Kenapa Perempuan Bersiap Lama Sangat

_Perempuan.
Sekurang-kurangnya sejam nak bersiap.
20 minit = pilih baju/seluar/kain/tudung/sebagainya
20 minit = muka
20 minit = kepala
10 minit = touch up
10 minit = handbag/purse
10 minit = pilih kasut
10 minit = cari kunci/matikan suis elektrik/tutup semua pintu rumah
60 minit.
Itu....
Bukan teori. Itu memang fakta. Bukan untuk semua perempuan. Sebahagian saja mungkin. Namun. Sejak meningkat umur ini, aku terasa macam aku dah termasuk dalam kategori itu. Serba serbi jadi lembab. Jadi berjam-jam lamanya. Setengah jam itu kira paling laju juga. Oh, apakah!
Kalau mana-mana lelaki nak mengutuk dan marah-marah pun tak apa. Aku rela. Sebab itu memang kenyataan. Sejak meningkat umur ini, aku terasa macam aku dah termasuk dalam kategori itu. Serba serbi jadi lembab. Jadi berjam-jam lamanya. Setengah jam itu kira paling laju juga. Oh, apakah!
Tapi.
Kalau mahu pergi berdua-duaan dengan Allah, jangan sekali-sekali dituduh lembab.
"Awak ini pergi solat pun lama sangat. Lelaki solat lima minit je dah selesai. Blablablabalbala prong prang prong prang...."
Dialog tipikal mana-mana lelaki.
Assalamualaikum.
(tak jawab, berdosa)
Mari sini aku cerita kenapa sebahagian perempuan bersolat memang mengambil masa yang sangat lama. Berbanding lelaki yang lima minit saja sudah selesai urusannya dengan Allah.
Antara yang wajib
5 minit = buka tudung + sangkut tudung
5 minit = ambil wudhu
2 minit = pakai telekong
5 minit = solat
2 minit = buka telekong
2 minit = lipat telekong
5 minit = pakai tudung
5 minit = touch up muka/tudung/baju
1 minit = pakai kasut
Antara yang optional
2 minit = borak-borak
2 minit = uruskan anak-anak kecil yang lari bertempiaran
5 minit = tukar pakaian anak-anak kecil
Itu yang biasa aku nampak dan aku sendiri pernah buat. Ehem. Tapi, kalau kena dengan perempuan yang jenis melawa lagi lama dia belek muka depan cermin. Atau pun perempuan yang membawa satu batalion anak-anak kecil dan lari bertempiaran di dalam surau mahupun masjid. Nak berkejar sana sini itu dah makan masa. Nak uruskan baju anak-anak itu pun dah makan masa.
Sebab itulah perempuan ini sekurang-kurangnya sejam nak bersiap.
Hah.
Logik ke tak logik ini_

















20 Responses to "Kenapa Perempuan Bersiap Lama Sangat"
lamanya bersiap..
aku kan..
mandi 15 minit
pakai baju/seluar/sikat rambut 5 minit
sarung stokin/kasut 2 minit
dah siap!
solat 5 minit tu macam laju je.
perempuan amik masa sikit = boleh diterima.
lelaki lemak-lemak = tidak boleh diterima.
sebab?
memang dah diciptakan begitu. kalau hal perempuan nie simple sangat, maka tiadalah rumah yang kemas, makan yang sedap atau hidup keluarga yang sempurna kan?
nak ke kalau tengok mak kita sempoi macam mat rempit?
fikir sendiri, dapat jawapan sendiri, diam-diam sudah.
walaupun hidupnya agak rumit tapi orang kata perempuan senang nak masuk syurga.
ezad: hehe. sebelum keluar, dah kemas bilik? dah check semua pintu? dah cari kunci motor? dah bereskan baju2 tak basuh? dah bkabalablablabla.. dah? hehe
ain: bagus. kekalkan. bila awak dah jadi mak orang nanti tengok pula berapa minit makan masanya. hehe.
min: hehe. laju gak. itu kalau tak berwirid dan tak berdoa kot.
keiroro: saya copy balik komen atas. hehe. sebelum keluar, dah kemas bilik? dah check semua pintu? dah cari kunci motor? dah bereskan baju2 tak basuh? dah bkabalablablabla.. dah? hehehe. bukan semua perempuan bermekap. tapi tanggungjawab lain itu yang banyak nak bereskan sebelum tinggalkan rumah. tapi kalau ada bibik itu lain ceritalah kot.
anon: hehe. kan dah kata. bukan semua perempuan.
dewa: hehe. takpe. sebab lain orang lain perangai. tapi kalau pandang kiri kanan memang ada je benda2 macam ini. perempuan memang jenis a,b,c,d,e,f,g,h,i.j,k,l,m,n,o,p,q,r,s,t,u,v,w,x,y,z. kalau lelaki tu a dan z saja. faham kan? hehe. betullah itu. sebab dah memang diciptakan begitu. tak boleh bayang macamana kalau mak saya sempoi macam mat rempit. oh, tidak.
anon: hahahahaha. ye ke.
fatin: waalaikumsalam wbt. hehe. ya. dan senang juga masuk neraka.
tak touch up, tak tampal bedak lagi, tak jaga budak lagi...
sekejap jer. :)
oh..aku tak.
aku terkecuali.
aku cergas...
hihihi~
[agak agak berjaya tak mengaburi pandangan orang ni]
masa akan dtg taktaw la pulakkk..
=p
tapi amik masa sampai setengah jam untuk pilih baju
5minit untuk tudung
5minit nak pilih kasut tinggi
5minit untuk beg
15minit lambat sampai
apa maksudnya itu?
ops -.-"
Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila
klik disini.
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).
"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.
blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.
tp aku cukup hangin kat org yg bersiap lambat padahal aku dah 1/2 jam siap dah... igt menunggu tu seronok??? :P
mugi: ya? tak tahu pun. ingatkan SEMUA lelaki pantas dan tuntas menyiapkan diri. ehem... orang cargas biasanya tak mengaku dia cargas. hehe
akmar: hehe. baguslah.
mirashi: hahahaha. maksudnya dari sudut bersangka baik, mungkin seorang yang berhati2 dan teliti dalam menyiapkan diri kot. kalau maksud dari bersangka buruknya pula mungkinlah seorang anak dara yang boleh tahan terhegeh2. macam sayalah. hahaha.
pja: hahaha. kenapa agaknya itu ek.
bujang susah: waalaikumsalam wbt. terima kasih. baru perasan. hehe. cool coding tu. semoga diberkati Allah selalu.
suhaila: hehe. untuk orang macam tu... ko tinggalkan je dulu. gerak sorang2 lagi senang. tak payah tunggu kot. nanti sendiri yang angin lagi tak bagus.
mandi = 15minit + shampoo+termenung/tido..
cukur jambang + cuci muka = 10minit...
pakai baju = 5minit(baju mmg kejap)
setting/sikat rambut = 10minit..(nak bergaya)
panas engine = 10minit...
check keadaan kereta = 10minit..
membelai sambil lap-lap sikit kereta = 10minit.
kat kereta @ "bini"(bg yang belum kawen) dah abis kat 30minit...hasil permerhatian dan pengalaman sendiri..
wa'alaikumussalam....
............................
moral: kebiasaan lelaki akan bersiap-siap dahulu sebelum perempuan sebab dia nak siap kan bini kesayangan @ kereta nya pula....
............................
p/s: sori antar comment 2kali..
Post a Comment