Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, November 10, 2009


_Saya cepat terpengaruh.

Tetapi.

Saya sukar dipengaruhi.

Faham?
Tak apa. Saya pun tak faham.

Setiap minggu. Lebih kurang sekali. Saya mesti (bukan wajib) singgah Kinokuniya KLCC. Apa yang saya cari? Komik. Ha ha ha (gelak penuh nafsu). Walaupun sudah tiga suku matang pemikiran saya, namun saya masih tetap menggilakan bacaan ringan seperti komik Gempakz RM6.50 yang tidak berfaedah itu.

Memang tidak berfaedah.

Tetapi.

Saya sukar dipengaruhi.

Faham?
Tak apa. Saya pun masih lagi tidak faham.

Setiap kali saya ke Kinokuniya KLCC, saya pasti singgah ke food court. Yang mana terletaknya sebuah gerai kegemaran saya, bernama Booster. Gerai air sebenarnya. Air buah-buahan. Dalam bentuk jus dan juga ice blended. Dan kesemua menu air itu mengandungi buah pisang sebagai tulang belakangnya.

Ya.
Buah pisang.

Apa?
Buah pisang?

Ya.
Buah pisang.

Apa?

Hoi, cakap itu sila jangan berulang-ulang.

Repetition makes perfect kan.
Ok, I'm sorry.

Kejap....

(Berkerut dahi memikirkan apa yang nak ditaip tadi)

Ala, tengok dah lupa.
Hah, Booster!

Booster.

Air buah-buahan bertulang belakangkan buah pisang. Cuma Banana Buzz dan Mango Magic saja yang aku pernah rasa. Tapi, walau apa jenis perisa pun buah pisang tetap wujud di dalam kesemua jenis air itu. Tahukah anda buah pisang itu adalah penjana tenaga? Aku rasa itu sebabnya air itu dipanggil Booster. Dan bertulang belakangkan buah pisang.

Hmm, tak syak lagi.

Tetapi.

Harganya boleh tahan menangis juga.

Saiz L = (entah, belum pernah beli saiz ni)
Saiz M = RM11
Saiz S = RM10 (rasanyalah)

Aku selalu beli saiz M. Saiz paling adil sekali. Tak besar. Tak kecil. Eh, kejap. Cikgu BM aku kata, perkataan 'paling' dan 'sekali' tak boleh didudukkan dalam satu ayat yang sama.

Makanya, ayat yang sepatutnya adalah....

Saiz M adalah saiz paling adil. Tak besar. Tak kecil. Ngam-ngam je habis mengikut kemampuan selera minum. Sekaligus boleh menjauhkan diri daripada perangai membazir. Membazir itu amalan satan. Semua orang kata macam itu. Jadi, jangan degil.

Oh, ya.

Aku sebenarnya tak berapa suka buah pisang. Tapi sejak aku jumpa Booster, aku rasa buah pisang memang sedap bila sudah dijadikan air. Dan cara nak buat air Booster ini tidaklah susah mana pun. Macam makan kacang saja.

Ini.
Aku istiharkan air favorite aku untuk tahun ini.

Resipinya
- 1 biji pisang
- 1 cawan susu HL
- 2 skop ais krim vanilla
- Sedikit yogurt
- Beberapa ketul ais batu

Dan blend semua sekali. Yang pastinya, dilarang blend bahan-bahan tadi menggunakan blender biasa. Alah, blender yang dipakai untuk kisar cili, halia dan segala jenis bawang itu. Hah, jangan pakai blender itu. Hancur pisaunya nanti. Tak pasal-pasal kena kejar dengan emak keliling rumah.

Gunakan blender yang berkuasa tinggi.
Tapi rumah aku tak adalah.

Nak kumpul duitlah ini macam. Gaji bulan ini boleh beli blender berkuasa tinggi sebagai hadiah untuk diri sendiri. Aku nampak dekat pasaraya Giant ke Carefour entah hari itu. Kelihatan seperti menyedihkan pula menghadiahkan sebiji hadiah untuk diri sendiri. Tapi tak apalah. Bolehlah itu dari tak ada. Kan.

Ok.

Hari ini, baru kumpul RM13.50.

Oh, Booster_

Kategori:

11 Responses to "Booster Boost"

Darkk said :
November 10, 2009 at 6:23 PM
Mula-mula,kata ganti nama "saya". Dah masuk part tengah-tengah jadi "aku". Ahhaaha.

Dan buat saya terliur aja dengan air Booster Boost nie. Dah la favourite saya, pisang. :)
M-I-N said :
November 10, 2009 at 6:56 PM
selain banana Buzz & Mango magic,apa lagi perisa yang ada?unsur-unsur perisa coklat ada dijual di situkah?
famia said :
November 10, 2009 at 8:45 PM
Dark: Haahlah. baru perasan. hahaha. belasah sajelah. Anyway, boleh buat sendiri. Walaupun blender adalah illegal dibawa ke hostel atau rumah sewa lelaki, tapi layankan aje. Kalau berjaya buat, bagitahu. Err, kalau rajinlah. Hehe

Min: Coklat pun ada. Low fat. Strawberi ada. Betik ada. Pineapple ada. Tapi semuanya wajib ada pisang. Hehe. Cubalah. By the way, nama kedainya adalah Boost. Bukan booster. Hehe. Silap.
Ezad said :
November 10, 2009 at 8:56 PM
ha... dah ada rm13.50

kalau ikut ratio harga saiz S dan saiz M, rasa2 dah boleh beli saiz L dah

hahaha...

pi la beli...
famia said :
November 10, 2009 at 10:19 PM
ezad: ada blender saiz L ke?
etyobek said :
November 10, 2009 at 10:30 PM
pisang adalah feveret sy dulu kini selamenyeeeee... yum yummm..

kalau wat mende ni kat umah xyah taruk susu HL xleh ke? sbb saya dah cukup putih jd sy x memerlukan susu lagi.. hahahhahahahah.. err.. ganti milo leh x agak2? hihihihih
omarkhayam said :
November 11, 2009 at 12:40 AM
klu nak sedap lagi, cari yis susu, dalam kotak kecil,(ader jual kt pasar raya berhampiran) ganti kan dgn ais krim vanilla tuh.letak dalam satu sudu kecik jer. selamat mencuba.

ps:- komik2 gempakstarz dan ice blanded kat boost tu mmg layan
November 11, 2009 at 1:34 AM
assalamualaikum,
bila cik huzaimatus nak buat open house dekat booster
dewajiwa said :
November 11, 2009 at 12:20 PM
Cik Famia,
nak lagi best tambah Caremel sebagai topping. pergh. ada jual kat hypermarket.

komik tu up-to-date. jadi bagus beli selalu, ada faedah. ada faedah = berbaloi. sesuai?
famia said :
November 12, 2009 at 10:26 AM
suhaila: hehe. yg tu resipi aku tengok diorang buat. kalau ko nak buat untuk diri sendiri, ko campur segala jenis buah pun takde masalah rasanya.

omar: yis? er, macam tak berapa creamy je kalau takde aiskrim vanilla. terpulang. ikut selera masing2 ye. terima kasih bagi alternatif.

fatin: waalaikumsalam. aih, saya dah tolong promot ni takkan saya jugak nak belanja. cubalah rasa sendiri dulu. kang tak sedap kang. hehe.

dewajiwa: caramel? wooo.. hehe. kalau topping saya suka spray whipping cream. lebih macam ice blended sikit. lepas tu mungkin boleh simbah2 sikit caramel atau chocolate cair tu kot. sendiri pula yang terliur. kena laju2 beli blender berkuasa tinggi ni. isk....
zam said :
November 12, 2009 at 11:01 PM
pisang..sodap tuh....

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.