_Palestin.
Lagi..?
Biarlah. Jiwa aku belum reda lagi. Selagi Palestin masih berdarah. Selagi itu aku rasa satu Blogspot atau Wordpress akan bercerita perihal ini. Tapi. Kalau ada yang bercerita perihal diri sendiri. Perihal politik. Perihal boyfriend girlfriend. Perihal hari ini nak makan apa esok nak kemana. Silakan dengan suka hatinya. Asalkan jauh di sudut hati kudus korang itu, pernah terlintas 1 saat keprihatinan pasal Palestin. Pasal Islam. Sekurang-kurangnya.
Semogalah.
Dan. Kalau sakit mata, berhenti baca setakat ini saja. Aku tak paksa. Sekurang-kurangnya, masih ada 1 orang lagi yang tetap akan baca sampai habis. Aku tak jamin ada. Tapi kalau ada, baguslah.
Sebelum menyokong Palestin..
HAMAS.
Aku tahu korang pernah dengar.
Tapi tahu ke apa maksud di sebalik HAMAS dan peranannya?
Palestin.
Aku tahu korang selalu dengar.
Tapi tahu ke siapa mereka dan kaitannya dengan kita?
Gaza.
Aku tahu korang baca paper atau berita online.
Tapi tahu ke sejarah dan lokasinya?
Al-Aqsa.
Aku tahu korang pernah dengar.
Tapi tahu ke sejarah, lokasi, rupa paras sebenar dan kisah di sebaliknya?
Kalau korang tahu salah satu. Atau tak tahu salah satunya. Tak apa. Masih boleh terus baca. Sekurang-kurangnya ada yang tahu. Tapi. Kalau kosong terus.. silalah rujuk Wikipedia, contohnya. Atau cari blog lain yang bercerita penuh perihal itu. Silalah.
( Memang nak kena baling kasut betul kalau tak tahu salah satu dalam list atas itu )
Habis apa yang korang tahu?
Lagu terbaru dalam carta?
Movie terbaru?
Raja Lawak?
Gosip artis?
Gig Indie?
AF?
Perghh.. korang memang patut dibaling kasut.
Ok. Yang lain boleh teruskan membaca. Kalau.. terdaya.
Nak tolong Palestin. Tak susah. Memang tak susah. Ada banyak cara. Dari cara paling besar sampailah sekecil-kecil cara. Dan aku tak percaya kalau ada yang kata tak mampu dan tak boleh nak sokong Palestin. Lagi sekali.. memang nak kena baling dengan kasut.
Ini senarai yang aku dapat fikirlah. Mampu tak mampu.. itu perkara kedua.
1. Ikut Pergi Berperang
Korang tahu tak. Besar betul pahala orang yang pergi berperang ke jalan Allah. Jihad fi sabilillah. Dengan syarat, kena ikhlas demi Allah semata. Bukannya sebab ikut pergi berperang pasal nak pahatkan nama dalam buku Sejarah Islam. Bukan sebab nak menunjuk-nunjuk. Paham? Tapi kalau tak mampu juga.. cuba cara kedua.
2. Membiayai Jihad ke Jalan Allah
Dari Khuraim bin Fatik ia berkata, Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa mengeluarkan suatu derma di jalan Allah, maka akan ditulis 700 kali ganda." (HR: Tarmizi dan dihasankan oleh Nasa'i serta disahkan oleh Ibnu Hiban dan Ibnu Hakim)
Penjelasan:
'Seorang Muslim yang turut membiayai pertempuran kaum muslimin di dalam melawan musuh-musuh agamanya, maka Allah menjadikan mereka mendapatkan pahala 700 kali dari jumlah yang mereka belanjakan untuk kepentingan perang. Oleh sebab itu, kaum Muslimin yang tidak mampu untuk berangkat sendiri ke medan tempur, maka ia dapat menyumbangkan harta-hartanya bagi keperluan pembelian pensenjataan dan alat-alat perang.'
Kalau rasa hidup itu mewah dan kaya raya.. silalah sedekah sikit harta itu ke Palestin. Daripada hari-hari pergi beli baju baru, perabot baru, kasut baru, kereta baru, rumah baru. Baiklah gunakan ke jalan sepatutnya. Besar betul pahalanya. Kalau ada rm10 lebih itu pun boleh bersedekah juga. Tak salah. Tahukah anda wahai orang kaya dan segala Datuk Datin? Aku tahu korang takkan sampai ke sini. Cuma kalau ada saudara mara yang kaya raya atau anak bini atau kawan-kawan yang tersesat ke sini, silalah baca. Dan bersedekah. Kalau tak mampu atau kedekut atau sayang betul dengan harta itu.. cuba cara ketiga.
3. Demonstrasi atau Tunjuk Perasaan
Kalau tak silap aku, mana-mana universiti telah membenarkan mahasiswa mereka untuk keluar demonstrasi perihal Palestin ini. Terbaca dekat surat khabar. Kiranya, kalau orang dah bagi pas kebenaran itu.. jalankanlah tanggungjawab. Pergi ramai-ramai bawa sepanduk penuhkan semua kedutaan Israil, Mesir, US dan sekutu dengannya. Suruh berhentikan War Crime itu. Mana tahu terbuka pintu sempadan Mesir itu akhirnya ke. Kan. Tapi kalau tak mampu juga.. cuba cara keempat.
4. Boycott Produk Israil
Dalam erti kata lainnya, Jangan Berurusan. Jangan Guna. Jangan Beli.
Senarai Produk Israil.
Bukan kerja mudah. Tapi boleh diusahakan. Perlahan-lahan mungkin. Tapi bukan kerja mudah. Aku ulang. BUKAN KERJA MUDAH. Lainlah kalau kau bersifat zuhud. Langsung tak pandang satu haram pun dengan produk-poduk itu. Kalau dah ada barang-barang itu.. guna saja sampai habis. Lepas itu beli brand lain. Sekurangnya, kalau tak boleh nak berhenti berurusan.. berhentilah beli. Kalau dah boleh berhenti beli.. berhentilah guna pula. Aku sendiri pun belum mampu nak berhenti guna.
Walaupun aku tak jamin 100% yang Israil boleh bangkrup dengan cara ini, tapi sekurangnya ada 1% daripada tak ada langsung. Kan. Sementara Palestin tengah berdarah ini, berhentilah sekejap daripada layan McD, Nestle, Coke dan Starbuck, contohnya. Sekadar menghormati. Cuba bayangkan sambil makan Prosperity Burger itu, macam itu jugalah rupa daging-daging hancur rakyat Palestin yang meninggal kena bom. Tapi kalau tak mampu juga.. gunalah cara kelima.
5. Doa dan Solat Hajat
Ini sekecil-kecil cara. Dan senjata umat Islam. Doa. Dan kalau boleh, solat sunat Hajat sekali. Kalau tak pandai nak buat solat hajat.. tak apa. Boleh belajar. Atau pun berdoa je. Kalau tak tahu berdoa pun tak apa. Boleh belajar. Tadah tangan dan mintalah semoga semua umat Islam dekat Gaza dan satu Palestin dan masjid Al-Aqsa itu sentiasa dalam peliharaanNya. Doakan mereka semua dikuatkan iman. Sentiasa bergantung dan tawakal kepada Allah. Walaupun kita cuma mampu tengok hari-hari gambar rakyat Palestin dibedil Israil sehingga berkecai berdarah-darah.. tapi asalkan kita tadah tangan berdoa.. insyaallah dipermudahkan sikit mereka di sana.
6. Tulis Isu Palestin di Blog
Ini aku nak tujukan dekat mana-mana blog yang readers dan commenters mereka mencapai angka 100 ke atas khususnya. Dan mana-mana blog yang trafiknya gila lebat dibanjiri pembaca. Kurang daripada 100 pun sama. Bloggers yang berpengaruh, pendek katanya. Yang ada ramai pengikut. Aku menyeru.. daripada korang tulis benda-benda lagha atau tak berfaedah atau tak berapa penting dekat blog itu.. baiklah korang ajak semua pengikut beratus-ratus itu berdoa atau prihatin sekejap dengan isu Palestin ini. Letak sebaris ayat pun jadilah. Daripada letak poster Gig sana sini.. selitkanlah sikit poster berdoa untuk Palestin ini dekat mana-mana ke. Kan.
Ini tak. Dahlah tak mampu nak ikut berperang. Tak mampu nak sedekah amal jariah harta ke Palestin. Tak mampu nak buat demonstrasi. Tak mampu nak boycott produk Israil. Nak buat solat hajat pun tak reti. Nak berdoa pun malas. Ini sekecil-kecil cara.. tulislah walau sebaris ayat dekat blog atau email ke apa ke. Ajak satu Malaysia ini berdoa. Berdoa. Dan berdoa.
Boleh?
Terima kasih. Sekurang-kurangnya.. sejuk sikit roh-roh rakyat Palestin yang meninggal itu. Sekurang-kurangnya, aku dah sampaikan bahagian aku. Dan aku cuba juga nak tunaikan tanggungjawab aku. Sekarang bahagian korang pula. Usahakan sendiri. Takat hari-hari baca surat khabar tengok gambar rakyat Palestin berkecai sambil menggeleng kepala itu tak ada benda pun. Tak berfaedah pun.
Ok.
Terima kasih banyak-banyak kalau ada yang mampu baca sampai habis aku merepek ini_
Sambung baca...
Tentang Penulis

Penulis bukan seorang pereka grafik mahu pun seorang jurugambar. Sebaliknya, seorang buruh biasa di sebuah syarikat yang tidak dikenali ramai. Tidak suka bersosial. Telah membuang masa lebih 6 tahun dalam penulisan blog. Masa lapang yang tidak begitu lapang dipenuhi dengan aktiviti melukis. Tiga suku masanya dihabiskan di
Twitter berbanding di dunia nyata.
Habis baca...