Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, October 19, 2009


_Ini namanya pasang surut.

Padam.
Tulis.
Padam.
Tulis.
Padam.

Dan langsung tidak tulis-tulis.

Ingatan padaNya sedang surut. Dan semakin surut. Entah bila mahu naik pasang.

Air pasang pagi,
Surut pukul lima,
Nyonya bangun pagi,
Siram pokok bunga.

Itu lagu kanak-kanak satu Malaysia.

Kalau tak pernah dengar, memang bukan warganegara Malaysialah jawabnya. Atau mungkin bukan lahir di Malaysia. Atau bukan buatan Malaysia barangkali. Atau....

Sudah... sudahlah itu.

Baik.

Sekarang.
Cuba tukar lirik lagu tersebut.
Dan nyanyi dalam intonasi yang sama.

Azan waktu pagi,
Kejut solat Subuh,
Manusia tidur lagi,
Sampai matahari suluh.

Aku tengah tak ada idea. Dan tengah surut idea. Dan tengah sibuk dengan Facebook kerja. Dan perubahan mood mengikut monsun Barat Daya yang sedang hebat melanda sekarang ini. Penyakit malas sedang berleluasa.

Sesungguhnya, aku sedang pasang surut.

Apa yang pasang.
Apa yang surut.
Aku pun tak tahu.

Sila tolong tarbiah sikit aku ini_

Kategori:

18 Responses to "Pasang Surut"

siPenGaruT said :
October 19, 2009 at 4:45 AM
kite serumpun...sy pon tengah pasang surut..dok buat kerja..tp stop2..mungkin kerana digangu oleh FB(pengacau tul..)..ptt klu sy istiqamah start dr pagi tadi...patut nye dh siap@ hampir siap...nie ader 30% xsiap...dateline kul9 jap lagi...hahaha.
mungkin ini akibat suka melewat-lewatkan kerja..
..................................................
moral: mulaka kerja dengan bismillah bukan keluhan atau rungutan...bkn juga dengan FaceBook...eh..nk bt interface sistem lak..

p/s: sempat pulak g bace blog siap comment...sorotan kajian xstart lagi tu...
mugiwara said :
October 19, 2009 at 8:00 AM
penyakit malas ni bukan ke penyakit berjangkit.

kalau tengok kawan kawan sebilik lepak lepak bermalasan, kita pun secara otomatis akan rasa malas.

padahal kawan tu dah siapkan kerja, kita ni melambak lagi belum siap.

nak saja aku paksa diorang temankan aku buat kerja.

buat kerja dengan rasa seronok lebih mudah.
munken~
Dani neh said :
October 19, 2009 at 8:37 AM
.. bileee la aku nak sambung entry kuching nih ..
~Dani thinking to her lovely self~
al-lavendari said :
October 19, 2009 at 9:08 AM
air pasang pagi
surut pukul lima
minta pada Ilahi
pulih semangat semula.
hafiz abdul said :
October 19, 2009 at 9:27 AM
aslkm pasang surut ada kaitan dengan jadual/takdir/qada qadar tuhan.sengaja tuhan buat begitu supaya manusia sentiasa cemas dengan nasib/masa depannya.
paiseh said :
October 19, 2009 at 10:11 AM
gua syak lu dah penat jadi rajin ni.. kadang2 mmg kena malas juga.. mcm gua. hahahaa!!
Anonymous said :
October 19, 2009 at 11:40 AM
Kemalasan mmg sifat azali manusia, termasuk saya dan ianya bersifat sementara, disebalik kemalasan disitu terselit ujian utk kamu bukan? mari nyanyi ramai.. :p

Air pasang pagi
surut pukul lima
mari bangun pagi
kejut ahli keluarga

The Anon
orgbelakangygemo said :
October 19, 2009 at 11:46 AM
sori la kalau aku terlalu berterus terang.. tp aku xtau knp aku jd JELIK+SUPER GROSS tgk name 'pakcik x sedar diri' tu dlm kotak komen ko ni... huh!!
Anonymous said :
October 19, 2009 at 1:26 PM
Alahai apa punya masalah lah kamu makcik, jangan terlalu ikut perasaan dan bersangka buruk pada orang lain.
famia said :
October 19, 2009 at 2:09 PM
ace: haha. berusahalah!

mugi: hehe. berjangkit ke? entahlah. saya memang semulajadi malas.

dani: hehe.

lavendari: hehe. cool! terima kasih banyak2. semoga kamu diberkati Allah selalu.

hafiz: waalaikumsalam wbt. ok.

pai: tak. gua tak pernah rajin seumur hidup. gua memang semulajadi dilahirkan pemalas.

anon: hehe. rajin sebelum datangnya malas. ya barangkali.

ko: hahahaahhaha. sabar... sabar.

anon: saya ke? minta maaf. saya memang suka ikut perasaan dan bersangka buruk dengan orang lain. terima kasih mengingatkan.
eyena said :
October 19, 2009 at 2:45 PM
hee teruskan menulis..
Dani neh said :
October 20, 2009 at 5:28 PM
kalau tak tahu cerita, jangan nak sound sound..

owh..

Assalamualaikum..

Dunia Cyber nih.. Alam Maya nih..
ada macaaaaaaam macaaaaam orang..
orang kita kenal, Alhamdulillah
orang kita baru nak kenal, Alhamdulillah
orang kita tak kenal.. berlambak-lambak
orang kita tak kenal kenal.. (OKTKK)?

and

kita selalu pike, based on penulisan/komen seseorang tuh kita boleh tahu orang nih macamana..

TAK semestinya.

Aku rasa sebahagian kecil je yang ikhlas menulis sebagai diri sendiri. Sama kat dunia nyata, Sama kat dunia maya.

sebarnya kita dapat tahu ALTER EGO dia sebenarnya

kesimpulannya:
Ikhlas ke OKTKK tuh?
Lagi bagus OKTK daripada OKTKK.
Rasa best sangat ke jadik OKTKK?
Ikhlas ke OKTKK tuh?
Perlu ke kita ambik kisah akan OKTKK2?
Tak perlu aku rasa.
Buat dek jek.
Macam bila kita jalan-jalan lalu sebelah tong kosong yang bersaiz sederhana. Buat dek jek. Ada tong tu nak kesah?

Tak kot.

[sedar2lah OKTKK]
Doni said :
October 20, 2009 at 5:45 PM
Haha..wah ada perdebatan ker?
Lt Col Dop Mustang said :
October 20, 2009 at 7:28 PM
OKTKK poyo
famia said :
October 20, 2009 at 9:02 PM
hehehe. aku macam pening2 juga ni.
sabar ya kawan2. aku minta maap.
October 20, 2009 at 9:22 PM
da nk akhir tahun kot.. maybe sbb tu ada psg surut..hehe
etdebek said :
October 20, 2009 at 10:01 PM
ye dani.. aku SOKONG ko.. OKTKK ni la yg suke nk wat andaian ntah hape padahal xtau cite sebenar.. takat bace tp x phm mksd xyah brani nk wat andaian macam2... huh!

[ok aku masih lg menyampah tgk name pakciktuataksedardiri tu kat dlm ni...]
famia said :
October 21, 2009 at 8:59 AM
ain: hehe. ya agaknya.

ko: hehe. dah... dah. sabar. ko tengah dalam retention schedule tu.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.