Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, December 30, 2009


_Baiklah.

Disebabkan kita ada dua tahun. Satu tahun Hijrah. Dan satu lagi tahun Masihi. Makanya, resolusi juga lebih kurang boleh tahan sama juga keluasan dan rupa parasnya. Dan macam biasa, manusia yang imannya setebal kulit bawang memang lebih suka melebih-lebihkan tahun Masihi berbanding tahun Hijrah. Menyambut tahun baru Masihi secara crazy. Sana sini wish 'Happy New Year'. Termasuk aku juga. Yang memang suka keep up dengan perkembangan dunia. Mengikuti perkembangan zamanlah kononnya.

Dunia... dunia... dunia.

-_-"

Cik.

Kenapa hidup umpama tiada 'Next Life'. Jangan begitu. Dunia ini bukan tempat kita bermastautin. Dunia ini ibarat hotel lapan bintang saja. Seumpama kita out station. Kerja. Kumpul harta. Cari pasangan. Tebalkan iman. Kumpulkan ibadat. Jelaskan hutang dunia. Berbuat baik sesama manusia. Menunaikan hak kepada diri sendiri dan sekitarnya. Mencari redhaNya. Menjauhi mungkarNya. Dan paling pentingnya, menunaikan ikrar janji 'Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad itu pesuruh Allah'.

Kemudian, pulang kembali ke 'tempat asal'.
Selama-lamanya tanpa kembali.

This world is not your final destination, sir.

Cik, apa sebablah banyak betul bahasa penjajah di dalam entri ini?
Cuba jangan menulis secara manglish yang bercampur-baur.
Rojak hanya wujud pada makanan saja cik.

Oh, minta maaf.

Ok.
Apa tadi?

Hah.

Pesanan khidmat masyarakat. Sempena lagi dua ke tiga hari nak melangkah ke tahun 2010. Entah dipanjangkan umur lagi ke tidak esok lusa ini. Maka. Mari letakkan pesanan sebanyak mungkin. Baiklah. Sesi pesan memesan dimulakan. Mula-mula aku pesan dahulu. Lepas itu, giliran kamu pula. Jangan potong barisan ya. Seratus peratus tidak kacak.

Baik.
Mulakan.

Saya nak pesan ABC dan rojak Melawati satu!

-_-"

Tsk.
Izinkanku menempeleng si budak Huzaimatus ini.

Jangan buat perangai tak matang macam ini weh. Sila matang laju-laju. Tak sopan lagi tak senonoh ini. Cuba serius sikit. Ini yang rasa macam nak membebel ini. Blablablabalala... prong prang prong prang.

Ok.
Maaf.

Aku nak pesan ini.

1. Jaga solat
Sesungguhnya. Menjaga solat dan menunaikan solat lain bezanya. Sentiasalah solat di awal waktu. Barulah terjaga tiang agamanya. Dahulukan solat dalam semua perkara. Kalau tak ada 'Next Life' itu lain cerita. Biarkan saja tiangnya retak seribu dan bergegar sana sini. Tak ada masalah. Ini pesanan untuk aku juga. Sebab aku pun selalu tonggang-langgang tiang agamanya. Tsk. Tolong ingatkan aku sama. Selalu, ok.

2. Berbuat baik sesama manusia
Buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat. Itu karma kepercayaan kaum Hindu. Maka. Kita tukar sedikit agar bersesuaian dengan Islam, agama yang indah dan kacak. Buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas baik. Jangan pernah membalas di atas setiap kejahatan manusia. Itu bukan kerja kita sebagai manusia. Itu kerja Allah Yang Esa. Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah pun tak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Apatah lagi kita manusia hina dan busuk hati yang sentiasa terpengaruh dengan dunia ini.

Dan jangan pula mencelakakan manusia lain dan mendoakan keburukan untuknya. Itu bukan kerja kita. Kalau nak balas kejahatan manusia, balaslah dengan kebaikan. Itu sebaik-baik balasan untuknya. Daripada dapat 'cash' di dunia, lebih baik lagi 'cash' di akhirat sana bukan. Biar dia dapat balasan tunai terus daripada Allah. Lagi pun, Allah juga menjanjikan ganjaran bagi mereka yang berbuat baik sesama manusia. Makanya. Jadilah seorang Muslim yang sederhana dalam segala dan berakhlak mulia. Contohilah Earth Idol, Rasulullah SAW.

3. Jaga 'mereka' berlima
Bukan Hang Tuah lima bersaudara. Tetapi, mereka itu adalah mata, telinga, lidah, hidung dan tangan. Kesemuanya pancaindera. Jaga mata. Jangan meliarkan pandangan. Boleh mengeruhkan hati. Jaga telinga. Jangan dengar yang bukan-bukan. Boleh mengeruhkan hati. Jaga lidah. Jangan bercakap yang bukan-bukan. Boleh mengeruhkan hati. Jaga hidung. Er, bersihkanlah hidung selalu. Itu tempat berkumpulnya syaitan. Jaga tangan. Jangan meraba yang bukan-bukan. Mereka berlima ini saksi utama kita di 'sana'. Jaga mereka. Mereka pasti menjaga kita.

Macam 'taiko' pendek katanya.

4. Makan ubat hati selalu
Tombo hati iku limo perkarane (lagu Tompi - Tombo Hati). Baca Al-Quran. Selalu. Sentiasa. Dan berterusan. Bukan kerja mudah nak baca Al-Quran hari-hari secara berterusan. Tetapi berusahalah untuk cuba. Itu ubat hati yang terbaik. Amalkan macam minum air masak. Tanpa air, badan senang dihinggapi apa-apa penyakit. Hati pun begitu juga. Tanpa ubat hati, berkeladak dan hitamlah hati itu jadinya.

Sesungguhnya tiga suku daripada badan manusia itu terdiri daripada air bukan. Makanya. Penuhkan juga tiga suku daripada badan manusia itu dengan ubat hati. Sehari sehelai pun jadilah. Kalau tak mampu, sehari tiga ayat pun jadilah. Tapi kalau betul-betul tak berupaya, bacalah bismillah beratus-ratus kali. SubhanaAllah, Alhamdulillah dan Allahuakbar juga beratus-ratus kali. Kalau dah rajin buat selalu, layan Mathurat pula. Setiap pagi atau petang. Hah. Pandai-pandailah sendiri.

Ok.
Cukup.
Habis sudah segala pesan.

Giliran kamu pula_

Kategori:

7 Responses to "Lampu Merah 2009"

BasicCX said :
December 30, 2009 at 4:34 PM
Assalamualaikum warahmatuallahiwabarakatuh,

Alhamdulillah. Terima kasih untuk peringatan bagi seluruh an-nas.

Untuk nasihat no.2 pada perenggan no.2:

Daripada dapat 'cash' di dunia, lebih baik lagi 'cash' di akhirat sana bukan.

Boleh terangkan ayat ni, ditakuti saya salah tafsir.
famia said :
December 30, 2009 at 4:39 PM
Basic: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. 'Cash' maksudnya tunai. Daripada dibalas tunai di dunia bagi mereka yang membuat kejahatan, lebih baik dibalas di akhirat sana. Begitulah lebih kurang maksudnya.
BasicCX said :
December 30, 2009 at 5:10 PM
Assalamualaikum warahmatuallahiwabarakatuh,

Makanya, saya ingin memperbetulkan ayat tersebut.

Allah S.W.T. tidak menciptakan neraka untuk manusia dan jin masuk ke dalam nya tetapi untuk mengelakkan diri daripadanya.

Allah S.W.T. tidak mengutuskan Rasullullah S.A.W untuk mengajak manusia masuk ke nerakaNya tetapi untuk mengajak manusia hampir kepada yang Esa.

Allah S.W.T. tidak menciptakan jin dan manusia untuk mentadbir alam ini mengikut kemahuan mereka tetapi untuk mengEsakannya.

Makanya, bukanlah manusia itu apabila melakukan kesalahan dimaafkan (secara tidak ikhlas) supaya Allah akan membalasnya dengan hukuman yang lebih berat diakhirat sebaliknya manusia itu perlu memaafkan dan mendoakan pesalah itu diampuni oleh Allah dan moga diterima taubatnya olehnya dan insyaAllah dengan izinya menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa. Maka lebih aman dunia ini daripada segala keburukan.

Makanya saya kisahkan satu cerita:

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah SAW bersabda, “Seseorang berkata, ‘Sungguh aku akan bersedekah’.

Lalu ia memberikan sedekahnya kepada seorang pencuri. Orang-orang kemudian membicarakannya, ‘(Derma itu) disedekahkan kepada seorang pencuri!’
Dia berkata, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu.’ (Dia berkata lagi) ‘Sungguh aku akan bersedekah.’

Lalu dia membawa sedekahnya dan memberikannya kepada seorang pelacur. Orang-orang kemudian membicarakannya, ‘(Derma itu) pada malam ini disedekahkan kepada seorang pelacur!’

Kemudian dia keluar dengan sedekahnya dan memberikannya kepada seorang yang kaya. Orang-orang kemudian membicarakannya, ‘(Derma itu) disedekahkan kepada seorang yang kaya!’
Dia berkata, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu atas sedekah kepada pencuri, pelacur, dan orang kaya.’

Kemudian dikatakan kepadanya, ‘Adapun sedekahmu kepada pencuri. semoga membuat dia berhenti dari mencuri. Adapun sedekahmu kepada pelacur, semoga membuat dia berhenti dari berzina;. Adapun sedekahmu kepada orang kaya, semoga membuatnya sabar lalu mendermakan apa yang diberikan oleh Allah kepadanya’.” (HR. Bukhari).
Nana CS said :
December 30, 2009 at 9:17 PM
ni boleh buat azam tahun baru. tengs ye.
keiroro said :
December 30, 2009 at 10:00 PM
dimana button 'like' ye ? hehe.

sudah dengar lagu tombo ati tu.

bagus lagunya. ;D
zie_fai said :
December 31, 2009 at 8:47 AM
assalamualaikum kak famia buat la hajat tahun baru moga2 di percepatkan mendapat pasangan dunia akhirat
famia said :
December 31, 2009 at 9:56 AM
basic: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. oo itu macam. terima kasih berkongsi cerita.

nananya: hehe. momantai!

keiroro: er, cuma button dislike saja disediakan. haah. lagu Tombo Ati tu best.

zie: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. hehe. ye. esok lusa kahwinlah nanti insyaAllah.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.