Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, December 06, 2009


_Mestilah blog orang. Takkanlah blog binatang pula.

Minta maaf.
Si Huzaimatus ini memang kerek dan tidak sopan.

Kadangkala bila tersinggah ke mana-mana blog yang agak berlainan sedikit isi, rupa dan strukturnya berbanding blog aku, memang pelbagai jenis perasaan yang timbul. Sekejap tenggelam. Sekejap timbul. Berulang-ulang. Dari kanan ke kiri. Dari kiri ke kanan.

Suka.
Duka.
Lapar.
Geram.
Kelakar.
Seronok.
Terharu.
Terkejut.
Sakit hati.
Sakit mata.
Sakit telinga.
Menitik air mata.
Menitik air hidung.

Semua jenis perisa ada. Klasifikasi untuk tontonan umum.

Tetapi.

Aku tahu. Dalam menziarahi blog dan menulis blog juga wujud adabnya. Adab menziarahi blog juga boleh diibaratkan seperti menziarahi tetamu. Bukankah menziarahi tetamu ada adabnya. Dan bukankah dalam Islam itu segala perihal ada adabnya. Dan kerana itu, Islam teramatlah lembut dan indah. Sentiasa membuatkan kita terasa selamat.

Dengan syarat.
Kenalah ikut segala suruhan Big Boss of The Universe dulu. Kan.

Ok.

Perihal adab menziarahi blog.

Ini aku reka sendiri saja. Aku main agak-agak saja. Dan ini bukan teori pun. Ini panduan aku sendiri. Aku samakan konsepnya dengan adab menziarahi tetamu. Lebih dan kurangnya sama saja. Tidak perlu ikut kalau tidak relevan dengan kamu. Bukan untuk disuruh ikut pun. Cuma sebagai tatapan dan pemberitahuan semata-mata.

1. Tinggalkan komen secara sopan
Ini. Alah, ibarat menyinggah ke rumah orang. Sebelum masuk, bagi salam sopan-sopan. Lepas tuan rumah benarkan masuk baru masuk. Mana ada orang menyinggah ke rumah orang lain sambil mengherdik dan memaki sumpah seranah bagai kan. Dan letaklah link blog kalau ada. Bolehlah membalas kunjung mengunjungi. Ibarat kunjung mengunjungi di musim perayaan Aidilfitri.

2. Anonymous
Orang yang sebegini, memang tidak tinggalkan apa-apa pautan sebagai lawatan balas. Barangkali kerana mahukan privasi. Dan tidak mahu dikenali. Tak apa. Aku pun faham. Aku tak kisah. Asalkan dapat berbahasa seperti seorang Muslim yang sopan. Cuma kadangkala, ada juga yang suka baling batu sembunyi tangan. Itu penakut namanya. Dan ada tuan rumah yang kisah dengan manusia sebegini. Dan ada juga yang tidak kisah. Aku tak apa. Aku tak kisah. Baling bom sembunyi kaki pun aku tak kisah.

I'm cool.
Ceh, perasan.

3. Aksesori Blog
Ini ibarat perhiasan yang wujud di dalam rumah. Ada kerusi dari England, meja dari Turki, lampu Chandelior, karpet Parsi, pasu bunga dari Cina dan perhiasan lain yang berkemungkinan besar Made in China juga. Ada blog yang tulisannya berwarna-warni. Lagu yang tiba-tiba keluar setiap kali tetamu menyinggah, lagu Selamat Datang aku panggil ini. Turut serta juga, logo dan gambar-gambar yang berkelip-kelip secara pukal diletakkan di sebelah kiri atau kanan atau atas atau bawah blog tersebut. Sehingga menyebabkan Internet Explorer atau Chrome atau Firefox atau Opera menjadi kejung. Dan terus pecah.

Senang saja.

Blog sebegini, cuma baca saja entrinya dan pastikan volume di komputer anda telah dibisukan terlebih dahulu. Setelah habis membaca entri, keluar secara sopan. Tidak perlulah memaki tuan rumah. Tetapi kalau terasa semacam ada penyakit hati dan geram yang ketara, tidak perlulah masuk blog sebegitu. Itu hak tuan rumah. Suka hati dialah nak hias macamana gaya pun. Kalau kamu sebagai tetamu tidak suka dan hilang selera, tak perlulah masuk dan kutuk-kutuk. Tak berapa nak sopan namanya itu. Undur diri secara sopan saja sudah. Dan tak perlu kembali lagi. Sekurang-kurangnya ada juga saringan penyakit darah tinggi.

Dan buat tuan rumah, sesungguhnya kesederhanaan itu lebih baik bukan.

4. Berkunjung tanpa mengharapkan balasan
Ini, orang sebut ikhlas namanya. Memanglah kita melawat blog orang bersama pautan blog. Namun, cukuplah sekadar menyinggah dan menghulurkan salam. Tidak perlulah memaksa tuan rumah berkunjung semula ke blog kita. Pandai-pandai dialah nanti. Kita serahkan saja pada yang pakar. Dan tak perlulah juga memaksa tuan rumah memacakkan pautan blog kita di blognya. Sepertimana yang aku taipkan, pandai-pandai dialah nanti. Kita serahkan saja pada yang pakar.

Ibarat berkunjung ke rumah jiran, "Hoi, aku dah lawat rumah kau. Kau kena lawat rumah aku pula. Jangan buat-buat lupa."

Tak manislah macam itu kan.

Sopan-sopan sudah. Barulah macam bangga sikit jadi umat Nabi Muhammad SAW. Itu bukan takat Americal Idol atau Malaysian Idol atau Indonesian Idol lagi dah. Itu seluruh alam punya idol. Contohilah akhlak baginda.

Kesopanan dan kesusilaan itu kena jaga. Bukan ke sudah diajar. Dalam rukun negara yang kelima pun ada. Walaupun aku cepat hilang ingatan, tetapi rukun negara itu antara perkara yang aku boleh ingat sampai mati. Mana tidaknya, setiap kali perhimpunan sewaktu sekolah rendah dahulu kala kena berdiri atas pentas mengetuai pembacaan ikrar. Ah, siapa yang pernah jadi pengawas sekolah saja boleh faham perasaan itu. Boleh tahan menggigil jugalah berdiri depan satu sekolah.

Ok, setel.

Selamat menziarahi blog makanya.

Semoga terjumpa blog-blog yang lebih bermanfaat daripada blog aku yang tak berfaedah ini. Jangan lawat sini selalu. Dikhuatiri berupaya meracuni mata-mata yang membaca. Dan bisa melumpuhkan sistem urat saraf manusia. Semoga dijauhi daripada segala nilai-nilai yang tak berapa nak murni dan boleh tahan keji di dalam blog ini.

Hah.

Dangerous bukan_

Kategori:

8 Responses to "Adab Menziarahi Blog Orang"

dewajiwa said :
December 6, 2009 at 10:54 PM
assalamualaikum w.b.t. Cik Famia.
tips yang bagus dan sangat releven untuk semua walaupun 'direka-reka' sendiri. heheh.

Anonymous tu sepatutnya jangan dibagi peluang untuk komen. macam jangan bagi peluang orang ambil kesempatan memporak-poranda rumah kita. kejam sangat ye gitu?
famia said :
December 6, 2009 at 11:13 PM
dewajiwa: waalaikumsalam wbt. hehe. anonymous itu, biarlah kot. hidup ini adil dan seimbang. kalau semuanya aman sentosa je tak bestlah pula bukan. dan kalau mereka memporak perandakan hidup kita, buat dek saja sudah. ignorance is bliss. itu tanda kemenangan. tak perlu nak terasa disentap dengan orang2 macam itu rasanya. rilek2 saja sudah. orang2 macam itu biasanya kurang perhatian. kesian.
adLedash said :
December 7, 2009 at 1:24 AM
mintak keizinan nak berkongsi artikel ni dgn public.smoga dpt berkongsi ilm yg baik.
UnaChenta said :
December 7, 2009 at 7:26 PM
Salam, pertama kali masuk Blog ini.. Terus jatuh sukaa.. :)
Falcon Biru said :
December 7, 2009 at 10:10 PM
mintak izin nak kongsi artikel kat blog saya,untuk kebaikan bersama..
Tijah said :
December 8, 2009 at 8:05 PM
stujuk sangat nih...rasa cam nak kopipes masuk n3
famia said :
December 9, 2009 at 7:49 AM
adledash: er, kalau ada gunanya dipersilakan.

Una: waalaikumsalam wbt. huish, habislah.

Falcon: er, kalau ada gunanya dipersilakan.

Tijah: er, kalau ada gunanya dipersilakan.
touyakaruma said :
December 10, 2009 at 8:13 PM
perthh sokong sesangat entry ko kali nie .

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.