Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, November 24, 2009


_Aku rasalah kan.

Perempuan dan lelaki.

Jika diletakkan sebagai pemandu, pemandu lelaki masih mempunyai sikap toleransi yang tinggi berbanding pemandu perempuan. Kesopanan dan kesusilaan pemandu lelaki di jalan raya masih lagi berada di tahap yang boleh tahan memberangsangkan.

Sebagai seorang lady driver, aku sendiri pun kadangkala boleh tahan menggelegak juga nafsu amarah mahu mengamuk di jalan raya, terutamanya setiap kali bertembung dengan pemandu perempuan yang lain. Tak kiralah muda ke tua ke.

Percayalah.

Sekuat mana pun iman, stereng kereta itu sajalah yang menjadi saksi maki hamun dan tempat melepaskan kegeraman si pemandu. Itu belum lagi dikira berapa kali hon ditekan seakan-akan menjerit bagai nak gila kepada pemandu lain di jalan raya.

Memang crazy ah ding dong.

Sebagaimana peribahasa telur di hujung tanduk, sebegitu jugalah peribahasa kesabaran di hujung stereng kereta.

Ini.

Antara perangai tipikal seorang lady driver di jalan raya:

  1. Tidak mengangkat tangan tanda berterima kasih jika diberi laluan.
  2. Menukar laluan kiri atau kanan tanpa melihat kiri atau kanan ibarat ayam melintas tanpa memandang ke kiri atau ke kanan.
  3. Memandu pada kelajuan 40km/j di laluan laju
  4. Buat tak endah atau buat tak tahu saja bila diminta memberi laluan


Sama dengan.

Aku macam itu juga.

Tapi tak adalah sampai tak berhemah di jalan raya. Kalau orang dah bagi laluan itu, angkatlah tangan. Nampak sikit macam berterima kasih. Kalau mahu tukar laluan itu pula, bagilah signal awal-awal. Jangan main melencong macam itu saja.

Itu dalam pendidikan moral pun ada ajar.

Adab.

Bukan ke manis sikit kalau beradab dalam segala hal.

Itu pemandu perempuan. Kalau pemandu lelaki itu, satu je paling aku tak tahan. Bab nak mencucuk kereta di depannya. Waemah dah menggigil kereta bergegar 140km/j di jalan raya, itu pun masih lagi mahu menekan minyak mencecah kelajuan kepada paras berbahaya yang membawa maut. Ingat ini Tokyo Drift ke? Satu lagi, lampu merah bertukar kepada lampu hijau. Terlambat 0.01 saat pun dah kena hon. Tak menyabar-nyabar.

Lepas itu.
Prong prang... prong prang... prong prang.

Macamanalah warga KL ini tak kena penyakit darah tinggi.

-_-"

Tekanan 360 darjah namanya ini_

Kategori:

13 Responses to "Tekanan 360 Darjah"

paiseh said :
November 24, 2009 at 8:08 AM
oh. bab ni. gua rasa banyak lagi lah. nak gua tambah ke??
famia said :
November 24, 2009 at 8:19 AM
sila
dewajiwa said :
November 24, 2009 at 8:40 AM
err..kesian Cik Famia. bawa bersabar ye.
kami pemandu lelaki sangat faham. heheh. seronok baca pandangan dari seorang pemandu perempuan. begini ye. semoga di Malaysia nie ada lagi ramai macam Cik Famia.
bayan said :
November 24, 2009 at 8:52 AM
Benci pemandu wanita yang terkedek-kedek di jalan raya. err, saya bawa laju. Hehehhe..

Kita sama, darah tinggi bakal menjelma.Sampaikan beberapa rakan lelaki yang menumpang kereta saya, akan menoleh kepada saya apabila tahap kesabaran tu hilang.
Tawel Sensei said :
November 24, 2009 at 10:27 AM
Dah lama hati ni bengkak dengan pemandu wanita.

Mujur ada wanita sendiri yang mengaku. Nanti kalau lelaki yang buat komplen macam ni, dilabel sebagai 'penghinaan terhadap kaum wanita pula'!
Fyza d.Hana said :
November 24, 2009 at 1:39 PM
aku pn selalu rasa ape yang ko rasa. kadang2 aku tak sampai hati nak maki.. sebab org tua..
kalu boleh buka tempurung kepala aku.. mesti da boleh tgk otak aku da menggelegak..
abangpit said :
November 24, 2009 at 5:16 PM
akhirnya.. ada juga lady driver ngaku benda ni..
November 24, 2009 at 9:03 PM
erk..biasa perempuan mmg dikaitn dgn pemanduan xberhemah.. tp kdg2 ada gak laki2 yg bwk mcm bagus.. dekat jalan yg sehala, dia sebuk nk buat 2 hala..pastu nk hon2 org.. salah dia sendiri tp nk salahkn org.. hahaha...
Ezad said :
November 24, 2009 at 10:09 PM
hah!!
betul sgt...

tapi tak der bezanya gender di jln raya ni..

ada gak lelaki bawak kereta mcm siput..

ada gak pompuan bawak lelaju mcm tak sabar sgt nak masuk dlm keranda..

tapi paling hangin kalau masuk lorong org main redah je.. bila kena hon tunjuk middle finger..

hai... malaysiaku...
omarkhayam said :
November 25, 2009 at 6:54 AM
lagi satu masa jem, tak yah la naak hon2.... buat sakit hati jer. klu hon pn bukan dpt jalan pn.

so.naik la tren. boleh tgk aksi org ramai. tapi bila peak hour, penyakit darah tinggi pn mula menyerang.
famia said :
November 25, 2009 at 12:34 PM
dewajiwa: hehe. saya tak apa. saya pemandu yang chill dan funky. stereng memang alat penguji kesabaran yang terlampau. cuma memang boleh tahan mengamuk jugalah kalau kaki ini pijak jalan raya. macam2 perangai ada.

kak ila: haha. kita dulu drive macam Tokyo Drift. Sejak baca blog Ondscene, lepas itu tengok berita kemalangan ngeri gila sana sini terus jadi insaf. Sedikit berhemahlah juga. Tapi masih tetap menggila. Haha.

Tawel: Hehe. Sampai bengkak ye? Ganas betul memendam rasa. Apa-apa pun, jalan raya itu tanggungjawab semua. Bertoleransi dan beradab sopanlah kita semua harapnya. Nyawa di hujung stereng.

Fyza: hehe. sama dengan.

maoi: hehe. buat salah kenalah mengaku. tapi laki pun lebih kurang je. yang kurang ajar teramatlah banyak. tak pasal2 je aku sumpah diorang masuk bawah perut lori. hish....

ain: hehe. dua2 pun sama je sebenarnya. tapi yang lebih ignorant itu perempuan. tang angkat tangan berterima kasih itu paling basic. jarang woi nampak perempuan angkat tangan. macam berat sangat je nak angkat tangan. apalah punya perangai. nak jadi kalau semua pengguna jalan raya ada sikap gentleman kan bagus. kurang sikit potensi penyakit darah tinggi.

ezad: hehe. takpe paham. ada member aku tunjuk jari tengah sebab dia kena cucuk last2 kereta 4 pacuan roda itu rempuh je dia. langgar lari. apa2 pun kalau nak tengok orang itu sabar ke tak, tengoklah dia di stereng kereta. memang terang jelas dan nyata. hehe. stereng tak menipu tuannya.

omar: haha. betul. aku pun jarang pakai hon. entah bila nak pakai. kalau tekan pun tekan sikit2 je. naik LRT memang menarik. tapi kalau dah selalu naik sebagai seorang perempuan memang rasa dangerous jugalah. hehe. seksual harassment banyak.
curx said :
November 25, 2009 at 10:32 PM
emm, xtau nk ckp. bila sendiri drive, ada masa cool ada masa temper. tp pepehal pon igt lah org yg tersyg & biar slmt smpi ke destinasi..
cacah said :
December 14, 2009 at 12:18 PM
aku pun selalu juga terkena stereotype lady driver. itu pasal malas nak cabut stiker p tu.
ahhaha

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.