Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, October 08, 2009


_Ini entri tertunggak sejak empat hari lepas.

Itulah. Taip separuh-separuh dekat notepad. Lepas itu simpan. Lepas itu sambung tulis balik. Lepas itu simpan. Lepas itu sambung tulis balik. Sudah sampai berapa hikayat entahnya ini. Suka betul buat kerja separuh-separuh. Tak bagus. Sila jangan tiru.

Aku ada buat satu eksperimen.

Tak.

Bukan satu.
Banyak sebenarnya.

Ingat tak eksperimen memakan Tigerbalm, Vicks, minyak cap kapak, ubat gigi?
Ingat tak eksperimen main air hujan tunggu berapa lama boleh demam?
Ingat tak eksperimen menekan nombor secara rambang di telefon?

Dah macam sama tahap dengan tikus makmal pula.

Tak bagus. Sila jangan tiru.

Manusia spesis macam aku ini memang jenis memandang enteng saja amaran-amaran sebegitu rupa. Tak berapa nak lut pendek katanya. Macamana entah telinganya berfungsi. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Lagi ditegah lagi seronok mahu dibuat.

Bukan salah aku.

Benda-benda itu nampak macam sedap dan berkilat.
Aku pun apa lagi, "Mari saya jamah awak sikit."

Tigerbalm, Vicks, ubat gigi Darkie (nama asal mengikut pendaftarannya sebelum bertukar ke Darlie) dan juga minyak cap kapak. Mujur ditelan dalam kuantiti yang sedikit. Kalau tidak mesti dah lama jadi mayat punya. Kalau tidak jadi mayat pun mesti kejung berminggu-minggu sebab menelan benda-benda berangin. Paling tidak pun mesti keluar asap dekat telinga.

Dah... dah.
Jangan merepek.

Aku ada buat satu eksperimen.

Tak.

Bukan satu.
Banyak sebenarnya.

Tapi ini di antaranyalah. Eksperimen menguji hati, namanya.

Ya.
Hati.

Sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis ini....

Sesungguhnya di dalam jasad manusia didapati segumpal darah, apabila baik maka baiklah keseluruhan badannya, dan apabila buruk maka buruklah segala keperibadiannya, adakah tidak kamu tahu sesungguhnya itulah hati.

Ya.
Hati.

Eksperimen menguji hati ini memang berkesan. Setakat ini cuma berkesan ke atas aku saja. Sebab aku lebih banyak dosa. Orang lain aku tak berapa pastilah pula. Mungkin tak berapa ada kesan agaknya. Lain manusia, lain kadar kereaktifannya. Ya, ibarat asid dan alkali.

Tujuannya satu saja.
Mahu menguji hati.

Dalam satu hari, berapa kali aku mampu mengingati Allah SWT.

Dalam satu hari.
Berapa kali.
Aku mampu.
Ingat.
Allah.

Eksperimen Pertama
Cara-caranya:

  1. Mendengar lagu korea secara berterusan
  2. Menonton cerita orang putih lebih daripada satu
  3. Mendengar lagu orang putih secara berterusan berkali-kali dalam sehari
  4. Membaca hampir semua koleksi komik yang ada
  5. Menonton cerita korea lebih daripada satu

Hasilnya:

  1. Solat lewat waktu dan tak khusyuk
  2. Jarang mengingati mati
  3. Hati cepat resah dan gelisah. Kadangkala cepat naik angin
  4. Cepat terasa sunyi. Asyik fikir perihal jodoh
  5. Berzikir dan membaca Al-Quran pun jadi semakin liat
  6. Ingat Allah sekali je sehari. Itu pun nasib baik teringat


Eksperimen Kedua
Cara-caranya:

  1. Mendengar semua koleksi nyanyian Syamil berulang kali terutama sekali yang ini
  2. Membaca buku-buku agama
  3. Melihat gambar kubur dan mayat secara pukal di serata Internet
  4. Memasang surah Ar-Rahman alunan merdu Kamal Uddin berulang kali dalam sehari
  5. Mendengar lagu-lagu nasyid Raihan dan Edcoustic

Hasilnya:

  1. Solat awal waktu dan sedikit khusyuk
  2. Setiap detik teringat mati
  3. Hati menjadi lebih tenang dan lapang
  4. Terasa sentiasa dekat dengan Allah
  5. Lebih gementar hati bila menyebut nama Allah


Hah.

Cubalah.
Mungkin boleh nampak kereaktifan hati itu ke apa ke kan.

Sesungguhnya, mahu mengingati Allah bukan kerja mudah. Kalau mudah, pasti semua kemungkaran dalam dunia ini terhindar begitu saja bukan. Tetapi. Cubalah ingat Allah sedikit demi sedikit. Lepas itu cuba ingat secara berterusan (istiqamah). Dan kemudian cuba ingat secara pukal. Lama-lama mesti lekat dalam hati punya.

Paling basic pun, cuba mulakan dengan bismillah.

(Tiba-tiba berbunyi lagu Bismillah nyanyian Raihan)

"Dimulakan dengan bismillah...."

Sedut oksigen pun baca bismillah.
Hembuskan karbon dioksida pun baca bismillah.
Kalau mahu main Facebook pun bacalah bismillah juga.

Kalau semua langkah pun dimulakan dengan Allah,
mesti hidup lebih chill dan seronok.

Ada seorang kawan pernah bertanya....

"Kau tak sunyi ke hidup seorang diri. Tak nak kahwin ke?"

Aku pandang.
Aku senyum.
Aku jawab.

"Mestilah sunyi kalau belum berkeluarga. Siapa yang tak nak kahwin kan. Sunnah Rasulullah itu. Tapi, sekarang ini masih boleh hidup lagi. Sebab ada cinta. Cinta Allah dan Rasulullah. Cinta mak dan ayah. Itu pun dah cukup lengkap. Masih boleh sabar lagilah. Hehe."

Aku bukan Power Ranger.
Bukan seorang Gaban juga.
Dan bukan seorang tukang masak terhebat juga.

Aku cuma manusia biasa. Ada juga perasaan sunyi. Tapi, kalau kita rajin ingat Allah dan Rasulullah mungkin hidup ini lebih terisi. Setiap langkah pun terasa macam stabil dan tenang. Memang sangat rileks. Pegang kuat-kuat dekat situ. Lepas itu, pegang kuat-kuat kasih sayang mak dan ayah sementara hayat mereka masih ada.

Sesungguhnya.

Nak dapatkan keredhaan Allah kena dapatkan keredhaan ibu dan bapa terlebih dahulu. Layanlah mereka dengan penuh kasih sayang. Kalau dah sebati jasad mereka dengan tanah merah sedalam tujuh kaki itu dah tak ada gunanya menangis meminta ampun depan itu bukan.

Eh, kejap.

Aku cerita perihal apa tadi ini.
Oh, hati.
Sesungguhnya di dalam jasad manusia didapati segumpal darah, apabila baik maka baiklah keseluruhan badannya, dan apabila buruk maka buruklah segala keperibadiannya, adakah tidak kamu tahu sesungguhnya itulah hati.

Makanya.
Kalau nak ingat Allah setiap masa, mulakanlah dengan bismillah.

(Tiba-tiba berbunyi lagu Bismillah nyanyian Raihan)

"Dimulakan dengan bismillah...."

Nescaya, Allah juga mengingati kamu.

Pesanan khidmat masyarakat untuk diri sendiri terutamanya ini.
Jangan nakal-nakal di hujung musim perayaan.

"Dimulakan dengan bismillah...."

Dah.

Mari nyanyi sama-sama sampai habis_

Kategori:

21 Responses to "Eksperimen Hati Bukan Kristal"

October 8, 2009 at 7:35 PM
i like it! ;)
October 8, 2009 at 8:03 PM
salam...love it!
just suka sbb dulu selalu rasa tak tenteram bila ada apa2 dugaan..alhamdulillah now rasa tenang..dgn mengingati Allah...btw,thanks for the great msg!
paiseh said :
October 8, 2009 at 8:28 PM
terima kasih.. gua dah rasa gagah skit~
famia said :
October 8, 2009 at 8:52 PM
Akmar: entri merepek ni. hehe.

izzah: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. Allah duga awak kuat2 sebab Dia sayang awak. hehe.

paiseh: hehe. lu sunyi ek. sabar ya jiran.
M-I-N said :
October 8, 2009 at 9:06 PM
ok.terima kasih kerana mengingatkan.
dewajiwa said :
October 8, 2009 at 10:01 PM
seronok membacanya.
spontan mendapat mesej entri ini.

cuba makan vicks? heheh. itu bukan babak dalam Fear Factor ke? jangan buat lagi;-)
Anonymous said :
October 8, 2009 at 10:19 PM
Ini bukan entri merepek Cik Huzai, apa kata lepas ni anda cuba makan inai pula..ekekek,seronok membacanya seperti makan hati goreng..hehe

The Anon
famia said :
October 8, 2009 at 10:30 PM
min: semoga ada manfaatlah ye.

dewajiwa: seronok ke? belah mana? haha. entri serius itu. Alah, Vicks tak merbahaya (degil ini namanya). Agaknya sekarang ini cepat lupa sebab makan benda2 macam itu kot. Isk....

anon: hehe. inai? awak cuba dulu baru bagitahu saya apa jadi. mana ada seronok entri ini. ini entri serius ini. sambil nyanyi lagu Raihan.
curX said :
October 8, 2009 at 10:37 PM
"Aku bukan Power Ranger.
Bukan seorang Gaban juga."

hmm, mungkin catwoman kot? (dgn gaya libas cemeti)
wakakakaka >:)
freakafunky said :
October 9, 2009 at 2:22 AM
patut la aku rasa sunyi selama ni.
pesanan yang bagus
BasicCX said :
October 9, 2009 at 7:35 AM
Assalamualaikum warahmatuallahiwabarakatuh..

Akhirnya, nama saya dipanggil jua..

Ingatlah akan firman Allah:

"Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan" (Surah al-Baqarah, ayat 195).

dan FirmanNya juga:

"jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu" (Surah al-Nisa, ayat 29).

Dalam ertikata lain, menyelamatkan diri dari kemusnahan adalah tuntutan Allah. Dilarang MENGHAMPIRI sebab-sebab yang membawa kemusnahan diri.

FirmanNya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. "(al-Hujurat 49:12)

dan bagi persoalan yang ke-2:

Bangunlah solat 1/3 malam terakhir, disitu kunci dan jalan keluar yang Allah sediakan dan ingatlah hari kiamat itu telah hampir dan kematian itu juga hampir.

Bangunlah dan solat taubat dan bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Sesungguhnya Allah S.W.T. itu Maha penerima taubat hamba-hambaNya.. mengadu dombalah kalian kepadaNya sesunggunya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

FirmanNya:

"Wahai orang-orang yang beriman, BERSABARlah kamu (menghadapi kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan KUATKANLAH KESABARAN kamu (lebih daripada kesabaran musuh) dan BERSEDIAlah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta BERTAKWAlah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya" (Surah Ali Imran 3:Ayat 200)
BasicCX said :
October 9, 2009 at 7:41 AM
Dan ini sebagai pengisi hati kalian, carilah majalah ini dikedai-kedai dan isilah hati kalian dengannya.. http://www.telagabiru.net.my/index/images/stories/promo-solusi-12.jpg
famia said :
October 9, 2009 at 7:43 AM
Kurk: -_-" banyak sangat pengaruh tv dia ni.

freaka: tak bagus sangat pesanan ni. sikit2 je bagus. semoga ada manfaatlah harapnya.

Basic: Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. hehe. terima kasih banyak2. semoga Allah berkati kamu selalu.
mugiwara said :
October 9, 2009 at 8:40 AM
aku.
asal nak buat baik saja, terbuat jahat.
niat nak buat amal saja, terbuat dosa.

jahat betul aku ni!
Nana CS said :
October 9, 2009 at 8:42 AM
faminye, nanti kita gi zoo eh. huhu.

(tiba-tiba..)
Dani neh said :
October 9, 2009 at 10:00 AM
ahahah...

Nana tiba tiba sangat cute OK!!

Nak ikot gi ZOO jugak..

(tiba-tiba..)
cacah said :
October 9, 2009 at 12:29 PM
famia...thanks share hasil eksperimen kat sini. :)
al-lavendari said :
October 10, 2009 at 7:08 AM
salam. satu ent3 yang sangat bagus. saya cuma ingin membenarkan apa yg telah awak tuliskan dengan meng "copy" dan "paste" nukilan di bawah dari laman blog "puecorgxret.blogspot.com" . sudah tentu dengan keizinan pemilik asalnya.

TUHAN KU ... AMPUNILAH DAKU!

Tuhan-ku
aku tahu
sesungguhnya Engkau mampu
jika Kau mahu
saat ini
mengambil pendengaran ku
yang cenderong melayan perkara keliru.

Tuhan-ku
aku tahu
sesungguhnya Engkau mampu
jika Kau mahu
saat ini
mengambil penglihatan ku
yang gemar tersasar ke daerah biru.

Tuhan-ku
aku tahu
sesungguhnya Engkau mampu
jika Kau mahu
saat ini
mengambil upaya lidah ku
yang sering lalai menyebut nama Mu.

Tuhan-ku
aku tahu
sesungguhnya Engkau mampu
jika Kau mahu
saat ini
mengambil ingatan ku
yang kerap terlupa mengenang wujud Mu.

Tuhan-ku
aku tahu
sesungguhnya Engkau mampu
jika Kau mahu
saat ini
mengambil nafas ku
kerana pendengaran ku, penglihatan ku, lidah ku dan ingatan ku
dari limpah rahmat Mu
tidak membulat kepada Mu.

Tuhan ku
Ampunilah daku.

al-lavendari - 2/9/09
keiroro said :
October 12, 2009 at 3:58 AM
pernah telah Tigerbalm, Vicks, dan ubat gigi Darkie ? ishhh!! pelik pelik jela cik famia ni.

haha.

hmm.....

perihal mengingati tuhan pulaa...

memang benar dalam sehari tidak banyak mengingati tuhan.

pernah juga termenung memikirkan, kenapalah begitu susah untuk mengingati tuhan, sedangkan memikirkan perkara yang tidak memberi manfaat begitu banyak sekali.
October 14, 2009 at 12:20 PM
Salam,

Artikel yang menarik..
Jika tak keberatan layari Neutral Daily sekarang dan linkkan blog kami di blog anda.
Terima Kasih..

"Informasi Neutral Tanpa Kepentingan"
http://neutraldaily.blogspot.com/
famia said :
October 19, 2009 at 3:58 AM
mugi: hehe. takpe. cuba usaha lagi. lawan balik.

nananya: insyaAllah. tunggu ko setel Kuching dulu.

dani: hehe. dia memang. reminder. zoo? boleh. mari!

cacah: hehe. sama2. eksperimen tak berfaedah.

lavendari: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. terima kasih banyak2 atas peringatan itu. semoga kamu diberkati Allah selalu.

keiroro: bukan telan dalam kuantiti yang banyak pun. hehe. tak memudaratkan. secolek dua je. hehe. susah kan nak ingat Allah selalu. penat berlawan hari2. tak berapa nak tegar kadangnya ni melawan hawa nafsu. fuh.

neutral: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. terima kasih menyinggah ke blog tak berfaedah ini.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.