Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, April 29, 2009


_Ok.

Dengan ikhlas hatinya.. aku copy dan paste artikel di bawah ini.

Silalah guna pakai.
Yang boleh dipakai.

Yang tidak?

Yang tidak.. pun boleh dipakai juga.

Tak faham?

Bagus. Teruskan membaca, sila..

Apabila bersahabat, diri sendiri dan sahabat harus mempunyai tanggungjawab dan punya harapan sendiri:

  1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan. Oleh itu, berfikir dulu sebelum ianya berlaku.

  2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tak semestinya bagus & betul.

  3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

  4. Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

  5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri.

  6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya & lihat diri sendiri, diri kita tak tentunya baik.

  7. Jangan membuat muka berlagak & sombong atau menghentak hentakkan kaki & barang bila kita membuat kesalahan supaya kesalahan itu dapat menutup kesalahan kita

  8. Bijak menyesuaikan tutur kata dan emosi. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

  9. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busybody dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

  10. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. Beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dengan insan lain.

  11. Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jangan dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut.

  12. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik daripada membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

  13. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain & membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tak membawa kita ke mana-mana, sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

  14. Jagalah hati sahabat sebagaimana kita mahu sahabat kita menjaga hati kita. Kalau kita pandai menjaga hati orang lain, begitulah sebaliknya orang lain akan lakukan kepada kita & begitulah sebaliknya.



Tengok.

Dalam Islam. Semua benda pun ada adab.

Ekselen kan_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, April 28, 2009




kenapa neh?


Actualy aku rasa nih laguk bagi semangat..
Hari2 aku dok ulang.. sampai ring tone aku pun lagu neih..

Apsal ko neih?

to the HOPELESS to be HOPEFULL again..
heheh..

btw,
Gi la tengok 'He's Just NOT that INTO You'..

enjoy peeps~

...........................................
Erin Mccarley - Love Save The Empty

Little girls don't know how to be sweet girls.
Mama didn't teach me.
Little boys don't know how to treat little girls.
Daddy didn't show me.

Face down, on top of your bed.
Oh why did I give it up to you?
Is this how I shoot myself up high,
Just high enough to get through?

Again, the false affection.
Again, we break down inside.
Love save the empty.
Love save the empty, and save me.

Sad boy, you stare up at the sky
When no one's looking back at you.
You wear your every last disguise;
You're flying, then you fall through.

Again, the false attention.
Again, you're breaking inside.
Love save the empty.
Love save the empty, save me.
Love save the empty.
Love save the empty.

Stars feel like knives,
They tell us why we're fighting.
Storm, wait outside.
Oh, love, hold us together.

Love, save the empty.
Love, save the empty.
Love, save the empty.
Love, save the empty, and save me.
And save me.
...........................................

Sapa nih famia?
Owh.. sorik a korang aku nyibuk kat cni.. entry aku agak lari dari konsep blog xai neh.. tapiiii... sukeatiakula.. haha.. tengx xai :P~

~Dani Neh

Sambung baca...

Kategori:

Monday, April 27, 2009


_Terbaca satu kisah ngeri.

Barangkali..
Iini kisah 'Kenapa Akak Jomblo Sudah Serik Naik Teksi'.

Serius ngeri. Lagi ngeri.

Perempuan.
Sentiasalah berhati-hati.
Mereka tak mengenal mangsa.
Walau di mana jua anda berada.

Siapa 'Mereka'?
Manusia.

Macam.. kita.

Ok.

Flashback..

Tarikh: Dalam tahun 2003 ke 2004. Entah.
Lokasi: Bus Stop Belakang Kolej Akasia, PPP ITM Shah Alam, Seksyen 18.
Waktu: Tengahari yang panas terik.

Ini kisah benar. Seorang pelajar perempuan ITM bertudung dan berbaju kurung tengah duduk seorang diri. Di bus stop. Sambil menelaah subjek TITAS. TITAS itu subjek pendidikan Islam. Disebabkan petang itu ada kuiz TITAS. Itu pasal budak itu study. Dengan tekunnya. Pada saat-saat terakhirnya.

(Ingat adik-adik.. jangan belajar last minute tau)

Tiba-tiba..

Dari simpang seksyen 24. Datang sebiji motorsikal. Secara perlahan. Berhenti di tepi bus stop itu. Budak itu angkat muka. Dan kemudian.. sambung belajar semula. Yang mana. Tak berapa nak diendahnya dengan motorsikal itu. Yang disangka.. tidak akan mendatangkan kesan sampingan kepadanya. Yang disangka juga.. tidak akan mengubah hidupnya selepas itu.

Penunggang motorsikal itu..

Seorang lelaki. Berkulit agak cerah. Tak berapa nak tinggi. Dan. Tak berapa nak pasti dia punya bangsa serta keturunan bagai. Lelaki itu pun turun daripada motorsikalnya dengan kepala yang masih lagi memakai helmet. Sambil berjalan perlahan-lahan. Melihat papan iklan. Yang terlekat di bus stop tersebut.

Budak perempuan itu. Masih lagi tekun mengkhatamkan nota TITAS. Untuk kuiz petang itu.

Perlahan-lahan lelaki itu berjalan.

Makin lama..

Budak perempuan itu terasa seperti lelaki itu semakin lama semakin menghampirinya. Walaupun lagaknya seperti melihat papan iklan, namun ada sedikit terdetik kerisauan di hati budak perempuan itu. Dengan tingkah laku lelaki yang tak dikenali itu. Dengan langsung tidak membuka helmetnya. Dengan menimbulkan syak wasangkanya.

Tiba-tiba..

Dengan tidak disangka. Lelaki itu berhenti betul-betul di hadapan budak perempuan tersebut. Dengan berjarak kurang daripada ukuran pembaris panjang 30cm. Yang hampir berlaga lutut. Dengan membelakangkan jalan raya. Dengan begitu mencurigakan sekali. Budak perempuan itu berasa hairan. Lalu, mengangkat muka dengan perlahan-lahan.

Dengan tidak disangka-sangka..

Budak perempuan itu terkejut bukan kepalang. Apabila menyedari apa yang dilihatnya. Zip seluar lelaki itu terbuka. Sambil menjulurkan *!#**#*#!* nya di hadapan budak perempuan itu. Serta merta budak perempuan itu menundukkan semula kepalanya. Dengan tangan yang sudah mula menggeletar. Dada berdebar-debar. Otak tiba-tiba jadi blank. Kaput.

Nak terjun ke belakang.. ada parit besar. Dalam pula itu. Nak ke kiri ke kanan pun tak lepas. Lelaki itu betul-betul berdiri depan mata. Dengan jarak gila dekat. Hampir berlaga lutut. Nak capai ranting kayu pun tak tercapai. Nak buka langkah silat pun, baru belajar asas. Tak berapa pandai nak apply. Tangan pula itu penuh buku. Buku agama pula itu!

Memang ibarat telur di hujung tanduk sungguh masa itu.

Lelaki itu mula melangkah setapak ke hadapan.

Budak perempuan itu mula cuak.. seram sejuk. Dalam hatinya, terkumat kamit berdoa meminta dilindungiNya. Minta tidak diapa-apakan. Bertubi-tubi membaca surah 3 Qul. Dan ayat Qursi. Sambil setia menundukkan kepala.

Tiba-tiba..

Dari jauh kelihatan 2 orang budak perempuan sedang menyeberang jalan ingin menuju ke bus stop tersebut. Lelaki itu berpusing ke belakang dan terus beredar dari situ sambil menaiki motorsikalnya semula. Dengan berlawan arus, lelaki itu menunggang motorsikalnya menuju ke seksyen 24 sambil tersengih puas memandang budak perempuan tersebut.

Budak perempuan itu masih lagi dalam keadaan terkejut.

Dan blank.

Dan terkejut.

Dan blank.

Dan.. putus fius terus.

Lepas kejadian itu. Lebih dari seminggu juga budak perempuan itu tak bercakap dengan mana-mana lelaki. Fobia. Nak angkat muka pandang lelaki pun tak sanggup. Nak berdiri dekat pun tak berani. Sejenak terasa macam semua lelaki sekeliling itu flasher. Memang jadi anti-lelaki sekejap. Memang macam boleh gilalah pendek katanya.

Alhamdulillah sangat-sangat ada 2 orang budak perempuan yang menuju ke bus stop itu. Kalau tak.. isk.. tak boleh bayang. Tak boleh bayang.

Ngeri nak mati.

Sebelum ini. Memang kawasan seksyen 18 itu selalu banyak kes flasher. Pemangsanya disyaki dari kawasan seksyen 24. Barangkali sebab situ banyak mamat kilang agaknya. Dan mangsa-mangsanya memang kebanyakannya student kolej Akasia itulah. Ada yang kena lagi teruk. Ditarik tangan. Dan dipaksa pegang terus *!#**#*#!*...!!

Keji gila.

Tak kisahlah pakai tudung ke. Pakai baju kurung ke. Pakai skirt ke. Pakai seluar jeans ke. Pakailah apa saja. Memang mereka tidak mengenal mangsa. Semuanya dipukul sama rata.

Sebab itu aku kata..

Wahai lelaki,

Sila tundukkan pandangan.
Sila tundukkan pandangan.
Sila tundukkan pandangan.

Kalau mata menerawang... nafsu pun rancak berkocak. Kalau boleh kontrol nafsu itu lain cerita. Ini kalau tak boleh nak kontrol nafsu.. memang itulah jadinya.

Tapinya.

Yang tak boleh blah itu.. apa pasal kena gila seks ini hah??

Itu belum lagi dalam LRT. Tergesel sana. Tergesel sini. Tangan merayap-rayap. Mata merayap-rayap. Gila gersang. Buang tebiat. Termakan pujukan satan.

Sebab itu aku kata..

Perempuan jangan pakai seksi.
Perempuan jangan jalan tergelek-gelek.
Perempuan jangan gedik-gedik nak cari perhatian.
Perempuan jangan nak sengih-sengih senyum sesuka hati sana sini.
Perempuan jangan nak meliuk-liukkan badan sesuka hati.
Perempuan jangan nak menggatal sana sini.
Perempuan jangan nak perasan hot.

Kalau lelaki termakan godaan korang itu.. yang menjadi mangsa..
SEMUA perempuan lain tahu tak.

Makanya.
Sila bataskan pergaulan.

Aiseh..

Boleh tahan mencabar jugalah jadi perempuan.

T_____T

Sebab itulah aku.. err.. err... biarlah rahsia_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, April 27, 2009


_Aku rasa.

Macam best je private kan blog. For invited readers je. Atau pun.. untuk bacaan sendiri je mungkin.

*Update*
Sebabnya..

  1. Betul juga.. kadang terasa macam insecure pula ada blog. In out semua orang tahu. Nak menulis pun kena berhati-hati. Kalau tersalah cakap.. perghh..

  2. Aku jenis low profile. Sebab itu kalau bloghopping.. aku tak rajin tinggalkan jejak. Malas nak suruh orang singgah ke sini. Malas nak suruh orang jumpa blog ini. Hihihi.. semua malassssss jelah pendek katanya.

  3. Err.. lagi.. sebab.. mmm.. sebab macam best je tengok blog-blog diprivatekan. Saja nak bagi orang sakit hati. Hihihihihi.. hitler.

  4. Lagi.. err.. lagi.. saja ngada-ngada agaknya. Mintak puji ba kau ni famia!



Amacam?

Ekselen tak_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, April 24, 2009


_Kejap.

Ini.. khas untuk perempuan sahaja, tahu.

Tapi.

Untuk lelaki yang inquiry dia super duper tinggi. Sibuk Teringin betul nak tahu. Dan. Kalau nak tambah ilmu.. silalah baca sampai habis. Tak salah. Walaupun tak berapa nak ada faedah. Tapi. Tak salah. Open minded. Err.. open minded yang tak berapa nak open. Yang harapnya kena pada tempatnya. Harapnyalah.

Cuma..
Sungguh ini.

Ini.. khas untuk perempuan sahaja, tahu. Dan, pastikan anda memang perempuan. Sila.

Ok.
Mari mulakan seruan..
Wahai gadis-gadis sekaum denganku..

Eh.. confuse @ _ @

Wahai manusia sekaum denganku..

Ha.. baru betul ^___^

Setiap bulan.. perempuan mesti ada buat lawatan ke 'bulan'. Dan setiap bulan dalam tempoh seminggu itu lebih kurang.. mesti ada yang sakit perut. Mesti ada yang menonggeng. Mesti ada yang terlentang atas lantai. Mesti ada yang merengkok tidurnya. Atau secara specific.. yang dipanggil senggugut.

Hah lelaki..
Korang pernah dengar tak perkataan senggugut?

Kalau pernah dengar..
Korang boleh bayangkan tak macamana dia punya 'nikmat' sakit itu?

Ya Allah...sakit gila!
Memang.

Hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya kena senggugut.

T_____T; <---- boleh menangis air mata darah tau.

Paling teruk aku pernah kena... diserang senggugut dan gastrik secara serentak. Terus terpengsan kejap sebab tiba-tiba je nampak manusia sekeliling bertukar menjadi zarah-zarah warna kuning. Dan tiba-tiba berpeluh-peluh dalam ofis yang sejuk gila dia punya air cond. Lutut pun jadi lemah longlai. Terus kaput. Blackout.

Tiunggg~~

Pengsan.

Ok.
Cukup.

Sakit senggugut ini macam:

  1. Nak berdiri tak boleh. Nak duduk tak boleh. Nak baring pun tak boleh.

  2. Nak makan tak boleh. Nak minum pun tak boleh.

  3. Sakit pinggang belakang badan. Bercampur sakit seperti terkena buasir. Bercampur juga dengan sakit sengal kaki tulang bagai.


Hah.
Dapat tak feel dia punya sakit itu.. wahai lelaki?

Haa..
Sebab itulah perempuan ini dicop lemah waemah tak adalah lemah mana. Mana taknya. Setiap bulan pun kena derma darah secara terpaksa. Hehehe.. yelah itu. Sila jangan percaya. Aku reka je teori itu. Sila jangan percaya ok. Jangan tau.

Kiranya.

Apa perlu buat bila diserang senggugut.. wahai perempuan?

Ini antara Tips Berkesan yang aku pernah buat.

Cubalah..

  1. Tampal koyok cap Salon Pas sampai 8 keping dekat abdomen. Dia punya berangin itu memang gila thrill! Berangin sampaikan korang tak terasa yang senggugut itu tengah menyerang. Lepas itu.. mana-mana korang pergi pun memang semerbak bau koyok. Alahai..

  2. Minum air panas bergelas-gelas. Anda memang bakal berulang alik ke bilik air berpuluh-puluh kali. Takpa. Sila teruskan. Air panas itu penting untuk 'melembutkan' darah yang tengah on the way nak keluar itu.

  3. Telan Active Fast 2 biji sekali makan. Dalam masa setengah jam.. gerenti hilang senggugut. Tapi.. jangan amalkan setiap bulanlah. Kalau tak silap aku.. unsur panadol atau parasetamol ke dan seberadik dengannya memang tak bagus diambil selalu. Been there. Done that.

  4. Sila buat aksi bersujud di atas katil. Atau di atas mana-mana tempat yang selesa. Tempoh sujud itu ikutlah berapa lama korang boleh bertahan.

  5. Bila baring itu.. sila letak bantal di belakang pinggang. Sapu Tiger Balm atau Minyak Cap Kapak atau segala minyak panas lain ke atas abdomen. Lepas itu, sila urut abdomen anda dan berselawat berjuta kali sampai tertidur.

  6. Setiap hari, mulai hari ini.. silalah berhenti atau kurangkan minum air sejuk. Dan rajinkan diri minum air panas atau air suam.

  7. Setiap pagi.. setiap hari.. ambil 1 gelas air panas dan dicampur dengan 1 sudu besar madu asli. Minum SEBELUM sarapan. Elok sangat-sangat. Untuk yang gastrik pun sila amalkan juga. Tahukah anda, MADU itu ibu segala ubat.

  8. Langkah terakhir.. kalau anda belum berkahwin, sila kahwin laju-laju. Aku.. err.. kurang pastilah kan macamana kaitan kahwin dan senggugut. Emm.. ok malas nak fikir. Kelihatannya seperti.. berunsur sensored. MUNGKINLAH. Hihihi..


Lagi satu.

Sindrom.. Perempuan Mengamuk Sakan (PMS).

Bila kena senggugut.. mulalah datang PMS. Tahu nak naik darah saja. Moody. Pantang ditegur. Rasa ringan kaki dan tangan bagai. Baru cakap sikit je dah mengamuk gila. Itu belum lagi keluar maki ke sumpah seranah bagai. Dan. Itu belum lagi yang tiba-tiba je menangis di tengah-tengah masyarakat. Pantang ditegur sikit terus jadi sedih sepanjang hayat.

Apasal kena PMS..?

Jangan tanya aku. Aku pun mengamuk je selalu di kala melawat ke 'bulan'. Anggap sajalah pihak wanita terasa tidak selesa mahupun tidak seronok dengan kehilangan darah secara pukal setiap bulan. Kami sayang darah. Tapi.. darah tak berapa nak sayang kami. Walaupun... memang ada hikmahnya di setiap kejadian bukan.

Thank You Allah for all the pains. It is worth it, Ya Rabb.

Halah..

Lelaki pun ada je. Sindrom Lelaki Mengamuk Sakan (LMS). Tipulah kalau tak ada.

Kan?

Ade kan_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, April 21, 2009


_Mana satu yang lebih menakutkan?

Hantu.

Ke.. Tuhan. Ke.. hantu.

Tuhan.
Hantu.
Tuhan.
Hantu.

Ok.. osom!

One..
Two..
Jussss..!

Mestilah kena takut dengan Tuhan. Kan. Kena dengar cakap firman Tuhan. Kena ikut suruhan Tuhan. Kena tinggalkan larangan Tuhan. Barulah dapat keredhaan Tuhan. Gila best tau kalau selalu hidup dalam redha Tuhan. Serba serbi jadi indah dan solid. Nikmat itu.

Bau oksigen pun jadi harum macam bau Lavender..
Pokok-pokok pun layan lambai-lambai sengih dengan kita..
Burung-burung pun berkicau lagu 'Bahasa Terindah - Ramli Sarip'..
Hati pun rasa berbunga, rasa manis, rasa tenang jiwa dan raga..

Aaa.. dah.. dah.

Tapi.

Kalau Tuhan murka.. siapa nak bagi kasih sayang paling banyak dalam dunia ini. Kalau Tuhan murka.. siapa nak bagi rahmat dan berkat hidup di dunia dan di akhirat nanti. Kalau Tuhan murka.. siapa nak murahkan rezeki kita pergi kerja hari-hari. Kalau Tuhan murka.. dekat siapa lagi kita nak bergantung harap minta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat ini.

Dan.

Kalau Tuhan murka.. siapa nak bagi cium bau syurga dekat akhirat sana. Hari-hari merasa tempias api neraka. Itu kalau kena tempiaslah. Kalau kena campak terus masuk dalam itu.. nauzubillahiminzalik. Astaghfirullahalazim. Isk... ngeri. Terkena percikan minyak panas masa goreng ikan pun dah kelentang kelentung menjerit menggelupur dekat dapur. Ini kan pula percikan api neraka. Gila mengerikan.

Hah.. ada rasa takut tak?
Ke.. takut hantu.

Itulah.. siapa suruh banyak sangat tengok cerita hantu Melayu. Lain kali.. sila tengok cerita hantu Cina. Lebih senonoh sikit daripada hantu Melayu. Sekurangnya, kebanyakan cerita hantu Cina semua dia punya pawang gila berani. Dia punya pelakon tambahan pun berani juga. Lekat azimat kertas kuning pakai air liur je dekat dahi hantu Cina itu. Terus diam tak gerak-gerak langsung hantu itu.

Kan ke ekselen.

Ini tak.

Kalau hantu Melayu.. semua pelakon dia DISURUH tunjuk rasa takut dengan hantu. Apa pasal dengan hantu pun nak kena takut. Hantu syaitan kan dijadikan daripada api. Agak-agak nak datang rasa takut je.. simbahlah air. Air liur yang dah berbuih-buih terpercik akibat baca ayat Qursi mahupun Yasin berjuta-juta kali ke. Takpun simbahlah dengan air sirap ke. Air yasin ke. Kan. Itu belum masuk lagi hantu Mat Saleh. Vampire kononnya. Sekarang siap ada vampire kacak embun.. bernama Edward Cullens lagi ini hah. Main hisap darah orang. Hak alah..

Itu pasal.. aku anti betul dengan cerita hantu.

Tujuan cerita hantu Melayu..
Untuk takutkan manusia yang dah sedia takut.

Entah apa-apa. (harap-harap ada jugalah penerbit filem Melayu yang terbaca ini)

Hantu syaitan iblis semua memang wujud. Untuk.. menyesatkan manusia. Bukan untuk buat manusia takut. Kalau kau takut sesat itu lainlah. Ini tak. Dengan hantu tahu takut. Tapi kalau dengan Tuhan.. gila langsung tak takut. Buat maksiat sebelah mata je. Nak bertaubat pun konon-konon tunggu sampai seru. Kalau Malaikat Izrail seru kau lagi 8 saat.. sempat ke nak bertaubat. Lepas itu.. blablablabalbala.. mati.. blablabalbala.. kena campak dalam neraka.. blbalablablabla.. rentung.. blabalbalbala.. kena campak balik dalam neraka.. blablablabla..

Opp.. oppp..

Ok.

Cuba tengok tanda-tanda dekat bawah itu. Adakah korang termasuk dalam kategori 'Manusia Yang Takutkan Hantu Tapi Tak Takut Tuhan Langsung'. Kalau ada.. aku nak simbah air yasin sikit.

Sila semak.. simptom anda.

  1. Malam-malam tak sanggup nak berjalan ke masjid. Tapi sanggup berjalan ke Planet Hollywood atau Hard Rock Cafe atau sekutu dengannya.

  2. Selalu tengok cerita seram atau dengar cerita seram. Tapi tak selalu baca quran atau dengar orang mengaji.

  3. Selalu takutkan orang dengan cerita-cerita seram. Tapi tak pernah nak takutkan orang supaya kurangkan buat maksiat.

  4. Sanggup pasang lagu kuat-kuat malam-malam sebab takut sunyi. Tapi tak pernah sanggup nak pasang bacaan ayat Al-Quran kuat-kuat malam-malam.

  5. Sanggup ikut pergi cari hantu.. mistiklah konon. Tapi tak sanggup nak ikut amal makruf nahi mungkar.



Amacam?

Ada tak semua simptom-simptom itu dekat korang_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, April 16, 2009


_Alhamdulillahhhhhhhhhhhhhhh.

Gilalah.

Menangis air mata darah ini nak habiskan..

T_____T; <---- nampak tak? ada darah itu dekat hujung mata..

Korang memang best. Boleh tahan kencang sekejap aku punya otak nak memikirkan idea korang ini. Takpe. Layankan aja. Kata setahun sekali kan. Tapi. Kalau ada pertandingan mengarang ke. Mendeklamasikan karangan ke. Mendeklamasikan idea ke. Aku rasa korang menang lagilah.

Boleh tahan menyesal jugalah suruh bagi idea, kan.

Isk.. gila bergeliga ideanya.

Maka.
Nah..terima saya punya kasih.

Aku balas balik semua idea korang yang gila bernas itu.

Dalam 1 nafas je!

Hah.
Bacalah. Baca..

Idea 1: Nananya CS

"tulis lah pasal aku
haha."


Err.. pasal aku? Ke pasal kau? Haha. Saja buat-buat tak faham.

Ok.

Budak ini namanya Suzana. Comel. Masih single dan available. Pandai memasak. Anak yang baik. Sopan. Pendiam. Tapi kalau dah kenal, memang tak berhenti dia punya bercakap. Peramah tapi enjin kena kasi panas dululah. Baru dia ringan mulut. Dia juga ringan tulang. Dia juga agak blur. Senang dibuli.

Tapinya..
Jangan buli beliau.

Malah.

Sila pinang terus. Ini calon menantu yang ideal.

Idea 2: Danineh

"tules pasal TwiTTer...
ramai orang tak tahu lagi neih"


Err... ramai dah tahulah dani. Kau je baru tahu ni. Hihihi.

Ok.

Aku kenal Twitter dari Plain English dekat Youtube. Lepas dia explain baru aku minat nak cuba. Mula-mula tak faham menatang apa Twitter ini. Lepas itu.. baru tahu dia punya feel. Ibarat dunia di hujung jari anda. Mikroblogging. Pengiklanan. Artikel online. Tips dan tutorial terhebat abad ke 21. Jumpa kawan baru. Ilmu baru. Teknologi baru.

Perghhh.. pendek kata semua baru.

Twitter ini ibarat..

'Sharing is caring and knowing me and you and everyone else 24 hours daily without CCTV'.

Amacam?

Cubalah buka 1 account Twitter kalau berani.

Dan.

Jangan lupa add saya... hihihi.

Idea 3: suhaila

"tulis la psl tulisan.. hahhahahaha... "

Tulisan saya boleh tahan cakar ayam. Tapi. Masih lagi boleh dibaca. Dan saya tetap suka tulisan saya pasal tak ada orang lain lagi nak suka tulisan saya melainkan saya sendiri. Saya juga suka makan cakar ayam. Ia sejenis makanan rapu yang agak lazat. Manis. Lemak berkrim. Lagi tinggi kolestrol. Namun begitu.. tetap pilihan saya!

Amacam?

Macam iklan tak. Ekselen kan. Hahaha.

Idea 4: Ieba

"tulis ttg kerjaya hang
xpun pomot ckit tmpt yang bese hang g mnembak
tmpt lepak ke
apa shj yg sewaktu dgnnyer jelah"


Kerjaya aku.. dah pernah cerita dalam entri sebelum ini rasanya. Kerjaya aku.. emm kerja Internet dengan kerja teknikal je. Benda-benda teknikal yang tak berapa nak kotorkan jari. Cuma kotorkan otak je. Ehem. bukan. Maksud saya.. peningkan otak. Tapi. Kadangkala aku buat juga sikit-sikit kerja design.

Pendek kata.. kerja teknikal je aku buat.

Tempat biasa menembak? Err.. dah tak rajin menembak. Tapi. Aku suka Nature. Landscape. Dan pantai!! Paling ekselen. Hehe.

Tempat lepak? Err.. aku suka lepak Kinokuniya KLCC. Secara solo. Lepak 8 tahun pun sanggup. I am a Bookaholic. Sekurangnya seminggu sekali mesti nak jenguk situ. Kalau hari-hari lagi best. Boleh baca buku free! Kalau boleh tinggal dalam Kinokuniya pun lagi best. Dengan ini.. aku bercita-cita nak buka gedung buku dalam rumah. Wahooo!

Ha itu saja.
Perasaan dia macam tulis biodata zaman sekolah rendah dulukala. Haha.

Idea 5: Syahza

"tulis la psl web kuala lumpur.. ala2 kenangan mengusik jiwa"

Webkl. Hehe. Antara laman forum pertama aku masuk. Tahun 2002. Daripada forumnis biasa. Sampai jadi moderator. Sampai gaduh macam gangster sana sini. Aku sendiri pun gangster. Nak ikut kepala sendiri je. Terus letak jawatan sendiri. Sebab tak boleh kerja dalam environment yang serabut ayam.

Lepas 2.. 3 tahun hilangkan diri. Aku masuk balik berforum. Cuma dah slow. Zaman dulu memang kaki forum. Sana sini suka jadi gangster. Masuk kampung orang mesti mengembek. Main terjah je. Bukan saja Webkl. MyUiTM. Jiwang.org. Fotopages Malaysia. Itu belum masuk IRC. Err.. banyak lagilah yang dah tak masuk. Malas. Low profail lagi best.

Tapi.

Webkl.Net memang terbaik. Ekselen man. Ekselen.

Idea 6: 7 Kaki Dalam

"tulis pasal tukang kasut dan si buta. "

Pada zaman dahulu.

Ada seorang tukang kasut yang alim. Kerjanya hanyalah menjahit kasut yang terkoyak di tepi sungai. Tukang kasut itu juga seorang yang buta. Walaupun buta, namun si tukang kasut itu masih tetap nampak segala koyak yang terdapat pada kasut-kasut yang telah dihantar kepadanya.

Pada suatu hari..

Seorang maharaja zalim berbangsa Yahudi telah singgah bermandi manda di tepi sungai tersebut. Yang mana adalah bersebelahan dengan tempat si tukang kasut itu berniaga. Selesai sahaja bermandi manda, maharaja itu baru terperasan akan kewujudan si tukang kasut yang buta tersebut. Lalu, baginda terus berjalan ke arah tukang kasut tersebut dan menegur si tukang kasut itu.

"Hai si tukang kasut. Bagaimana engkau mampu menjahit kasut yang koyak itu jika kau tidak dapat nampak dengan matamu?" Tanya maharaja yang zalim itu.

Si tukang kasut itu cuma tersenyum mendengar teguran maharaja tersebut.

Maharaja yang zalim itu terus menjadi murka.

"Hoi, si tukang kasut! Pekakkah engkau?!" Marah maharaja itu.

"Wahai tuanku, walaupun hamba tidak dapat melihat, cukuplah Allah sebagai mataku Yang Maha Melihat." Jawab si tukang kasut itu dengan tenang.


Lepas itu..

.....

..

Alah.
Sorilah.

Tak ada idea dah nak menyambung. Hihi.

Idea 7: Maja

"tulis pasal arnab dan kura2 "

Pada suatu masa dahulu.

Arnab dan kura-kura hidup berjiran. Walaupun tinggal berjiran, namun mereka jarang bertegur antara satu sama lain. Masing-masing berlagak seperti 'Teman Memang Tak Mesra'. Arnab berharap kura-kura akan menegurnya terlebih dahulu. Kura-kura juga berharap arnab menegurnya terlebih dahulu. Disebabkan masing-masing saling berharap untuk menegur antara satu sama lain, maka mereka pun tidak berteguran selama 8 dekad lamanya.

Namun begitu.

Pada suatu hari. Tertampal sebiji iklan di ruangan papan notis kampung mereka. Masing-masing datang berduyun-duyun membaca notis iklan tersebut. Iklan itu tertulis..

'Pertandingan Berlari 8 meter Dalam Masa 8 saat Akan Dapat Bekalan Choki Choki Selama 8 Purnama'

Arnab terus teruja ingin turut serta. Kerana dia tahu, kemenangan sudah berada dalam tangan. Kekuatan otot arnab bukan calang-calang. Walaupun tidak disuntik sebarang steroid.. arnab tetap pantas berlari di mana-mana balapan. Kura-kura yang ternampak notis pertandingan dari jarak 8 meter itu juga teruja untuk turut serta. Sudah berabad lamanya kura-kura tidak menikmati Choki Choki. Kali ini kura-kura nekad ingin mencuba.

Pada hari pertandingan..

Semua makhluk gigih berlari demi mendapatkan bekalan Choki Choki. Dan pada saat ke 6, arnab telah berjaya mendahului semua binatang lain termasuk kanggaroo yang berkaki panjang. Arnab berasa sangat seronok kerana difikirkan dia bakal menjadi juara. Lalu, dia terus berlari dengan kelajuan yang lebih pantas dan luar biasa tanpa menghiraukan peserta lain.

Tiba-tiba.

Arnab tersadung. Lalu, tersepak kura-kura sehingga terpelanting ke garisan penamat. Akhirnya. Juara pertandingan 'Berlari 8 meter Dalam Masa 8 saat Akan Dapat Bekalan Choki Choki Selama 8 Purnama' itu jatuh kepada kura-kura tadi.

Sejak dari itu.

Arnab dan kura-kura berkawan baik. Kerana mereka tinggal berjiran sebelah menyebelah. Tambahan pula.. arnab juga kepingin ingin memakan Choki Choki. Dan kura-kura juga tidak mampu menghabiskan Choki Choki itu seorang diri. Ini kerana tarikh tamat Choki Choki tersebut jatuh pada keesokan harinya.

Pengajaran daripada cerita..

Sebelum membeli Choki Choki, pastikan tarikh luputnya jauh lagi ya!

Idea 8: Paiseh

"gua nak lu story pasala apa MU main mcm celaka semalam..! "

Pada pendapat gua.. MU tak cukup tidur semalam. Itu pasal main macam tak berapa nak selera. Mereka tak cukup tidur disebabkan malam hari sebelum itu, ada pertandingan makan Choki Choki bagi peringkat kebangsaan. Dan hadiah untuk pertandingan itu berupa 10 tiket pergi balik ke Wangsa Melawati dalam masa 1 malam.

Hasilnya, seperti yang tertulis di kaca tv.

Hah.. berapa score mereka?

Idea 9: Hafiz Abdul

"aslkm kenape tak tulis fasal tuhan yg maha dekat dan maha banyak ceritanye yang tak habis2 sampai kiamat "

waalaikumsalam. ok.

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi..

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal, tidak Kuciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu, Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.

Kemudian, Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu, Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, "Aku adalah hambaMu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Dan.

Sesungguhnya.. berjuang menentang hawa nafsu itu adalah antara jihad yang terbesar.

Makanya..

Wahai semua pejuang hawa nafsu.. berjuanglah kamu dengan tegar!

Idea 10: Hafizatul Akmar

"hoho! hape2 jek la yg buleh di baca! :p "

Ha.. baca, cuba.

Afa wakfa nifa kerfa jafa dokfa torfa mafa camfa besfa jefa. Befa rafa pafa lafa mafa lafa gifa nakfa kefa nafa befa lafa jarfa safa nafa? Nifa hafa rifa hafa rifa mafa infa infa terfa netfa takfa bifa zifa kefa? Jafa gafa difa rifa kufa atfa kufa atfa.

Afa mafa camfa?

Boleh baca tak.
Haha.

Idea 11: maoi

"tulis pasal bekas-bekas bf kau la.. ada berani? "

Sebelum itu. Apa pasal kena BEKAS-BEKAS bf? Hahaha. Nampak macam banyak je. Gila player. Ish.. ish. Ok. Aku cerita.

Aku bersyukur dapat kenal dengan manusia macam diorang. Buruk ke baik ke.. ada je hikmahnya. Barulah lebih jadi manusia. Yang seorang ini sekarang tengah tunggu anak pertama bakal lahir. Semoga dapat anak yang soleh. Mesti kiut punya. Pasal bapaknya muka sebijik macam Legolas. Serius. Wife dia pun lawa je. Memang kacip. Semoga sentiasa diberkati Allah harapnya. Ikhlas. Hehe.

Seorang lagi. Emm.. aku tak rasa itu bekas bf. Kami kawan je. Teman tapi mesra. Hehe. Semoga dia dapat kerja yang lebih stabil. Dan dapat jumpa tujuan hidup dan target yang sepatutnya. Plus.. semoga dia jumpa perempuan yang solehah. Rupa dah ada. Macam Jerry Yan. Kacak hoo.

Mungkin dulu, aku anti lelaki kacak. Itu pasal dipertemukan dengan orang kacak. Lepas ini tak nak anti siapa-siapa dah. Saya insaf T____T

Hidup ini.. jangan terlalu banyak buat request dengan Allah. Dia Tuhan. Pencipta kita. Kita ini tahap hamba je. Kasta rendah pula itu. Tuhan suruh kita amal makruf.. kita degil taknak ikut. Yang kita tahu.. amal mungkar je. Bikin Allah murka. Lepas itu.. ada hati pula nak request macam-macam dengan Tuhan.

Whoaa.. tak ada rase malu ke?

Dia siapa. Kita ini siapa.
Malu wooo..

Dengan Allah. Terima je.
Itu baru namanya redha.

Semua wajib ada hikmahnya. Kan. Sebab.. boleh jadi benda yang kita dambakan itu buruk untuk kita. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Bukanlah tak boleh langsung nak request apa-apa. Boleh. Cuma.. janganlah terlalu meminta-minta. Tuhan perintahkan ikut suruhan, kita taknak buat. Tapi.. kita nak pula suruh Tuhan bagi itu ini. Siapa yang pencipta dan pemerintah dunia ini?

Wah.. wah.. banyak cantik.

Makanya.. ingat..

Hidup jadi hamba ini.. jangan terlalu banyak request dengan Allah swt.

Ingat ok.
Sila tampal dekat dahi.

Idea 12: dboy

"kalau berani? hahhahaha "

Kalau berani.. dah lama aku panjat Gunung Everest. Dan kalau berani, dah lama aku pergi travel US dan UK seorang diri. Ambil gambar. Wahoo! Dan kalau berani.. dah lama aku pinang anak teruna orang. Dan kalau berani, dah lama aku bela 1 kandang kucing dan cicak dalam rumah. Dan kalau berani, dah lama aku tidur dekat tepi kubur malam-malam seorang diri.

Dan akhir sekali..

Kalau berani, dah lama aku nak simbah air yasin dekat tepi telinga orang yang suka merokok. Lepas itu, sedekah batu nisan. Kalau nak bunuh diri pun.. bunuhlah kat tempat tersorok. Contohnya dekat dalam jamban ke. Tepi kubur ke. Dalam hutan ke. Tepi semak ke.

Kalau kau layan merokok tepi orang lain yang tak merokok macam orang tua ke budak kecil ke aku ke.. itu maknanya kau nak bunuh orang lain sekali. Semput-semput dada nak menyedut oksigen yang betul-betul bersih tanpa asap rokok kau itu tau.

Kejam.
Lagi zalim.

Macam Zionis.

Tak patut tau.

Tapi takpe.
Aku doakan.. harga semua jenis rokok naik rm50 terus.

Mari aminnnnnnnnnnn ramai-ramai.

Idea 13: Anisa

"ha..
saye tahu!!
tulis psl kcomelan saye!!
hehehe
ataupon psl cDot "


Anisa? Ya. Dia memang comel. Comel daripada aku. Tapi. Kurang comel daripada Dani. Haha. Ok. Ok. Suhaila, kau pun comel jugak (nanti kau jeles kalau sebut diorang punya nama je.. aku tahu.. haha).

Ok.
Skip.

cDot?
Yap.

Kononnya, itu nama group kami. Bukan group gadis hot. Cuma gadis berbakat saja. Whoaa..! Bunyi seperti ekselen. Ya. Bolehlah sikit-sikit daripada tak ada langsung kan. Err.. cDot ini belum bergerak lancar lagi. Maka.. cukup itu saja pasal cDot. Statusnya sama macam 8sen. Classified lagi. Belum dibuka untuk masyarakat tempatan.

Merangkap.. projek sedang terbengkalai.

Haha.

Idea 14: JS

"erm..tulis pasal kempen UEFA Champions League....amacam Kak Fami?haha...ada bran???????? "

UEFA Champions League? Haha. Kali terakhir tengok unsur English League ini masa 2003 rasanya. Ke 2005 entah. Man U punya game. Aku bukan die hard fan Man U. Tapi dalam banyak-banyak team bola English.. aku disuntik dengan Man U je sejak zaman sekolah menengah. Itu pasal lama kelamaan dia ke arah Man U je. Newcastle pun ok je. Ada Alan Shearer. Man U itu cool pasal dulukala dia punya goalie nama ape tah yang blond itu. Hebat woo zaman itu dia jadi goalie. Sekarang tak tahu siapa.

Tapi.
Berbanding UEFA Champions League..

Best lagi World Cup. Perghhh.. barulah seronok nak tengok. Kira ada mat saleh, jepun (Nakata), korea, orang kulit gelap, mata sepet, Turki (Ilhan Mansiz) dan lain-lain. Mixed mode. Kemahiran diorang di medan rumput pun lain. Di tengah padang tengah berpeluh pun nampak masih bergaya. Memang patutlah jadi pemain bola sepak peringkat dunia.

Tapi.. itulah.
5 tahun sekali je World Cup ini.

Aiseh.

Idea 15: Ledi

"tulis tentang kabinet rumah baru.. kabinet berasap tu "

Kabinet rumah baru? Kabinet berasap? Apa itu, Ida?

Err.. ok. Mari berimaginasi.

Kabinet rumah baru saya.. transparent. Hanya wujud bila diperlukan. Bila nak pakai, untuk masak ke, simpan barang bagai.. barulah dia muncul. Kebiasaannya, kabinet itu boleh serap masuk dalam dinding secara automatik. Jimat sikit space rumah saya.

Selain itu, kabinet tersebut sangat ringan. Seperti bulu ayam. Senang diangkat begitu saja. Budak umur 3 tahun pun boleh angkat kabinet itu. Tetapi, bila sudah ditempatkan di suatu sudut yang sesuai, kabinet itu akan berubah menjadi sangat berat. Gegaran gempa bumi pun tidak mampu menggoyangkan dan meruntuhkan kabinet tersebut.

Tambahan itu juga. Kabinet tersebut juga boleh mengembang dan menguncup secara automatik. Kadar pengembangan dan penguncupannya adalah bergantung kepada beban dan segala jenis barangan yang disimpan di dalam kabinet tersebut. Semakin banyak barang, semakin kembanglah ia.

Lagi juga. Kabinet itu mempunyai built-in dapur memasak yang canggih. Jika digunakan untuk memasak, ia akan mengeluarkan asap berwarna-warni yang menarik dan berbau wangi seperti Lavender. Kini, saya tidak perlu gusar lagi tentang bau asap semerbak memenuhi dapur semasa memasak.

Dengan 'Kabinet Berasap Idaman Kalbu'.. semuanya pasti boleh!

Amacam, cool tak?

Kabinet ini.. boleh didapati di IKEA.

Promosi pada tahun 2108 nanti.

Tunggu..

Idea 16: Min

"alang2 dah timbul pertanyaan pasal shafel,wat je entri pasal tu.siap ade video interbiu di bukit bintang.pastu wat demo kat opis.kachip kan? "

Shuffle? Setahu aku. Kalau aku pasang lagu dekat Winamp itu.. situ bolehlah nak shuffle susunan lagu. Itu je pengetahuan Shuffle yang aku ada. Haha. Tapi hari itu tengok Shuffle dekat Youtube. Baru tahu benda apalah shuffle itu.

Hak aloh..

Ala-ala breakdance zaman Choki Choki ke.
Tak kacak langsung.

Err...

Terus tak ada idea nak menulis pasal shuffle.

Idea 17: Ayip

"tulis la asal ko(akk) suka sangat celoteh.. "

Haha.
Menulis blog itu.. dikira berceloteh ke?

^____^

Memang fun.

Dalam blog bolehlah nak celoteh bagai. Realiti, bukannya banyak na bercakap. Punyalah berat mulut. Itu pasal celoteh pakai jari. Guna jari je pun dah boleh celoteh. Ekselen kan.

Dan.

Kemungkinan besar, pasal banyak betul benda yang nak dicakapkan. Tapi tak keluar. Itu pasal dia keluar ikut jari. Satu lagi. Dengan menulis.. kita tak risau dipelangkung atau disekeh kalau menulis mengarut tahap 8. Serba serbi nampak macam sopan.

Tapi.

Dengan penulisan pun kita boleh kenal penulisnya. Ada penulis yang realitinya bukan jenis banyak bercakap. Tapi dia punya blog memang 8 kaki dalam dia punya tulisan. Dan. Ada juga penulis yang realitinya jenis banyak gila bercakap. Jenis tak henti. Tapi dalam blog.. 1 kaki cetek je dia menulis.

Itulah yang dinamakan keseimbangan, ya adik-adik.

Dengan penulisan pun kita boleh kenal akhlak penulisnya. Tapi.. kena tengok penulisan dia betul-betul. Tengok pada apa yang nak disampaikan. Dan bukan pada siapa penyampainya. Baru boleh nilai.

Amacam?

Menjawab soalan ke. Hehe.

Idea 18: el

"wat entry dlm tulisan jawi°
gagagaga°
pasal cabaran wanita muslim d KL°
gagagaga° "


Cabaran wanita muslim di KL?
Perghhhhhh...

Kena tulis dalam bahasa Jawi?
Perghhhhhhhhhhh...

Ekselen.

Saya sahut cabaran awak.

( kejap.. nak install tulisan jawi dalam pc ni )

Ok.

سباڬاي وانيتا مسلم.. هيدوڤ د قل اين ميمڠ برليڤت ڬندا چابرنڽ. نق جادي وانيتا ايت ساتو حال. نق جادي وانيتا مسلم ڤون ساتو حال. نق جادي وانيتا مسلم يڠ برايمان ڤون ساتو حال جوڬ. بوكن كرجا موده. تاڤي تيدكله سوسه. چوما. بوكن كرجا موده.

Sebagai wanita muslim.. hidup di KL ini memang berlipat ganda cabarannya. Nak jadi wanita itu satu hal. Nak jadi wanita Muslim pun satu hal. Nak jadi wanita Muslim yang beriman pun satu hal juga. Bukan kerja mudah. Tapi tidaklah susah. Cuma. Bukan kerja mudah.

سبايق-باءيق هياسن.. اداله ڤرمڤوان.

Sebaik-baik hiasan.. adalah perempuan.

سبب ايت.. دسوروه توتوڤ. سربا سربيڽ مناريق هاتي قوم آدم. دڠن سكالي توليه ڤون بوليه بيكين هاتي آدم بيڬونچڠ هيبت. اين كن ڤولا دڠر سوارا دان جالن برلڠڬڠ لڠڬوك دڤن مريك. كن

Sebab itu.. disuruh tutup. Serba serbinya menarik hati kaum Adam. Dengan sekali toleh pun boleh bikin hati Adam begoncang hebat. Ini kan pula dengar suara dan jalan berlenggang lenggok depan mereka. Kan.

سبب ايت.. كنا جاڬ ديري. ڤليهارا مرواه دان كهورمتن سايلوق موڠكين

Sebab itu.. kena jaga diri. Pelihara maruah dan kehormatan seelok mungkin.

كيت بوكن ءسمڤلي فور تستيڠء اونتوق للاكي يڠ كورڠ ڬلر بويفرين/ڤقوي/ڤاڤا/هونيي/سايڠ باڬاي ايت

Kita bukan 'Sample for Testing' untuk lelaki yang korang gelar boifren/pakwe/papa/honey/sayang bagai itu.

كالاو ده اد چوڤ ءحلال دان سهء ايت لاين چريتاله. حق ميليق ڤريبادي سوامي

Kalau dah ada cop 'HALAL dan SAH' itu lain ceritalah. Hak milik peribadi Suami.

لاين-لاين ايت.. فيكير سنديريله. ماسيڠ-ماسيڠ ده بسر. كونسيڤ اكو سنڠ ج. ايت انتارا نق دڠن تق نق ج. كالاو كورڠ نق.. بوليه ج جاڬ ديري كوات-كوات. ڤليهارا كهورمتن ديري باڬاي. تاڤي كالاو تق نق ايت... ميمڠ 8 جوت السن. هيهي

Lain-lain itu.. fikir sendirilah. Masing-masing dah besar. Konsep aku senang je. Itu antara nak dengan tak nak je. Kalau korang nak.. boleh je jaga diri kuat-kuat. Pelihara kehormatan diri bagai. Tapi kalau tak nak itu... memang 8 juta alasan. Hehe.

Ok.

Setel.

Terima kasih kepada eJawi.net.

T____T; <------ nampak tak? darah dekat hujung mata tak hilang lagi ni..

Cepat.

Sila tolong bersihkan_

Sambung baca...

Kategori:

Saturday, April 11, 2009


_Tengok kagum tak kagum. Cuba.

Waktu lunch break. Encik Khoo menegur. Encik Khoo ini berbangsa makan kerbau pendek. Umur dia pun memang dah surut. Lebih tua daripada ayah. Walaupun Bahasa Melayunya masih merangkak-rangkak dan berterabur.. tapi dia suka je cakap Bahasa Melayu dengan budak Melayu.

"Mim Alif Kaf Nun. Betul kan eja makan?"

Terkedu aku kejap.

"Ha. Yep. Correct. You pernah belajar ke?"
"Pernah. Dekat UM."
"Waa.. memang mandatory ke you ambil saja-saja?"
"Optional. Tapi I ambil. Nak belajar."
"I see. Waa.. cool."
"Hehe. Tulis Jawi pun boleh sikit-sikit."
"Waaa.. hebat."


Kagum tak kalau orang Cina pun pandai mengeja Jawi. Pandai tulis Jawi. Kenal huruf Jawi. Orang Cina pun pandai nak belajar bahasa Jawi. Itu belum lagi kalau ada yang belajar membaca Al-Quran. Belajar bahasa Arab bagai.

Kagum kan.

Orang Melayu. Ramai je lagi yang tak reti mengeja Jawi. Menulis Jawi apatah lagi. Nak kenal huruf Jawi pun belum tentu lagi. Nak belajar Jawi lagilah malas. Minat apatah lagi. Baca Al-Quran pun merangkak-rangkak lagi. Kalau pandai baca pun bukannya rajin nak baca hari-hari. Sanggup itu hari-hari main Facebook (akulah itu.. isk). Tapi sikit pun taknak cuba improve.

Kagum kan.

Berapa ramai yang ekselen bahasa Jawi..?

Angkat keyboard, sila_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, April 08, 2009


_Ok. Ok.

Julung-julung kali ini.

Cuba bagi aku satu idea nak menulis pasal apa?

Aku bagi can ini.
Sedekahlah sekeping idea.

Kalau.. berani_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, April 05, 2009


_Kami ke Bagan.

Bagan Serai?
Bukan.

Bagan Timun?
Bukannnn..

Bagan Bawang?
.........?? (baling penutup periuk)

Bagan Kunyit?
............!! (baling lesung batu)

Bagan lalanggg. Lalanglah. Lalang!

Tapinya.

Jangankan lalang. Gaban pun aku tak nampak. Mungkin.. tersembunyi barangkali. Maklumlah. Musim hujan sekarang ini kan. Walaupun hujan.. sampai juga kami ke sana. Dia punya feel macam pergi Perak. Memang ekselen. Sekali sekala tenung ciptaan Allah memang boleh kembang kuncup perasaan bersyukur itu.

Sepang Gold Coast, Bagan Lalang.

Berkejaran

Ini kan..

Pertama kali jejak kaki. Dia punya feel itu memang indah. Ekselen. Aku ini bukan apa. Kalau nampak pantai memang terus automatik jadi jakun. Pantai itu memang tempat paling 'Thank You Allah.. kalau boleh tinggal tepi pantai memang nak!'. Boleh jadi nelayan. Kira.. kena pindah pantai timurlah macam ini. Semangat terlalu cintakan pantai.

Confession of a Pantaiholic.. ehem.

Pantai Yang Kacak

Detik terakhir sunset..

Sunset

Hah.

Dari Shah Alam nak ke Bagan Lalang memang dekat je. Siap lalu GRAND PRIX lagi. Jangan main-main. Orang kampung macam aku, Dani dan Suhaila ini memang panggil Litar Sepang. Tak pun F1. Budak Anis ini seorang je yang panggil GRAND PRIX (setiap kali sebut kena letak big caps agar nampak lebih grand). Generasi 90an la katakan. Terpinga-pinga juga generasi 80an macam kami ini.

Ok.
Cukup pasal GRAND PRIX.

Kejap..

Motif sebenar kami menyinggah ke Bagan Lalang ini tak lain tak bukan sebab nak makan Seafood je. SEAFOOD je! Betapa gila banyaknya dia punya 'Seafood je' jual dekat itu. Segar bugar betul. Gila solid. Sampai menyentap usus perut. Bikin perut saya lebih kencang dan air liur berjurai-jurai meleleh saja.

Slurpppp.. (kesat air liur)

Walaupun begitu ramai 'Seafood je' yang sedang menjual diri dekat situ. Cuma beberapa jenis saja yang terpilih mengikut selera hati kami. Yang lain jangan risau.. masih boleh cuba lagi lain kali, ok.

1 ekor Siakap.
Dimasak 3 rasa.
"Hati-hati memakan siakap.. beliau suka bercakap bohong."

Ini siakap yang suka berbohong

Berkeping-keping Pepahat.
Dimasak cili.
"Pahat bukan sebarang pahat. Pepahat datang bukan daripada Batu Pahat."

Ikan Pari.
Dibakar kering bercili begitu saja.
"Menitik air mata makan ikan pari bercicahkan cili berapi."

Berekor-ekor Udang.
Dimasak Tom Yang Tak Berapa Nak Kung.
"Memang kencang. Tak berapa nak kung.. tapi layan je."

Tom Yam udang

Berekor-ekor Sotong.
Digoreng tepung begitu saja.
"Gila fresh. Nampak je macam digoreng dari luar. Dalamnya boleh tahan raw."

Berekor - ekor Ketam.
Dimasak cili berapi.
"Pedas gila. Tangan boleh BERPINAR-PINAR. Whoaa!"

Ketam Cili Berapi

Sayur.
Dimasak ala-ala Kailan Ikan Masin. Tapi bukan kailan.
"Memang hijau habis sayur itu. Terus rasa bertenaga lepas makan sayur! Macam Popeye!"

Lauk 7 Jenis

7 hidangan penuh.
4 pinggan nasi penuh selambak.

Dipertaruhkan.

7 hidangan kosong!
3 pinggan nasi berjaya ditelan. 1 pinggan penuh lagi terbiar.

Jumlah harga kesemua hidangan.. dalam RM125.

Ya. RM125.
Memang rare betul dia punya harga.

Amacam?

Dah terliur ke_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, April 03, 2009


_Ok. Ok. Aku nak tanya.

Perihal.. err.. jodoh.

Ehem..

Kita kena berfikir secara terbuka. Luas dan terbuka. Ok. Buka sekarang. Dan luaskan. Dan buka. Dan luas. Dan buka (woi.. cukup!). Soalan di bawah ini tiada kena mengena dengan mana-mana watak yang masih hidup ataupun yang telah tiada. Harap maklum ya. Sila harap maklum awal-awal sikit.

Ok.

Sambung..

Pemilik sementara korang merangkap ibu dan bapa.. tolong carikan jodoh.

  1. Setuju ke tak berapa nak setuju ke setuju dalam paksa atau tak setuju langsung?

  2. Orang tua selalu kata, berkahwin dengan pilihan mak bapak ini biasanya lebih berkat. Apa pendapat korang?

  3. Walaupun cun atau gila kacak macamanapun pilihan mak bapak korang.. tapi korang memang tak dapat nak setuju. Sila bagitahu tektik anda nak menolak tanpa perlu jadi anak derhaka.

  4. Lain-lain alternatif mencari jodoh?



Pilihan mak bapak vs. Pilihan sendiri.

Amacam?

Sanggup ke_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, April 02, 2009


_Antara mitos dan fakta. Memang boleh menimbulkan syak wasangka yang ketara. Dan. Terpulang kepada anda. Antara percaya dan tak berapa nak percaya. Atau juga.. tak percaya langsung.

Bersama saya, pengacara yang tak berapa nak dikenalpasti orangnya.. dalam Misteri Nusantaro.

Pling..

Channel 888.

Mitos/Fakta 1: Terkena hujan di kala panas tengahari buta boleh mendatangkan demam kuning

Doktor.. doktor. Saya nak tanya. Demam kuning ini.. kulit boleh bertukar jadi kuning ke macamana? Lepas itu.. kenapa kena kuning? Apa pasal tak warna lain? Kiranya, ini mitos ke fakta doktor? Lepas itu.. macam best pula dapat kulit warna kuning ini. Tak payah nak tepek serbuk kunyit kan doktor. Best kan? Best kan?

Mitos/Fakta 2: Letak hard disk dalam freezer untuk retrieve data semula

Walaupun kedengaran macam mitos.. tapi tak salah kalau mencuba. Sejak tahun lepas lagi aku nak cuba. Poyo betul. Tapi itulah. Asal nak letak dalam peti sejuk je mesti penuh. Ikan segala jenis ada. Daging maging. Aiskrim badan kuning. Dan segala jemaah frozen foods lain. Lagi pula.. tak ada plastik yang sesuai nak balut badan hard disk itu.

Ahhhh.. alasan.

Fine.

Tunggu kejap. Nak buat.

Mitos/Fakta 3: Duduk di atas bantal boleh menyebabkan bisul

Sejak umur 1 bulan sampai sekarang.. tak pupus langsung mitos itu. Dulu masa kecik pernah je try duduk berjam-jam atas bantal. Tak kena bisul pun. Kena piat telinga lagi adalah. Tapi itulah. Bernas betul orang-orang tua punya mitos. Memang setaraf dengan fakta. Nasib baik direkanya bisul kalau duduk atas bantal. Kalau kena barah pinggul ke buasir 8 hari 10 malam ke.. hah. Menggelupur tak menggelupur itu dibuatnya.

Mitos/Fakta 4: Minum susu kacang soya semasa mengandung, anak boleh jadi putih melepak

Walaupun tak berapa nak tepat fakta dia. Tapi aku rasa ini bukan mitos. Ini memang bukan cobaan. Ini betul-betul jadi ini. Makanya. Kepada ibu-ibu mengandung dan yang tak berapa nak mengandung dan anak-anak dara semua.. mari kita minum susu kacang soya 3 kotak sehari (ini contoh orang tak bijak nak pakai tanda koma dekat ayat).

Tapi.

Susu kacang soya memang sedap. Kalau tak mengandung pun minum je. Bukanlah maksud aku..err.. aku mengandung (segan betul nak menaip statement ni.. ish). Tapi.. memang tak mengandung pun boleh minum. Mana ada kesalahan. Pendek kata.. susu kacang soya memang sedap. Enak diminum begitu saja. Cubalah. Cubalahhhh... (sambil berlari-lari anak ke sana ke sini seperti kanak-kanak keriangan dalam iklan tv).

Mitos/Fakta 5: Makan kacang panjang atau rajin bergayut di pokok mahupun tangga boleh menambah ketinggian

Hei. Saya lagi tinggi daripada mak saya tau (haa.. riak.. riak). Tak. Maksud saya.. mak saya tak berapa nak tinggi daripada saya (haa.. kutuk.. kutuk). Taklah. Ayah saya lagi tinggi daripada saya. Tapi. Saya memang suka makan kacang panjang pun sejak dulu sampai sekarang (tipu.. waemah dipaksa makan).

Lepas itu. Saya memang suka gayut-gayut dekat tangga pun. Pernah sekali jatuh terhempas tulang belakang atas tangga. Sebab tangan tiba-tiba licin. Fuh.. alhamdulillah tak retak tulang belakang. Cuma otak ada kerosakan sikit. Sebab itu saya jadi macam ini bila dah besar (ehem.. apa maksud ayat ini hah?! Mendatangkan murka betul).

Jadinya.

Kemungkinan besar ini bukan mitos. Ini betul-betul jadi ini barangkali.

Kan doktor kan?

Mitos/Fakta 6: Mata boleh jadi ketumbit kalau mengintai orang di bilik air

Aku tahu. Rata-ratanya.. semua orang memang pernah merasa kena ketumbit. Tapinya. Rata-rata ini pernah ke merase mengintai orang di bilik air? Atau pun merasa diintai di bilik air? Pernah ke? Pernah?

Apa?
Tak pernah?

Bagus. Ekselen. Kekalkan. Kekalkan JANGAN MENGINTAI. Dan. Kekalkan JANGAN DIINTAI juga. Bilik air itu kasi dinding besi. Satu lapis berikutnya kayu. Satu lapis berikutnya lagi tembaga. Satu lapis berikutnya lagi emas. Dan lapisan terakhir.. buat macam jalan tar terus.

Tapinya.

Tapi kan doktor. Apa pasal kalau intai orang je terus dapat ketumbit? Kalau mengintai lepas itu dapat konjunktivitis (yang mata merah berair-air itu) tak dikira ke? Konjuktivitis pun sakit mata juga apa. Sepatutnya, wajib dapat mata lebam berwarna ungu kemerahan akibat ditumbuk semasa mengintai. Kan ke lagi relevan kan doktor. Kan? Kan?

Ini arwah atuk atau nenek siapalah ini yang reka mitos ini.

Mitos/Fakta 7: Kucing akan pendek umur kalau lalu bawah pokok yang berjurai-jurai macam monyet boleh bergayut

Kejap. Apa entah nama pokok itu. Dia sebatang pokok besar. Tepi jalan biasanya. Ada juraian-juraian ranting. Emm.. bukan ranting kot itu. Daun pun bukan. Buah apatah lagi. Tapi.. dia macam pokok yang dalam hutan, Tarzan atau monyet-monyet boleh bergayut dengan riang rianya.

Hah.
Apa nama pokok itu?

Oh ya.

Sila awasi kucing anda. Saya.. seriously.. ngeri dengan kucing! Sila jauh sikit meawww..

Mitos/Fakta 8: Bentuk pusat boleh menentukan anda kahwin dengan orang jauh atau dekat

Hah. Jangan main-main. Ini pusat tau.. pusat.

Aku pun tak ingatlah. Tapi kalau tak silap. Pusat tersembul itu.. kahwin dengan orang jauh. Pusat ke dalam itu.. kahwin dengan orang dekat. Ke.. terbalik tah. Lebih kurang gitulah orang-orang tua kata. Dia punya tahap relevan.. tak dapat dikenalpasti.

Sesiapa yang dah kahwin itu.. sila check.

Tengok betul ke tak betul.

Mitos/Fakta 9: Bulu mata anda gugur tandanya ada orang rindukan anda

Ha.. ini agak subjektif. Habis kalau hari-hari bulu mata aku keguguran akibat menggosok mata terlalu kuat.. adakah hari-hari ada orang rindu? Adakah? Wahhh.. ini satu penghargaan. Kira kalau bulu roma gugur? Kalau bulu kening gugur? Itu tanda ada orang rindu jugak ke atok?

Wahhh.. kesiannya orang yang selalu keguguran bulu roma, kening dan bulu mata.

Takpe.

Rindulah selalu.

Ok..

Ok.

STOP.

Dah habis mitos/fakta.

Ada yang aku tak tahu?
Cuba story sikit.

Tengok logik tak logik_

Sambung baca...

Kategori:

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.