Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, November 30, 2009


_Setiap nama.

Pasti ada maksud dan kisah di sebaliknya. Tanpa pengecualian apa-apa. Nama yang baik, maksudnya pasti baik juga. Pembawa nama itu juga mungkin boleh jadi seorang yang baik juga perangainya barangkali. Namun. Jika namanya membawa maksud yang kurang baik, boleh jadi lain macam juga perangai pemilik namanya.

Sebab itu, kena menamakan anak-anak dengan nama yang membawa maksud yang baik.

Iyalah.

Takkanlah ada budak yang bernama Iblis bin Manusia pula.
Kan... kan.

Sebenarnya.

Aku macam terasa yang aku seorang saja manusia dalam dunia ini yang tak tahu maksud nama yang dibawa. Bukan aku saja yang tak tahu. Ayah pun tak tahu. Dan kalau ayah pun tak tahu, pastilah emak pun tak tahu. Atuk lagilah tak tahu. Adik-adik aku lagilah tak tahu. Dan boleh jadi kamu semua pun tak tahu maksud di sebalik nama aku.

Tapi.

Aku tetap cuba tanya ayah. Manalah tahu kalau tiba-tiba ayah ada satu idea tentang penerangan maksud di sebalik nama aku ke kan. Cerita rekaan pun tak apalah asalkan ada maksud. Sejuk sikit hati. Mana tidaknya. Boleh tahan tersiksa juga bawa nama ini tanpa tahu maksud di sebaliknya.

"Ayah, ayah tahu apa maksud nama saya?"
"Hmm. Dulu arwah atuk yang bagi. Ingatkan dia nak letak Halimatus Saadiah. Sekali tengok dia bagi Huzaimatus Saadiah. Ayah pun tak tahu maksud nama itu."

Oh, tidak!

-_-"

Aku pandang adik gadis.
Aku lentuk kepala sebelah dia.
Sedih kononnya.

"Eg, patutlah saya degil macam ini. Rupanya sebab nama saya tak ada maksud."

Mak senyum dari jauh.

Kalau betullah teori itu, patutlah aku jadi macam ini. Degil macam keldai. Keldai pun tak degil macam aku. Keras kepala mengalahkan besi keluli. Keras hati pula itu. Keras tulang pula itu. Semualah keras pendek kata kononnya. Semua? Boleh tahan mengerikan juga. Itulah aku. Wanita keras bernama tanpa makna. Hinf... hinf.

Walau bagaimanapun.

Aku yakin pasti wujud saja makna di sebalik Huzaimatus itu. Walaupun Saadiah itu membawa maksud bahagia, aku pun tak pasti apa yang bahagia. Boleh tahan sedikit susah hati jugalah membawa nama tanpa makna macam ini punya gaya. Ke kiri dan ke kanan mengusung nama tanpa makna. Itulah aku. Wanita keras bernama tanpa makna. Hinf... hinf.

Hah.

Kalau begitulah gayanya.

Kepada sesiapa yang hebat berbahasa Arab atau arif dengan nahu bahasa Arab, sekiranya wujud kelapangan diharap sudilah untuk menolong mencarikan maksud di sebalik nama saya ya. Sangatlah berbesar hati sekiranya pihak tuan sudi mencari maksud di sebalik nama saya ini. Segala kerjasama pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan semoga sentiasa dirahmati Allah hendaknya.

Hinf... hinf.

Dah macam tulis surat rasmi pula.

Hah.
Nama kamu apa maksudnya.

Jangan kata tak tahu pula_

Kategori:

17 Responses to "Nama Tanpa Makna"

RieNa said :
November 30, 2009 at 3:59 PM
Nur Azriena : Cahaya Kekuatan/Penyokong kami.

Azrie : Kekuatan/Penyokong ku.

boleh la kalau nak taruk nama anak. ^_^
mugiwara said :
November 30, 2009 at 5:16 PM
kau rasa susah hati lepas aku tanya makan nama kau ke?

aku pun tak tahu maksud nama aku.
[mula mula aku ingat nama aku pelik. lepas tu segan nak bagitahu nama kat orang. rupanya ramai juga yang nama macam aku~]

nama orang sekarang pelik pelik. entah diorang tahu tak maksud nama diorang. [macam kau juga]
famia said :
November 30, 2009 at 5:23 PM
riena: huiyo, cool.

mugi: err, bila pula tanya namanya? ada ke? pernah ke? tak ingat pula. haha. wahai encik mugi, nama aku tak pelik pun. cuma maksudnya je aku tak tahu. aku bersyukur je sebab dalam dunia ni ada seorang je manusia bernama Huzaimatus (setakat inilah). sungguh cool dan funky perasaan itu. :p
mugiwara said :
November 30, 2009 at 6:02 PM
masa kau suruh tanya apa apa saja dalam entri yang lepas lepas...
(-_-")
aku rasa pelik~
[dan aku faham perasaan menjadi perasan tu. haha.]
Dani neh said :
November 30, 2009 at 7:02 PM
"the perfect light of civilization"...
once a wise man told me..


heheheh..
g a tanye die.. kan suke research :P~
famia said :
November 30, 2009 at 9:16 PM
mugi: oooo. tak ingat langsung. haha. apa2 pun aku belum jumpa orang nama Huzaimatus lagi.

dani: tanya siapa?
BasicCX said :
December 1, 2009 at 1:10 AM
Assalamualaikum warahmatuallahiwabaraktuh,

Huzaimatus @ Huzaymatus @ Khuzaimatus @ Khuzaymatus mugkin datuk saudari ambil nama sempena nama sahabat nabi, Khuzaima ibn Thabit - http://en.wikipedia.org/wiki/Khuzaima_ibn_Thabit

Bukan, saudari seorang sahaja ada nama ini, cuma jarang di Malaysia. Di sini contohnya: http://www.facebook.com/people/Khuzaimatus-Syadiyah/1401975114
December 1, 2009 at 10:41 AM
Wah, BasicCX berjaya membuktikan nama seperti subjek di atas bukan nama yang asing lagi unik.

Ejaan seperti apa pun, yang penting maksud asal nama itu kekal. Lebih lawa, disebutnya mengikut makna bukan mengikut ejaan. Susah nak eja nama arab dalam rumi, itu sebab jadi nama yang sama lain-lain bentuk ejaannya.

Walaupun tak suka disebut Huzaimah, tetapi ketahuilah maknanya sama. Halimatus pun kata akarnya Halimah juga.

P.s: Beri nama Melayu saja pada anak-anak kalau tak mahu susah fikir ejaan. Melati, Tanjung, Intan, Jelita, Ayu dsb.
famia said :
December 1, 2009 at 11:09 AM
basic: waalaikumsalam wbt. hehe. wujud tapi bukan ejaan yang sama walaupun maksudnya sama. takpe nanti saya cuba cari maksud sebenarnya. apa2 pun mana mungkin ada manusia dalam dunia ini yang namanya unik dan wujud pada satu manusia je. mestilah ada banyak orang nama yang lebih kurang dekat juga bunyinya.

khairulhak: ejaan lain je encik. Huruf ha besar dan kho. memanglah root word dia sama. tapi lain sikit je. mungkin macam verb atau noun dan adjective atau adverb. (nampak tak kekerasan hati yang tak nak kalah ni nampak tak. heh bersabar sajalah kawan)
BasicCX said :
December 1, 2009 at 11:32 AM
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Walaupun ejaan berbeza di dalam rumi, namun ejaan bagi
Huzaimatus @ Huzaymatus @ Khuzaimatus @ Khuzaymatus di dalam jawi adalah sama sebab tu saya senaraikan seperti ini. :)

Lagi satu, sebenarnya, saya simpan sahaja maknanya... mengikut kata, Khuzaima adalah perkataan yang berasal daripada Arab-Parsi. Jadi maksudnya juga ada di dalam bahasa Parsi iaitu.... carilah sendiri.. hehe.. kalau dah jumpa bagitahu saya.. saya simpan.. :p
famia said :
December 1, 2009 at 11:51 AM
basic: waalaikumsalam wbt. hahahaha. yelah... yelah. perempuan memang kena mengalah. buruk perangai kalau asyik nak menang.
~katt~ said :
December 1, 2009 at 4:02 PM
salam famia..
lame x sembang-sembang kan..hehe
moge sehat la ek..
pada saya..nama famia tuh ader makne yang sedap(tp x bleh makan la..hikhik)..
kalau KHUZAIMAH..x silap maksudnye nama lama orang arab..
kalau HUZAIMAH plak..maknenye yang kukuh, yang kuat..huzaimah tuh adalah nama yang asalnya dari HAZIM.orang arab neh banyak tatabahasa..huzaimah tuh adalah nisbah daripada hazim..
sebenarnye bahasa arab neh pun sama jugak macam bahasa melayu..kaya dengan makna yang macam-macam.hehe.
jadi..HUZAIMATUSSAADIAH bermaksud seorang wanita yang kuat dan kukuh yang sentiasa menggembirakan..itu saje..have a nice day my friend;)
famia said :
December 1, 2009 at 4:12 PM
katt: waalaikumsalam wbt. wah! yeke itu makna dia? famia itu apa maknanya katt? dapat ilmu baru ini. sejuk sikit hati tahu makna nama. hihi :p terima kasih banyak2 katt. lame tak jumpa. harap sihat2 sentiasa
omarkhayam said :
December 2, 2009 at 12:16 AM
faamun - maknanya mulut.

faami - maknanya mulut saya.

faamiya - maknanya pn mulut saya, jika huruf ya dihujungnya berbaris atas.

wallahua'lam
paiseh said :
December 2, 2009 at 2:12 AM
gua memang nak rasa kesian.. tapi bunyi 'Hinf... hinf.' tu buat gua gelak. seriyes. hahahahhaa!!

maaf lah~
famia said :
December 6, 2009 at 9:44 PM
omar: sokka? Hehe. Best. Terima kasih.

Paiseh: Lu ni nak je gua sekeh.
Anonymous said :
January 30, 2011 at 11:47 AM
Umk y fap f xxx, sex. Dhe p, uyl iqbsyk|gyq odqapjk i vr rp.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.