Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, October 01, 2009


_Habislah.

Mood hujung tahun sudah menyinggah.

Baru saja pijak hari pertama dalam bulan sepuluh. Terus terasa semacam mahu cepat-cepat jumpa bulan dua belas. Bulan Disember tahun ini. Asal menyinggah ke hari Jumaat saja pasti cuti. Asal cuti saja pasti menyinggah ke hari Jumaat. Penghulu hari diberi cuti berganda.

Woah, saya suka!

Mood hujung tahun sudah menyinggah.

Habislah.

Malas sudah melekat. Terasa tak seronok bekerja makan gaji. Mungkin menarik lagi jika boleh buat freelance ya tak. Segalanya pun free. Freestyle. Free foods. Free drinks. Free environments. Dah... dah.

Oklah.

Aku dah buat keputusan.

Sebelum berhenti kerja aku kena belajar benda-benda bawah ini. Senang boleh buat freelance nanti. Multitasking orang putih kata.

  1. Sertai semua jenis kelas masakan.

  2. Sertai semua jenis kelas menjahit.

  3. Rajin-rajinkan diri pergi outing. Seorang-seorang pun lagi bagus. Ini untuk kelas photography kononnya.

  4. Pergi lepak kedai buku design Basheer di BB Plaza selalu. Tak payah beli. Baca secara percuma saja hari-hari.

  5. Kumpul duit hasil dari makan gaji ini siap-siap sampai menimbun. Lepas itu boleh upgrade kamera. Dan beli lensa baru. Hajat hati terhadap EOS 5D MarkII masih ada. Hah hah hah (gelak keji).

  6. Menaik tarafkan kemahiran CSS dan web programming.

  7. Pergi sambung balik kelas Cisco itu.


Satu saja masalahnya.

Masa.

Sesungguhnya masa itu memang emas. Tapi, hendak seribu daya kan. Kalau tak hendak itu, semuanya alasan saja. Sudahlah, Huzaimatus. Jangan banyak cakap. Pergi tunaikan semua itu. Ya... ya. Semogalah.

Senang tahu.

Bila aku bosan buat design, aku boleh lepak tepi jalan jual kuih muih. Ini hasil daripada kelas memasak kononnya. Lepas itu, kalau aku bosan jual kuih muih, aku lepak dalam rumah atau tepi taman tasik sambil ambil tempahan menjahit. Ini hasil daripada kelas menjahit kononnya. Lepas itu, bila aku dah bosan menjahit, aku jalan-jalan serata Malaysia cari gambar. Lepas itu jual. Kalau mahu laju sikit income, mungkin boleh iklankan diri. Jadi photographer part time. Tapi kalau dah bosan pula ambil gambar, bolehlah pergi jadi Network Consultant. Ini hasil kelas Cisco itu kononnya.

Hui, angan-angan Minah Jenin!

Tak apa. Setiap cita-cita dan matlamat itu lahirnya dari sebiji angan-angan. Yang merealisasikannya cumalah kemahuan dan daya upaya. Nak seribu daya ok. Lepas itu usaha sungguh-sungguh. Bila dah habis daya, tawakallah kepada Dia. Semoga keputusanNya baik-baik saja.

Mood hujung tahun sudah menyinggah.

Habislah_

Kategori:

19 Responses to "Bila Mood Hujung Tahun Datang Menyinggah"

Nana CS said :
October 1, 2009 at 9:12 AM
aku selalu berangan-angan juga.
tapi, aku rasa, aku tanam juga usaha nak capai angan2 tu.

alhamdulillah.
ieba said :
October 1, 2009 at 9:46 AM
wish u all the best....terutama photography hehe...
BasicCX said :
October 1, 2009 at 10:34 AM
Assalamualaikum,

Percayalah, dalam banyak2 yang saudari nyatakan itu, saudari hanya boleh buat satu @ dua sahaja.... :)

p/s: Rahsianya mintalah pada Allah disingkapkannya.
famia said :
October 1, 2009 at 11:16 AM
nananya: baguslah. teruskan.

ieba: hehe. ya. semogalah. kena panjangkan akal sikit ni sebelum berhenti kerja.

Basic: waalaikumsalam wbt. hehe. terima kasih kerana cuba mematikan semangat saya. tapi saya tetap dengan kemahuan sendiri. dalam senarai di atas, saya belum cuba kelas menjahit je. lain2 tu dah biasa buat. cuma tak beristiqamah. tapi tak apa. walau ribut petir melanda pun saya tetap buat juga insyaAllah. hehe. tak ada benda yang mustahil melainkan tanpa izinNya bukan.
BasicCX said :
October 1, 2009 at 11:32 AM
Salam,

Bukanlah maksud saya untuk mematikan semangat saudari, saudari boleh belajar semua yang saudari nyatakan di atas.

Namun, yang akan saudari akan lakukan selepas belajar semua itu hanya Allah S.W.T. dan diri saudari sendiri sahaja yang tahu... fahamkan? :)

p/s: Nak belajar menjahit? Datanglah sini, belajar dengan emak saya..
dewajiwa said :
October 1, 2009 at 11:52 AM
heheh.
cerita kita hampir sama, cuma version atau platform yang digunakan berlainan. awal tahun depan insya-Allah dunia saya juga bakal berlainan. sekarang sedang berusaha mengumpul ilmu (kemahiran), modal dan juga idea.

rasanya kita sampai di penghujung lorong kehidupan (path of life) ya? tiba masanya memilih lorong lain. dalam masa sama, kena sediakan lampu suluh, kasut sesuai atau cuma bersiul kecil - pasrah.
October 1, 2009 at 12:20 PM
wahh.bestnyer. sy sekrg tade coti ujung minggu. ;)

Coti sy adalah bersama keluarga ke2 iaitu penghuni hospital . keh keh keh

Selamat berujung minggu kak famia!
famia said :
October 1, 2009 at 6:12 PM
Basic: Waalaikumsalam wbt. Hehe. Ya. Ada benarnya itu. Faham. Terima kasih. Perihal menjahit, mak saya pun dah mencukupi. Hehe.

Dewajiwa: Itulah. Kerja macam ini kadangkala macam itulah terasa. Entahlah macamana nak terang. Faham2 sendirilah kan. Hehe.

Akmar: Hehe. Mulia apa. Baguslah. Semoga kamu diberkati Allah selalu. Selamat bekerja wahai doktor muda.
paiseh said :
October 2, 2009 at 2:01 AM
sunguh eksilen..
macamana nak berpikir cara optimis mcm lu..?
cacah said :
October 2, 2009 at 8:46 AM
aku nak wish kau good luck je famia. nanti kalau berjaya, katering ke menjahit ke... bleh bagi diskaun kat kawan2... wow.
al-lavendari said :
October 2, 2009 at 9:20 AM
Selalulah ingat DUIT.

D = Doa
U = Usaha
I = Istiqamah
T = Tawakkal.

Insyallah berjaya.
famia said :
October 2, 2009 at 10:11 AM
paiseh: gua tak optimis. gua ada sikit cool je kot. ahakahkahaks. astaghfirullahalazim. riak ni riak. tak2. gua tak optimis. cuma gua fikir nak 1000 daya. kalau tak nak itu memang banyak songeh je. lu pakailah konsep LILLAHITAALA. Nawaitu itu penting. kalau tak caya cuba lu layan lagu Rabbani - Nawaitu. Best woh. hehe.

Cah: Hehe. Terima kasih. Semogalah ek.

Lavendari: Wuiyo, best! Terima kasih. Semoga kamu diberkati Allah selalu.
ezad said :
October 2, 2009 at 10:01 PM
ye la...

i pun dah letih dah masuk office org.. heh
suhaila [perghh nama asli tu.. :P] said :
October 3, 2009 at 12:46 AM
aku rs tiap2 hr pun aku mmg mood ujung thn je.... hahaahaha...

nak ajak korg bercuti lg.. tp ade kwn aku sorg ni dah serik naik kapal terbang.. huhuhuhu..
nahwanNur said :
October 6, 2009 at 9:12 AM
Assalamu'alaikum ya ukht mahbubah,

Tanpa harapan,
tiada gerakan,
tanpa suara
seakan kosongnya jiwa

*

Ukhti menarik sekali perancangan kamu, kepingin menyertai.

(1)(2) Ana juga punya perancangan sebegini. Cuma setakat ini tidak ada kelas formal, belajar dari emak, dan kaka-kakak.

(3) ni ada pembetulan sikit ukht. Dalam hadith sohih malah dari firman ALLAH swt amat melarang wanita keluar bermusafir (berjalan2) seorang diri, pernah di tanya seorang sahabat lalu baginda saw menjawab, 'yang aku takutkan adalah syaitan yang mengalir di dalam darah manusia'. Dan ada hadith menyatakan keluarnya wanita dari rumahnya di kelilingi ribuan syaitan. Melainkan jika keadaan darurah seperti sudah memang tiada kawan yang berkelapangan dan sebagainya.

Wallahu'alam bissawab wa barakallahu fiik

Mohon maaf dari ana Yang lemah dan yang baik itu dari ALLAH swt
en_me said :
October 6, 2009 at 11:27 AM
moody ghitewww..
Wisata Riau said :
October 6, 2009 at 3:09 PM
usaha..usaha..usaha.. Doa..... dan bertawaqal pada Nya ....

Salam kenal dari Seberang ...
famia said :
October 6, 2009 at 8:08 PM
ezad: hehe. apa 'i' 'u' ini?

suhaila: hehehe. ala, takpe. proceed je dulu. aku memang serik sekejap ini naik kapal terbang.

nahwan: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. Perihal seorang diri itu pernah terdengar juga. Terima kasih mengingatkan kembali.

en_me: hehe. normal kan.

Wisata: Naam. Usaha... usaha... usaha. Hehe. Terima kasih. Semoga kamu diberkati Allah selalu.
dboystudio said :
October 8, 2009 at 1:53 PM
nice..

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.