Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, November 16, 2009


_Maaf.

Ini entry kasar.

Mulai hari ini. Aku nak jadi kera sumbang yang terunggul. Dan harap maaf. Aku dah lama berhenti borak dengan orang yang aku tak kenal. Samada di YM, Facebook Chat dan apa saja bentuk komunikasi lain. Kalau aku tak pernah jumpa, itu adalah mereka yang jatuh dalam kategori aku tak kenal. Dan mak kata, jangan bercakap dengan orang yang kita tak kenal.

Itu termasuk juga....
Mereka yang aku tak kenal tapi bersangka seperti mereka kenal.

Ya.
Aku sangat sombong.
Aku suka perasan bagus.
Aku malas nak tegur menegur manusia di alam maya.

Dan.
Segala perbuatan buruk dalam dunia ini memang datang dari aku.

Maaf.

Ini entry kasar.

Cukup-cukuplah. Alhamdulillah aku masih ada secolek gerak hati. Bolehlah juga nak kenal pasti manusia yang aku rasa ada maksud tersirat di hati yang sedikit keruh. Dan minta maaf banyak-banyak. Kamu-kamu yang add email aku sebagai YM, itu bukan YM ID aku. Dan aku pun dah lama tak buka YM. Aku kan sombong. Facebook Chat apatah lagi.

Cuma.
Satu je.

Aku memang suka duduk diam-diam dalam gua malas nak bertegur sapa dengan manusia sejagat. Itu memang perangai aku. Minta maaf.

Kamu.
You know what I meant.

Tolong berhenti_

Kategori:

12 Responses to "Notis Keras"

etyobek said :
November 16, 2009 at 9:11 AM
huh!! ade org kaco ko lg ke?

ke pakcik tua tu kaco ko lg?

meh ckp ngn aku meh.. biar aku sound direct sket kat org jahat tu..!

huh!

[x sbr nk tgk en.kobi ni... :D]
ayumi said :
November 16, 2009 at 9:32 AM
fami! sape kacau kau?! meh aku sound meh!
eyena said :
November 16, 2009 at 10:52 AM
uih betul2 marah ni.. sabar eh.. buat tak layan ja kalau kamu tak suka keh..
daineso said :
November 16, 2009 at 11:04 AM
baguslaa tu uxai.. dlm dunia internet ni ramai sgt yang berwajahkan manusia yang pelik.. susah nak dipercayai.. n janganlaa terlalu mempercayai..


jagalaa diri leklok ek..
Dani neh said :
November 16, 2009 at 11:15 AM
aa.. guddok
(dulu ko suka ckp ceni kat aku.. waaahahahaha)
Nana CS said :
November 16, 2009 at 11:45 AM
(dani: aku selalu ckp mcm tu kat adik aku.. huhuhu..)
RieNa said :
November 16, 2009 at 11:57 AM
maknanya, aku termasuk dlm golongan yg kamu x kenal lah?

takpelah..

aku membawa diri.. T_T
mugiwara said :
November 16, 2009 at 12:25 PM
oke.
noted.
famia said :
November 16, 2009 at 1:47 PM
suhaila: tsk.... itulah.

yumi: hehe. garang ni kawan aku ni.

eyena: hmm.... bukan marah. cuma tertekan.

ecah: itulah. isk...

dani: yes dokg! haha

nananya: jangan buli adik. tu perangai budak nakal. aku takpe. :p

riena: hehe. bukan macam tu. bukan kamulah.

mugi: er, bukan kamulah.
November 16, 2009 at 2:04 PM
assalamualaikum.

belasah je orang tu.
Anonymous said :
November 16, 2009 at 3:11 PM
Harap2 bukan sy juga..:)
Anonymous said :
November 16, 2009 at 11:12 PM
alamak.. awak tak kenal saya tapi saya kenal awak. tapinya saya tak kacau awak. saya suka baca entry awak je. jangan blok saya ye. terima kasih awak.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.