Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, October 21, 2009


_Bukan makhluk Allah namanya kalau tak punya keinginan.

Ya, makhluk Allah.

Sebab binatang pun ada keinginan. Manusia pun ada keinginan. Pokok-pokok itu pun ada keinginan. Keinginan mereka. Hanya Allah saja yang tahu. Sebab keinginan itu datangnya dari hati. Dan manalah aku nak tahu apa keinginan hati orang lain. Bukannya aku mampu nak siat kulit orang dan tengok apa ada dalam hatinya. Mestilah darah je semata-mata yang keluar.

Tetapi.

Ada je petua kalau mahu lihat hati seseorang manusia.

Sabda Rasulullah SAw, "Sesungguhnya di dalam jasad manusia didapati segumpal darah, apabila baik maka baiklah keseluruhan badannya, dan apabila buruk maka buruklah segala keperibadiannya, adakah tidak kamu tahu sesungguhnya itulah hati."

Maka.
Daripada akhlaknya, tergambarlah juga riak hatinya.

Formula Hati Bukan Kristal

Baik akhlak = Hati bersih
Buruk akhlak = Hati keruh berkeladak
Baik akhlak + Buruk akhlak = Hati Bukan Kristal

Pening?
Bagus. Itu tujuannya.

Sebab itu kena jaga hati sebaik-baiknya.

Sesungguhnya.
Setiap yang tersirat di dalam hati itu sentiasa dalam pengetahuan Allah.

Dan bila datangnya keinginan, request pun jadi macam-macam.

Ya, request.

Memang seronok sebenarnya bila boleh request macam-macam. Dengan harapan yang setinggi gunung bahawa semua request bakal dipenuhi Allah. Bila aku baca blog anak dara kacak merangkap model yang sangat down to earth ini, aku pun teringat balik segala request aku yang macam-macam suatu masa dahulu.

Lelaki itu.
  1. Kalau aku berdiri sebelah dia sekurang-kurangnya aku dekat paras bahu dia. Tinggi dia 175cm dan ke atas. Tinggi aku berapa? 159cm je. Haha.
  2. Kalau aku marah-marah menggila atau sindrom Perempuan Mengamuk Sakan (PMS) datang, dia masih boleh rileks dan senyum tenangkan hati.
  3. Dia seorang yang cool. Hati sangat bersih. Susah mahu berkocak. Penyabar tahap tak logik.
  4. Cara hidupnya sederhana. Tak punya banyak keinginan. Maintenance pun tak tinggi. Maksudnya dia bukan jenis melayan barang-barang branded dan mengikut peredaran zaman.
  5. Lelaki yang ada pegangan hidup. Dan masih berjalan dalam landasan Islam. Kalau tahu benda itu tak boleh buat dalam Islam, maka terus tinggalkan. Tak cari pasal dengan Allah. Iman dan amalnya seiring.
  6. Bukan lelaki kacak yang setiap kali berjalan mesti ada mata yang memandang lapan kali. Aku bukan rasa jealous. Cuma rasa insecure. Haha.
  7. Rendah diri. Walaupun dia seorang manusia yang paling bijak dan tawadduk dekat muka bumi ini tapi dia tak pernah tunjuk bagus.
  8. Bukan orang bandar. Maksudnya, boleh hidup dalam suasana kampung. Dan ada kampung yang memang betul-betul rupa macam kampung. Ada sawah atau kebun mungkin. Dan kalau dicampakkan ke mana-mana pun dia masih boleh panjangkan akal untuk hidup. Macam kulatlah pula. Haha.
  9. Bukan seorang perokok. Maaf aku sangat benci rokok. Aku rasa semua orang yang merokok adalah pembunuh dan menzalimi manusia lain. Dan tindakan merokok itu sekaligus dah jatuh dalam kategori merosakkan muka bumi. Tahukah kamu apa hukuman Allah pada mereka yang merosakkan muka bumi? Sila semak Al-Quran.
  10. Bukan seorang yang berkaca mata. Haha. Serius.
  11. Beriman. Beribadah secara sederhana. Tapi sentiasa istiqamah. Tak menunjuk-nunjuk.
  12. Air muka sangat tenang. Kalau goreng ikan sekali terpercik minyak dekat muka pun masih boleh bertenang air mukanya.
  13. Sebelum bercakap, fikir dulu. Bukan jenis cakap tak tentu hala. Mungkin dia seorang pemikir yang bagus barangkali.
  14. Tahu main hampir semua permainan tradisional. Congkak, batu seremban, sepak takraw, galah panjang, bola baling dan lain-lain. Oh, yang penting sekali dia tahu main bola keranjang. Nanti boleh main sama-sama waktu petang. Haha.
  15. Pandai mengalah. Pendengar yang baik. Ego sangat tujuh kaki ke dalam tanah. Tak suka bertelagah.


Itu baru separuh.

Crazy. Perempuan lagi banyak keinginan. Kalau perempuan macam aku lagilah banyak keinginan. Dan sesungguhnya aku pasti hampir setiap manusia menginginkan sesuatu yang hampir mencapai tahap kesempurnaan.

Kan.
Tapi mana ada manusia yang sempurna dalam dunia ini.

Sesungguhnya juga.

Boleh jadi sesuatu yang kita mahukan itu tidak mendatangkan kebaikan untuk kita. Dan percayalah. Kadangkala apa yang kita inginkan itu selalunya kita akan dapat yang sebalik dengannya. Maksudnya, lain yang diminta lain yang dapat. Hanya Allah yang tahu akan setiap sesuatu. Sebab itu kadang Allah datangkan kilat dan petir serta hujan ribut kepada kita. Bukannya apa, sebab Dia nak datangkan pelangi. Bukan ke cantik pelangi itu. Sebab itu hujan itu rahmat. Tapi tak semua orang sukakan hujan.

Weh, best tau boleh main hujan!

Tapi.
Setiap sesuatu yang terjadi itu WAJIB ada hikmah di sebaliknya.

Jangan bersangka buruk dengan Allah.

Siapa kita nak melawan Arkitek Alam ini. Kita cuma ibarat simen yang sedang menunggu untuk menjadi bancuhan. Bagi membentuk sebuah rumah. Atau sebiji bangunan. Atau Menara Berkembar Empat KLCC. Dalam perjalanan itu, mestilah jadi macam-macam. Dah nama pun simen. Kan.

Dan.

Siapalah aku mahu request benda yang macam-macam itu pada Allah. Solat pun kadang-kadang hujung waktu. Kalau tengah solat itu pun hati dah senang berpaling daripada Allah. Itu belum lagi masuk bab kerosakan hati. Naik hangin dan busuk hati sana sini terhadap orang lain aku ini. Itu belum juga sentuh bab suka bersangka buruk terhadap orang lain. Dan belum juga masuk bab mengumpat orang lain.

Oh, banyaknya dosa!

Siapa aku nak request benda-benda macam itu pada Allah?

Aku sangat tak layak. Mungkin orang lain lebih layak. Daripada aku request benda-benda macam itu, baiklah aku buat senarai request lain. Untuk bersihkan diri. Yang sentiasa ternoda dengan dosa. Dosa zahir dan batin. Itu belum lagi masuk bab sakitkan hati manusia lain. Sesungguhnya bab sakitkan hati orang itu antara perkara yang menakutkan. Kalau sedar tak apa. Ini kalau tak sedar, fuh habislah masa nak mati nanti.

  1. Semoga dimatikan dalam keadaan yang beriman.
  2. Semoga Allah memelihara semua umat Islam di dalam dunia ini.
  3. Semoga Allah mengasihani dan memelihara ibu dan ayahku.
  4. Semoga diampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu dan ayahku, semua ahli keluargaku, datuk dan nenek serta moyangku, saudara-maraku dan kawan-kawanku.
  5. Semoga diberi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
  6. Semoga disucikan hatiku ini.


Tak banyak.

Tak berani mahu request banyak-banyak. Tak boleh nak fikir banyak. Kalau dah diampunkan dosa pun macam dah bersyukur sangat-sangat. Sebab kesedaran diri lebih tinggi berbanding kemahuan diri.

Hidup di dunia ini jangan banyak meminta.

Sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada. Kemahuannya jangan macam-macam. Allah suruh itu ini kita tak nak ikut. Tapi kita nak suruh Allah ikut kemahuan kita. Tak malu ke weh. Ish.

Tapi.

Walau apa pun request kita, Allah tetap cuba penuhi permintaan hambaNya. Terutamanya permintaan yang sangat ikhlas dan penuh mengharap demiNya semata-mata. Cuma Dia akan penuhi dengan caraNya yang tersendirilah. Mungkin nampak tak baik untuk kita tapi itu yang terbaik dariNya. Bersyukurlah.

Kalau kita rasa kita susah, ada seorang manusia dalam dunia ini yang lebih berganda kesusahannya berbanding kita.

Dan yang dimaksudkan susah itu adalah....

Tak boleh makan.
Tak boleh minum.
Tak boleh tidur.

Tak boleh buat apa-apa.

Itu baru dinamakan susah.

Makanya. Hidup ini jangan cepat berputus asa. Dan jangan minta yang bukan-bukan. Mintalah untuk kebaikan di akhirat sana. Long term investment. Hidup di dunia ini sebab nak suruh kumpul bekalan banyak-banyak. Simpan dalam tupperwear. Bawa ke akhirat.

Bukannya dapat bekalan banyak-banyak dan makan di dunia.
Habiskan sampai tak tinggal apa-apa.

Dekat akhirat sana bawa tupperwear kosong semata.

Itu yang bila nampak syurga senyum, nampak neraka menangis.
Kejap senyum kejap nangis... kejap senyum kejap nangis.

Macam orang gila.

Minta maaflah tapi di akhirat sana tak ada pun Hospital Sakit Jiwa.

Makanya.
Sendiri mahu ingatlah.

Eh, kejap.

Aku cerita pasal apa tadi. Dah bercampur-campur semua benda. Buat-buat lupa je sudah.

Dah... dah._

Kategori:

16 Responses to "Request Sepanjang 8 Batu"

paiseh said :
October 21, 2009 at 9:30 AM
"...Sebab kesedaran diri lebih tinggi berbanding kemahuan diri."

buat gua jatuh balik ke bumi~
SevenCent said :
October 21, 2009 at 11:29 AM
This comment has been removed by the author.
etyorbek said :
October 21, 2009 at 11:41 AM
cek kak ko patut tambah sikit kat rekues ko tu..

"pastinya seorg yg BUJANG.. tidak terlalu TUA sampai leh panggil ayah.. bkn seorg PENIPU di dunia nyata or di alam maya.. dan bukan seorg yang suke mengambil kesempatan atas nama persahabatan.."

maap la ye kalau ade yg terasa.. pis.. ;)
famia said :
October 21, 2009 at 11:44 AM
pai: sama dengan.

ko: hm. sudah... sudahlah kot. tak baik. takpe benda dah lepas. aku yang rasa tak sedap ni. lagipun berdosa kalau sakitkan hati sesama saudara Islam ni.
aku said :
October 21, 2009 at 11:47 AM
mmg dah pon.. mmg ni yg last.. pasni dah tutup topik... saje nk sampaikan mesej tepat n tuntas.. maap ye cek kak...
NanLimo said :
October 21, 2009 at 12:19 PM
marilah kita maknai syukur dan sabar.......
October 21, 2009 at 12:38 PM
Ohh..
famia said :
October 21, 2009 at 12:57 PM
ko: kawan2 aku memang sangat protektif dan boleh tahan aumm! hehe. terima kasih.

nanlimo: ya. mari.

khairulhak: ho.
Anonymous said :
October 21, 2009 at 1:58 PM
Bagus maklumat yang nak disampaikan..Terima Kasih =)

The Anon
hafiz abdul said :
October 21, 2009 at 3:39 PM
aslkm kehendak kita kadang2 sama/tak sama dengan kehendak tuhan.
BasicCX said :
October 21, 2009 at 9:12 PM
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. (Surah Ghaafir, ayat 60)

Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan membenarkannya, mereka itulah orang-orang yang bertakwa.

Mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki pada sisi Tuhan mereka. Demikianlah balasan orang-orang yang berbuat baik,

agar Allah menutupi (mengampuni) bagi mereka perbuatan yang paling buruk yang mereka kerjakan dan membalas mereka dengan upah yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.
(Surah Az-Zumar, ayat: 33-35)
al-lavendari said :
October 21, 2009 at 9:59 PM
sebuah monolog yang menjawab sendiri segala persoalan yang di bangkitkan oleh orang yang sama. bagus dan bernas !
keiroro said :
October 22, 2009 at 12:34 AM
Jika hati sejernih Air jangan dibiar ia KERUH Jika hati seputih Awan jangan dibiar ia MENDUNG Jika hati seindah Bulan hiasilah ia dengan KEIMANAN... ;D
Dani neh said :
October 23, 2009 at 10:46 AM
aku masih side suhaila.. tak boleh beb.. tak boleh tengok.. rasa cam.. ergh..
ko tahu kan bila kejadian aku dulu..
mangsa kebiasaannya akan cool dahulu daripada protekter..
aa..
camtulah kitrang rasa sekarang.
and, aku tahu apa ko rasa..

(etlis aku dah tak menyerang.. hahaha)

p/s: yes, aku tga retention hari pertama.. hahahaaaaa
curX said :
October 26, 2009 at 2:15 AM
emm.. kita bole request mcm2, tp x semestinya dpt. bole jadi Dia kasi apa yg kita perlukan je, x kita la benda ke, rezeki ke, jodoh ke. kalo x dpt lg, mohon lah. kalo dh dpt, bersyukurlah.. (peringatan utk diri sendiri jgk nih)
famia said :
October 27, 2009 at 2:19 PM
anon: semoga ada manfaatnya harap-harapnya.

hafiz abdul: waalaikumsalam. mungkin.

basic: terima kasih. semoga kamu diberkati Allah selalu.

lavendari: hm. tak bagus pun. semoga ada manfaat harapnya.

keiroro: ya, betul itu. terima kasih.

dani: hehe. faham. terima kasih. sayang korang.

kurk: hehe. ya. bolehjadi benda yang kita nak itu tak baik untuk kita. hanya Dia yang Tahu.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.