Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, October 06, 2009


_Makan-makan hari itu.

Ramai juga yang sudi menghabiskan makanan.

Berbaloi-baloi juga emak masak. Terima kasih banyak-banyak wahai ibuku. Ya. Terima kasih banyak-banyak juga wahai ayahku. Ya. Terima kasih banyak-banyak juga wahai kawan-kawan. Minta maaflah layanan tidak seberapa. Hah, lupa! Terima kasih banyak-banyak juga Ya Allah.

Cumanya.

Yang paling aku tak boleh lupa.
Pertanyaan ayah.

"Eh, kenapa kawan-kawan itu panggil Zai, Famia?"

-_-"

Hah.
Apa agak-agaknya aku nak jawab.

Ha ha.

Satu kerja juga mahu menerangkan asbabnya. Dan satu kerja juga mahu memikirkan asbabnya. Pendek cerita, aku bagitahu itu kawan-kawan Internet. Sesungguhnya wahai ayahku, hanya kawan-kawan Internet saja yang rajin memanggil Famia itu sebagai Famia. Dan kawan-kawan Internet aku itu skopnya boleh tahan luas. Yalah. Kawan biar seribu. Lepas cukup seribu dah tak boleh kawan dah.

Memang sangat wide. Itu kawan-kawan Wide Area Network.

IRC.
Blog.
Myspace.
Facebook.
Fotopages.
Friendster.
Forum sana forum sini.

Kalau kawan-kawan Local Area Network pula termasuklah kawan-kawan kiri dan kanan. Serta depan dan belakang.

PPP UITM.
MRSM Beseri.
CASE UTM Jalan Semarak, KL.
Sekolah Menengah Taman Melawati.

Tapi tak apa. Semua kawan-kawan aku Dani kenal. Tapi bukan semua kawan-kawan Dani itu aku kenal. Hihihi. Kan Dani kan. Terima kasih sudi jadi co-hosting aku ya. Hehe.

Mungkin perlu kecilkan sedikit skop kawan-kawan. Kawan-kawan Virtual Network saja yang belum wujud lagi mungkin.

Apa ini Huzaimatus.
Suka betul bersimpang siur bahasanya.

Minta maaf. Internet di ofis ini hari-hari terputus. Berkali-kali kena restart router. Sedih betul. Tapi kalau teringat pelajaran CCNA yang tak sempat habis dan tergendala itu lebih berganda menyedihkan. Kalau sempat khatam mungkin aku dah boleh kenalpasti apalah agaknya masalah si budak router ini. Isk....

Dah... dah.

Tak baik menyesal.

Hah.
Sebenarnya aku nak tanya.

Mak ayah kamu semua tahu ke kamu semua ini blogger_

Kategori:

20 Responses to "Terima Kasih Kawan-kawan WAN dan LAN"

October 6, 2009 at 8:57 PM
hehe..mak ngan ayah saya tak tau..sebab diorg x suka main internet.. tapi mak cik saya tau.. hehehe..malu la kalau diorang tau.. banyak cerita tak berfaedah kat blog..
al-lavendari said :
October 6, 2009 at 9:16 PM
sebenarnya saya lah ayah. tapi anak2 saya semua dah tahu saya ni blogger dan mereka menjadi pengikut setia. dan dia orang juga yang tolong buatkan dan beri dorongan.
NanLimo said :
October 6, 2009 at 9:16 PM
hehehe.... kalau ayah saya taw saya seorang blogger... tapi dy tidak tahu nama saya di blogsper..... cuma yg tahu.. ya kawan2 di dunia maya. salam kenal dari Riau
BasicCX said :
October 6, 2009 at 10:11 PM
Salam,

Sangat, sungguh, dan menakjub Ayah saudari mengetahui mengenai bloggers!

Terima kasih atas makanan dan jemputannya... lupa pula bekalan untuk dibawa pulangnya.... :p
BasicCX said :
October 6, 2009 at 10:12 PM
Oh lupa, dapatkan tips membuat gradient tu... ;)
Nana CS said :
October 6, 2009 at 10:38 PM
mak dan arwah ayah tahu aku blogger.

kalau agak2 diorg panggil aku nana or suzana, kalau masa tu aku jadi pekak, mak dan arwah ayah aku panggil aku NurNana.

masa tu baru aku menyahut.
Lt Col Dop Mustang said :
October 6, 2009 at 11:13 PM
mak ayah aku tatau pun blogger tu apa. hak3x.
RieNa said :
October 7, 2009 at 8:39 AM
ma tau. dia kata," apa yg dok rajin sgt dok menulis kat komputer tu?"

bila aku tunjuk crita aku pasal dia, dia senyum saja.
suka lah tu. hehehehe
cacah said :
October 7, 2009 at 8:53 AM
oh ye. masa aku cakap ngan mak kau, aku tersebut nama "famia"... masa tu baru aku terfikir, adakah famia tu nama kau di rumah gak? hehe. betul rupanya sangkaan aku yang famia itu nama Internet jah.

hihi. thanks famia. semuanya sedap. especially puding yang kau buat. rasa nak makan bermangkuk-mangkuk. :P
el said :
October 7, 2009 at 8:58 AM
alahai ruginya tak pergi hari tu...
sob..sob..sebab ada aral melintang.
Kalau tak teringin jugak nak kenal Famia. heee~
famia said :
October 7, 2009 at 10:37 AM
ain: hehe. mak ayah kita semua kaki internet. memang IT savy sungguh.

lavendari: wah! kagumnya dengan pakcik (serta merta panggil pakcik). hehe. saya dah janji dengan ayah saya nak buatkan blog untuk beliau satu. dah register tapi belum sempat mahu beri tunjuk ajar kepada ayah. ish, apa punya anaklah.

nan: ya? haha. tapi kadangkala mencemaskan juga jika saudara mara dan ibu bapa tahu perihal blog kita. serius cemas. ya. terima kasih menyinggah ke blog tak berfaedah ini wahai NanLimo.

Basic: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. hehe. apa entah yang kamu semua borak itu. semoga ada manfaatlah harapnya. maaf ya. mewakilkan ayah je melayan kamu semua. tak pandai nak layan kawan2 lelaki yang baru kenal. hehe. tak berapa nak mesra alam. (tips gradient dari twitter itu kamu yang bagi ke? wah, terima kasih banyak2 sangat).

nananya: hehe. tapi nama ko tetap ada perkataan Nana. Kira tak lari sangat itu kan. baguslah. hehe

Dope: hehehehehe. selamat.

riena: hehehe. sweetnya.

cah: hehe. tapi parents aku dah biasa. kadang2 kalau dapat kad raya pun ada je yang tulis famia. dalam rumah ini aku seorang je yang pakai nama macam itu. adik gadis aku bukan kaki internet. hehe. sorilah banyak2 tak dapat bagi layanan best kat korang ya. puding itu je aku sempat buat. lain semua mak aku yang buat. dia cepat dan pantas. tuntas!

el: hehe. takpe. ada rezeki kita jumpa lagi insyaAllah. hehe. saya bukannya best sangat pun kamu nak jumpa. hehehe
Lt Col Dop Mustang said :
October 7, 2009 at 10:41 AM
ade puding ek huzaimatus. aku makan mi je - dua mangkuk. ni psl terlebih layan cite anak halal la ni. hahaha. org da balik, aku tunggu cite habis dulu.
BasicCX said :
October 7, 2009 at 10:43 AM
Salam,

Sebenarnya kamilah hari tu yang beritahu pada ayah saudari suruh saudari buatkan blog untuk ayah saudari. Dia dah teringin sangat nak berblog tu... :D
famia said :
October 7, 2009 at 10:54 AM
Dope: cerita tu macam merepek je Dope. Isk....

Basic: waalaikumsalam wbt. haha. dah buatkan lama dah. berbulan-bulan lepas. cuma belum bagi ayah je link blog tu. sebab cadangnya nak tambahkan widgets2 dekat blog ayah.
Anonymous said :
October 7, 2009 at 2:24 PM
WAN & LAN, MAN jek yang xde..ekekek, wah mcm meriah jek ada puding lagi cam best jek..hehe

The Anon
mugiwara said :
October 7, 2009 at 5:45 PM
ada puding~

waa....[terliur]

kalau aku dijemput, aku dah serbu dah puding kau tu~
archiq said :
October 7, 2009 at 6:00 PM
_Makan makan hari itu.

malunya rasa bila terpaksa bukak blog yang takde isi itu secara live depan ayah kamu. rasa macam nak sembunyi 10 kaki bawah tanah aje.. huhu.

btw, mak ayah saya tak tahu saya ada blog (that's why la). apa yang mak ayah saya tahu, kalau saya guna internet mesti buat keje dan kalau saya buat keje mesti kena guna internet.

jadi, kerja === internet. haha...
dewajiwa said :
October 8, 2009 at 10:26 AM
meriahnya.
boleh rasa kemeriahan walaupun cuma baca entri dan komen-komen.
alangkah ralatnya. isk.

mak dan ayah saya memang tak amik port. heheh.
asalkan komputer (internet) tu ada manfaat bagi diorang cukup. untungnya dapat mak ayah yang IT savvy kan?
pu3sakura said :
October 8, 2009 at 4:35 PM
assalammualaikum...
sungguh la meriahnya majlis makan² tu, ruginya tak dapat menghadirkan diri....btw...mama dan papa saya tak tau pun yang saya ada blog...
famia said :
October 8, 2009 at 6:57 PM
Anon: hehe. bolehlah. ramai juga yang tolong habiskan makanan.

Mugi: puding kasted. hehe. dah jemput lama dah. kamu yang tak sudi wahai mugi.

aciq: laa. itu ke kerja korang? hahahaha.

dewajiwa: hehe. bolehlah. ramai juga yang tolong habiskan makanan. ya. alhamdulillah mak dan ayah memang IT savy. semua pun online. hehe.

pu3: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. hehe. meriah ke. bolehlah. ramai juga yang tolong habiskan makanan (ulang skrip buat kali ketiga. haha). mak ayah saya tahu je saya ada blog. hehe. mereka chill saja.

Post a Comment

Salam,

1. Terima kasih kerana menyinggah.
2. Harap dapat mengeja molek-molek.

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.