Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, December 21, 2009


_Hah.

Mari buat ujian mata.

Uk ak uuk ikk aakk kakaka uk ik krong krang ik ik kakakikuk kuka ik ik uk. Ik uuk tak kakakik kuku ak ak krik kikiki kakikukuk. Krong krang kring krung kuk uik kikikik. Song krang krong kreng king king. King kong. kk kakaka uk ik krong krang ik ik kakakikuk kuka ik ik uk. Ik uuk tak kakakik kuku.

Yosh.

Krik kukuk cbt krm kty by cct slt. Mrt krn blk ipl. Lt ak ik uk. Kakakakak kikikik. Ct bc rk rmk mk ppl. Bt kn dr ms dpt bf rm rk. Itew klu gitew lew. Cy ny mkn my klu gitew brt klu gitew. Kakakakakak kikikikikik. Klok klok klok.

-_-;

Air mata darah sudah keluar.
Ujian mata telah tamat.

Sesi Bahasa Melayu bermula.

Berpinar tak mata?
Lain kali sila makan sayur banyak-banyak.

Aku mengaku.

Dahulukala. Cara aku menulis dan cara suku kaum Cimpanzi, Babun, Siamang dan sekutunya di Zoo Negara berkomunikasi tidak jauh bezanya. Lama juga nak buang tabiat buruk itu. Sekarang pun masih ada saki bakinya. Walaupun liat nak dibuang kesemuanya, tetapi berusaha jugalah untuk mencuba.

Kena lawan perangai malas dan liat.
Hinf... hinf berusahalah.

Bahasa SMS.

Untuk penghantaran teks menggunakan handphone. Dan disebabkan jumlah karakter yang boleh ditulis di dalam satu mesej tidaklah panjang mana, makanya ringkasan perkataan pun digunakan. Yang mana kadangkala terlalu ringkas sehingga membawa padah. Keluar air mata darah nak memahamkan perkataan-perkataan itu.

Contoh: Ak g mkn td. Ko cb ck kt rmh diyer. kl tk ko blk jl gitew lew ny.

Zrett... zret.
Zrett... zret.
Zrett... zret.

Semua huruf 'i' ditukar menjadi 'y'. Huruf 'u' ditukar menjadi 'ew'. Semua huruf vowel di belakang dan di tengah telah dicantas habis. Yang tinggal cumalah bahasa Cimpanzi. Orang asli bercakap pun tak macam ini. Tsk.

-_-;

Keluar air mata darah kan.

Hah lagi satu.
Ini teguran keras.

Kalau nak taip perkataan assalamualaikum menjadi pendek, taiplah betul-betul pendek.
Tetapi janganlah dipendekkan sampai jadi perkataan tak senonoh.

As.
Asl.
Ass.

-_-;

Keluar air mata darah lagi kan.

Aku pernah juga diaju salam sebegitu rupa. Mahu saja aku sembur pakai fire extinguisher itu. Terkadang rasa macam nak jadi Bruce Lee pun ada. Ringan saja kaki dan tangan. Hinf. Apalah. Cubalah bagi salam molek-molek. Selamba kering saja kau kerat perkataan assalamualaikum itu menjadi perkataan yang entah apa ringkasan maknanya. Kalau iya pun malas, tulislah 'salam'. Kalau betul pun malas, kau cakap saja pakai mulut. Tak perlu taip. Ini tidak. Selamba saja mencantas perkataan. Sebelum dicantas, harap boleh faham sendiri dahulu apa maksud 'assalamualaikum' itu.

Kalau betul-betul gila malas nak menaip perkataan 'assalamualaikum' itu, taiplah perkataan 'assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh' terus. Biar panjang asal selamat. Dapat 30 pahala itu kalau bagi salam atau jawab salam secara penuh. Tak nak ke?

Tak nak sudah.

Hah.
Cerita balik perihal meringkaskan perkataan.
Sebagaimana 'Nokia connecting people', SMS pula 'SMS confusing people'.

Kalau iya pun, letaklah huruf vowel. Ada 'a', 'e', 'i', 'o' dan 'u' bukan? Itu yang membunyikan sesuatu perkataan menjadi lebih bermakna. Tanpa huruf vowel, cuma konsonan saja apalah maknanya. Macam kancing gigi nak menyebutnya. Serupa macam Cimpanzi berkomunikasi. Susah betul nak faham. Mata nak baca pun sakit. Otak pun jadi berpinar-pinar nak menangkap maksud yang cuba disampaikan. Sudahlah IQ aku tidak tinggi mana.

Eleh, Huzai kau pun sama.

Ya, aku pun sama.
Minta maaf.
Sila tegur.

Dulu aku ambil masa lama juga mahu memahamkan maksud 'x'. Rupanya itu bermaksud tidak. Dan lepas itu, aku pun terjebak sama dalam mencantas dan mengerat perkataan tidak kepada 'x'. Iyalah. Aku cubalah eja betul-betul lepas ini. Kalau tercantas lagi, tolong ketuk sedikit jari aku.

Penyakit aku lagi kronik. Aku suka mengeja sebagaimana menyebut perkataan. Itu dah memang terang, jelas dan sangat nyata disebabkan penyakit malas. Lagi satu, struktur ayat. Mentang-mentanglah sudah puas belajar pemahaman dan struktur Bahasa Melayu sewaktu tingkatan empat dan lima dahulu. Keputusan kertas Bahasa Melayu SPM pun boleh tahan harum juga. Selamba kering saja aku buat struktur ayat sendiri. Memang patut disebat budak ini.

Di antara contoh perkataan yang di'sukahati'kan aku:

a) Mungkin - dieja sebagai 'mungken'
b) Thanks - dieja sebagai tengs
c) Permission - dieja sebagai pemisyen
d) Excellent - dieja sebagai ekselen

Dan banyak lagi.
Me'roman'kan sebutan.

Tak senonoh... tak senonoh.
Memang tak senonoh.
Jangan ditiru.

Satu lagi.

Blog itu medan menulis. Dan medan komunikasi serta medan ilmu tanpa batasan. Yang teramat besar saiz panjang dan lebarnya. Lapan ribu perkataan pun lepas. Maka, tak perlulah nak diringkaskan segala ejaan. Kalau boleh, tulislah molek-molek bagi pembaca dapat menangkap maksud yang cuba disampaikan penulis. Janganlah ditulis 'uk ak uk ak' pula.

Ini tidak.

Sudahlah 'uk ak uk ak', lepas itu berwarna-warni pula tulisannya. Sekejap huruf besar, sekejap huruf kecil. Warna latar belakang yang begitu gelap seperti di dalam gua. Lagu Selamat Datang dimainkan secara automatik dengan suara yang begitu tinggi. Serta segala anugerah kecemerlangan menulis di kiri dan kanan blog berkelip-kelipan seperti Hari Raya. Dan tulisan yang berkajang-kajang tanpa perenggan. Kalau tulis dalam tulisan Jawi itu lain ceritalah. Ini tulisan rumi. Cubalah letakkan perenggan. Jenuh nak membaca dalam satu nafas. Al-Quran pun ada juzuk tahu.

=_=

Amboi, sarkastiknya Huzaimatus.
Minta maaf... minta maaf.
Terpaksa sarkastik.

Kasihanilah Chrome aku itu selalu pecah.
CPU usage pun jadi seratus peratus.
Kipas pun berpusing gila.
Oh, mengalir air mata!

Boleh dapat tekanan darah tinggi ini. Satu saat buka, laju-laju ditutup balik. Dan minta maaf banyak-banyak, aku tak boleh nak kembali. Aku ada masalah silau mata yang tinggi. Dan kenalah beradab masuk blog orang walaupun sudah berkerut seribu muka. Tetapi, kalau blog itu ditulis untuk diri sendiri seorang saja yang baca, tak ada masalah. Dipersilakan.

Percayalah.

Sebagaimana pakaian itu melambangkan peribadi, sebegitu juga blog dan tulisannya.
Turut sama melambangkan personaliti dan peribadi penulis.
Pakaiannya memang tak nampak.
Apa lagi yang tinggal?
Blog dan tulisan.
Itu sajalah.

Makanya.

Kenali peribadi seorang penulis melalui penulisannya.
Dalami hati seorang manusia melalui renungan dan pandangan matanya.
Perhatikan kesabaran seorang manusia ketika tangannya di stereng kereta.

Hah.
Jangan percaya satu pun.
Suka hati aku je buat perumpamaan sendiri.

Tapi satu lagi.

Bukan Bahasa Melayu saja yang dikerat-kerat ringkas ejaannya. Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa turut mengalami nasib yang sama. Menjadi mangsa cantas-mencantas. Kasihan betul. Sudahlah vocabulary aku tak banyak mana. Dicantas-cantas pula setiap perkataan menjadi lebih ringkas. Lama kelamaan memang 'uk ak uk ak' sajalah nanti bunyinya.

W r x afr8 of u

-_-;

Keluar air mata darah lagi kan.

Macam ini gaya, sampai mati pun tak berpeluang menggunapakai Bahasa Melayu Tinggi.

Tsk.

Baiklah.
Mari buat sedikit ikrar pada diri sendiri.

Saya berjanji tidak mahu memendekkan bahasa sesuka hati.
Saya berjanji tidak mahu memendekkan bahasa sesuka hati.
Saya berjanji tidak mahu memendekkan bahasa sesuka hati.
Saya berjanji tidak mahu memendekkan bahasa sesuka hati.
Saya berjanji tidak mahu memendekkan bahasa sesuka hati.
Saya berjanji tidak mahu memendekkan bahasa sesuka hati.
Saya berjanji tidak mahu memendekkan bahasa sesuka hati.
Saya berjanji tidak mahu memendekkan bahasa sesuka hati.
Saya berjanji tidak mahu memendekkan bahasa sesuka hati lagi.

Letakkan perkataan 'lagi' di hujung ayat. Supaya lain kali bila terbuat lagi mungkin tidak begitu bersalah perasaannya. Kalau di sekolah rendah dulu selalu kena denda macam itu. Sampai seratus kali cikgu suruh ulang tulis. Kebas jari aku dibuatnya. Nampak sangat memang budak nakal. Eleh, kalau cikgu suruh tulis seribu pun saya sanggup sekarang ini. Saya ada keyboard. Tekan Ctrl+C dan Ctrl+V sepanjang hari pun tak ada masalah. Hah, tak pun saya ada Photoshop. Pakai layer mask banyak-banyak pun tak ada hal.

Hoi, berlagaknya budak ini.

Exaggerating.

Minta maaf_

Kategori:

21 Responses to "Ejaan Ringkas Yang Tidak Ringkas"

Anonymous said :
December 21, 2009 at 7:27 PM
saya suka..
dewajiwa said :
December 21, 2009 at 7:56 PM
sokong.
dah tekan button 'Like This' tadi =D

bahasa trengkas OK lagi. bahasa 'budak baru nak naik' dari orang dewasa tu yang tak bleh terima. kalau reply, mesti sekali dengan bahasa sarkastik sekali. mesti best.
famia said :
December 21, 2009 at 9:14 PM
anon: ambillah yang mana suka. yang tak suka tinggalkan ok.

dewajiwa: haha. couldn't agree more. sekarang ini sangat buta dan cepat pening kepala tengok bahasa kena cantas. rasa macam kena pergi tadika balik belajar mengeja bahasa ringkas.
at your back [hah ambik aku eja betul punya] said :
December 21, 2009 at 9:20 PM
apekepanjangnyeentrikopenatakunakbacasampaiabis..huhuhuhuhu
Ezad said :
December 21, 2009 at 9:25 PM
perkataan 'sesuka' ada dalam kamus ke?
famia said :
December 21, 2009 at 9:28 PM
suhaila: hahahahahahahha! (borak belakang tabir selamba sajalah kerat cik. macam tak biasa :p )

ezad: tak ada. agaknya.
Daun Bidara said :
December 21, 2009 at 10:07 PM
bagus sangat bagus entry ni
al-lavendari said :
December 22, 2009 at 6:46 AM
Pakcik berjanji tidak mahu memendekkan bahasa sesuka hati lagi. pakcik dah insaf. pakcik mengaku selama ini pakcik bersalah.

skali lg pakcik brjnji x mahu mmndekkan bhsa sska hati lg.

dia buat balik !!!
Cinta Hatiku said :
December 22, 2009 at 1:17 PM
hahaha..mcm terkena kat diri ni jer..tp bahasa akak dlm blog akak tu susah ke nak baca?? bleh buat mata berdarah ker?? ya ampun...
famia said :
December 22, 2009 at 2:05 PM
daun: eh, mana ada bagusnya.

pakcik lavendar: pakcik ni berjiwa muda sungguh. hehe.

cinta: er, taklah akak. senang je nak faham tulisan akak tu. minta maaf banyak2 kalau tercucuk ya.
deena awanis said :
December 22, 2009 at 2:33 PM
terasa siot..dush dush dush!!!

tapi i tulis xde r sampai peringkat x ley difahami..setakat yang = yg, jadi = jd..boleh dimaafkn x???
hehehehhe=D
famia said :
December 22, 2009 at 2:50 PM
deena: hehe. wahai deena, saya bukan DBP. rasanya banyak je perkataan yang boleh diringkaskan. yang memang dikeluarkan sendiri oleh DBP. hehe. makanya perkataan macam yg, jd, tak, mkn dan sebagainya semua itu memang ada je dalam bahasa SMS keluaran DBP kalau tak silap terpandang hari itu.
kopi said :
December 22, 2009 at 4:54 PM
waaaahh..panjangnye entri...tp memang la..kadang2 sy pun x paham jugak bahasa2 sms yg amat ekstrem ni...hohho..cikgu bm mesti sedih kalau tau kita bnyak guna bahasa2 sekerat ni....
famia said :
December 22, 2009 at 5:37 PM
kopi: hehe. memang cikgu BM sedih punya. confirm.
cacah said :
December 22, 2009 at 6:11 PM
salam.
:)

comel je penutup entri ini.

ops, saya kalau masuk komen sini mesti takut dengan amaran kat atas tu. (amaran kedua)

hai, saya assistdirect. (takde kena mengena)
Nana CS said :
December 22, 2009 at 6:45 PM
hi, saya nurnana.
haha.

sori atas intro komen tersebut. aku setuju dgn semua yg kau tulis di atas.
famia said :
December 22, 2009 at 8:31 PM
ecah: waalaikumsalam wbt. hehe. kau memang comel. lamalah tak jumpa. jom pergi zoo sekali meh.

nananya: hutang kau! hutang kau!
Nana CS said :
December 22, 2009 at 8:33 PM
kalau aku mahu half day esok, kau mahu kah ajak aku dgn cacah pegi zoo skali? aku dgn cacah nk gi lunch bersama esok.
famia said :
December 22, 2009 at 8:40 PM
nananya: sob sob sob. tapi... tapi aku kerja esok.
Nana CS said :
December 22, 2009 at 8:43 PM
oh, lain kali lah, kalau macam tu.
Ismail said :
May 29, 2010 at 7:23 PM
untuk tidak menringkaskan sampai tak paham lebih baik guan kamus dalam mobile phone. Mula2 susah, bila dah biasa lagi cepat dari ringkasan.. saya tak suka picit key yg sama berkali2 pilih huruf..auto lagi ok.. mesej cost memang mahai sikit sebab panjang jadinya..

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.