Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, September 07, 2009


_Betullah.

Hari macam inilah kita teringin betul mahu kerja di Selangor.

Merasa juga cuti di kala Nuzul Quran. Apa sebab entahnya Kuala Lumpur tidak bercuti di kala Nuzul Quran, tiadalah kita tahu. Semoga warga Selangor bercuti di rumah sambil membaca Al-Quranlah harapnya. Kalau tidak, berfaedah lagi kamu ke tempat kerja.

Kan.

Ha ha.

Tak... tak dengki pun.

Hai, orang Selangor.
Tak bangun tidur lagi ke?
Sudah-sudahlah membutanya.

Tak... tak dengki pun.

Bukan sebab dengki. Apa sebab pula mahu dengki mendengki. Bukan seronok pun banyak tidur. Sesungguhnya, tidur yang berlebihan itu boleh menumpulkan akal. Lainlah kalau letih yang menggila gara-gara bangun bertahajud pagi tadi kan. Itu dimaafkan mungkin.

Tak... tak dengki pun.

Ok.

Nuzul Quran hari ini.

Peristiwa Nuzul Quran ini berlaku pada malam Jumaat. Bersamaan 17 Ramadhan. Tahun keempat puluh satu daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Nuzul itu bermaksud....

Turun.
Atau berpindah dari atas ke bawah.

Dan lima ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah tidak lain dan tidak bukan, surah Al-'Alaq.

Iqra'.

Bacalah....

Allah suruh baca.

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Telah diciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajarkan (menulis) dengan pena. Yang mengajarkan manusia apa-apa yang tiada diketahuinya." (Al-'Alaq: 1-5)

Lima ayat tentang Surah Segumpal Darah.
Yang diturunkan di Makkah.

Maka.

Menggeletarlah seluruh tubuh Nabi Muhammad SAW sewaktu sedang beribadat di dalam Gua Hira itu. Dan pada ketika itulah, Nabi Muhammad SAW yang tidak pandai menulis dan membaca itu menerima wahyunya yang pertama daripada Allah SWT.

Iqra'.
Iqra'.
Iqra'.

Bacalah.
Bacalah.
Bacalah.

Makanya.

Di saat Ramadhan sudah melangkaui separuh dari usianya, sudah sampai manakah ayat-ayat Al-Quran itu dibacanya? Sudah tiga perempatkah? Atau, sudah khatamkah? Atau belum mulakah? Atau sudah hilangkah kitab Al-Qurannya? Atau, tidak peduli langsung untuk menjamah walau sehelai mukasurat?

Ish... ish... ish.

Kita... kita err, masih belum separuh lagi isi Al-Quran dibacanya.
Jauhnya lagi mahu dikejar.
Tsk....

-_-"

Semoga sempat dihabiskan.
Perlahan-lahan kayuh.
InsyaAllah.

Oh, ya.

Ada seorang teman mengajukan soalan.

Mengapakah bukan surah Al-Fatihah yang diturunkan terlebih dahulu? Bukankah surah Al-Fatihah itu ibu segala ayat? Bukankah ia surah pembukaan Al-Quran?

Kita yang sedia maklum jahil ini tak terfikir pula.

Hmm....

Kamu rasa kenapa_

Kategori:

12 Responses to "Wal Nuzul Quran"

Nana CS said :
September 7, 2009 at 10:09 AM
kenapa?
(haha, tanya balik)
Anonymous said :
September 7, 2009 at 10:49 AM
Untuk jawapan itu boleh dirujuk pada yang pakar,boleh la jenguk2 kat sini http://bincang.net/forum/showthread.php?t=85259

P/s : Maaf jika salah, anon jahil skit bab agama..hehe

The Anon
famia said :
September 7, 2009 at 11:07 AM
nananya: -_-"

anon: hehe. terima kasih banyak2 atas link itu. semoga Allah berkati kamu selalu. macam itu juga saya cuba jawab. sesungguhnya, setiap surah itu diturunkan secara berperingkat dan bersesuaian dengan asbab ann nuzulnya. tidaklah surah al-'alaq itu menjadi surah pertama atas alasan ia dinuzulkan terlebih dahulu. nanti kalau berkesempatan boleh cerita panjang perihal surah Al-Fatihah agaknya. apa2 pun wallahualam.
curX said :
September 7, 2009 at 11:12 AM
emm.. org selangor yg ni x tido ek. lps solat subuh tadi terus siap2 gi keje. terngiang2 bunyi "ka-ching". alhamdulillah dpt extra pay lagi bulan ni, keje public holiday. elok la dari tido je kat umah, hihih ^_^

p/s: tak dengki kan? heheheh :p
nkniessa said :
September 7, 2009 at 12:00 PM
org shah alam yg ni plak, pun kat tempat keje gak ni... macam org KL gak.. nak wat cam na, company cina.. diorg x amik cuti nuzul quran ni walaupun dok kat selangor. pelik kan??

Persoalan ttg Al-Fatihah diletakkan sbg surah yg pertama tu dan wahyi pertama diletakkan pd surah yg ke 96 tu... adalah mukjizatnya.. bagaimana surah2 dlm AlQuran tu disusun sebegitu, ada maksudnya yg tersirat. Hanya mereka yg mendalami ilmu AQ sahaja yg mendapat jawapannya.. sama-samalah kita belajar dan mengenali Al-Quran....
siPenGarut.. said :
September 7, 2009 at 12:42 PM
This comment has been removed by the author.
siPenGarut.. said :
September 7, 2009 at 12:52 PM
salam...saya org shah alam gak...tapi sekarang nie tengah menetap kt bandar persisir pantai..ader setahun lagi kena duduk sini..xsabar nak balik bandar angrik...walau bagaimanapun masih merase cuti nuzul-quran..
ape yang saya lakukan pada hari yang berbahagia ini??
ape ye??
errr...
errr...
tido..tido..tido..oh ye...sebentar lagi kene bt keja sekola...emmm..sehari yg sungguh langsung tidak bermakna perlakuan ini dikala hari ini menyimpan satu kisah yang hebat....ini semua kerana dah menjadi satu tradisi dimana...pabila cuti..semua orang akan berpendapat...hari untuk berehat..hari unutk tido...hari untuk pergi jalan-jalan....kenapa ye??...kenapa bukan hari cuti seperti nuzul-quran nie dianggap sebagai hari untuk beribadat??
................................
moral: jangan tido lebih sangat...karang kepala jadi bebal..hari nie berbuka makan per yek???
..........................................
p/s: panjang nye....sori mengarut panjang sangat..
z@f!r said :
September 7, 2009 at 1:23 PM
orang sabak bernam ni lak baru je bangun dari tido.. terlajak lak tidur di hari cuti ni.. tapi kesimpulannya memang best cuti harini.. ;p
yoro okino said :
September 7, 2009 at 2:45 PM
heheh..
aku smpai tengah dah berenti
uwaaaaaaaaa...huhuh
famia said :
September 7, 2009 at 7:04 PM
kurk: hehe. ye? baguslah. pintu rezeki itu pagi-pagi buta.

nang: hehe. ya. memang ada asbab ann nuzulnya. apa-apa pun mari baca Quran. wajib baca sekali dengan terjemahannya.

ace: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. hehe. bangunlah wahai ace. habis separuh hari macam itu saja.

zafir: hehe. kalau saya jadi kamu, kemungkinan besar saya juga terlajak woh! apa-apa pun, cuba untuk jangan tidur selepas sahur. tengok tajam tak tajam akal dibuatnya. hehe.

yoro: eh, jangan berhenti separuh jalan. kasi habislah. sayang tu.
BUJANG SUSAH said :
September 7, 2009 at 7:43 PM
Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila
klik disini. Semoga bermanfaat insyaAllah..Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain(Hadis riwayat Al-Qudhi).

blog anda bagus...!!! Teruskan menulis.. dan semoga sejahtera sentiasa.
selamat menjalani ibadah puasa.. semoga sentiasa diberi keberkatan.. insyaAllah. wassalam.
famia said :
September 8, 2009 at 2:10 AM
Bujang: Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. terima kasih menyinggah ke blog tak berfaedah ini. terima kasih banyak2 juga atas info dan tips itu. insyaAllah jika berkesempatan saya tengok. selamat berpuasa juga. semoga kamu diberkati Allah selalu.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.