Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, October 27, 2009


_Suatu hari yang lepas-lepas.

Kunci kereta aku hilang lagi.

Bukan hilang. Tersalah letak sebenarnya. Yang entah ke mana-mana duduk letaknya kunci kereta itu. Belakang pintu mungkin. Atau dalam bilik. Atau dalam almari. Atau dalam timbunan buku. Atau mana-mana sajalah yang boleh diduduk letakkan kunci kereta itu.

Tapi.

Seandainya kunci kereta aku hilang lagi, biasanya belakang pintu sajalah yang akan jadi lokasi default tempat bersemayamnya kunci kereta. Tak kiralah itu imaginasi aku atau kunci itu betul-betul ada di situ.

"Zai, kunci kereta mana?"
"Ada dekat belakang pintu itu, ayah. Saya letak tadi."
"Tak ada. Bayangan Zai je itu."

Haha.

Ayah dah tak percayakan aku lagi.

Anak sulungnya ini suka berimaginasi. Sejak peristiwa ini, ayah lebih berhati-hati. Dan lebih serik. Bukan terhadap kunci. Tetapi, terhadap anaknya. Anaknya yang sangat careless whisper mistake ini.

-_-"

Kunci kereta aku hilang lagi.

Bukan hilang. Tersalah letak sebenarnya. Yang entah ke mana-mana duduk letaknya kunci kereta itu. Belakang pintu mungkin. Atau dalam bilik. Atau dalam almari. Atau dalam timbunan buku. Atau mana-mana sajalah yang boleh diduduk letakkan kunci kereta itu.

Tak... tak.

Kunci kereta aku tak hilang lagi.

Cuma, agak fascinating memori kepala ini bekerja. RAM kepala aku cuma ingat perkara-perkara yang ia mahu ingat saja. Yang aku mahu ingat, tak mahu pula RAM ini ingat. Itu yang aku jadi tak ingat serba serbi itu. Kami berdua macam tak ada chemistry. Tapi, masih dalam rumah yang sama. Bila RAM dan empunya diri sudah bukan in a relationship, memang agak menyulitkan keadaan. Complicated.

Faham tak_

Kategori:

13 Responses to "RAM dan Saya: Kami Sudah Tiada Hubungan"

BasicCX said :
October 27, 2009 at 5:11 PM
Salam,

Banyakkan berselawat, dan sebut Ya Alim dan Ya Mu'id selalu.
curX said :
October 27, 2009 at 6:01 PM
biaso la tu, sumo brg pon ilang laie. lagi sonang kalo tag kan kunci tu ngan tag oren floresen yg toghang bondoghang tu. kalo campak tongah laut pon bole nmpk nyo. slmt mencubo :)

(tiru gaya ujang. hihi :p)
Dani neh said :
October 27, 2009 at 6:57 PM
banyak pulak entry ko pada hari ini..
bukan keee...

heheh
abangpit said :
October 27, 2009 at 7:39 PM
kena upgrade kot..
October 27, 2009 at 9:07 PM
ekekekekekke
ahahahahhaha

=p

short term memory loss kah?
keiroro said :
October 27, 2009 at 10:30 PM
biasalah tu, RAM kan volatile memory. hehe. ;D
dewajiwa said :
October 28, 2009 at 10:23 AM
RAM yang baik mempunyai bus (pengantara) yang baik.
untuk ingatan yang baik, sila gunakan phototag untuk semua rutin harian. sebab menda rutin biasanya kita tak memerlukan daya ingatan khusus sebab selalu/biasa buat kan? tapi kalau hal penting macam kunci kereta, biasakan phototag. hehe.

buat phototag dengan snapshot.
contohnya, kunci di dalam beg. snapshot imej beg bersama kunci sebelum save dalam memori otak. bila2 nak recall memory, ingat beg. kemudian imej beg dengan kunci biasanya terpapar sekali. works with me. orang lain tak tau lah kan.
BasicCX said :
October 28, 2009 at 10:33 AM
Salam,

Semua asyik sebut RAM je... kalau pakai RAM memang la semuanya short term. Kalau nak long term guna ROM sebagai ruang menyimpan.... sekadar cadangan.
famia said :
October 28, 2009 at 6:04 PM
basic: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. terima kasih.

kurk: hehe. cadangan itu tak berapa nak berkesan dengan RAM ini hah.

dani: eh, 2 jelah.

maoi: ya. aku sokong.

akmar: haah! correct!

keiroro: kan. takpe paham.

dewajiwa: hahahahaha. sangat komputer! penjelasan yang terang, jelas dan nyata. idea yang menarik. nanti saya cuba. tengok jadi tak jadi.

basic: waalaikumsalam wbt. hehe. ada ke memori manusia yang kekal sampai akhirat. sebab itu ia cuma RAM dan bukan ROM. rasanya yang layak jadi ROM mungkinlah iman dan amal kot. mungkinlah. sekadar cadangan juga.
BasicCX said :
October 28, 2009 at 10:50 PM
Salam,

Menjawab persoalan ini: "ada ke memori manusia yang kekal sampai akhirat.".

Jawapannya: Ada. Firman Allah bermaksud:

“Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata: Aduhai celaka kami, Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang sudah mereka kerjakan ada tertulis dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juga pun.” (Surah al-Kahfi, ayat 49)

Kesimpulannya, ia ROM yang yang kekal itu telah tercatat.
November 1, 2009 at 7:09 PM
Errmmm...memori perlu dilatih.
Kalau terbiar akan jadi leka.
Bila terlalu leka jadi lalai.

"ada memori manusia yang kekal?"

ada. cukup.
November 2, 2009 at 2:15 AM
erkkk...

gua ingatkan RAM tu gua..
risau gua beb..
adLedash said :
November 4, 2009 at 3:01 AM
Al-Insyirah berkesan...

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.