Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, December 29, 2009


_Boleh tahan sibuk jugalah.

Dengan dunia.
Dengan kerjanya.
Dengan diri sendiri.
Dengan alam sekeliling.
Dengan er, Daily Dudetta.

Daily Dudetta.

O_o

Apakah itu?

Sketch saya. Dulu saya langsung tidak pandai melukis. Jari kayu. Saya cuma mampu melukis sebiji tabung uji dan bikar sahaja. Oh, dan orang lidi juga. Bertahun-tahun juga saya cuba untuk melukis. Namun, langsung tidak berhasil. Saya berasa sungguh hopeless ketika itu.

Lalu.

Pada suatu hari. Ketika saya bangun daripada tidur, saya terperasan pada sebelah kanan tapak tangan saya tiba-tiba wujud sebiji mole. Tidak berapa manis menyebut tahi lalat. Sebab ibarat tinja seekor lalat. Oh, tinja bermaksud najis. Maka, lebih manis jika menyebut mole walaupun secara realitinya tiada apa-apa perbezaan. Ah, pedulikan saja.

Lalu.

Saya pun cuba memadam mole itu kerana menyangkakan dakwat hitam pen telah terkena pada tapak tangan saya. Namun, tidak berjaya. Secara tiba-tiba, tangan saya bergerak sendiri lalu dengan selamba keringnya melakarkan beberapa objek aneh. Yang rupa parasnya sedikit sebanyak seperti imej di bawah.

Sila rujuk... sila rujuk.

My Daily Dudetta

Hah.

Itulah dia Dudetta saya. Dudetta adalah gelaran dude bagi perempuan. Lain-lain maklumat lanjut perihal Dudetta bolehlah rujuk pada pakcik Google ok. Nantikan kemunculannya pada tahun hadapan.

Bila?

Tahun hadapan.

Bila?

Hoi, jangan ulang soalan boleh tak!
Ops, minta maaf.
Garang sangat.

Hah.
Tunggukan ajelah.

Bulan Disember tahun 2010 pun masih lagi tahun hadapan kan_

Kategori:

16 Responses to "Ini Tidak Sepatutnya Menjadi Tajuk Entri"

Nana CS said :
December 29, 2009 at 9:17 PM
aku buta seni.
kesian, bukan?
al-lavendari said :
December 29, 2009 at 10:21 PM
bila klik kat 'sambung baca', tak ada apa2 keluar. jadi tak dapat nak komen apa2.
dewajiwa said :
December 29, 2009 at 10:43 PM
oo..inilah dia projek itu ye.
naisss. tekan "like" 2 kali. 2 kali. haha.
cj'alhafiz said :
December 29, 2009 at 11:47 PM
haha....seingat aku waktu dulu tak banyak tahi lalat di belakang ku. Tapi kini.... ada beberapa biji yang kluar...kenapakah..lalat.....
apa salahku...sehingga aku dilempar dgn najis mu??

lawati saya di:
bookblog: http://coffeecrackers.blogspot.com/
lifejournal:
http://cjalhafiz-lifejournal.blogspot.com/
famia said :
December 30, 2009 at 12:04 AM
nananya: hehe. seni itu subjektif. setiap manusia ada bakat seni yang tersendiri. tak wujud orang yang buta seni wahai nananya :)

pakcik lavender: hehe. skrip java tu kadangkala gila sikit sebab link ke website lain.

dewajiwa: ini bukan Facebook-lah brader. haha (projek? er, saya belum pernah cerita pada sesiapa pun projek ni. kagum pulak ada yang tau. hehe)

cj: haha. mole tu kan ke daripada gumpalan darah kalau tak silap. kalau jenis kecil oke je. pemanis. kalau besar2 tu macam sedikit gatal tangan juga nak mencabut kot
Dani neh said :
December 30, 2009 at 12:16 AM
hahaha.. comel.. kepala besar
olwesetyobek said :
December 30, 2009 at 1:02 AM
aku nk stori psl 'mtg' aku ptg td... tp x jumpe korg sume...

lega ade... sedih pon ade... hmm... :(

[err.. nak rekues akunye chibi leh?? kekekeke]
dewajiwa said :
December 30, 2009 at 9:27 AM
cik Famia,
bukan FB tapi kalau ada button tu memang sesuai. tak penah cerita ye? dulu kan ada entri pasal "di persimpangan" tu? projek ini ini bukan salah satu penyebab ke? mungkin saya punya assumption salah. maaf eh.
BasicCX said :
December 30, 2009 at 9:27 AM
Assalamualaikum warahmatuallahiwabaaktuh,

Tekaan, mesti blog komik kan? (comic blog).

Tekaan sahaja.
BasicCX said :
December 30, 2009 at 9:29 AM
Ulang balik, salam tak betul.

Assalamualaikum warahmatuallahiwabarakatuh,
famia said :
December 30, 2009 at 10:02 AM
dani: hehe. kepala besar sebab degil kot tu.

suhaila: hah stori2. emel ke ym ke meh. chibi ko? haha. yelah. aku kan dah janji nak buatkan. nanti ek.

dewajiwa: ye ek? haha. entri di persimpangan? ooo. bukan kot. ini baru terfikir nak buat DD. hehe.

basic: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. hehe. mungkin. (aik, dua kali ulang bagi salam pun salah eja tu. hehe)
BasicCX said :
December 30, 2009 at 10:20 AM
Assalamualaikum warahmatuallahiwarakatuh,

Biasa la.. taip terlebih laju sampai laju cahaya.. nasib baik tak tertinggal semua huruf... :p
deena awanis said :
December 30, 2009 at 10:37 AM
WAH!!cenggitu pun boley ek???
nak mole jugak!!
paiseh said :
December 30, 2009 at 12:15 PM
gua ada mole kat kaki.. nak pegang pensil pon xleh.. cmne nak lukis

*nak dude!
tuan tanah said :
December 30, 2009 at 2:52 PM
Comeynyalah Famia!
famia said :
December 30, 2009 at 4:15 PM
Basic: hehe. Ini lapan kali bagi salam pun confirm huruf 'Ba' tertinggal lagi. Tak apa. Practice makes perfect.

Deena: hehe. boleh punya. Watch and learn.

Jiran: Haha. Mole di kaki itu kuat berjalan. Ke tempat baik atau kurang baik itu terpulang pada tuan punya badan. hehe. Nak dude? Haha. Gua tak janji. Gua kena study pattern rambut spiky lu tu dulu.

TT: hehe. sebab itu kartun. mungkin itu pasal ia comel kot. hehe

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.