Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, November 04, 2009


_Perempuan.

Sekurang-kurangnya sejam nak bersiap.

20 minit = pilih baju/seluar/kain/tudung/sebagainya
20 minit = muka
20 minit = kepala
10 minit = touch up
10 minit = handbag/purse
10 minit = pilih kasut
10 minit = cari kunci/matikan suis elektrik/tutup semua pintu rumah

60 minit.

Itu....

Bukan teori. Itu memang fakta. Bukan untuk semua perempuan. Sebahagian saja mungkin. Namun. Sejak meningkat umur ini, aku terasa macam aku dah termasuk dalam kategori itu. Serba serbi jadi lembab. Jadi berjam-jam lamanya. Setengah jam itu kira paling laju juga. Oh, apakah!

Kalau mana-mana lelaki nak mengutuk dan marah-marah pun tak apa. Aku rela. Sebab itu memang kenyataan. Sejak meningkat umur ini, aku terasa macam aku dah termasuk dalam kategori itu. Serba serbi jadi lembab. Jadi berjam-jam lamanya. Setengah jam itu kira paling laju juga. Oh, apakah!

Tapi.
Kalau mahu pergi berdua-duaan dengan Allah, jangan sekali-sekali dituduh lembab.

"Awak ini pergi solat pun lama sangat. Lelaki solat lima minit je dah selesai. Blablablabalbala prong prang prong prang...."

Dialog tipikal mana-mana lelaki.

Assalamualaikum.

(tak jawab, berdosa)

Mari sini aku cerita kenapa sebahagian perempuan bersolat memang mengambil masa yang sangat lama. Berbanding lelaki yang lima minit saja sudah selesai urusannya dengan Allah.

Antara yang wajib
5 minit = buka tudung + sangkut tudung
5 minit = ambil wudhu
2 minit = pakai telekong
5 minit = solat
2 minit = buka telekong
2 minit = lipat telekong
5 minit = pakai tudung
5 minit = touch up muka/tudung/baju
1 minit = pakai kasut

Antara yang optional
2 minit = borak-borak
2 minit = uruskan anak-anak kecil yang lari bertempiaran
5 minit = tukar pakaian anak-anak kecil

Itu yang biasa aku nampak dan aku sendiri pernah buat. Ehem. Tapi, kalau kena dengan perempuan yang jenis melawa lagi lama dia belek muka depan cermin. Atau pun perempuan yang membawa satu batalion anak-anak kecil dan lari bertempiaran di dalam surau mahupun masjid. Nak berkejar sana sini itu dah makan masa. Nak uruskan baju anak-anak itu pun dah makan masa.

Sebab itulah perempuan ini sekurang-kurangnya sejam nak bersiap.

Hah.

Logik ke tak logik ini_

Kategori:

20 Responses to "Kenapa Perempuan Bersiap Lama Sangat"

ayza said :
November 4, 2009 at 9:02 PM
Logik dan saya sangat setuju..*sy pon da masuk fasa lembab tp takpe..memang da gitu..*
ezad said :
November 4, 2009 at 9:10 PM
aduiyaaaii...
lamanya bersiap..

aku kan..

mandi 15 minit
pakai baju/seluar/sikat rambut 5 minit
sarung stokin/kasut 2 minit

dah siap!
November 4, 2009 at 9:22 PM
tiap-tiap hari saya hanya ambil masa 30 minit sahaja bermula dari mandi 15 minit dan bersiap 15 minit. Syaratnya baju semua dah siap iron..
M-I-N said :
November 4, 2009 at 10:11 PM
wa'alaikumussalam (dah jawab)
solat 5 minit tu macam laju je.
keiroro said :
November 4, 2009 at 10:15 PM
ma aih cik famia ni lama betul nak bersiap erk. hehe. ;D
Anonymous said :
November 5, 2009 at 9:46 AM
Pigi dahh... mana ada macam tue. Kunci pintu aku yang buat. Check lampu, gas dapur kipas dan peralatan elektrik yg tak perlu pun aku. Mana ada nak tutup kipas.. Kena cakap baru buat. Tapi kalu cakap pasal make-up lelama, pun tak bole jugak. Sebab, dia yang siapkan segala keperluan anak. sama-sama lambat ler...
dewajiwa said :
November 5, 2009 at 10:47 AM
encik anon macam lepas geram je? heheh. sabar.

perempuan amik masa sikit = boleh diterima.
lelaki lemak-lemak = tidak boleh diterima.

sebab?
memang dah diciptakan begitu. kalau hal perempuan nie simple sangat, maka tiadalah rumah yang kemas, makan yang sedap atau hidup keluarga yang sempurna kan?

nak ke kalau tengok mak kita sempoi macam mat rempit?
fikir sendiri, dapat jawapan sendiri, diam-diam sudah.
Anonymous said :
November 5, 2009 at 11:08 AM
sy sgt setuju! 100%..hehe, sy pon dlm kategori yg disebutkan. mesti bersiap2 60 min sebelum msk keje. hehe. semua yg dinyatakan amat logik.. :)
November 5, 2009 at 1:12 PM
assalamualaikum,
walaupun hidupnya agak rumit tapi orang kata perempuan senang nak masuk syurga.
famia said :
November 5, 2009 at 2:04 PM
ayza: haha. takpe. itu normal.

ezad: hehe. sebelum keluar, dah kemas bilik? dah check semua pintu? dah cari kunci motor? dah bereskan baju2 tak basuh? dah bkabalablablabla.. dah? hehe

ain: bagus. kekalkan. bila awak dah jadi mak orang nanti tengok pula berapa minit makan masanya. hehe.

min: hehe. laju gak. itu kalau tak berwirid dan tak berdoa kot.

keiroro: saya copy balik komen atas. hehe. sebelum keluar, dah kemas bilik? dah check semua pintu? dah cari kunci motor? dah bereskan baju2 tak basuh? dah bkabalablablabla.. dah? hehehe. bukan semua perempuan bermekap. tapi tanggungjawab lain itu yang banyak nak bereskan sebelum tinggalkan rumah. tapi kalau ada bibik itu lain ceritalah kot.

anon: hehe. kan dah kata. bukan semua perempuan.

dewa: hehe. takpe. sebab lain orang lain perangai. tapi kalau pandang kiri kanan memang ada je benda2 macam ini. perempuan memang jenis a,b,c,d,e,f,g,h,i.j,k,l,m,n,o,p,q,r,s,t,u,v,w,x,y,z. kalau lelaki tu a dan z saja. faham kan? hehe. betullah itu. sebab dah memang diciptakan begitu. tak boleh bayang macamana kalau mak saya sempoi macam mat rempit. oh, tidak.

anon: hahahahaha. ye ke.

fatin: waalaikumsalam wbt. hehe. ya. dan senang juga masuk neraka.
cacah said :
November 5, 2009 at 5:17 PM
kalau lepas solat, saya bersiap dalam 5 minit jer.
tak touch up, tak tampal bedak lagi, tak jaga budak lagi...

sekejap jer. :)
mugiwara said :
November 5, 2009 at 6:46 PM
lelaki pun ramai juga yang bersiap lama.

oh..aku tak.
aku terkecuali.
aku cergas...

hihihi~
[agak agak berjaya tak mengaburi pandangan orang ni]
November 5, 2009 at 7:28 PM
sy muda agik. so, cpt jek siap.

masa akan dtg taktaw la pulakkk..

=p
mirashi said :
November 5, 2009 at 9:30 PM
haha,saya baru umur 16
tapi amik masa sampai setengah jam untuk pilih baju
5minit untuk tudung
5minit nak pilih kasut tinggi
5minit untuk beg
15minit lambat sampai
apa maksudnya itu?
ops -.-"
pja said :
November 6, 2009 at 4:28 AM
great entry..i loiikee!!saya pun lama gile kalo bab-bab bersiap ni;p
BUJANG SUSAH said :
November 6, 2009 at 11:46 AM
Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila
klik disini.

Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.
etyobek said :
November 6, 2009 at 12:27 PM
aku x pernah kire bape lame aku bersiap.. janji aku SIAP.. n thp kesiapan bergantung pada kelambatan atau kerilekan masa yg aku ade.. hehehe..

tp aku cukup hangin kat org yg bersiap lambat padahal aku dah 1/2 jam siap dah... igt menunggu tu seronok??? :P
famia said :
November 6, 2009 at 2:20 PM
cah: baguslah. kekalkan. hehe. jangan jadi macam saya. terhegeh2.

mugi: ya? tak tahu pun. ingatkan SEMUA lelaki pantas dan tuntas menyiapkan diri. ehem... orang cargas biasanya tak mengaku dia cargas. hehe

akmar: hehe. baguslah.

mirashi: hahahaha. maksudnya dari sudut bersangka baik, mungkin seorang yang berhati2 dan teliti dalam menyiapkan diri kot. kalau maksud dari bersangka buruknya pula mungkinlah seorang anak dara yang boleh tahan terhegeh2. macam sayalah. hahaha.

pja: hahaha. kenapa agaknya itu ek.

bujang susah: waalaikumsalam wbt. terima kasih. baru perasan. hehe. cool coding tu. semoga diberkati Allah selalu.

suhaila: hehe. untuk orang macam tu... ko tinggalkan je dulu. gerak sorang2 lagi senang. tak payah tunggu kot. nanti sendiri yang angin lagi tak bagus.
siPenGarut.. said :
November 8, 2009 at 4:29 AM
pergh...lelaki sekarang pon ader gak yang bersiap lame..
mandi = 15minit + shampoo+termenung/tido..
cukur jambang + cuci muka = 10minit...
pakai baju = 5minit(baju mmg kejap)
setting/sikat rambut = 10minit..(nak bergaya)
panas engine = 10minit...
check keadaan kereta = 10minit..
membelai sambil lap-lap sikit kereta = 10minit.

kat kereta @ "bini"(bg yang belum kawen) dah abis kat 30minit...hasil permerhatian dan pengalaman sendiri..
siPenGarut.. said :
November 8, 2009 at 4:35 AM
lupa nk jawab salam...

wa'alaikumussalam....
............................
moral: kebiasaan lelaki akan bersiap-siap dahulu sebelum perempuan sebab dia nak siap kan bini kesayangan @ kereta nya pula....
............................

p/s: sori antar comment 2kali..

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.