-benda gini. Malas. Takkanlah ibu itu diraikan setahun sekali je. Sedihnya kalau aku jadi ibu. Mother's day. Father's day. Friendship's day bagai. Sambutlah hari-hari kalau berani. Apa kelas sambut setahun sekali.

Mungkin aku ini kekampungan, barangkali.

Tapi.
Apa kelas sambut setahun sekali.
Sambutlah hari-hari kalau berani.

Tapi.

Suka hati koranglah.
Itu ibu korang.
Kan.

Tapi.

Video klip bawah ini untuk korang semua.



Tapi.

Eh, berapa banyak tapilah woi!

Diam.

Tapi.

Hari Ahad ini.
Dalam tahun 2009 ini.
Pada hari yang dipanggil Hari Ibu ini.
16 biji Ferrero Rocher beserta gulungan doa..

Itu semua.. milikmu emak.

Nak luahkan dalam perkataan, macam tersangkut tersepit.

Makanya.
Surat ini.. untukmu emak.

Kepada bidadariku bernama Emak..

Emak,
Dulu saya nakal. Degil. Malas.
Bukan dulu je.. sekarang pun sama.
Tapi emak tetap sabar tak pernah pinggir dan buang saya.

Ana uhibbu ummi.
Syukran.
1 biji Ferrero Rocher ini untukmu.

Emak,
Dulu saya suka bantah cakap emak,
Apa saja yang disuruh semuanya ditangguhkan,
Tapi emak tetap penuhi segala permintaan saya tanpa bertangguh.

Ana uhibbu ummi.
Syukran.
1 biji Ferrero Rocher ini untukmu.

Emak,
Masa Tingkatan 3 dulu kala,
Bila saya tak larat nak siapkan Kajian Sejarah Tempatan,
Sampai tertidur-tidur mencium kertas dan gumpalan pensel warna,
Emak saja yang sanggup menahan mata dari malam sampai pagi,
Emak saja yang sanggup tolong siapkan Kajian Sejarah Tempatan itu,
Sampai.. saya dapat A.

Ana uhibbu ummi.
Syukran.
1 biji Ferrero Rocher ini untukmu.

Emak,
Masa saya belum kenal erti lukisan,
Emak yang sudi melayan kerenah saya,
Emak yang sudi bersabar mengajar melukis orang lidi,
Emak yang sudi mengajar memegang batang pensel dengan betul,
Sampai.. saya pandai melukis orang lidi.
Sampai.. saya bercita-cita nak jadi grafik artis.

Ana uhibbu ummi.
Syukran.
1 biji Ferrero Rocher ini untukmu.

Emak,
Kadang-kadang bila emak masak saya tak makan,
Walaupun emak kelaparan.. emak tetap sediakan makanan,
Emak tetap setia menunggu anaknya pulang menjamah makanan,
Sampai.. tertidur.

Ana uhibbu ummi.
Syukran.
1 biji Ferrero Rocher ini untukmu.

Emak,
Setiap kali waktu bersahur anak-anak mesti malas bangun makan,
Emak juga yang setia bangun seawal 3 pagi untuk sediakan makanan,
Dan setia mengejutkan anak-anak yang liat bangun untuk makan,
Emak tetap bersabar melayan tempelak anak-anak yang tidak mahu makan,
Emak tetap setia menunggu anak-anak menghabiskan makanan,
Untuk dikemaskan meja dan menyimpan semua hidangan makanan,
Sampai.. masuk waktu imsak.

Ana uhibbu ummi.
Syukran.
1 biji Ferrero Rocher ini untukmu.

Emak,
Bila saya tak ada duit nak buat belanja hidup hari-hari,
Tanpa kisah, emak mengorek duit simpanan sendiri untuk anak,
Emak bagi duit belanja berpuluh-puluh ringgit untuk anak,
Walaupun duit emak sendiri tidaklah banyak mana simpanannya.
Emak tak kisah.. asalkan.. anak itu hidup senang.

Ana uhibbu ummi.
Syukran.
1 biji Ferrero Rocher ini untukmu.

Emak,
Bila saya ditimpa kesusahan dan malapetaka,
Emak yang setia berada di sisi menyejukkan hati,
Emak yang sentiasa bagi kata-kata semangat di saat dunia membenci,
Tanpa jemu emak menghulurkan kasih sayang dan doa untuk saya.

Ana uhibbu ummi.
Syukran.
1 biji Ferrero Rocher ini untukmu.

Emak,
Walau berjuta Ferrero Rocher kegemaran emak saya bagi,
Tak sama langsung dengan segala pengorbananmu sejak dulu hingga kini.

Ya Allah,
Peliharalah ibuku sebagaimana beliau memeliharaku dahulu.

Ya Allah,
Kasihilah ibuku sebagaimana beliau mengasihiku dahulu.

Ya Allah,
Ampunilah segala dosa ibuku atas segala salah silapnya.

Ya Allah,
Panjangkanlah hayat ibuku agar dapat kubalas segala jasanya.

Ya Allah,
Kurniakanlah kebahagiaan untuk ibuku di dunia dan di akhirat.

Ya Allah.. syukran.
Ya Allah.. syukran.
Ya Allah.. syukran.

Ana uhibbu ummi.

Buat sesiapa yang masih ada ibu..

Hargailah ibu itu sebaik mungkin.
Layanilah beliau dengan sepenuh kasih sayang.
Jangan meninggi suara dan berkasar dengan mereka.

Buat sesiapa yang masih ada ibu..

Peluk ciumlah mereka sentiasa.
Sentiasalah berada di samping mereka.
Sentiasalah dahulukan mereka dalam setiap segala.

Buat sesiapa yang masih ada ibu..

Kucuplah tangan mereka setiap kali sebelum keluar rumah.
Selitkanlah doa buat mereka dalam setiap sujudmu.
Mintalah restu ibu dalam setiap langkahmu.

Ibu,
Itu dunia.
Itu syurga.
Itu juga keredhaanNya.

Ketahuilah,
Setiap langkahmu walau di mana jua berada,
Sentiasa berada dalam gulungan doa daripada ibumu,
Sentiasa berada dalam kesejahteraan Ya Rabb.

Ana uhibbu ummi.

Dah.

Pergi peluk cium ibu korang hari-hari_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, May 08, 2009


_Zaman dulu kala.

Masa itu. Akal cetek lagi. Iman pun belum 5% lagi. Mulut pun belum ringan lagi nak bersyukur dengan Allah. Kepala otak hari-hari fikir nak seronok saja. Belajar pun sambil main-main. Nak cium sejadah pun main-main. Memang nak kena tempeleng dengan kemurkaan Allah.

Itu.

Zaman dulu kala.

Tahun 1997 - 1998. Orang kata, nak menimba ilmu biarlah sampai ke negara China. Aku belum pernah jejak lagi ke China. Tapi. China yang dah jejak dulu ke Malaysia. Semua barang di Malaysia ini 'Made from China'. Impressive, man.

Tahun 1997 - 1998. MRSM Beseri, Perlis.

Tingkatan 4 - Tingkatan 5.

Dulu. Punyalah seksa nak mati aku belajar dekat situ. Siapa nak belajar dekat sempadan Thailand. Jauh gila nak balik KL. Sebagai budak KL yang tak berapa nak perasan dia warga KL.. memang kena terima sajalah kenyataan belajar sampai ke situ. Aku ingat lagi dialog dengan orang MARA masa dapat tawaran itu.

"Ya. Awak dapat tawaran belajar ke MRSM Beseri, Perlis."
"Apa? Perlis?!"
"Haah. Betul-betul dekat dengan sempadan Thailand."
"Oh my god."


Gila homesick aku dibuatnya.

Dahlah aku jenis tak boleh nak berenggang dengan rumah. Betapa suka dan gilanya duduk di rumah. Ini tak. Bila dah tercampak ke Perlis.. kirim salam jelah dengan segala penghuni rumah. Katil, rak buku, buku, bilik air dan dapur di rumah bagai.

Tahun 1997 - 1998. MRSM Beseri, Perlis.

Tingkatan 4 - Tingkatan 5.

Beseri, Perlis.

Zaman itu. Langitnya sentiasa cerah. Langsung tak ada filter. Cahaya matahari direk tembus ke lantai bumi. Awan pun sikit. Memang boleh dikira dengan jari. Jangan tanya macamana nak kira awan. Kalau kau pergi Perlis, kau fahamlah maksud mengira awan di langit.

Beseri, Perlis.

Satu je masalah utama masa belajar dekat sana. Bekalan air. Punyalah susah ya Allah nak dapat air. Kadangkala bekalan elektrik dekat bilik air pun tak ada. Pernah aku mandi 1 gayung air je.

Perghhhhhh..

1 gayung je tau!

Sekarang aku dah faham cerita PRamlee yang mencelup air ke kelopak mata. Aku tak buatlah mandi macam itu. Aku cuma pakai konsep itu je untuk mandi. Tapi memang membilas dan menjirus dan segala alam yang lain.. cuma segayung je. Mulut pun dah pandai nak bersyukur. Iman pun upgrade perlahan-lahan.

Lepas itu.

Mandi dalam gelap. Sejenak aku faham betul macamana perasaan jadi orang buta. Serba serbi kelam. Dahlah nak jirus air segayung je. Gelap pula itu. Kalau cicak terjun dalam gayung itu pun mesti simbah sekali. Erghhh..

Pernah sekali.

Gara-gara mencari bekalan air. Kami semua warga asrama putri, menapak sampai ke bilik guru. Tak adalah berkemban ke apa. Cuma memang usung baldi dan segala peralatan mandi sampai ke sana. Punyalah susah nak cari air. Sadis, man. Aha. Budak asrama putra memang iya. Depa dok berkemban sampai ke bilik guru. Ramai-ramai berlari anak. Dengan tuala di pinggang. Tak semenggah betul.

Sampaikan pernah sekali itu.

Kami mandi pakai pili bomba. Yang mana dia punya air itu entahlah jatuh kategori apa. Bukan air mutlaklah aku rasa. Air daripada pili bomba kan ke macam tak berapa nak bersih. Gatal-gatal dibuatnya hoi!

Sampai sekarang aku terasa aura air pili bomba.

Itu belum lagi mandi air hujan.

Bila hujan lebat je, kami pun seronok. Pasal boleh basuh baju. Letak baldi dekat tengah-tengah gelanggang badminton. Lepas itu.. sambil mandi hujan.. sambil basuh baju. Dekat Perlis itu, kalau hujan turun.. memang itu antara nikmat terbesarlah dekat negeri itu aku rasa. Dia punya perasaan macam.. 'Terima kasih Allah, dapat hujan. Wahoo!"

Makin lama.

Mulut pun dah cekap nak bersyukur. Iman pun makin upgrade slow-slow. Tak banyak. Tapi. Adalah sikit-sikit. Daripada tak ada langsung. Kan.

Aku ini bukan apa.

Tiba-tiba tercerita perihal tak ada lampu tak ada air dekat Perlis itu.. disebabkan rumah ini hah. Tak lain tak bukan. Cerita dalam rumahlah. Bukannya apa pun. Isu kecil jadi macam besar.

Lampu bilik air dah terbakar.

Gelap itu nak mandi malam-malam. Subuh-subuh pun apatah lagi.

Tak. Ini semua alasan tak nak mandi.

Hah.

Bukan aku tak nak mandi tau. Jangan salah faham_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, May 06, 2009


_Habislah.

Berperang dengan nafsu.

Nak kalah dah ini.
Nak kalah dah.
Nak kalah.
Nak.

Sana sini.

Dengar khabar.

Member nak kahwin.
Member nak bersalin.
Member dah bertunang.
Member dah mengandung.
Member punya anak dah besar.
Member hari-hari cerita pasal suami.
Member hari-hari cerita pasal anak bini.
Member beli tudung baru, kasut baru, beg baru, buku baru.

Serius.

Memang seronok je dengar.
Rezeki masing-masing.
Tahniah woh.
Ikhlas.

Tapi.

Nak kalah dah ini.
Nak kalah dah.
Nak kalah.
Nak.

Berperang dengan nafsu.

Habislah_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, May 06, 2009


_Ini aku jumpa dekat email.

Saja nak copy paste.
Nak kongsi dengan korang.
Silalah baca kalau rajin.

Kalau malas?

Kalau malas pun baca jugalah.

Banyak songeh betul.

Hah.
Iqra'.. sila.


Ekselen 1

Dalam diri kita ada kebesaran Tuhan. Cuba lihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.

Ekselen 2

Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

Ekselen 3

Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

Ekselen 4

Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Ekselen 5

Cara Rasulullah minum
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum,
seteguk bernafas,
seteguk bernafas sehingga habis.

Ekselen 6

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dansel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Ekselen 7

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube)
Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka 'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi?
Ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi 'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Amacam?

Islam itu cool dan ekselen kan_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, May 05, 2009


_Selepas di'Hadhari'kan.. menjadi klules.

Bahasa Inggerisnya.. clueless.

Minta maaf semua cikgu di Jabatan Bahasa Melayu, MRSM Beseri, Perlis.

Orang kata.. 'Rules are meant to be broken'. Makanya. Berkemungkinan besar. Bahasa Melayu yang dipelajari.. ada potensi untuk dipecah rabakkan. Mesti cikgu menyesal tampal karangan saya dekat depan pintu Jabatan suatu masa dahulu. Kan. Takpe cikgu. Saya tak menyesal. Kita seri.

1 + 1 = 1

Patut direjam ini budak.

>___<

Klules.

Cerita ini memang bertujuan untuk membongkar koleksi klules pada penulis. Yang wujud di dalam sekeping akal yang nipis beserta iman yang hampir tertanggal ditiup ujian dunia. Cuma nafsu saja tegar berdiri menyembah bumi. Fuh.. begitu dramatik sekali.

Baik.

Ini cerita 1.

Pada suatu hari. Pada malam yang gelap. Pada waktu angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pada..

Assalamualaikum, saudari.

Sila ringkaskan.
Jangan cuba menempeleng struktur ayat.

Baik.

Ini cerita 1.

Pada suatu malam hari yang sunyi sepi ditemani angin sepoi-sepoi bahasa. Di sebuah kawasan parking kereta LRT terkemuka. Terminal Putra Gombak, namanya. Kelihatan seorang gadis yang manis tak berapa nak manis sedang berjalan ke arah keretanya. Dalam keadaan yang agak klules gayanya.

Tritt..!

Masuk kereta.
Kunci pintu.
Start enjin.

Vrr... Vroo.. Vroomm..

Tergagap-gagap enjin menyentak malam. Menuju ke arah keluar. Jauh di hujung sana.

Tiba-tiba..

NO ENTRY

Kelihatan. Laluan keluarnya dipalang besi. Umpama perlu disedekahkan duit tol sebelum melepaskan diri. Gadis itu berasa klules. Nak dipanggil mereka yang terlibat. Langsung tidak kelihatan. Gadis itu berasa cemas. Dan. Masih lagi klules.

Dengan sebiji solusinya.

Gadis itu pun reverse kereta. Dan berpusing-pusing di dalam carpark. Mencari alternatif laluan keluar. Dengan sedikit kegigihan. Dan. Masih lagi klules.

Tiba-tiba..

Muncul sebuah kereta lain. Menuju ke arah laluan keluar yang dipalang besi tadi. Dan palang besi itu pun dengan selamba keringnya menaikkan dirinya tanda membenarkan kereta itu berlalu.

Aku Gadis itu ternganga.

'Macam haram,' detik hati kecilnya.

Rupanya. Cuma perlu ke depankan sikit kereta. Dan palang itu pun dinaikkan serta merta. Dengan selamba keringnya. Maka. Keluarlah kereta itu dengan senang hati. Sambil pemandunya mengharam jadahkan diri sendiri berkali-kali. Dalam hati.

Entah apa-apa kan_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, May 05, 2009


_Ini kisah Me, Ber, Di dan Ter.

Me lebih baik.
Daripada ber.

Ber lebih baik.
Daripada di.

Di lebih baik.
Daripada ter.

Melebih baik.
Berlebih baik.
Dilebih baik.
Terlebih baik.

Baik, baik, baik.

Yang lepas pandangnya.

Melepas pandang.
Berlepas pandang.
Dilepas pandang.
Terlepas pandang.

Lepas, lepas, lepas.

Yang baiknya.

Pandang, pandang, pandang.

***

Ini 'serbuk kari' yang terhasil selepas baru membaca 5 helai mukasurat buku That's That - Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Aku tak faham.

Korang paham ke_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, May 04, 2009


_Boleh jadi juga.

Bukan semua yang tiada itu ada. Dan bukan semua yang ada itu tiada.

"Kau agama apa?"
"Islam."


Suara azan menjemput Maghrib berkumandang. Memanggil mereka yang mengaku Islam.

'Allahuakbar.. allahuakbar..'

A: "Kejap weh.. tengah syok layan bola ini."
B: "Nanti. Aku baru order roti nan tandori ini. Makan jap."
C: "Alah.. nanti aku qada' jelah. Tengah sibuk ini."
D: "Awal lagi. Belum masuk Isyak pun ini."

"Kau agama apa?"
"Islam."


Memang.. Islam.

Tapi.
Kosong isi dalam.

Boleh jadi juga_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, May 04, 2009


_Susah betul nak tidur lepas dah celik mata.

Semalam.
12 lebih malam dah tidur.
Dengan YM terbuka. Laptop ternyala.

Semalam.
Tepat 3 pagi dah terjaga.
Dengan YM terbuka. Laptop ternyala.

Sampai sekarang.
Tercelik mata.
Terjaga.

Tadi.
Tepat 5 pagi dah sarapan.
Dengan YM terbuka. Laptop ternyala.

Tadi.
Tepat 7.50 pagi dah sampai ofis.
Macam Zombie berjalan dari LRT ke ofis.

Tadi.
Tepat 9.20 pagi dah sampai RTM.
Macam Zombie berjalan dari carpark RTM sampai ke atas.

Kalau sebut RTM. Aku terkenang seorang je.

Datuk Mohammad Rahmat.

Macam itu ke eja nama beliau entah. Minta maaf pakcik. Tak terlekat namamu di otakku. Lepas itu. Aku terkenang lagi satu benda.

TV1. TV2.

Lepas itu.
Aku terkenang lagi satu benda.

assalamualaikum.. berapa banyak bendalah kau terkenang ni hah..

Err..
Apa aku terkenang tadi entahnya.
Siapa suruh tegur tadi kan dah lupa terus.

Lepas itu.

Dah.

Kata cerita 3 harakat kan.

Jangan bengang-bengang.
Siapa suruh tak rajin mengaji Al-Quran.
Kalau rajin mengaji.. nafas boleh jadi panjang.

Baru boleh jadi cerita 12 harakat mungkin.

Dah.

Aku pening dengan entri ini.

Korang pun sama kan_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, May 03, 2009


_Suatu hari nanti.

Kalau dah bosan kerja jadi kuli. Yang mana memang dah nak masuk tahap bosan. Aku nak buka kedai 'Kuih Klasik'. Mungkin online. Mungkin tepi jalan. Mungkin dalam bangunan. Mungkin dekat pasar malam.

Jawatan: Freelance Photographer aka Penjual Kuih Klasik

"Hihihi.. klasik."
"Banyaklah kau punya klasik!"
"Eh.. sukalah."


Dengar nama je pun dah boleh rembes saliva.

Kan?

"Hihihi.. klasik."
"Banyaklah kau punya klasik!"
"Eh.. sukalah."


Ok.

Aku ada azam.

Entahlah sejak bila dia datang sergah si azam ini. Tapi. Aku ada azam. Ini bukan azam sekadar menjejeh air liur je mengaku azam. Ini azam sudah pahat dekat dahi. Hampir-hampir jendul jugalah dahi ini dipahat si azam ini. Tapi tak berapa nak jendul lagilah. Aku masih suka dahi asli hasil percantuman DNA mak dan ayah ini.

Aku ada azam.

"Weh.. yang diulang ayat berkali-kali ini apahal!"
"Apahal?"
"Macam mesin taip rosak. Dasar malas. Copy paste."
"Eh.. sukalah."


Aku ada azam.

Ulang lagi sekali. Nak kena lempang ke?

Fine.
Aku ada azam.
Hahahahahahhahahaha..

Tak guna!

Ok. Last.
Aku ada azam.

Azam aku.. nak belajar satu resipi klasik baru. Setiap minggu. Daripada emak.

Minggu ini.. memperkenalkan.

Kuih Abuk-abuk.

???

Pernah dengar tak tak kuih Abuk Abuk ini?

Tak pernah?

Perghhh..

Pergi google sekarang sejarah dia.
Pasal aku pun tak tahu dari negeri mana kuih ini datang.. hahaha.

(gambar ihsan Mama Fami)

Kuih Abuk Abuk Dari Luar

Kuih Abuk Abuk Dari Dalam

Resipi dia.
Google sendiri.. jangan malas.. hahahahaha.

Simple je. Cubalah. Aku tak tahu apa pasal aku berkenan betul dengan kuih muih makanan tradisional aka klasik ini. Makanan sejak zaman datuk nenek moyang. Sayang woh kalau dah tak ada siapa nak belajar. Klasik ini. Yang klasik itulah yang gila sedap.

Aku memang tak berapa berkenan dengan makanan barat ini. Kembang tekak. Tapi paksa jugalah kadang. Kata rezeki kan. Tak baik tolak. Walau bagaimanapun.. tetap kalah dia punya klasik. Hahahaha..

Ok.

Anak dara dan mak dara sekalian.
Apa lagi resipi kuih klasik yang korang tahu.

Mari sini aku nak belajar buat.

Lepas itu..
Apa lagi.

Aku makan sendirilah. Hahaha..

Ok.
Serius.

Apa lagi kuih tradisional yang korang tahu_

Sambung baca...

Kategori:

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.