Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, February 26, 2009


_Setiap kali jari bersenam sambil melompat-lompat atas keyboard. Lompat. Lompat. Lompat. Dan. Lompat lagi.

Ting!
Deshinggg!
Keletang.. keletang.. keletang!

Ya.
Itu.
Adalah.
PENULIS.

At least.. bagi akulah.

Semua orang boleh menulis. Tulis ABC.. 123.. dikira penulis juga. Memang akan disyaki penulis juga. Tipulah kalau kata korang tak boleh menulis. Yang buat karangan dalam kertas Bahasa Melayu I zaman SPM dulu itu apa benda.

Hah.

Nak menipu lagi. Tak baik menipu. Kalau teringin nak merasa percikan api neraka.. sila. Lava gunung berapi pun kalah. Jangan disangka ada Fire Extinguisher dekat sana.

Tapi.

Kalau tak nak mengaku juga.. sila suka hati. Kalau suka hati berguna.. nak polis buat apa. Pintu suka hati Doraemon pun lagi langsung tak berguna (tiba-tiba je..).

Tak tak.

Aku bukan nak cakap pasal itu. Terpesong betul dengan tajuk. Ini semua.. emm.. mmm.. haa satan punya pasal. Hah. Tak syak lagi.

Aku nak tanya pasal benda ini..

Nuffnang.

  1. Apa benda itu?

  2. Untuk apa itu?

  3. Kenapa kena ada benda itu?

  4. Siapa je boleh pakai benda alah itu?

  5. Apa beza Adsense dan Nuffnang?


Walaupun aku dah baca HELP dia. Dan aku dah ada ekaunnya.

Malangnya.

Hai..
Saya tak fahamlah Nuffnang.
Boleh tolong kasi jernih sikit tak.

Mengikut pemahaman aku dan suhaila. Secara tembak kasar. Seperti di bawah.

Konflik Tak Berapa Nak Konflik

Kiranya.

Untuk cerdik pandai di luar sana..
Segala soalan di atas.

Semuanya untuk kamu_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, February 24, 2009


_Hmm.

Hmmm.
Hmmmmm.
Hmmmmmmmm.
Hmmmmmmmmmmm.
Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.

Itu.

8 harakat.

Kali lagi 8.

Memang confirm. Tanda-tanda orang bermasaalah.

Terasa tebal gila dinding kejahilan. Terasa gelap gila dia punya perjalanan. Terasa nipis gila dia punya kulit iman. Aku tak pandai nak berkongsi cerita sendiri. Semua karya dalam blog ini.. sekadar lapik kain semata. Lagi macam konon kelakar.. lagi tebal lapik kain itu. Saja nak hiburkan kawan-kawan. Kalau pandai singkap.. tolonglah cucikan. Dah berdebu hitam. Jadi filter. 24 jam. Kadang-kadang tak tahan. Sampai tak nampak jalan.

Tak faham?

Ekselen, man.

Itu tujuan.

Tapinya.
Kalau aku request SOS..

Agaknya apa yang korang hulur.

Pilihan 1:
SOS Cili maggi.

Pilihan 2:
Tangan. Yang terbuka.

Itu signal urgent help kononnya.

SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS. SOS.

Percayalah.

Air yang tenang. Tidak disyaki berkocak. Memang tetap ada buaya_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, February 23, 2009


_Pagi-pagi lagi dah kena jerit. Mental baru nak warm up. Nak senyum pun sah-sahlah malas. Perut pon kosong lagi. Kaki pun baru nak berpijak pada bumi yang nyata. Otot baru nak regang. Maklumlah. Bakal berasak dalam LRT. Bakal penat nak mati. Macam nak pergi 500 meter punya lumba lari.

Pagi-pagi lagi dah kena jerit.

Dari jauh.

"Senyumlah. Cuba senyum sikit. Senyum itu kan sedekah."

1 meter.

"Ey.. senyumlah. Senyum kan sedekah. Cuba sedekah sikit."

2.5 meter.

"Senyumlah oi. Sedekah ni."

4.1 meter.

"Oi.. oi. Senyum sikitlah oi. Cuba senyum. Cuba senyum. Sedekah tu."

6 meter.

"Cubalah senyum sikit oi. Oii.."

Apa ke sengal betullah orang ini.

Manalah aku tak fobia dengan lelaki. Suka buat watak ngeri. Pagi - pagi macam ini pun ada orang sengal. Kenyang sangat makan nasi lemaklah itu. Bukan aku tak nak senyum. Tapi aku ada masalah dengan keregangan otot mulut. Bila tak senyum, dituduh senyum. Bila senyum, dituduh senyum.

Aku.
Kalau ngetap mulut..

Semua bangsa.
Semua umur.
Semua pangkat.
Semua jantina.

Mesti. Wajib. Harus. Patut.

Tangkap balas senyum balik dengan aku.

Waemah tengah mengetap mulut. Apa ke sengal betul otot mulut ini. Boleh pula hantar salah signal. Kalau tengah sakit kepala ke sakit perut ke. Ketap mulut. Pun disangka tengah senyum. Waemah tengah terima ujian. Perghh.. macam inilah agaknya senyum sakit dalam iman agaknya.

Nak taknak. Satu je aku boleh buat kalau tengah ketap mulut.

Mata.

Harus berpijak pada bumi yang nyata. Dengan begitu tekun sekali. Kata kena tundukkan pandangan kan. Kalau terlanggar tiang pun layankan saja. Sakit letak ubat. Tapi mata kena tetap berpijak pada bumi yang nyata. Ini barulah dinamakan mata kenyataan. Mata tanpa silauan benda-benda lagha.

Kiranya.

Kalau dituduh gila pasal senyum seorang-seorang pandang tanah pun apalah salah kot kan.

Ke.. salah_

Sambung baca...

Kategori:

Saturday, February 21, 2009


_Zaman belajar dekat PPP ITM dulu memang solid. Serba serbi indah. Belajar sambil main-main. Manalah tak indah. Tak ada satu hari pun yang tak indah masa dekat PPP ITM dulu. Dekat ITM dulu, budak-budak PPP dengan ITM Seksyen 2 memang ada kasta sikit. Entahlah kenapa. Masing-masing tak ngam sesama sendiri. Kelas kitorang semua dekat seksyen 17. Hostel dekat seksyen 18. Memang jaranglah kelas dekat seksyen 2. Ada. Tapi memang rare.

Dulu.

Setiap hujung minggu mesti balik rumah. Wajib. Kadang-kadang 2 minggu sekali. Sanggup itu naik komuter dengan Dani. Sambil bersesak-sesak dekat stesen komuter Shah Alam. Penuh dengan budak-budak ITM. Budak CIAST. Budak kilang yang tak berapa nak budak. Budak sekolah. Budak tadika. Mak budak. Bapak budak. Semualah pendek katanya.

Memang keindahan yang solid.

Ada sekali dulu naik komuter.

Penuh macam bas mini. Aku dengan Dani macam biasalah. Selit sekali. Himpit punya himpit, dapatlah juga menyelit dekat tepi pintu. Memang solid. Berdiri pun berdirilah sampai KL Sentral. Asal dapat balik rumah. Malas nak tunggu trip lain. Lama gila. Dekat sejam kadang. Dengan panas gunung berapinya. Mana tahan. Kan. Kata student. Hidup tahu nak memberontak saja. Sabarnya entah ke mana. Jangan ditanya.

Depan kitorang.

Tiba-tiba nampak macam ada mata kerek yang memandang.

Pelik sekejap.

Apahal dia ini. Muka nampak macam baik. Solid. Tapi macam nak cari gaduh. Kejap-kejap jeling. Kejap-kejap pandang balik. Sebab malas nak kisah. Aku buat dek jelah. Sebab kebanyakan penumpang komuter masa zaman aku dulu itu memang lain macam sikit perangainya kadang. Masa zaman aku jelah. Zaman sekarang tak taulah.

Kesudahannya.

Sampai dekat stesen Kuala Lumpur, berduyun-duyun manusia turun. Mamat ini pun bangun nak turun. Memang molek. Lega sikit.

Tapinya.

Sebelum dia nak turun itu. Boleh pula dia tercegat depan kitorang. Aku dah cuak kejap. Mamat ini apahal.

Lepas itu..

......

...

..

.

Ah.. malaslah nak cerita_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, February 18, 2009


_Tadi. Dalam LRT. Sambil layan mp3. Volume paling besar sekali. Sambil layan buku Ahmad Dinejad - Singa Baru Dunia Islam warna merah ini. Dengan gila khusyuk sekali.

Tiba-tiba.

Seorang awek arab tegur.

"Excuse me. Is that Ahmad Dinejad?"
"Huh?"


Diingatkan. Aku tengah layan mp3. Dahlah volume paling besar sekali. Maka. Sila top up lagi sabar itu. Nasib baik awek arab itu cool. Dia ulang balik tanya 8 kali.

"Is that Ahmad Dinejad's book?"
"This? Yeah."


Singa Baru Dunia Islam

Aku senyum. Awek Arab itu buat muka terkejut.

"Why did you read that book?"
"Come again?"
"That book. It is not good. Not good."


Aku terdiam.

Akak sebelah aku yang dari tadi perhati kulit buku aku baca itu terus masuk campur. Bawah ini semua conversation akak itu dengan awek Arab itu.

"Why is it not good?"
"He is not a good man."
"Why? He is a good President of Iran."
"No. No. He is not good. I am from Iran. I am Iran."
"So you don't like your own president?"
"Yes. I don't like him. The book wrote all the good things about him. But reality, he is not that good. Not good at all."
"Are you a Muslim?"
"Yes. Yes, I am a Muslim."
"Ok. So, why you didn't like him?"
"You like him?"
"Of course."
"Why? Tell me. Tell me."
"Well, he is.. emmm.. daring."


Tang daring itu aku memang dah senyum simpul habis. Akak ini sabar ajelah. Boleh pula dia belasah daring. Mesti dah habis vocab nak sebut karakter agaknya itu. Tapi Ahmad Dinejad memang kategori kacak. Muka tenang gila. Mata redup. Pandangan bercahaya. Sejuk betul mata memandang. Memang daring pun.

"Tsk. Nooo. Nooo. He is not good. You see, if someone force you to eat something that you don't want to eat, will you eat it? Of course not right. So, when he forced people to wear hijab, he is a bad man. That's why I don't wear any."

Aku terkedu. Akak itu pun sama terkedu. Tapi akak itu sambung tanya lagi.

"So, is he like Shah?"
"Who?"
"Shah of Iran."
"Oh. No. No. Shah is very good. He is a very good president. Shah is much more better than Dinejad. I like him."
"Oh. Ok."


Lepas awek Arab itu blah. Akak itu sambung dengan aku. Watak aku. Diam. Dengar. Dengar. Diam. Sepatah haram pun tak masuk campur.

"Patutlah. Dia jenis pro Shah Iran. Pro-Bush sekalilah itu. Nampak macam kebaratan je awek itu."

Aku senyum. Aku angguk.

Malas nak masuk campur. Sebab aku tahu apa yang aku tahu. Dan aku nilai apa yang aku boleh nilai. Dan yang paling penting, aku suka dengan watak Ahmad Dinejad. Tak kisahlah orang nak cakap apa. Unsur politik memang malas betul nak masuk campur. Porak peranda sesak kepala je kang.

Tapi.

Mana boleh disamakan dengan Shah Pahlevi. Isk.. tak sama langsung. Jauh panggang daripada api. Pulut panggang lagilah jauh. Pulut panggang waktu bazar Ramadhan Taman Melawati ini pun sedap lagi.

Takpelah.

Kalau dituduh teruk sebab paksa berhijab.. tak boleh nak kata apalah. Benda baik. Dituduh buruk. Hmm.. itu hati. Sudah separuh rapat dia punya pintu. Mungkin berlilin cuma. Gelap tak jumpa cahaya.

So.
Goodbye to you.
But Allah will not leave you.

Andai Perdana Menteri, segala menteri lain, sultan, raja dan sebagainya pun ada watak macam beliau ini. Perghhhh.. memang lancarlah jalan nak ke syurga. Barulah sedap nak mengaku negara Islam 218%. Walaupun tak dapat nak jadi sehebat pemimpin zaman Khalifah Ar-Rasyidin dulukala.. tapi cukuplah yang seakan-akan mereka. Tahu batas agama. Dan amalkan 100% pulak itu. Tanpa kompromi. Tanpa alasan.

Ahmad Dinejad

Tapi.

Aku tetap suka Ahmad Dinejad. Zuhud. Sederhana. Dalam segala segi. Tenang. Walaupun orang biasa. Tanpa kemewahan dunia. Dia memang antara pemerintah Islam yang terbaik. Dalam alaf ini.

Kalau ada anugerah Islam President Idol.

Tempat pertama, dia punya_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, February 18, 2009


_8 kali baca tajuk atas ini dah macam bunyi baca jampi pula.

Haha.

Ok.

Dah. Dah.

Doktor. Hospital. Perubatan. Ubat. Memang bukan kroni aku. Atas beberapa sebab, aku memang tak boleh masuk pun dengan elemen itu. Nak memahamkannya pun 8 tahun. Maklumlah. Kata, orang teknikal. IT savy kononnya. Manalah nak ngam sangat dengan doktor, perubatan, ubat, hospital dan sekutunya itu kan.

Nak menyebut nama ubat pun... astaghfirullahalazim.

Aku tahu parasetamol je. Kiranya, bila singgah farmasi.. memang terkulat-kulat betul nak menyebutnya. Adik eg ini pun satu. Asal bercerita je mesti pakai term medical. Mana nak tangkap.

Gua civillian, man!

Satu hari. Dekat farmasi.

"Err.. kak. Ada tak ubat klo.. hujung dia min."
"Hah?!"
"Emm.. nama dia kloro.. apa benda tah.. lepas itu min."
"Untuk apa itu."
"Ubat selsema kak. Kloro apa min tah."


Akak itu terus give up. Dia tanya soalan berbunyi civillian.

"Ok. Ubat itu mengantuk ke tak mengantuk."
"Ha. Yang mengantuk punya kak."
"Itu horomin namanya."


Hah.

Betullah itu. Janji ada min juga hujung dia.

Korang tahu tak yang mana satu rupa bentuk Horam Horomin HORAMINE Min itu_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, February 17, 2009


_Suatu tengahari. Secara sendiri. Dalam ofis ini. Tiba-tiba keluar bau megi.

Eceh.. macam pantun 3 kerat.

Kan aku dah kata dulu aku tukang karang pantun yang terhebat. Ha.. riak.. riak. Ok. Tarik balik. Bukanlah terhebat. Biasa-biasa saja. Tapi bolehlah buat pembayang dalam masa 1 saat. Dalam pertandingan pantun zaman sekolah rendah dulu. Ha.. riak.. riak. Tak. Tak. Ini fakta.

Dah.

Buang cerita pantun.

Sekarang cerita lain. Cerita 'A guy, a girl and an office place'. Sub (memang nama separuh sebenar) tegur. Sambil memasak makanannya yang semerbak wangi dekat pantry.

"Eh, not having lunch?"
"Hehe. No. Fasting."
"Ooo. So how many days you have to fast actually? Three is it?"


Tiga?

Aik.

"Eh.. no. Emm.. as for women, during Ramadhan there are several days we can't fasting. Due to... err.. you know that thing. Emm.. due to.. that women stuff. So.. we have to replace back."
"What stuff?"
"Emmm.. that women stuff lah."
"Ooooooooooooo.. ok. Ok."


Susah betul aku nak karang pembayang jalan cerita kurang daripada 1 saat. Nasib baik tangkap juga kesudahannya. Apalah Sub ini. Dah kahwin pun tak faham. Malulah saya nak cerita panjang.

Tapi memang gila bukan kerja mudahlah nak cerita benda macam itu.

Terutamanya dekat lelaki.

Serius.

Masa adik Uya sekolah rendah. Waktu solat Maghrib memang berjemaah dengan ayah. Semua sekali. Habis kalau datang 'Lawatan Makcik Ke Bulan' memang duduk sandar temboklah jawabnya. Adik Uya yang memang belum betul-betul mumayyiz pun panggil solat sekali macam warden asrama.

"Akak. Solatlah."
"Woh. Kakjai tak boleh solat."
"Apasal? Berdosalah."
"Sebab.. sebab tak bolehlah."
"Apasal tak boleh?"
"Sebab orang uzurlah."
"Adik pun uzur. Adik sakit kaki. Tapi boleh je solat."
"Laaa.. itu apa. Sakit kaki. Kakjai lain."
"Habis kakjai sakit apa?"
"Isk budak ini. Ini sakit perempuanlah. Pergi jelah solat dulu."
"Apalah akak ni."


Hak alah budak ini. Perkataan uzur paham pula. Memang masalah betul nak cerita. Sampai isyak pun belum tentu habis tanya budak ini jawabnya.

Hmm.

Sebab itu penting ajar pendidikan jantina (nama sopan) dekat sekolah. Kan.

Tapi.

Lainlah kalau sejak di bangku sekolah lagi korang dah tau pendidikan jantina. Itu memang Dangerous Mind.

Hah.

Agak-agak faham ke apa benda pendidikan jantina itu_

Sambung baca...

Kategori: ,

Saturday, February 14, 2009


_Korang tahu tak berapa tahap kronik pelupa aku. Hah. Cuba baca. Dan nilaikan sendiri.

Tadi.

Singgah Giant Melawati. Biasalah. Beli barang-barang dapur. Adik Acit naik atas. Pasal nak cari kasut. Urusan dapur dan kaki memang tak boleh campur sekali. Aku masuk bawah. Dia masuk atas. Barang aku beli lagi banyak dari dia. Sepantas kilat saja setel. Dia. Cuma sepasang kasut. Tapi 8 tahun nak tunggu habis pilih. Lelaki kalau datang angin cerewet memang teruk. Lebih cerewet dan memilih berbanding perempuan. Serius.

Hah.

Lepas setel. Aku tinggalkan barang dekat kaunter 'Sila Tinggalkan Barang Anda Di Sini Kalau Nak Naik Tingkat Atas'. Ok. Dapat sebiji tag kuning bernombor sekian dan sekian. Simpan dalam poket. Aku pun gerak naik. Kalau nak harapkan budak ini turun sendiri.. memang harapan tulus ikhlaslah.

Lepas setel.
Turun.
Blah.

Sampai rumah. Lepak-lepak ambil nafas dengan parents. Sambil sekeh-sekeh bergelak ketawa dengan adik nurse. Sempat jugalah buat senaman ringan sambil borak dengan mereka. Gelak. Borak. Baring. Gelak. Baring. Borak. Borak. Gelak. Baring. Begitulah kesudahannya. Sekian dan sekian.

Lepas setel. Aku kosongkan poket. Pasal nak pergi buat puding koktail. Memang wajib kena kosongkan poket. Nanti terasa macam serabut ayam rimas poket penuh barang. Sekali punya seluk. Korang tau aku jumpa apa.

Teka.

Hah.

Memang tepat sekali.

Tag kuning bernombor sekian dan sekian itu dalam poket aku lagi..!!!

Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna.

Lepuk kepala.

Sia-sia je pergi Giant.

T_____T

Kiranya.
Korang tahu tak berapa tahap kronik pelupa aku_

Sambung baca...

Kategori: ,

Friday, February 13, 2009


_Serius. Rata-rata perempuan memang suka shopping. Dan. Tahap ketagihan mereka adalah berkadar terus dengan berat tas tangan mereka.

Kesimpulannya.

Perempuan adalah seorang shopaholic.

( Kenyataan ini keluar sejurus lepas aku tengok trailer Confession of a Shopaholic. Sebanyak 8 kali. Crazy )

Kasut. Baju. Seluar. Skirt. Pakaian dalam. Minyak wangi. Beg tangan. Bunga. Langsir. Kain ela. Perhiasan rumah. Buku love story. Komik Gempak (ehemm). Alat kosmetik. Makanan ringan. Cokelat. Bahan-bahan memasak. Karpet. Tudung. Periuk belanga. Tupperware. Lelaki.

Err.. lelaki?

Hah. Ada juga yang suka shopping lelaki. Siapa kata tak ada. Ada. Memang ada. Jangan nak jegilkan mata. Ini kisah benar ya. Aku pun tak tahu macam mana caranya. Tapi memang ada. Manusia dalam dunia. Kan aneh belaka. Semuanya.

Tapi.

Dalam banyak-banyak barang.. kenapa kategori kasut sentiasa duduk dalam carta di tempat pertama. Apa ada pada kasut? Cuma tumit semata. Entah apa yang menarik sangat pasal kasut. Sampai penuh almari baju dengan kasut. Serius. Perempuan dan kasut memang susah nak dipisahkan.

Gila crazy.

Kenapa entah_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, February 12, 2009


_Aku tercari-cari. Penjelasan 3 kali dalam segala sunnah nabi. Sekali google.. terjumpa ini.

Kebohongan dari Islam.

Lagi. Dan lagi. Dan lagi.

Selepas Adibahahmed.
Selepas Syurga Islam.
Selepas Kebohongan Dari Islam.

Siapa lagi.

Aku senyum.
Aku singgah.
Aku blah.

Tengok. Betapa hebatnya Islam di mata dunia. Betapa takutnya Yahudi dan Nasrani dengan umat Islam kita. Sampai begitu sekali jijik dan kejinya cuba menyogok minda umat Islam itu sendiri. Sampai begitu sekali mereka melatah menggoncang tiang jiwa. Tolak tepi pengaruh hiburan di tv.

Wahai Yahudi.
Wahai Nasrani.
Segala tindakan kau yang keji.
Langsung tidak bisa mengoyakkan iman kami.

Iman itu.
Mungkin tercuit.
Mungkin tersentuh sedikit.
Mungkin terasa bergegar sedikit.

Namun.
Tak bisa tercabut dari tapaknya.

Walaupun Islam pada fitrahnya.
Walaupun Islam pada namanya.
Namun tapak iman itu tetap ada.
Tak kiralah berapa ketebalannya.

Orang macam mereka. Bukan saingan. Tak perlulah korang pergi laman itu dan maki sumpah seranah. Itu bukan adab kita. Tak perlulah dilayan isipati hatinya. Itu bukan adab kita. Tak perlulah melatah dan bergelodak jiwa memikirkan mereka. Itu bukan adab kita. Tak perlulah sakit kepala ringan segala anggota nak belasah mereka. Itu bukan adab kita.

Itu bukan adab kita.

We are what we think we are.
We are NOT what they think we are.
So. Prove it.

Yang lebih mengenali iman itu sendiri.
Cumalah kita semata.
Biarkan mereka.

Aku yakin.

Sangat berjuta lagi laman sebegini. Dalam ruang maya ini. Yang belum tentu ada titik penamatnya nanti. Barangkali bila kiamat terjadi. Itu titik henti.

By the way.

Ada sesiapa yang tahu hikmah di sebalik 3 dalam sunnah baginda_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, February 12, 2009


_TAKUT.

Ta.. Kaf.. Wau.. Ta.

Sebut sekali.
Itu emosi.
Sebut 8 juta kali.
Itu nama dunia punya ahli.

Takut. Takut. Takut. Takut. Takut. Takut. Takut.
Apa yang engkau takuti?

Takut. Takut. Takut. Takut. Takut. Takut. Takut.
Siapa yang engkau takuti?

Takut itu bermata.
Takut itu bermuka.
Takut itu bermisai juga.

Jangan disangka takut itu lelaki.
Jangan disangka juga ia perempuan.

Takut itu.
Tidak berjantina.
Tidak bertubuh.
Tidak berjiwa.

Namun.

Takut itu.
Selemah-lemah jiwa manusia.

Lawan dunia.
Akhirat namanya.
Lawan syurga.
Neraka namanya.
Lawan pahala.
Dosa namanya.

Lawan Tuhan.
Hantukah namanya.
Atau takut itu perisainya.

Takut itu bermata.
Takut itu bermuka.
Takut itu bermisai juga.

Sebutkan.
Apa yang kau takutkan.

Sila_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, February 11, 2009


_Gila panjang juga. Rabak. Rabak. Selalu aku tengok pipiyapong letak tajuk panjang-panjang. Gila kicap juga. Memang kacaklah. Boleh tahan matang juga Blogspot ini. Ehem.. aku bukan pro-Wordpress mahupun pro-Blogspot secara tegar ok. Masing-masing sama kicap dan kacak.

Mana-mana diehard fan Wordpress dan Blogspot yang terlalu fanatik itu.. korang memang tak kacak. Tak payah nak kutuk antara satu sama lainlah. Tak molek. Ini bukan produk bangsa Melayu pun yang nak difanatikkan sangat. Kalau dah disedekah free dengan Mat Saleh itu pakai saja. Wordpress kutuk Blogspot. Blogspot kutuk Wordpress (err.. ini belum pernah jumpa lagilah). Cuba bersyukur sikit. Tak payah nak kecoh-kecoh. Kalau korang dah ada sendiri punya, lain cerita.

Macam..
http://alkisahnyalah.penulisan.com.my

Atau..
http://alkisahnyalah.cakapsaja.com.my

Atau juga..
http://alkisahnyalah.lupikirlahsendiri.com.my

Ok.

Stop. Stop. Stop.

Kembali ke pangkal jalan.

Hah.

Cuba teka.
Dengan jelingan pertama.
Tengok hebat tak hebat.

Tapi. Kalau jeling sampai 8 minit memang main tipu. Kalau kira siap-siap pun main tipu. Kalau kira pakai tajuk dekat blog Pipiyapong pun main tipu. Kalau printscreen lepas itu lekat dekat Microsoft Paint pun main tipu.

Aku teka 255 karakter.

Korang agak berapa_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, February 10, 2009


_Siapa kata nak menulis itu bukan kerja mudah? Alasan je korang ini.

Hah.

Ini aku bagi salah satu cara. Gila baik punya cara. Korang semua pun tahu kan. Aku suka tulis karangan. Memang suka. Sejak lahir lagi. Haa.. memang unbelievable kan. Bukan sejak di bangku sekolah. Tapi sejak lahir! Pergh.. semoga sejuklah perut emak saya yang tercinta itu. Entah apa yang telah diajar semasa berada di dalam kandungan. Saya pun tak berapa nak pasti.

Ok.

Begini. Begini.

Masa aku form 1. Aku memang tak rajin nak menyembang kosong. Tapi aku ada satu hobi best yang memang paling rare dalam Sekolah Menengah Taman Melawati. Aku rasa hobi itu paling best. Sebab tak ada manusia waras lain yang sanggup buat hobi macam itu.

Ok.

Macam ini.


  1. Ambil satu kertas.

  2. Satu pen. Atau pensel.

  3. Cari kerusi.

  4. Cari port duduk yang korang rasa paling istimewa.

  5. Pasang telinga.

  6. Standby.

  7. Tulis semua perkataan yang sampai ke telinga.

  8. Kiranya.. korang dengar orang borak secara bersimpang siur. Dan tuliskan semua itu dalam satu kertas yang sama.


Tara..!

Siap sudah satu karangan.

Cubalah.

Bila dah siap. Memang best gila. Boleh tahu apa kebenda yang manusia sejagat suka merepek belaka. Memang serius fun. Boleh layan gelak-gelak macam baca komik. Lagi best daripada korang baca majalah Mangga atau URTV yang tak berfaedah langsung itu. Ini kira asal usul majalah tabloidlah pendek katanya.

Tak percaya ke_

Sambung baca...

Kategori: ,

Sunday, February 08, 2009


_Tak. Aku takkan respon apa-apa pun pasal politik di Perak. Aku yakin setiap yang jadi itu ada hikmahnya. Cuma aku nak ingatkan 1 benda je.

Berwaspadalah dengan 3 Ta.

Wanita.

Takhta.

Harta.

Elaboration? Lu pikirlah sendiri. Bukan kerja mudah nak jadi manusia. Beringatlah sentiasa. Itu saja_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, February 08, 2009


_Entahlah apa pasal best betul boleh layan budak-budak. Kadang terasa macam budak-budak ini boleh merangsang hormon suka ria gembira dan ceria secara serentak dengan bertubi-tubi. Rasa macam susah betul nak cari alasan tak suka layan budak-budak. Perghh.. nikmat. Susah juga nak hidup kalau tak ada seri budak-budak. Hormon suka ria gembira dan ceria itu. Di hujung jari mereka cuma.

I know. I know.
Nak suruh kahwin cepat-cepatlah itu.
Orang tak cool je suka sangat suruh kahwin cepat-cepat.

Hah.
Takat suruh kosong-kosong tak ada maknanya. Bak sini calon.

Amirul Asri. 3 tahun.

Orang nak solat jemaah ramai-ramai. Dia boleh layan tawaf. Sekeliling sejadah.

"Amirul.. sit down. Duduk."
"I say no. I say noooo."


Degil. Tengoklah siapa kakak saudara dia. (Ehem..)

Orang tengah nak makan. Dia naik turun tangga main kepala orang. Mak aku pun apa lagi. Tangkap tangan dia. Pegang kemas-kemas tak kasi lepas. Dia pun menggelupur nak lepaskan diri. Tergelak-gelak mak aku.

"No. Nooo. Don't gigit me. Don't gigit me."
"Ok. Duduk diam-diam."
"No. Nooooo. I say nooooo."


Nakal. Tengoklah siapa kakak saudara dia. (Ehem..)

Orang tengah duduk-duduk melepak. Dia main lari-lari sembur air liur dekat kepala orang. Mak aku pun apa lagi. Tangkap kaki tangan dia. Grip dia macam WWF. Sampai tak boleh gerak budak itu. Dia pun lagilah terjerit-jerit menggelupur.

"Nak buat lagi tak Amirul?"
"I say no. Noooo."
"Promise? Tak nak buat lagi?"
"Promise."
"Ok. Say sorry."
"Noooo. I say noooo."


Suka main-main. Tengoklah siapa kakak saudara dia. (Ehem..)

I know. I know.

Aku nak apply jadi babysitter kalau macam ini. Tak berapa nak baby dia punya sitter pun ok juga.

Free.

Amacam_

Sambung baca...

Kategori: ,

Friday, February 06, 2009


_Serba salah dibuatnya. Nak tegur kang salah. Tak tegur kang nampak macam lagilah salah. Kan ke serba salah jadinya. Tapi fikir 8 kali pun rasanya memang macam salah. Cuma agak tak berapa nak logiklah kalau dia tak perasan. Kan. Ke memang gaya dia macam itu.

Mustahil. Mustahil.

Naik LRT. Memang macam ini. Macam-macam gaya menjelma. Macam-macam fesyen ada. Macam-macam warna ada. Gaya Timur Barat Utara Selatan bagai. Bangsa Melayu Cina India Mat Saleh. Bersepah-sepah. Sesuailah dengan hala tuju acara semasa mungkinnya.

Tapi kalau pakai dress ikat tali reben dekat pinggang TANPA berzip dari atas sampai ke bawah. Nampak segala seluar kecil dan baju dalam dari side tepi tanpa perlu close up. Hui.. kesian gila akak itu. Tak perasan langsung secara ikhlas ke apa. Aku pandang sekali je pun rasa macam dah nak berdarah hidung.

Hah.. serba salah ke tak serba salah nak menegurnya.

Nak tegur ke tak. Nak tegur ke tak.

  1. Sebab dia berbangsa yang makan kerbau pendek.

  2. Mungkin itu memang gaya baju itu entahnya. Sebab dah bertali pinggang reben. Masakan tak nampak zip tu tak berzip langsung. Kan.

  3. Dalam LRT tengah ramai orang. Sunyi pula itu pagi-pagi. Hembus nafas pun boleh dengar. Macam boleh malukan dia je kalau tegur depan-depan itu.


I know. I know.

Kalau takut atau tak nak tegur itu.. memang 1000 dalihnya.

Ok.

Sila beri tunjuk ajar apa nak kena buat_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, February 05, 2009


_Ingat lagi tak dekat brader berjanggut. Ala.. yang jaga parking LRT Terminal Putra itu. Ala.. yang aku sombong tu. Ala.. yang dia kata aku selamba kering itu. Macam Stonecold. Waemah dia lagi stone je.

Tadi hujan lebat.

Haa.. korang tengok betapa excited gila nak cerita sampai balik je terus buka laptop

Aku kan suka naik LRT sekarang. Saja nak training temper. Tengok reti sabar ke tak sabar nak pergi cari rezeki pagi-pagi. Kiranya.. balik tadi memang gila lebat nak matilah hujan. Hujan rahmat. Gila nikmat. Dia punya lebat itu memang terbaik. Sampai penuh stesen LRT itu. Semua pakat berkumpul tunggu hujan kebah. Yang mana aku rasa lagi setengah jam pun belum tentu dia kebah.

So..

Korang pun tahu kan betapa aku sangat gilakan hujan. Sampai buat eksperimen. Kan.

Makanya.

Inilah peluang keemasan dan perak aku nak buat eksperimen lagi. Tengok berapa lama boleh demam balik. Lepas itu boleh eksperimen sekali kekalisan beg laptop ini hah. Tengok telus tak telus air nak ceroboh masuk. Beli mahal-mahal tau. Bila lagi nak test kan.

So..

Disebabkan aku sangat gilakan hujan.. dengan lafaz bismillah aku redah. Gila basah. Lencun tak ingat punya. Terkebil-kebil gosok mata. Rasa macam pakai wiper manual je. Mana taknya.. menderu-deru air hujan lari dekat muka. Nasib baik pakai baju tebal. Nak harapkan payung mana ada. Lainlah kalau ada lelaki gentleman tiba-tiba datang tolong payungkan sampai ke kereta ke ape ke kan.

So..

Tengah aku seronok redah main hujan lebat gila.

Tiba-tiba..

Pling!

Brader berjanggut itu datang dari jauh. Dengan raincoat kuningnya. Dengan berpayungnya. Uiyo.. my wish is granted! Dia bukan datang nak hulur payung. Dia datang nak tolong payungkan terus tau. Sampai ke kereta tau.

Gila segan!!

"Apasal jalan dalam hujan ni?"
"..."
"Hah.. meh payungkan."
"Ehhhh takpe takpe takpe."
"Ha takpe takpe takpe."
"Ehhh takpe.. dah dah. Dah dekat."
"Eh.. janganlah jalan laju sangat."
"Lajula.. sejuk ni. Ha.. takpe takpe takpe. Dah dah."
"Ye.. ye. Dah dah."


Tengok korang aku punya adab. Segan nak mati punya pasal sampai lupa nak cakap terima kasih. Gabra. Terkedu. Terkesima pasal tiba-tiba je wish is granted. Huish.. imaginasi boleh jadi realiti. Kuat betul pengaruh komik Gempak dalam kehidupan aku. Pergh..

Ah.. tak kira.

Yang penting dia dah kacau eksperimen aku. Kalau ayah tahu aku main hujan mesti dah kena penampar sulung punya.

Tapi.

Gilalah.

Sampai seram sejuk dibuatnya. Segan itu tak payah cakaplah. Malu. Segan. Malu. Segan. Dahlah tinggi. Macam orang Digi kuning yang sangat tinggi. Jalan dekat-dekat sebelah-sebelah.

Kesudahannya.

Lepas dah masuk kereta, aku hon. Aku angkat tangan dari tingkap je. Ala.. macam lelaki selalu buat. Lelaki kan selalu angkat tangan ala-ala selamat tinggal bila nak blah dari tempat kejadian. Ha.. macam itulah aku buat. Konon 'Stonecold'lah itu. Hah. Tengok korang aku punya adab. Tak beradab betul.

Habisnya.

Takkanlah aku nak jerit dalam hujan itu cakap terima kasih pula.

Kan.

Tak Stonecold langsung. Tapi. Memang malu betullah_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, February 04, 2009


_Kemungkinan besar. Orang mungkin nampak aku ini macam kayu sikit. Batu keluli pun iya juga kadang. Batu kelikir ke. Batu bata pun boleh juga. Dinding pun kadang-kadang ada. Member zaman ITM dulu pun pernah panggil aku stone. Nasib bukan Stonecold (ehem.. dulu aku pun layan WWF tau).

Keras.
Tak ada ekspresi.
Tak beriak. Berkocak pun tidak.

Itu semua taktik semata.

Ilusi mata. Ah.. ilusi optik, Sains kata.

Tak adalah keras mana pun. Lembut daripada tisu adalah. Cuma dia tak terkeluar dekat muka. Itu pasal nampak macam stabil. Waemah bergegar je selalu. Skala Ritcher 8 pun boleh sampai. Barangkali mungkin sebab dah sikit dewasa. Jadi macam sensor dia rajin vibrate. Sekejap-sekejap je nak vibrate.

Boleh tahan.
Boleh tahan.

Malam semalam. Sambil makan ramai-ramai.

"Zai dah janji nak belikan ayah. Tak beli pun."

Terpinga-pinga aku kejap.

"Emm.. benda apa ek ayah?"

Ayah senyum je. Tak cakap apa-apa.

Lagilah aku makin terpinga-pinga. Hah. Korang tengok. Jadi anak memang macam ini. Semua benda dilupanya kalau pasal mak bapak. Tapi mak bapak tak pernah lupa 1 benda pun pasal anak. Aduhai.. macamana watak aku jadi anak ini. Tak layak. Tak layak.

Lepas makan. Ayah cakap dekat emak pula.

"Teringinlah nak makan kuih gendang kasturi."

Mak senyum je tengok ayah.

"Ala.. lama tak makan. Tinggal berapa hari je lagi ini."
"Ish.. apa abang ni. Cakap pelik-pelik."


Zap.

Tersentak aku kejap.

Terus aku terberhenti makan. Makin lama makin susah nak telan nasi. Dalam hati dah vibrate gila tak ingat punya. Laju je teringat Malaikat Izrail. Bukanlah tak pernah nak ingat Malaikat Izrail. 24 jam sekali mesti ingat. Takut dibuatnya. Tapi yang ini. Tak tahu nak cerita macamana. Tapi korang boleh bayang tak kalau bapak korang tiba-tiba baru baik dari demam lepas itu cakap benda-benda macam itu.

Dia mesti ada Zappp sikit dalam hati punya.

Kan?

Memang sampai ke malam itu. Nak tidur pun hati tak sedap. Mungkin ayah aku sekadar berseloroh. Tapi aku sebagai watak anak ini, mestilah tak sedap dengar benda macam itu. Kan. Nak dijadikan cerita juga, watak sepenuh masa aku ini watak perempuan.

Perempuan kan suka betul ambil berat dan ambil kira benda yang sekecil alam. Benda remeh-temeh itu perempuan memang suka betul. Semua benda diendahnya. Lepas itu membebel-bebel. Seorang-seorang pun jalan saja membebel itu. Jangan ditanya kenapa. Itu fitrah kaum hawa.

Ya.
Aku tau. Benda belum jadi. Tak elok fikir sangat.

Cumanya..
Itu je ayah yang aku ada.

Ok mengaku.
Aku belum boleh survive lagi tanpa ayah. Tanpa mak.

Sob sob sob.

( Sedih sama dijinjing. Ketawa sama dipikul )

Hah.

Sekarang percaya tak aku tak keras pun. Kan ke gila berkocak ni_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, February 03, 2009


_Pergh.. memang tak boleh lupa.

Betapa ngerinya 'lawat' Batu Caves di kala Thaipusam.
Gila ngeri!
Ngeri!
Ngeri!

Ya.
Aku tau.
Thaipusam belum lepas lagi.

Sabarlah nak cerita kejap.

Ahad lepas singgah rumah Dani. Nak menyampaikan ke Selayang itu, memang tak sahlah kalau tak lalu depan pagar ruyung Batu Caves itu kan. Kiranya, Ahad lepas je dah mula jem dengan lebatnya dekat railway depan batu Caves. Dengan kereta yang bertubi-tubi keluar masuk Selayang. Dengan angkel-angkel dan brader-brader berkulit hitam pekat yang super gangsternya menahan kereta-kereta tengah jalan suruh berhenti.

Pergh.. tak boleh tahan.

Masing-masing dah mula botakkan kepala. Sambil bercalit putih di dahi. Tak kiralah laki ke perempuan ke. Budak ke bapak budak ke mak budak ke kakak budak ke nenek budak ke kan. Masing-masing dah mula junjung tempayan kecil warna kuning emas atas kepala. Dengan pembawa kavadinya. Dengan cucuk sana sininya. Dengan berkaki ayamnya. Masing-masing bersemangat waja meluru ke kaki Batu Caves.

Waemah lagi seminggu baru Thaipusam.
Gila kental.

Itu cerita Ahad lepas.

Hah.
Ini baru masuk kisah benar Thaipusam tahun 2005.

Perghhh... kalau format otak sekalipun belum tentu aku boleh lupa. Disebabkan inkuiri yang gila tinggi nak tengok realiti di sebalik Thaipusam.. maka dengan segala keberanian aku melangkah masuk ke Batu Caves. Hah. Bismillah pun tak sempat nak baca rasanya. Entah kaki kiri ke kaki kanan aku langkah masuk dulu.

Yang penting kerjaaaasamaaa dah sampai Batu Caves.

Pagi-pagi buta. Dengan geng fotografi. Dan Ida sekali. Berhimpit-himpit dengan geng-geng kulit hitam pekat. Yang tak berapa nak tahan dia punya semerbak. Naik keretapi Tanah Melayu menghala ke Batu Caves. Yang mana hanya dibuka setahun sekali cuma. Itu pun keretapi yang keberapa entah baru dapat naik. Dan bukannya dapat duduk pun. Mampu menyelit dekat celah-celah pintu gerabak je.

Pergh.. tak boleh tahan.

Turun je dari keretapi dekat Batu Caves.. gila terkedu.

Ini fun fair ke hari membuang dosa warga India. Gila meriah. Sambil buang dosa sambil bersuka ria. Gila fun! Dioranglah. Aku sikit pun tak fun. Dengan lagu Tamil yang rabak bersepahnya. Dengan jualan lambak segala jenis manisannya. Dengan serbuk warna warni sana sininya. Dengan bau kemenyan Indianya. Dengan pembawa kavadi yang berbuih-buih sawan naik syehnya.

Pergh.. tak boleh tahan.

Sampai-sampai je.. kitorang terus singgah port kavadi. Situ memang ramailah brader-brader India tengah nak set up kavadi. Lagi berat kavadi, lagi ikhlas sikit jumpa dewa. Bak kata merekalah. Dan katanya lagi, kena tunggu naik syeh dulu baru boleh angkat kavadi pergi jumpa dewa. Kalau tak.. susah nanti nak cucuk badan bawa kavadi. Gilalah. India pun tau naik syeh.

Pergh.. tak boleh tahan.

Lepas itu. Acara pun bermula. Dia punya ramainya manusia jangan ceritalah. Macam nak sambut tahun baru dekat Dataran Merdeka itu hah. Semua jenis bangsa ada. Dan barisan mereka yang nak menghadap Dewa pun bermula. Sekecil-kecil budak sampai ke besar-besar bapak budak. Datuk budak pun ada juga. Semua junjung periuk belanga. Dengan mata terbeliaknya. Basah-basahnya. Meluru laju-laju ke tangga Batu Caves.

Pergh.. tak boleh tahan.

Itu baru barisan pertama. Lepas itu makin lama makin up sikit dia punya kasta. Dah separuh perjalanan baru start barisan pembawa kavadi. Dan kebanyakan pembawa kavadi yang dah naik syeh itu semua berlagak macam Dewa. Kononnya Dewa dah pinjam badan mereka untuk follow sekali orang lain pergi membuang dosa. Memang macam-macam aksi dan gaya. Dengan mata terbeliaknya masing-masing. Dengan darah meleleh-lelehnya. Dengan buih sawan putihnya.

Pergh.. tak boleh tahan.

Lepas upacara panjat Batu Caves barulah Sammy Velu datang menghadap. Bagi ucapan bagai. Yang mana satu haram pun aku tak faham. Dekat kaki bukit Batu Caves itu pula ada acara baling kemenyan India. Macam kapur barus sikit dia punya rupa. Tak ketinggalan juga acara membaling kelapa begitu saja. Iskk.. baiklah bagi aku 8 biji ke. Boleh juga parut buat kuih ke apa ke kan. Gila bazir macam itu saja.

Pergh.. tak boleh tahan.

Lepas bertapa lama gila dekat situ.. kitorang pun blah. Sebab aku dah tak boleh blah nak hidup lama dekat situ. Memang tak waras betul masuk tempat macam itu di kala Thaipusam. Tapi sebab melayankan fotografi.. dia punya gila itu kadang bukan kira tempat pun. Main belasah je kering-kering. Memang mental betul fotografi ini.

Tak boleh tahan.. tak boleh tahan.

Balik je dari Batu Caves itu.
Dekat lebih sebulan rajin mimpi ngeri.

Hah.

Agak-agak korang apa yang aku mimpi_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, February 01, 2009


_Tipikal seorang Homo Sapiens.

Pernah tak terasa macam nak gila..
Tapi tertahan-tahan.

Pernah tak terasa macam lapar gila..
Tapi tertahan-tahan.

Pernah tak terasa macam nak mengamuk sakan..
Tapi tertahan-tahan.

Pernah tak terasa macam menyampah meluap-luap..
Tapi tertahan-tahan.

Pernah tak terasa macam bosan gila..
Tapi tertahan-tahan.

Pernah tak terasa macam nak menangis dengan lebat..
Tapi tertahan-tahan.

Pernah tak terasa macam gila sunyi tak ingat..
Tapi tertahan-tahan.

Pernah tak terasa macam tak boleh tahan sabar..
Tapi tertahan-tahan.

Pernah tak terasa macam sangat dalam kesusahan..
Tapi tertahan-tahan.

Pernah tak terasa macam nak luahkan berbaldi-baldi..
Tapi tertahan-tahan.

Pergh..
Tipikal seorang Homo Sapiens.

So, pernah tak korang_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, February 01, 2009


_Jangan tanya aku. Aku pun tak tahu dari mana asal usul orang main tag ini. Macam passing benda saja. Apa-apa pun.. tag itu tanda kasih sayang mereka. Bila orang teringat kita lalu mengTag dengan rakusnya. Jangan marah. Bersabar saja. Itu tanda kasih sayang bukan.

Wah.

Aku dah matang. Tak rasa marah langsung bila kena tag.

Yahuuuu!
Yahuuuuuuuu!
Yahuuuuuuuuuuuuu!

Terima kasih Nananya di atas kasih sayang itu. Walaupun tempoh aku kenal kau agak sekejap.. tapi aku cubalah ya. Maka. Mari tengok berapa banyak aku tahu pasal kau.

Senyum dulu sebelum buat tag (ini tips menjadi orang cool bukan).

Senaraikan 10 Perkara Pasal Nana

1. Dia kecil molek orangnya
Sangat kecil molek. Entahlah kenapa kalau face to face dengan dia aku terasa macam nak tepuk-tepuk kepala. Ala, macam tepuk kepala budak kecil sambil cakap 'Good boy' itu. Tapi tak elok main kepala kan.

2. Dia petah bercakap
Bercakap dalam nada matang. Dan perihal benda-benda yang matang. (Macam kaulah Dope.. hihi)

3. Dia tak suka cokelat
Aku macam rasa sangat rare kalau perempuan tak suka cokelat. Memang rare betul. Perempuan dan cokelat itu ibarat isi dan tulang. Saling melekap antara satu sama lain. Perempuan perlukan cokelat. Cokelat itu manis. Makanya, perempuan perlukan kemanisan dalam hidup ini. Sebab itulah perempuan kebanyakannya memang nampak manis di mata lelaki.

4. Dia suka baca komik Gempak macam aku
Baca komik itu kira matang juga apa. Lagi tinggi imaginasi. Lagi matang.

5. Dia suka menulis
Ya. Ini fakta. Menulis apa saja.

6. Dia seperti kakak besar
Aku tak pernah ada kakak. Sebab akulah kakak. Tapi dia ini macam kakak besar. Kira.. macam boleh bergantunglah dengan dia pendek katanya.

7. Dia sangat hebat memasak
Memang macam mak-mak. Rasa pun sedap. Masakan kampung. Bukan Western. Mungkin sebab aku sendiri pun tak lalu sangat nak telan makanan Western. Tak kacip bak kata budak-budak zaman sekarang. Tak kicap pun iya juga.

8. Kawan sekolah rendah dia bekas jiran aku
Sekolah rendah Ampang dalam sejarah. Hehe. Kagum aku. Sesungguhnya dunia memang sangat kecil.

9. Dia tak suka bunga
Err.. sedikit hairan kalau ada perempuan tak suka bunga. Ke memang ramai perempuan tak suka bunga barangkali. Pelik langsung.

10. Jarak tempat kerja dengan rumahnya teramatlah dekat
Ya. Dekat. Sangat-sangat. Lunch boleh balik rumah. Dekat bukan? Satu kenikmatan.

Novel Kegemaran Nana
Err.. Laskar Pelangi agaknya.

5 BENDA Kesayangan Saya


  1. Nami (Myvi Putih)

  2. Kakeno (Canon EOS 350D)

  3. Koleksi Buku dan Komik Gempakz (Tak berfaedah bukan)

  4. ... (err.. macam tak banyak pula benda kesayangan dah)

  5. ... (seperti tak ada dah rasanya)



People I Want to Tag

  1. Dani

  2. Anisa

  3. LadyUgly

  4. Suhaila (hah.. buat cepat dekat komen tu)

  5. Dope

  6. Ezad

  7. Awie (dah terkubur ke blog tu sedara.. sila up balik ya)

  8. Astri

  9. Riena (buat di ruangan komen je pun tak apa)

  10. Hafizatul Akmar (ok.. buat kat komen sila)

  11. Kak Putri

  12. In Sengal

  13. Nessa

  14. Siapa-siapa lagi yang sudi (dekat ruangan komen je takpe)



Fuh..
Habis akhirnya.

Ekselen man_

Sambung baca...

Kategori:

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.