Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, September 15, 2009


_Penat.

Letih.
Penat.
Letih.
Penat.

Sekurang-kurangnya, satu kali setiap hari pasti terkeluar perkataan penat. Dan letih. Dan penat. Dan letih. Terkeluar dari mulut akulah. Kadangkala terkeluar dalam hati juga. Samada sengaja atau tidak disengajakan. Akulah manusia yang menggelupur bila ditimpa ujian. Gedebak gedebuk tergolek.

"Tapi. Kenapa aku je yang kena. Bukan ke Allah itu Maha Penyayang." Kata hati kecil.

Wahai manusia, sebab Dia sayanglah dia bagi ujian.

Tapi....

Dah, jangan banyak cakap.

Sesungguhnya, Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kesanggupan hambaNya.

Ingat.

Tidak akan membebani.
Melainkan sesuai dengan kesanggupan saja.

Ingat.

Ok, ingat.

Makanya, cuba rileks sikit.
Bawa bertenang.
Senyum.

Tapinya.

Jika tak mampu juga mahu menahan kepenatan dan keletihan itu, ada caranya. Percuma saja. Tak perlu pakai pembantu rumah. Pergi rumah urut pun tak payah juga. Minum air tongkat Ali pun tak payah juga. Caranya teramatlah mudah saja.

Percuma saja.
Senang saja.

Iyalah, apa dia.

Percuma saja.
Senang saja.

Iyalah!
Apa dia!

Sabar itu separuh daripada iman. Cuba sabar sikit. Baru ulang dua kali dah mengamuk. Tahulah Syawal sudah melambai. Tak sabar-sabar nak lepaskan nafsu ke. Tak tahu ke segala angkatan syaitan pun bakal terlepas. Makin menggilalah hawa nafsu itu nanti.

Iyalah, faham.
Ok, apa dia.

Ha, macam itulah.
Bersopan kan lebih manis.

Hah.
Nak tahu ke rahsianya?
Sabar. Baca ini dulu.

Ini kisah mereka.
Kisah Ali bin Abi Talib dan Fatimah Az Zahrah.

Sesungguhnya, sewaktu Ali bin Abi Talib berkahwin dengan Fatimah Az Zahrah, hidup mereka memang diselubungi dengan keadaan yang serba dhaif. Cuma berbekalkan selimut, bantal, penggiling gandum, dua gelas dan beberapa botol minyak wangi saja.

Tidak ada satu pun perabot yang berharga di dalam rumah itu. Bahkan kerana kemiskinannya, Ali tidak mampu menggaji pembantu untuk membantu pekerjaan isterinya yang berat itu.

Akhirnya pada suatu hari.

Berkatalah Ali kepada Fatimah,"Kau begitu penat wahai Fatimah. Tidak sanggup hatiku melihatmu. Kiranya Allah telah mendatangkan beberapa tawanan. Cubalah kau minta satu untuk membantumu di sini."

Kesudahannya, dengan berat hati Fatimah menemui ayahnya.

"Kenapa kau wahai puteriku?" tanya Rasulullah SAW kehairanan.

"Tidak ada apa-apa wahai ayahku. Aku hanya ingin memberi salam."

Sesungguhnya, Fatimah teramatlah malu dan segan mahu mengutarakan keinginannya. Lalu, melangkahlah Fatimah pulang kembali kepada suaminya dengan hati yang berat.

Ali yang benar-benar kasihan melihat isterinya, mengajaknya kembali menemui Rasulullah SAW. Kali ini, Ali sendiri yang menyampaikan hajatnya sedangkan Fatimah cuma tertunduk malu.

"Demi Allah, tidak! Aku tidak akan memberi kamu satu pun. Tawanan itu sudah aku jual untuk memberi makan para ahli Suffa yang kelaparan dan ada 80 orang." jawab Rasulullah SAW menolak permintaan mereka.

Akhirnya.

Mereka berdua pun melangkah pulang setelah menyampaikan maaf dan rasa terima kasih. Namun begitu, sesungguhnya permintaan mereka itu telah mengetuk hati nurani Rasulullah SAW akan penderitaan mereka berdua.

Malam itu, Rasulullah SAW singgah ke rumah mereka.

"Mahukah kamu aku ajarkan sesuatu yang lebih baik dari permintaan kamu siang tadi?" tanya Rasulullah SAW dengan lembut.

"Tentu saja kami bersedia, ya Rasulullah SAW." jawab mereka serentak.

"Ini aku terima dari Jibril a.s. Setiap kali kamu selesai solat bacalah tasbih sepuluh kali, tahmid dan takbir juga sepuluh kali. Kemudian, ketika akan tidur bacalah tasbih, tahmid dan takbir masing-masing 33 kali." kata Rasulullah SAW.

Sesudah itu.

Rasulullah SAW pun bergerak pergi setelah mengajarkan kalimat untuk membekali mereka menghadapi kelelahan dan kepenatan. Tiga puluh lima tahun kemudian, Ali kemudiannya mengakui kemujaraban doa tersebut.

"Demi Allah, benar-benar mujarab. Setelah Rasulullah SAW mengajarkan itu kepada kami, kami tidak pernah sekejap pun meninggalkan doa itu hingga sekarang." kata Ali kepada para sahabatnya.

Nah.

Sekarang dapat tak rahsia mebuang penat lelah secara percuma?

Dapat tak?
Dapat tak?
Ke tak?

Rahsianya.

Setiap kali lepas solat.
Baca tasbih 10 kali.
Tahmid 10 kali.
Takbir 10 kali.

Tasbih itu SubhanaAllah....
Tahmid itu Alhamdulillah....
Takbir itu Allahuakbar....

Sebelum tidur pula.
Lepas main Facebook (akulah itu).
Baca tasbih 33 kali.
Tahmid 33 kali.
Takbir 33 kali.

InsyaAllah.

Penat pun tiada. Letih pun tiada.

Katakan TAKNAK pada PENAT LELAH.

Boleh tak_

Kategori:

6 Responses to "Tips Menghilangkan Penat Lelah"

Anonymous said :
September 15, 2009 at 11:25 PM
amat betul. amalan yang baik buat para isteri yakni ibu yang kerjanya lebih berat daripada mereka yang bekerja di luar sana. dah kawin nanti jgn lupa amalkan ye.. pasti suami bahagia punya isteri yang redho dan sentiasa sanggup melayan kerenah suami yang macam-macam.
famia said :
September 16, 2009 at 4:55 AM
anon: salam. hehe. belum kahwin pun boleh apply je. bacalah. berzikir tu bagus untuk semua orang bukan.
BasicCX said :
September 17, 2009 at 12:49 AM
Assalamualaikum,

SubhanaAllah, sungguh ini adalah cerita yang baik untuk saudari, namun ceritanya tidak lengkap tapi tidak mengapa asalkan intipatinya saudari fahami dan perolehi. :)

Ketahuilah, setiap gerakkan anggota badan, sendi-sendi tulang, keringat, peluh, penat, kesakitan yang saudari lakukan semuanya dikira disisi Allah, Allah menjadikan sesuatu itu susah dan payah bukan kerana tidak kasih dan sayang kepada hambaNya. Kerana kasih dan sayanglah Allah menjadikan sesuatu itu susah agar kita berusaha melaksanakannya dan ganjarannya menanti bagi kita sebahagian kecilnya di dunia dan sebahagian besar lagi di akhirat.

Dan ditambah pula dengan pahala kesabaran, subhanAllah, Alhadumlillah, Allahuakhbar, pahala yang tidak terkira disisiNya..
BasicCX said :
September 17, 2009 at 12:50 AM
Dan ditambah pula dengan pahala kesabaran, subhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakhbar, pahala yang tidak terkira disisiNya..
dboystudio said :
September 17, 2009 at 6:22 AM
terima kasih..
famia said :
September 23, 2009 at 12:32 AM
Basic: Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. Sesungguhnya cerita ini boleh tahan panjang sebenarnya. Terpaksa dipendekkan. Ada satu kata pujangga, 'Setiap ruas daripada tulang manusia itu adalah sedekah pada setiap hari matahari terbit'. Lebih kurang begitulah. Yalah kan. Tak ada kata-kata lain yang lebih baik melainkan bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepadaNya. Walaupun sedikit, biarlah diamalkan berterusan kalau boleh. Semoga amalannya menjadi bukit. Terima kasih. Semoga Allah berkati kamu selalu.

dboy: sama dengan. terima kasih juga.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.