Kaunter Pertanyaan.... Lagi

_Sekali sekala kena buka.
Kaunter pertanyaan....
Lagi.
Aku rasa aku dah buka sekali masa tahun lepas. Tahun ini aku buka lagi. Macam biasalah, ini antara taktik-taktik mahu blogging tapi tak berapa nak datang ideanya. Untung-untung boleh bagi secawan idea sikit. Sip... sip dan terus dapat idea.
Tapi sebelum itu.
Syarat-syarat di bawah....
Bukan syarat yang melayakkan kamu bertanya.
Tapi.
Jika kamu berjaya memenuhi syarat-syarat di atas, kamu memang Mukmin yang cool di muka bumi ini. Semoga sentiasa diberkati Allah selalu. Dan semoga beroleh jiwa yang tenang serta memiliki nafsu yang sentiasa terbenam tujuh kaki ke dalam tanah.
Hah.
Tanya sajalah apa-apa, sila_















13 Responses to "Kaunter Pertanyaan.... Lagi"
Soalannya.... ^_^
1. Siapakah diantara semuanya yang kamu paling CINTA?
2. Apakah yang kamu lakukan untuk membuktikan CINTA kamu kepadanya?
3. Apakah yang kamu lakukan untuk mempertahankan CINTA kamu kepadanya?
Cukuplah tiga tu, :) Jawab dalam hati dan tingkah laku pun tak mengapa...
masih melakukan aktiviti silat lagi ke?
Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh,
Saya tolong jawabkan yang ini, nama cik punya blog ni namanya, Huzaimatus Saadiah.
p/s: Maaf la "ter"tolong jawabkan pula... :p
Kopi: Hehe. Nak tanya sepuluh pun boleh je. Haah. Masih je. Saja nak maintain stamina kononnya.
Fatin: Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. hehe. Nama saya mengikut IC, Huzaimatus Sa'adiah binti Zulkefli. Jangan google ya. :p
Basic: Eh, tak baik mencelahlah encik. Salah eja pulak tu. (Saja taknak kalah)
dah makan belum?
sekian terima kasih.
tahukah anda, kedua2 lubang hidung anda mempunyai fungsi yang tersendiri?
sila nyatakannya...
Soalan no.4 tak ada kena mengena dengan soalan sebelum ini.
Bila nak belanja air Boost? hihi...
ezad: untuk bernapaslah. itu budak tadika pun tahu jawab.
basic: waalaikumsalam wbt. beli sendiri.
Terima kasih daun keladi,
Sudah jawab senang hati,
Terima kasih atas jawapan tadi,
Sudah, sudah, apa lagi nak ditulis lagi ni.. (berkata pada diri sendiri)
dah lame xpraktis secara formal ni..kalau praktis sndiri ok ke?
mugi: hah. itu aku pun tak tahu.
kopi: hehe. awak nak prektis kat mana2 dan bila2 pun takde masalah. cuma takde orang yg nak perbetulkan pergerakan awakla kot. hehe. belajar satu hala kadang2 tak berapa nak efektif. sebab takde benda yg boleh dibelajar. sbb sehala je kot kan. tapi terpulanglah. boleh je.
Post a Comment