Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, December 14, 2009


_Dahulu kala.

Pernah jugalah aku bayangkan.

Macamana nak melepaskan rasa. Tak kiralah itu rasa marah, sedih, geram, terharu, pening ditimpa masalah, gembira dan sebagainya. Bukan kerja mudah, woh! Dan aku rasa daripada aku kecil sampai besar, boleh tahan batu juga aku ini. Tak beriak. Tak berkocak. Tapi di dalam hati sudah macam Gunung Pinatubo. Ada juga macam Sungai Gombak. Dan ada juga macam salji di Himalaya.

Ok, macam ini.
Cuba kau bayangkan.

Kau tengah sakit perut. Di tengah-tengah lebuhraya. Pada waktu malam. Lagi 50km baru jumpa kawasan rehat. Tapi, kau dah tak tahan sangat nak pergi cari bilik air. Tiba-tiba minyak pun dah tinggal sikit. Lampunya berkelip-kelip tanda minta diisi. Di tengah-tengah lebuhraya itu wujud kau seorang saja manusia. Dengan tidak semena-mena, hujan pun turun mencurah-curah dengan lebatnya. Guruh berdentam-dentum. Kilat saling sabung-menyabung. Langit menjadi gelap-gelita. Telefon kau pula tiba-tiba kehabisan kredit. Bateri telefon pula tinggal nyawa-nyawa ikan.

Dan beberapa saat kemudian, kedua-dua tayar di bahagian belakang pancit. Tercucuk paku. Perut kau pula semakin meragam. Di kiri dan kanan lebuhraya itu pula cuma ada jurang yang dalam. Sebarang jenis bantuan pun tiada. Langit menjadi gelap. Malam semakin pekat. Lampu-lampu di lebuhraya kesemuanya tidak menyala. Kau mati akal.

Hah.
Boleh bayang tak perasaan dia?

Macam itulah aku terasa sekarang. Cuma mampu gantung hati padaNya saja. Hinf. Aku minta izin melepaskan angin lintang di dalam hati dan kepala. Sesungguhnya, ini entri yang sangat serius. Aku cuma manusia batu biasa_

Kategori:

9 Responses to "Awas, Angin Lintang Di Hadapan"

Daun Bidara said :
December 15, 2009 at 10:58 AM
kes serius ni
famia said :
December 15, 2009 at 11:51 AM
daun: hehe. tak adalah. dah ok dah.
touyakaruma said :
December 15, 2009 at 1:03 PM
seram juga rasanya
Lady Nass said :
December 15, 2009 at 3:05 PM
haha. tayar tetibe pancit. itu jugak menggambarkan keadaan dirimu yang sudah jatuh dihempap kereta lagi mcm ke KB MALL tu.hoho. sabar lah ye. akan ada cahaya di sebalik kegelapan sementara ini. Moga ALLAH melindungi dan merahmati anda. Amin.
Lady Nass said :
December 15, 2009 at 3:46 PM
ini link saya. http://www.ladynass.com
famia said :
December 15, 2009 at 4:25 PM
ladynas: hehe. terima kasih menyinggah ke blog tak befaedah ni. ooo itu cerita dalam satu malam saja. bila menjelma pagi, semuanya pulih macam biasa. hehe. baik. insyaAllah nanti saya buat kunjungan balas.
December 15, 2009 at 4:25 PM
hmm.dr situasi anda dah boleh dah keluar berak dgn membawa payung kerana kiri kanan tiada apa dan gelap jadi tiada siapa akan perasan kalau ada org la.kan kan?
famia said :
December 15, 2009 at 4:26 PM
touya: haha. seram ke? kalau jadi betul-betul, selamba sajalah menabur hajat di tepi lebuhraya. Tak pasal2 kena buasir nanti. Tolak tepi saja hantu, setan dan kegelapan dunia.
famia said :
December 15, 2009 at 4:27 PM
7kaki: apa?! hahhahahahaahha. ini orang. sabar sajalah.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.