Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, November 01, 2009


_Tajuk kena tepat. Senang pakcik Google cari.

Maskara.

Pernah juga aku pakai.

Bercalit sana sini. Nak kelip mata pun susah. Tak berapa nak ngam sangat. Bila mata terkena air, mulalah maskara itu turun mengalir ke bawah mata mengikut tarikan graviti. Daripada perempuan yang kacak embun, terus bertukar menjadi ultraman Pontianak Harum Menyeringai Waktu Malam.

Orang KL yang normal akan cakap itu rupa yang mengerikan. Tapi, orang KL yang tak berapa nak normal akan cakap itu rupa yang sangat gotik lagi eksotik. Entahlah kenapa perempuan suka pakai maskara. Bila mata terkelip-kelip boleh nampak bintang agaknya.

Hah.

Maskara anjuran Sindiket Sol-jah yang aku pergi malam hari lepas-lepas itu bukanlah maskara yang dipakai pada mata.

Tapi.
Itu Maskara bin Sol-jah.

Atau nama penuhnya, Malam Baca Nashkah Sindiket Sol-Jah dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka.

Semalam.

Kalau aku congak lapan kali pun belum tentu aku boleh dapat anggaran kasar kepala yang ada. Yang aku nampak cumalah hujan. Dan bintang oren besar yang comel di bawah atap. Dan payung. Dan hujan. Dan bintang oren besar yang comel di bawah atap. Dan payung. Dan hujan. Dan....

Dah macam baca mantera pula ulang-ulang.

Ops, i'm sorry.

Semalam.

Maskara Shorties. Yang kedua. Tayangan filem-filem pendek kawan-kawan yang kita suka. Dan kawan-kawan yang tak kenal kita. Dan kawan-kawan yang kita tak kenal mereka. Tapi, kita layan saja. Selamba.

Semalam.

Hujan. Sejuk. Yang menggila. Aku sampai pun lebih kurang jam 8.30 malam. Hujan rintik-rintik. Sempat juga tengok filem pendek yang pertama karya Kamal Sabran dalam masa beberapa saat sebelum habis tayangannya. Tengok wayang sambil berpayung. Ditemani rintik-rintik hujan yang menghentam baju. Sampai suku kebasahan. Tapi tak apa. Hujan, I love you. Tak. Ini hujan betul. Bukan band Hujan. Band Hujan, maaflah aku tak suka.

Semalam.

Lepas filem pendek keenam ke keempat entah tersangkut suaranya, MC pun suruh masing-masing keluar rehat menjamu selera. Hujan pun dah mula kebah sikit. Sangat ramai kepala. Aku pun tak tahu bilangannya. Rasa macam tengah tengok wayang pakai projektor besar di taman sambil beratapkan langit dan bertemankan bintang. Macam di New York.

Memang layan.

Semalam.

Aku pun tak pasti berapa jumlah sebenar filem yang ditayangkan. Mungkin dua puluh tiga. Sepertimana yang tertulis di sini. Yang kami tonton pun tiga suku saja. Kena balik sebelum jam 12 malam. Macam Cinderella.

Ok.

Tentang filem-filem pendek yang ditayangkan.

(Bukan mengikut turutan tayangan)

1. Detik 10 - Indra Syahbaani
Ini. Er, aku dan kawan-kawan macam sangat lembab nak tangkap maksud ceritanya. Cerita perihal perang. Dan Mat Rempit. Kesimpulan cerita, aku buta seni.

2. Chasing Cats and Cars - Liew Seng Tat
Ini. Er, lokasi dari kacamata lensanya memang statik. Di sudut hospital. Sebuah kereta ambulans. Dan kereta. Ada kes kemalangan. Lelaki yang melanggar dan lelaki sebagai kawan mangsa yang dilanggar antara watak utama. Masing-masing tak ada perasaan cemas. Yang aku tergelaknya soalan orang hospital itu, "Dia dah stabil. Tapi, saya nak tanya... kaki dia mana?" Kaki mangsa itulah watak utamanya. Mengesot-ngesot dipenuhi darah. Kaki itu bergerak sendiri mahu ke hospital barangkali. Oh, ngeri!

3. The Tree - Amir Muhammad
Ini. Cerita perihal pokok. Cuma, kami tak dapat tengok. Sebab ada masalah teknikal. Mujur terjumpa di sini. Karya 15Malaysia rupanya. Hah, silalah tengok.

4. Pintu - Akashdeep Singh
Ini. Paling comel. Ada budak Mukhsin, seorang adik yang bersuara serak macam nak hilang suara dan Adibah Noor. Mungkin sebab cerita ini simple. Ala-ala karya Allahyarham Yasmin. Macam iklan Petronas. Itu yang macam menarik. Kisah seorang abang yang buli adiknya dengan stokin busuk. Disuruhnya si adik itu mengejutkan emak yang tengah tidur semata-mata untuk bangun buatkan air. Bertubi-tubi diketuknya pintu itu tapi tetap tak ada respon. Akhirnya, si abang dan si adik sama-sama menangis meraung depan pintu sebab menyangkakan sesuatu telah terjadi kepada emaknya. Rupa-rupanya si emak baru je setel jemur baju. Memang comel.

5. Carwash - Aaron Chung
Ini. Cerita seorang budak bangla yang sering dibuli. Kerjanya sebagai seorang pencuci kereta. Suatu hari, budak bangla itu terjumpa sepucuk pistol semasa tengah cuci kereta. Pistol kepunyaan seorang Mat Saleh yang berdarah-darah telinganya. Pistol itu dicurinya dan berakhir dengan pandangan mata membunuh tanda mahu membalas dendam terhadap pembulinya. Er, itu kesimpulan aku. Ah, belasah.

6. Taman di Sinkiku - Azharr Rudin
Er, entahlah yang mana.

7. Melayu 7 - Mamat Khalid
Memang tak sempat tengok.

8. Soundscapes Journal No. 1 - Kamal Sabran
Ini. Sebab aku tengok lagi beberapa saat sebelum habis, maka aku pun tak pasti ini cerita apa.

9. Nilai Setitik Garisan - Rozinor Razali
Aku rasa ini yang perihal duit RM10 itu agaknya. Tapi tak dapat nak faham sebab sound system macam ada masalah sekejap malam itu. Tak dengar apa-apa pun. Cuma ada subtitle saja.

10. Hangus - Dean Sham
Ini. Hahaha. Kena gelak dulu baru cerita. Ini cerita perihal seorang pakwe dan gengnya merompak bakal bapa mertuanya. Berkali-kali. Sampai hangus duitnya. Intro dalam kereta. Borak sana sini macam lelaki normal. Tahu-tahu je keluar kereta nak pergi merompak. Sengal betul.

11. Pemburu Buaya Darat - Tok Rimau
Ini. Hahahahahaha. Kena gelak panjang sikit baru cerita. Ini memang antara yang terbaik. Walaupun aku tak tengok cerita ala-ala Crocodile Hunter di tv, tapi boleh tahan sengal gila juga cerita ini. Gorgeous! Cerita pada tahun 2100++ (tak ingat tahun) yang mana pada masa itu, lelaki dan perempuan masing-masing sudah tidak bercinta dan tidak bersentuhan. Anak-anak dihasilkan dengan kaedah tabung uji. Maka, lelaki pemburu buaya darat itu telah kembali ke masa lampau untuk tengok cara spesis homo sapiens zaman dulu bercinta. Dia punya pick up line memang terbaik! Hahahaha.

12. My Perfect Ana - Vovin
Ini. Aku rasa mungkin hampir semua lelaki mahukan perempuan yang sempurna agaknya. Macam Ana. Suruh itu ini, semua dibuatnya. Tak marah. Tak membebel. Tak banyak songeh. Memang perfect. Tapi, manusia mana ada yang sempurna. Sebab itu Ana cumalah sebuah android. Yang perfect. Sehinggalah baterinya kong. Sampai tak berfungsi lagi.

13. Melayu di Jalan Melayu - Ridhwan Saidi
Ini. Entahlah kenapa kami terasa cerita ini berbau politik. Memang deep. Haha. Kroni diutamakan. Kisah seorang lelaki berkolar putih membunuh seorang peminta sedekah. Mula-mula nampak macam lelaki baik. Derma sebanyak-banyaknya. Di depan orang ramai. Kemudian, bila sampai di satu lorong jalan, peminta sedekah itu dijerut lehernya sehingga mati. Dan tagline... kroni diutamakan. Faham tak?

14. Kimeru - Tosan Priyonggo (karya Indonesia)
Ini. Haha. Kisah seorang lelaki Jepun yang tersangkut rambutnya pada gelang tangan sambil duduk bersendirian mengenang nasib di tepi jambatan di dalam sebuah taman bunga (agaknya). Lalu, seorang makwe Jepun pun datang membawa gunting dan menolong pakwe tersebut. Aku kagum dengan makwe itu sebab dia mampu berbahasa Jepun mengikut intonasi dan lengguk bahasa Jepun macam dalam drama Jepun. Cuma, pakwe itu je yang agak keras sikit bahasa Jepunnya. Hehe. Tak apa. Percubaan yang masih boleh tahan. Eh, tapi kenapa cerita itu tak ada subtitle? Patutlah aku tak faham. Baru teringat.

15. Benting - Ahmad Hasan Yuniardi (karya Indonesia)
Aku rasa aku tak sempat tengok. Kot.

16. Bertukar - Sinaganaga
Ini. Hahahaaha. Sengal. Pada suatu hari, rasaksa datang menyerang bumi. Maka, beberapa orang lelaki telah bertukar dan bertukar dan bertukar untuk melawan rasaksa itu. Yang mana, aku pun tak pasti mereka telah bertukar menjadi apa. Cuma, jalan ceritanya nak cakap mereka telah bertukarlah pendek katanya. Kot. Dan keluarlah lagu Ultraman terjemahan Melayu sebagai penutup cerita. Memang comel. Eh, itu lagu Ultraman ke? Tak pernah dengar pula. Tapi, rasaksanya memang tak ganas langsung. Tersenyum je. Macam tersenyum dalam iman. Haha.

17. Frankie Goes To Gua Tempurung - Ayie
Ini. Kisah perjalanan seorang penunggang skuter berkuasa tinggi ke Gua Tempurung. Aku pun tak ingat kesudahan cerita ini. Makanya, aku pun tak dapat simpulkan cerita ini. Pft, apa punya ayatlah.

18. Kakmin - Ajami
Ini. Temubual bersama Allahyarham Yasmin. Perihal simplicity. Setuju. The simpler, the better. Kadangkala benda yang kita rasa macam normal dan biasa dan lebih-lebih kurang itulah yang lebih banyak nilainya.

19. Aci Baca Sajak - Abdullah Jones
Confirm. Tak sempat tengok.

20. Buta - Tribute to Gaza - Iswardy Morni
Ini rasanya kisah penjual nasi lemak. Aku tak dapat tangkap jalan ceritanya. Masa itu ramai orang berdiri depan kami. Sebab berdiri di luar tingkap. Sampai tak nampak jalan ceritanya. Tahu-tahu je ada pencuri nasi lemak. Dan orang ramai lari ke sana ke mari. Mengejar pencuri nasi lemak. Mungkin aku tak faham dan tak dengar sebab sibuk tengah tahan hujan dan aku buta seni.

21. Saya Memang Kacak - Alif Firdaus Azis
Ini. Hahahahahaha. Lagu yang dinyanyikannya memang sampai sekarang pun terngiang-ngiang lagi dalam telinga ini. Lagu itu macam sebuah lagu yang sangat annoying sampaikan ia akan terngiang-ngiang dalam telinga sampai bila-bila. Sebab... aku... kacak... sangat. Haha. Kisah seorang lelaki yang perasan kacak yang banyak aweks (plural). Sampai sudah pun tak tunjukkan muka. Mungkin sebab takut kena pukul agaknya. Haha. Layari youtube.com/alifstyle. Itu URL beliau kalau tak silap akulah. *Tambahan: Boleh tengok karya beliau di sini.

22. Hidup Yang Tidak Dipinta - CST Production
Ini cerita apa ek? Tak ingat. Tapi macam ada nampak. Atau mungkin imaginasi aku je.

23. Psychopomp - M Fathil Shahab
Ini. Er, aku tak dapat tangkap jalan cerita dan motifnya. Tapi aku kagum dengan lelaki berambut pendek itu. Dia punya English memang excellent. Accent macam American sejati. Sebiji.

Hah.

Lain-lain.

Makanan dan layanan Sol-Jah memang perfect. Masing-masing kelihatan humble dan bersopan santun. Walaupun hujan masih rintik-rintik dan kerusi panjang kayu yang kami duduk itu digantung dengan lingkaran ubat nyamuk sampai berbau asap baju aku dan aku macam rasa aku ini seekor nyamuk besar, tapi tetap puas hati dengan Sol-Jah. Dan Maskara Shorties. Terima kasih banyak-banyak atas semua yang disediakan.

Hah.

Tammat_

Kategori:

12 Responses to "Maskara Shorties 2009"

ayumi said :
November 1, 2009 at 11:30 PM
terima kasih ah tolong amek kan air oren untuk aku.. sampai tiga cawan.
November 2, 2009 at 2:24 AM
cis...kali ni gua tak sampai..
ada final exam..


naga akan menyifatkan gua sebagai tak cool..
takpe,gua tau gua HOT
alifstyle said :
November 2, 2009 at 6:26 AM
Terima kasih kerana masih anggap saya kacak. Encik memang hensem
Tok Rimau said :
November 2, 2009 at 8:02 AM
Maaf la kerana tidak beramah mesra. Malam Maskara Shorties kali ini Tok sibuk mengurangkan masalah teknikal. Air hujan dengan barang letrik memang tak serasi.
mugiwara said :
November 2, 2009 at 8:20 AM
bintang oren?
kau beratur kat belakang rumah ek?

filem2 sebelum berpindah keluar, kami tengok tanpa perasaan. sebab terjingkit jingkit. tak nampak.


pintu memang terbaik. pemburu buaya darat aku suka. saya memang kacak buat aku nganga sekejap. bertukar, tak paham sangat sebab kena lindung dek orang dan tiang seri dalam rumah.
weh. yang berlagu tu sebelum ending chasing cats and cars tu, kaki yang terputus tu kan? seram siot~

kami balik pukul sebelas. tak ada ulasan filem lain kat sini. aku kena cari tempat lain pula.
famia said :
November 2, 2009 at 8:27 AM
ayumi: hahahahaha.

garam: haha. lu tak cool, kata bro Naga.

alifstyle: hahaha. tak ada hal.

tok rimau: tak nampak tok pun malam itu. tapi tak apa. nampak dalam filem pun memadai dah. haha.

mugi: haha. yap. belakang rumah. tapi bukan tingkap yang ada orang beratur satu barisan panjang. tingkap lagi satu. yang kejap-kejap je ada manusia berdiri depan kami. waemah baru datang. kurang beradab sunngguh. tapi tak apa. sol-jah baik hati. mereka buat tayangan di luar. selesa pun selesa. tapi, sejuk gila woh!
Nana CS said :
November 2, 2009 at 2:33 PM
aku tak tahan.
"Encik mmg hensem."

Hahaha. comel.
Ajami Hashim said :
November 2, 2009 at 3:32 PM
Salaam tuan tanah & suma,

klik & tonton filem saya kat sini:

KAKMIN oleh AJAMI HASHIM

[IKLAN]
juga tonton cerekarama TUNJANG SA'ADAH skrip saya punyer pada Sabtu, 14 Nov, 10mlm @ TV3! wohohoo!

p/s: saya suka 'simplicity' rev awak ni :-)
mugiwara said :
November 2, 2009 at 6:05 PM
eh?
aku pun terasa weh~
hahahaha!

aku kejap kejap ke depan tu, konon konon nak suruh bro kat dalam tu duduk.
dah la dapat masuk, tak nak duduk pulak tu~
[siapa suruh aku datang lambat. kan? :p]

tapi tak apa. sol-jah baik hati. buat kat luar bila hujan dah reda. kami dapat tempat kat bangku panjang bawah pokok. syok sikit...

hahahahaha!!!!
famia said :
November 2, 2009 at 6:10 PM
nananya: er, tak tahan nak apakah?

ajami: waalaikumsalam wbt. terima kasih. ada pun link videonya. hehe

mugi: haha. oh, yeke. gomen nasai! tapi tak apalah. kami redha je. sebab datang lambat. eh, kitorang pun duduk dekat kerusi panjang bawah pokok. betul-betul dipenuhi asap lingkaran ubat nyamuk. sebelah menyebelah je kot eh. haha.
November 2, 2009 at 11:42 PM
Duduk di kerusi kayu belakang tu? Yang ada ubat nyamuk dalam tin tu?

Ishh, macam manalah boleh tak perasan.
famia said :
November 3, 2009 at 8:40 AM
khairulhak: ubat nyamuk kami bukan dalam tin. tapi betul-betul disangkut macam itu je selamba pada kerusi kayu panjang. sekali sekala asap berkepul2 penuh kiri kanan. baju hampir2 nak terbakar jugalah. siapa entah yang berani bakar macam itu saja. sob sob sob.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.