Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, December 10, 2009


_Ok... ok.

Jadi orang bujang memang sukar terlepas daripada cerita perihal jodoh.

Hinf.

-_-"

Aku tahu hujung tahun macam ini memang bersepah-sepah kenduri kendara. Hari-hari ada orang kahwin. Sana sini ada nasi minyak. Entah kenapa nasi minyak yang sentiasa menjadi menu utama kenduri kahwin, tidaklah aku tahu. Masaklah nasi tomato ke. Atau pun nasi beriani ke. Nasi lemak ke. Nasi kerabu ke. Nasi hujan panas ke. Atau pun. Nasi hujan ribut petir pun boleh juga.

Hubung kaitannya kalau ada yang tahu bolehlah berkongsi dengan aku.

Haah.
Teringin juga nak tahu.

Hah.

Cerita pasal er, jodoh.

Aku rasa jodoh itu salah satu daripada rahsia-rahsia Allah. Di antara countable noun dan uncountable noun, jodoh itu jatuh di dalam kategori uncountable noun. Sesuatu yang tidak boleh dikira. Dan sesuatu yang boleh tahan sukar nak dijangka permulaan dan kesudahannya.

Jatuh cinta dengan siapa.
Kahwinnya pula dengan siapa.
Walimatul urusnya pula nanti bila.
Anak-anaknya nanti bilangannya ada berapa.
Cucunya, cicitnya, tuanya, liang lahadnya dan sambunglah sendiri.

Dan sesungguhnya.

Allah memang menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Itu janji Dia kepada hambaNya.

Janji kita kepadaNya?

Apa lagi nak dikata.
Sebagai hamba, memang kerjanya tabur janji saja.
Kau nyanyilah lagu Janji Manismu dendangan Aishah hari-hari.

Hah.

Cerita pasal er, jodoh.

Manusia memang suka mencari kesempurnaan. Dan bukan semua manusia suka mencari kesempurnaan. Sebahagiannya, mungkin. Tetapi memang ada. Aku pun salah seorang daripadanya. Nak cari jodoh pun ada checklist. Zaman belajar dulu aku ada checklist. Lepas dah dibagi warning dari Dia, terus aku buang checklist itu. Sebabnya. Boleh jadi sesuatu yang kita mahukan itu tidak mendatangkan kebaikan untuk kita. Dan hanya Allah saja yang tahu baik buruk setiap sesuatu itu.

Sebab itu kalau Dia duga hidup kau macam tonggang terbalik dunia, kau layankan sajalah. Bersyukurlah. Kurangkan merungut. Itu tanda Allah sayang kepada hambaNya. Sebab hanya Dia saja yang tahu baik buruk setiap sesuatu. Dan percayalah. Walau teruk gila macamana pun sesuatu perkara itu, memang wajib ada hikmahnya. Makanya, silalah bertukar menjadi seorang manusia yang cool dan optimis 24 jam.

Dan kurangkan merungut.
Dan kurangkan.
Merungut.

Aku tak boleh nak cakap JANGAN MERUNGUT. Sebab manusia ini bukan sempurna. Imannya pula macam graf. Sekejap naik sekejap turun. Kalau stabil itu baguslah, ini kalau makin lama makin jatuh merudum memang boleh tahan syahdu juga itu. Akulah itu yang selalu merudum. Sebab itu kena berusaha untuk cuba kurangkan merungut. Kalau dah hebat mungkinlah boleh berhenti merungut terus.

Hah.

Cerita perihal checklist jodoh.

Zaman aku belajar dulu aku pun ada checklist. Masa itu belum ada kesedaran sivik lagi. Hidup asyik nak meminta macam-macam dari Pencipta. Tak sedar lagi langit itu tinggi ke rendah. Waemah siapa entah yang jadi bos. Buruk betul perangai. Dilarang meniru.

Ini checklist aku

1. Tidak berwajah kacak dan jambu
2. Bukan chinesse look
3. Tinggi
4. Tidak bercermin mata
5. Tidak panas baran
6. Tidak sarkastik
7. Gentleman
8. Jenis budak-budak nakal tapi hati baik

Pft....
Memang remaja betul naluri masa itu.

Dan disebabkan aku request macam itu, Allah pun temukan aku dengan orang yang sebaliknya. Kesemua kriterianya memang berlawanan dengan checklist aku. Masing-masing muka chinesse look. Putih. Jambu. Kacak. Tak tinggi. Sarkastik. Ah, malas nak sambung dah. Pendek kata semua yang berlawanan dengan kriteria di ataslah.

Lepas itu.

Aku terus malas nak buat checklist lagi seumur hidup.

Sebab aku rasa semua yang aku nak itu memang langsung tak mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri. Sebab Dia saja yang tahu baik buruk akan setiap sesuatu. Dan siapalah aku nak meminta-minta dari Dia. Lebih baik minta ampunkan dosa ke, jadi anak yang soleh ke, dapat jodoh yang baik ke. Ehem, bab jodoh memang tetap kena selit. Masih belum sempurna agama seseorang itu selagi belum berkahwin. Kan? Kalau salah tolong betulkan.

Dan kalau macam aku ini.

Bukan aku tak nak kahwin. Tapi belum jumpa jodoh lagi. Nak terfikir cari jodoh lagilah malas. Sebab nanti mesti dapat yang sebaliknya. Hah. Tahu pun serik. Lagipun aku malas nak kawan dengan lelaki. Nak berborak dengan lelaki lagilah malas. Nak pandang lelaki lagilah susah nak datang selera. Aku kan perempuan yang perasan bagus, memandang manusia ibarat angin lalu, complicated dan degil macam keldai.

Er, tapi kalau lelaki itu ada 3 suku kata nama yang unik dan panjang, jual mahal dengan perempuan serta seorang gentleman, memang laju sikitlah aku bagi perhatian. Cis, tak senonoh perangai. Ok, abaikan ayat itu. Malu saya.

Cumanya.

Pegang sajalah dengan janji Dia. KataNya, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik kan. Makanya. Disebabkan aku nak lelaki yang baik, aku pun kenalah jadi baik. Kalau nak lelaki yang soleh, aku pun kenalah jadi wanita solehah. Tak adillah kalau perangai aku tak senonoh tapi nak lelaki yang baik. Er, tak janjilah boleh istiqamah dalam proses nak jadi wanita solehah. Tapi aku berusahalah untuk cuba kononnya. Ehem. InsyaAllah. Panjang lagi usaha nak jadi baik ini isk.

Lagi satu.

Dulu bila malas nak fikir pasal jodoh ini, mesti aku cakap nak suruh emak dan ayah carikan. Tapi bila dah jumpa realiti, fuh gila menakutkan juga sebenarnya. Maka, lebih baik kena kenal dulu sikit-sikit agaknya. Cuak gila kahwin dengan orang yang belum dikenali hati dan budinya. Tapi sebenarnya lebih berkat juga kadang-kadang bila dipertemukan melalui orang tua. Tapi... tapi memang aku tetap rasa ada sikit ngeri sebenarnya. Dah... dah. Tak elok panjangkan angan-angan.

So, cancel.

Lagi satu.

Aku rasa macam hampir semua majlis kahwin macam berat betul nak diuruskan. Banyak pakai duit rupanya. Kalau aku, memang aku tak berminat betul nak buat bersanding, makan beradab, duduk atas pelamin, simbah air sirap mawar, kenduri makan-makan berkhemah-khemah, hias bilik, bertukar-tukar barang hantaran berdulang-dulang bagai dan entah apa-apa lagilah. Aku memang banyak songeh. Aku tak suka benda-benda complicated macam itu. Ringkas saja sudah. Tapi itu majlis individu, jadi ikutlah apa yang raja sehari itu suka.

Hah.

Apa lagi nak dikata perihal jodoh.

Jadi perempuan terutamanya macam perangai aku ini memang kena sabar sajalah. Kalau sudah tertulis di Luh Mahfuz itu begitu, begitulah. Kalau tak ada di dunia jodohnya, di akhirat insyaAllah ada. Makanya. Buat kawan-kawan dan saudara mara yang selalu sibuk tanya bila nak belanja nasi minyak, aku nasihatkan tak payahlah sibuk-sibuk nak makan nasi minyak selalu. Tinggi kolestrol weh! Lagipun kedai mamak kan ada jual.

Tak payah hari-hari nak minta nasi minyak.

Nanti aku belanja slurpee biru dan Choki Choki sekotak.

Amacam_

Kategori:

27 Responses to "Sekarang Musim Orang Kahwin, Jadi Kena Cerita Perihal Kahwin Kononnya"

LediAgli said :
December 10, 2009 at 8:42 PM
betul tu.. buat la nasi kandar..

lepas tu.. pada sapa2 yang dok sibuk tanya jodoh orang lain tu.. harap jaga jodoh sendiri... kebassss kang nangis plak
abangpit said :
December 10, 2009 at 8:52 PM
Tuhan memberi kita sesuatu yang kita "PERLUKAN".

Dia amat jarang memberi kita sesuatu yang kita "HENDAKKAN".
paiseh said :
December 10, 2009 at 8:53 PM
gua kompius nak komen pasal kawen ke pasal jodoh ni. hinff~
based on tajuk, kawen lah..
gua ada dengar2 ada ustat kabor scene2 sanding-renjis2-pelamin sume tu tak boleh. ada juga kabor haram. tapi gua pikir2 kalu takde tak meriah pula. nak kira macamana ni??



*gua lepas sume checklist. heh!!

**lu tak mau menulis zine/blook ke..? try lah. PBB tengah cari manusia bakat mcm lu~
ieba said :
December 10, 2009 at 9:11 PM
cayalah...bukan caya aper tp fikiran +ve yg mnarik phatian hehe..apapun selamat bertemu jodoh...
famia said :
December 10, 2009 at 9:24 PM
ida: siapa nak kebas itu? hahaha. tambah lagi adalah aku rasa kan.

maoi: hehe. betullah itu.

pai: sebenarnya gua pun konpius gua tulis pasal apa. haha. gua tengah lapar tadi. bersimpang siur jadinya. PBB tu apa benda? gua low profile. seganlah nak menulis di khalayak ramai. cukuplah buku Gangguan Teksual gambar lipas itu. lagipun gua bukan penulis. DBP saman ini kalau jumpa blog gua. (lu tak lepas checklist tinggi. gua rasa lu tinggi gua. betul kan?)

ieba: hehe. malas nak sibuk fikir pasal benda yang belum jadi. lagipun jiwa masih tenang. belum miang lagilah. :p
famia said :
December 10, 2009 at 9:46 PM
pai: oh pasal persandingan. sebenarnya dalam Islam memang tak elok nak bersanding. sebab itu amalan kaum Hindu. lagi pula, mempamerkan pengantin di khalayak ramai memang boleh menimbulkan fitnah pun. ini gua baca dekat mana entah dah lupa.
keiroro said :
December 10, 2009 at 10:10 PM
salam.

wahhh.. cerita perihal jodoh pulak dah. tak lama lagi la tu... hehe..

eehh. umur cik famia berapa erk ?
deena awanis said :
December 10, 2009 at 10:40 PM
aku pun penah gak pk kot masa kenduri kawen ley masak mende lain selain dari nasi minyak..
wat satey ke..mee goreng ke..bihun sup ke..ok what??kenduri gak kn??

tapi kenduri kawen aku ari tu pun makan nasi minyak gak..hehhehe..mau kena pelangkung ngan mama aku kalo cakap nak bagi org makan bihun sup masa kenduri kawen..hehehe
deena awanis said :
December 10, 2009 at 10:40 PM
aku pun penah gak pk kot masa kenduri kawen ley masak mende lain selain dari nasi minyak..
wat satey ke..mee goreng ke..bihun sup ke..ok what??kenduri gak kn??

tapi kenduri kawen aku ari tu pun makan nasi minyak gak..hehhehe..mau kena pelangkung ngan mama aku kalo cakap nak bagi org makan bihun sup masa kenduri kawen..hehehe
Ezad said :
December 10, 2009 at 11:42 PM
hah..

aku nak buat nasi goreng je

eh.. nama 3 suku kata?
cama nama aku je...

kekeke
famia said :
December 11, 2009 at 7:04 AM
keiroro: waalaikumsalam wbt. awak bukan Rain Farrel tu ke? eh, ke Rain Ahmad. Ke Rain korea itu entah. :p Sila rujuk facebook ye. saya dah tua pun.

deena: hehe. ye. kenduri jugak tu. oo tahniah.

ezad: memang banyak songeh orang tua ni.
Dani neh said :
December 11, 2009 at 8:31 AM
Ceklist ko tertinggal:

9. SEBAYA
10. Bukan budak silat


"lelaki itu ada 3 suku kata nama yang unik dan panjang, jual mahal dengan perempuan serta seorang gentleman, memang laju sikitlah aku bagi perhatian"

aheheheh.. kenyataan comel ko..


2sen aku camni (same macam pengkomen ke-2):

"Kita Takkan dapat apa yang kita MAHU, yang kita HARAPkan..
Tapi DIA akan bagi kita apa yang kita PERLU
DIA lebih mengetahui.."



Aku dah buat kajian part nih..
Manusia.. apa la yang kita tahu sangat.







2sen seorang sahabat:
Kesah ko, Aku tunggu sesuatu yang EXCITING HEBAT.. hehehe.. confirm.
Anonymous said :
December 11, 2009 at 9:02 AM
Salam tuan blog.

Aku nak pisang goreng dan teh tarik mamak di kenduri kawen bole?
famia said :
December 11, 2009 at 9:48 AM
dani: hehe. kau ingat tak aku selalu tanya bila kita nak berpisah? aku rasa sejak kau keluar opis lama ni kot kita dah berpisah. sob sob sob. lepas tu ko dah diambik orang. lagilah terpisah. sob sob sob lagi. endingnya entahlah macamana. tapi masa itm dulu, aku memang nak budak silat. lepas dah besar ni aku taknak budak silat. semuanya sosialistikkk. haha. anyway, aku taktaulah kenapa aku takde imaginasi kreatif atau apa2 jenis imaginasi pun perihal jodoh dan kahwin aku. sepatutnya aku kan macam suka berimaginasi yang entah apa2. tapi tang ni, nothing. hinff. apa2 pun.. semoga kehidupan kau sentiasa bahagia di dunia dan akhirat. ai em hepi for yu. kalau ko gado, ko larilah umah aku. untuk ko laila, gunung pun aku sanggup carikan. tiba2 sangat rindu zaman silam. fuh.

anon: waalaikumsalam. boleh. kau beli yang dah siap lepas tu kau bawaklah pergi kenduri kahwin. tak ada manusia pun halang kau. hehe
Dani neh said :
December 11, 2009 at 2:24 PM
heheh.. Xai..
tak berpisahnye.. jaoh sedikit tapi takkan berpisah selagi nyawa dikandung badan (*puitis herk)

Kite Kawan sampai Bebile kaan..

banyak lagi episode kehidupan kite tak lalu bersame lagi.. Kalau diizinkan DIA..

episode ko punye turn
episode kite berkeluarge
episode kite dengan anak2: baby, teenagers, dewasa
episode kite plak nak kawenkan anak2
episode kita dalam usia emas
..

seperti aku cakap.. Kalau diizinkan DIA..
banyak lagi perjalanan neh..

(echeh, dewasa tak aku)
Daun Bidara said :
December 11, 2009 at 2:44 PM
sungguh benar sekali apa yang dikata..
Raja Marzuqi said :
December 11, 2009 at 3:19 PM
Lelak cepat dewasa bila beristeri.
Bertambah cepat kalau isterinya tua,
lagi cepat, bila isteri seorang yang bijaksana.
famia said :
December 11, 2009 at 3:34 PM
dani: dani ko dah matang T____T

daun: mungkinlah.

raja: hehe. macam itu ye.
touyakaruma said :
December 11, 2009 at 9:59 PM
Ramai juga blogger sembang pasal kawen .

Emm aku lak cuma kumpul modal kahwin jer . Awek takda ... malas nak cari

Nak kawen dulu baru bercinta baru best .
etdebek said :
December 12, 2009 at 1:44 AM
dani/huzai: ape kes jiwang2 dlm komen ni.... x dramatik la korg.. lari topik sungguh.. hahaha...

dani: ko xde imejin episod aku lak ke? hahaha
awi said :
December 13, 2009 at 12:37 AM
Jai n Dani:

Bile dah ade anak neh..aku kenkadang tepike..

DULU aku kecik je cam anak aku..
NANTI lak aku akan jd berumo mcm ayah & bapak mentua aku...

dah mule rase semakin singkatnye hidup kite setiap ari...
dah mule paham ape erti KHALIFAH di muka bumi ini...
dah tak pike sangat psl diri seniri..keje untuk suap makan femili...

Apepun..jodoh pertemuan di tangan Allah..
Tapi bak kata Dr. Fadhilah Kamsah.."Jodoh perlu dicari, bukan mengharap datang sendiri" ko je kot yang tak sudi...

ayat las tu aku la yg kate.. krekekek!
famia said :
December 13, 2009 at 7:53 AM
touya: haah.

suhaila: eleh macam ko ngn nana takde sentimental time. :p

awi: hehe. dr fazilah kamsah? sorilah kalau ko big fan dia. ayat2 dia aku tak ambil kira. kalau speaks louder than action tu memang takleh dijadikan bahan rujukan. hehe. anyway jadi perempuan bila cerita bab jodoh bukan macam lelaki. lelaki bolehlah pergi pasar pilih ikan. aku bukan jenis nak pergi pasar cari pembeli ikan. plus, bukannya aku memilih. tapi tak ada pintu hati kot nak dibukak. hehe. alah, yakin dengan Dia sudah. kalau tak kahwin sampai hujung nyawa pun takkanlah aku nak paksa Allah suruh kahwinkan aku jugak kot. hehe. takpe. aku masih boleh sabar wi. tengs.
eL said :
December 13, 2009 at 1:05 PM
Eh...apsal semua sama macam apa yang saya fikirkan...ehem...telepati tu :-)
awi said :
December 14, 2009 at 8:28 PM
Aku bukanla big fan die pun..mane idea yg aku pike baik x salah aku rase jdkan panduan. tak semestinye pun org yg kite nampak baik semua idea die kite boleh jdkan panduan.
Aku pun bukannya jenis yg ngikut org membuta tuli..

Mayb ko salah paham masud aku. Bukannye aku suh ko gi cari lelaki pun cik kak oi. Masud aku usaha je lebihkan i.e cari friend of friend ke, friend of sedare ke ape. xdela smpai nak iklankan diri sane sini. Tu sme inisiatif sendiri la. Solat hajat doa sme tu tayah cakap la..sah2 la wajib ade. Melampau la kalo ko nak pakse Allah kawenkan ko.
famia said :
December 14, 2009 at 10:38 PM
el: uiyo, hebat.

wi: hm. ok. minta maaf banyak2 wi. aku memang suka salah faham orang. sori lagi sekali. semoga korang sefamili dirahmati Allah selalu. (lagi satu, aku mengharapkan so called good friends tak adalah nak tanya 'bila nak kahwin' setiap masa. sesungguhya soalan itu boleh tahan mengecilkan hati orang. kang kalau aku tanya dia balik bila malaikat maut nak jemput marah pula. tapi kalau bukan kawan yang tanya bila nak kahwin suka hatilah kot. malas aku nak jawab dah. mungkin dah masuk fasa bosan dengan manusia agaknya. ni macam tanda2 bulan mengambang barangkali. hinf. harap maaf.minta izin melepaskan segala angin pasang dalam hati. harap kau pahamlah kot Wi)
awi said :
December 18, 2009 at 1:23 AM
nohal. tape aku x dilit dah ko kali neh..
buatla cite psl bulan menagmbang pulak boley aku komen lg ~lalala
Anonymous said :
December 18, 2009 at 8:38 PM
apo nak poning2...klu Dia kata sok kau kawin,maksudnyer ko dah sedia lah nak dikawinkan...klu tak, koje,kumpul duit..pehtu abiskan duit..kumpul balik..;)

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.