Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, December 09, 2009


_Ehem... ehem.

Diiringi muzik latar rancangan Majalah Tiga.
Sewaktu Wan Zaleha Radzi menjadi pengacara utama.

Siput sedut atau dikenali juga sebagai belitung. Siput ini merupakan sejenis siput air tawar yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutamanya pasar tani. Alah, di pasaraya Giant pun ada dijual. Bersepah-sepah. Ops, rancangan sedang ke udara. Tak boleh cakap macam ini.

Ehem.

Merujuk Wikipedia, nama saintifik siput ini adalah Cerithidea Obtusa. Nama kristiannya, Mud Creepers. Nama Melayunya, siput sedut. Nama selepas dimasak pula, siput sedut masak lemak cili api. Panggilan manjanya pula, Chut Chut.

Kedengaran funky sungguh bukan.

Itulah bunyi yang keluar daripada mulut manusia sewaktu menyedutnya.

Chut... chut.
Skreet.
Chut... chut.
Skreet.
Chut... chut.
Skreet.

Ops, rancangan sedang ke udara. Tak boleh cakap macam ini.

Ehem.

Si belitung atau pun siput sedut ini mendapat jolokan nama siput matah merah oleh penduduk tempatan. Perbezaan di antara matah dan mata tidaklah aku tahu. Dan kisah di sebaliknya juga lagilah aku tak ambil tahu. Kemungkinan besar, aku rasa siput ini suka berendam di dalam air lama sangat sambil membuka matanya. Maklumlah, matanya tidak berkelopak. Agaknya disebabkan itulah matanya habis menjadi merah.

Hm, logik juga.

Dan boleh jadi, inilah satu-satunya makhluk yang menghidap konjunktivitis tetapi masih tetap boleh didekati serta dimakan.

Gambar ihsan daripada
Wild Life Singapore

Chut Chut

Ah, sikit-sikit sudah.
Macam National Geography pula.

Tadi aku singgah ke sini. Lalu ternampaklah akan resipi memasak siput 'mata merah akibat berendam di dalam air lama sangat' secara goreng bercili. Memang jarang betul dimasak goreng. Kebiasaannya, siput 'mata merah akibat berendam di dalam air lama sangat' itu dimasak lemak cili api. Sampai habis kuning mata merahnya. Yang ini goreng pula. Mungkin kamu biasa menggoreng siput ini. Cuma keluarga aku saja yang tak pernah makan siput bergoreng.

Aku memang tak pandai makan Chut Chut ini.

Seumur hidup aku macam pernah jamah dua kali saja. Tekak aku memang tak ngam dengan Chut Chut ini. Setiap kali sedut mesti aku tercekik. Berair-air mata dibuatnya. Entah dari sudut mana yang patut aku sedut pun aku tak tahu. Dan entah berapa pula kelajuan menyedutnya. Sampai semput kadang. Nak tiup belon pun tak semput macam ini.

Teringat sewaktu pertama kali memakan si Chut Chut ini.

Masa itu, umur aku macam sekolah rendah lagi. Di Kluang, Johor. Atuk Onn yang masakkan. Hidangan Chut Chut masak lemak cili api. Aku memang tak pernah makan benda alah itu. Pertama kali nampak siput itu. Tapi disebabkan perangai yang suka mencuba tanpa mengira tempat ini, aku pun cedok dalam dua ketul Chut Chut ke dalam pinggan nasi.

Angkat seekor.
Belek kiri kanan.
Tenung lama-lama.

Maklumlah, itu pertama kali bertemu mata. Entah bagaimana rupa parasnya sebelum dimasak lemak cili api. Tak dapatlah aku nak bayangkan. Tiba-tiba, sewaktu aku angkat siput itu, badannya seperti sedang bergerak-gerak. Musykil sungguh. Takkanlah tak mati-mati lagi siput ini. Aku pun angkat tinggi-tinggi separas dengan mata. Sedang aku khusyuk membelek Chut Chut tanpa berkelip mata, ayah pun jerkah.

Hah!

Allahuakbar!

Tercampak si Chut Chut itu jauh dalam dua meter.

Aku terkejut. Terus termenangis. Maklumlah, boleh tahan sentimental juga waktu kecil-kecil dulu. Sekarang saja sudah kurang sentinya. Mentalnya masih ada. Kadang-kadang bila datang gilanya memang gila juga dibuatnya.

Sejak disergah, aku terus berhenti makan Chut Chut.

Aku rasa dia tak mati-mati walaupun setelah siap dimasak. Atau pun mungkin yang sebenarnya, tangan aku menggigil jadi si Chut Chut pun turut sama 'menggigil'. Dan disebabkan itulah agaknya aku nampak si Chut Chut itu bergerak menggelupur waemah bukan ia yang bergerak sebenarnya. Tapi tak apalah, aku tak nak makan dah siput itu.

Eh, sekejap.

Apa motif aku cerita pasal siput ini entahnya.

Biar aku fikir sekejap_

Kategori:

14 Responses to "Chut Chut"

daracity said :
December 9, 2009 at 8:27 AM
famia..bgtau je kalau nak chut chut yg fresh..boleh ambik free free je kt blkg rumah aku..kalau tanak makan pun xpe..tukang makannye ramai..hehehe..nak ngutipnye tu mencabar sikit coz pandai si chut chut ni carik rumah yg berselut n berlumpur..meh meh dtg kapar meh.. =)
BasicCX said :
December 9, 2009 at 8:40 AM
Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh,

Pertama sekali, rajin ye menulis entri pagi2, lepas subuh pagi tadi tak ada pula entri ini, tup2 ada pula. :D

Pembetulan, nama saintifik ditulis begini Cerithidea obtusa dan bukan "Cerithidea Obtusa". Hanya nama genus sahaja huruf besar dan nama spesies huruf kecil dan seharusnya ditulis condong atau bergaris (alamak saintis dah datang ... :P)

Sedap siput sedut ni, dulu pun masa kecil macam saudari juga, tapi dah tahu apa yang menyebabkan ia melekat, hah... masuk dalam perut... hihi
famia said :
December 9, 2009 at 8:54 AM
daracity: Kapar? wah, saya biasa ke sana. hehe. rumah kawan rapat. tapi kami serumah memang tak makan sangat pun Chut Chut ini. Mak dan ayah je kot yang layan. Kami yang lain-lain semua bo layan je.

basic: Waalaikumsalam wbt. Hahahahah. Awak ini orang EQ 2 rupanya. Ok. Terima kasih atas teguran.
RieNa said :
December 9, 2009 at 9:09 AM
aku pun tak pandai makan makhluk ni. semput2 aku nak menyedutnya. aku panggil siput semput.haha

selalunya ibu tercinta yg menyedutnya utk aku dan aku makan sj.

sungguh besar jasa ibu ku. heh,tetiba.
abangpit said :
December 9, 2009 at 9:24 AM
siput sedut masak lemak cili api memang terbaik!!!
etdebek said :
December 9, 2009 at 9:27 AM
terus terang aku geli ngn menatang ni.. yg blom atau yg sudah masak.. tekak kembang je... huhuhuhuh...
ya-ummi said :
December 9, 2009 at 10:09 AM
chut chut.. haha comel
keiroro said :
December 9, 2009 at 11:55 AM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanu.

Siput sedut sangat sedap. Jika mak atau kakak saya yg masak. Hehe. Tak suka makan siput kedai sebab ada sekali tu berbau hanyir. Terus phobia nak makan siput sedut di restoran. Yurksssss!!
kopi said :
December 9, 2009 at 3:32 PM
setuju...saya jua macam tu...sampai sekarang xreti mkn siput sedut itu...hirup kuah pun ok...kan famia?
famia said :
December 9, 2009 at 4:13 PM
riena: ibu yang sedutkan? wah, bestnya. besar jasa ibu itu.

maoi: hehe ikut selera masing2 kot.

suhaila: hehe. sebab dia lembik dan kenyal kot.

ya umi: aku baru nama lain dia Chut Chut. hehe

keiroro: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. hehe. panjang salamnya. suka siput sedut ke? baguslah. lain tekak lain selera. tak semua pandai makan tapinya. hehe.

kopi: hehe. hirup kuah pun oke je. ambil bau, orang-orang tua kata.
Daun Bidara said :
December 9, 2009 at 8:07 PM
salam ziarah,
mohon izin follow blog ini,semoga dapat manfaat bersama sama.
terima kasih
M-I-N said :
December 10, 2009 at 3:39 PM
salam che' famia.
mule² memang anti dengan Gary;eh itu siput sepanjbob.sori,chut chut ni.tapi bila sudah try sekali pergh!susah mahu ditolak.
touyakaruma said :
December 10, 2009 at 6:53 PM
Hurmmm chut chut sruppppp .

Ak suka makan natang nie , tapi kan kalu nak makan kena ada skill sikit . Kalau tak sedut laaa tara mana dia taknak kuar-kuar .
famia said :
December 10, 2009 at 9:33 PM
daun: waalaikumsalam wbt. terima kasih menyinggah ke blog tak berfaedah ini. maaflah tak ada benda berguna pun di sini.

min: waalaikumsalam wbt. hehe. tak apa. dah cuba lapan kali. memang tak berkenan anak tekaknya.

touya: baguslah. makanlah banyak-banyak selagi boleh.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.