Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Saturday, November 28, 2009


_Hehe.

Iyalah.

Waktu bersolat memang sedia maklum kena pakai telekong. Sebab kita nak menghadap Allah. Itu yang kena tutup semua. Melainkan kedua belah tapak tangan dan muka saja. Tapi, kalau sudah berbaju kurung longgar dan berstokin pun boleh saja menunaikan solat. Asalkan menutup aurat.

Cumanya.

Yang aku sangat hairannya.

Bersolat boleh menutup aurat. Kenapa sepanjang hidup kita walau di mana-mana saja kita berada, kita tak mampu menutup aurat? Bukankah kita menghadap Allah setiap masa? Bukankah Dia ada di mana-mana saja?

Pelik.

Sungguh ironi.

Kadangkala di surau. Aku tengok ada yang berpakaian ketat. Baju tak berlengan. Berseluar ketat. Rambut perang. Berbaju tapi tersembul sana sini. Lurah terdedah sana sini.

Tapi bersolat.
Dan menutup aurat dengan bertelekong.
Bahagian itu memang sudah sangat bagus dan sempurna.

Cumanya.

Kenapa waktu bersolat saja yang menutup aurat?

Sungguh ironi.

Bila kita mampu menutup aurat dengan sempurna sewaktu bersolat tapi tidak pada waktu-waktu lain. Ibarat Allah cuma wujud sewaktu bersolat saja. Bukankah setiap hari di mana-mana saja kita memang menghadap Allah. Bukankah Allah ada di mana-mana saja. Takkanlah Allah wujud sewaktu kita bersolat saja.

Kan.

Atau....

Allah memang wujud sewaktu bersolat saja agaknya_


Lagu terbaik untuk bulan Disember

*Always Be There - Maher Zain*



Kategori:

7 Responses to "Dan Kenapa...."

omarkhayam said :
November 28, 2009 at 2:12 PM
tu la.bila iman letak kat lutut
Pejalan Kaki said :
November 28, 2009 at 8:52 PM
mungkinnya masalah yang timbul ialah pabila anak-anak ini dari kecil yang di ajar ketika solat pakai telekung, kena tutup aurat. tapinya bila keluar, kau pakailah apa yang kau selesa.

jadik dia tak faham agaknya tutup aurat itu di mana saja bukan hanya ketika solat semata.

kalau dilihat di negara arab telekung di pakai kalau nk solat di rumah saja.
curX said :
November 29, 2009 at 3:12 AM
tak tau ape nk ckp psl ni, kena tnye mereka yg empunya diri. bgs la peka bab hal ni, moga dipelihara sentiasa.
November 29, 2009 at 9:30 PM
erm..kadang2 terkena batang hidung sendiri..

suka juga lagu2 Maher Zain ni.. esp yg Insya-Allah tu.. pergh, mmg tangkap habis..
BasicCX said :
November 30, 2009 at 11:25 AM
Assalamualaikum,

Firman Allah SWT:

"Dan kepunyaan Allah timur dan barat, maka ke mana kamu menghadap di situlah wajah Allah.” - Surah al-Baqarah: ayat 115.
BasicCX said :
November 30, 2009 at 11:25 AM
Assalamualaikum,

Firman Allah SWT:

"Dan kepunyaan Allah timur dan barat, maka ke mana kamu menghadap di situlah wajah Allah.” - Surah al-Baqarah: ayat 115.
famia said :
November 30, 2009 at 3:47 PM
omar: hmm. itu kerja Dia barangkali. tak elok cakap macam itu.

pejalan kaki: mungkin juga kan. begitu agaknya kot.

kurk: hm. aku pun macam itu juga. tak betul lagi penutupan auratnya.

ain: sama dengan. kena batang hidung sendiri juga. Haah. InsyaAllah itu feveret akak jugak. hehe

basic: waalaikumsalam wbt.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.