Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, September 02, 2009


_Antara yang benar dan yang tidak.

Yang tidaknya.
Manusia sentiasa mengejar zaman. Bimbang dikatakan ketinggalan zaman.

Yang benarnya.
Zaman itu sentiasa meninggalkan manusia. Kerjanya memang tinggalkan saja.

Zaman tidak kekal. Akhirat saja yang kekal. Dan akhirat saja yang setia menunggu manusia. Namun, jarang-jarang manusia memandang dan mengejarnyanya. Ada. Bukan tiada. Cuma kadangkala tidak berapa nak beristiqamah memandang dan mengejarnya. Termasuklah kita.

Hidup di dunia ini tidak lama.
Hidup di dunia ini hanya sementara.

Kata seorang da'e kecil bernama Bunga....

Dari kecil besar.
Setelah besar, nikah.
Setelah nikah, punya anak.
Setelah punya anak, punya cucu.
Setelah punya cucu, kok....

Mati.

Yang putih, ikut bendera putih.
Yang hitam, ikut bendera hitam.
Yang belang-belang, ikut bendera belang-belang.

Betul. Betul. Betul.

Di akhirat sana.

Manusia masing-masing membawa bekalan oleh-olehnya. Jika penuh dan berat bekalannya, syurga ganjarannya. Tetapi, jika bekalannya ringan dan sedikit saja, boleh jadi bahang api neraka itu pasti kena tempiasnya. Atau terpercik sikit-sikit saja. Boleh jadi tiada. Hanya Allah yang layak menilainya.

Namun, jika bekalannya kosong semata-mata.....

Lihat ke syurga, senyum. Lihat ke neraka, menangis. Kejap menangis. Kejap tersenyum. Kejap menangis. Kejap tersenyum. Lama-lama disangka gila. Hilang sudah kewarasannya. Kosong. Sekosong isi bekalannya.

Yang tinggal cumalah segala anggota badan sebagai saksi hayat di dunia.

Mati.

Bukan senang mahu merindukan mati. Aku sendiri pun masih gerun dengan kematian. Bekalan oleh-oleh ini pun masih tersangat ringan. Dan sangat sedikit. Langsung tidak cukup mahu dibawa 'pulang'. Maka. Bukan senang mahu merindukan mati. Kerana dengan mati, kita bakal kembali kepada pemilik nyawa. Dan bersedialah kita untuk dihisabNya.

Hidup di dunia ini tidak lama.
Hidup di dunia ini hanya sementara.

Maka.

Berusahalah untuk cuba menambah ilmu agama.
Berusahalah untuk cuba amalkan segala yang diperintahkan.
Berusahalah untuk cuba tinggalkan segala yang dijangankan.

Dan.

Berusahalah untuk cuba tidak peduli dengan kata-kata manusia melainkan yang baik-baik sahaja. Sesungguhnya, mereka yang mengajak ke arah kemaksiatan dan kejahatan memang layak ditinggalkan. Tapi kalau kesian, ajaklah berbuat baik sama. Mudah-mudahan lembut hatinya. Tolong ingatkan aku sama. Tolong ajak aku sama.

Orang putih kata.....

I don't give a thing about anything you said unless it has something good.

Maka, memang patut bersyukur juga jika kau keras kepala mengalahkan besi keluli dan logam. Sesungguhnya teramat mudahlah mahu menapis benda-benda tak baik dan baik. Dengan syarat, kau mahu jadi baik. Nawaitu itu penting. Kalau nawaitu kau mahu jadi jahat atau tiada nawaitu, hanya Allah saja tempat tolongmu.

Dan kalau orang kutuk-kutuk serta memaki hamun kau, berterima kasihlah. Senang-senang saja kau dapat pahala. Ingat senang ke nak dapat pahala. Dengan syarat kau janganlah maki dia balik. Sabar dan sabar dan sabar. Itu salah satu taktik juga mahu menambah ganjaran. Bukan taktik kotor.

Dan yang paling penting.

Berusahalah untuk cuba ambil peduli segala yang difirmanNya.

Berusahalah untuk cuba.

Ok... ok.
Aku cuba.
Aku tak janji.
Tapi, aku cuba.
Dan tetap mahu cuba.

Kena cuba.

Sebab berjuang menentang hawa nafsu itu bukan kerja mudah. Itu jihad yang terbesar. Kalau awal-awal lagi sudah kalah, tak malu ke sambut bulan Syawal sebagai bulan kemenangan. Meraikan kekalahan di tangan hawa nafsu. Tapi aku tahu, tak ada orang pun yang malu kalah di tangan hawa nafsu. Sebab aku pun macam itu. Isk. Tapi kalau ada memang alhamdulillah. Tolong menangkan aku sekali.

Ok... ok.
Aku cubalah.
Sedikit demi sedikit.
Dan harapnya berterusan.

Untung-untung dapatlah nanti sekeping istiqamah.

Kan.

Alamak!
Lupalah pula.
Tulis tajuk lain. Cerita pasal lain.

Ini kamu semua kena tonton.

Kalau Malaysia ada Akademi Al-Quran, Indonesia pula ada Pildacil. Pemilihan Da'i Cilik atau Pildacil. Aku baru tahu perihal Pildacil ini pun dari blog pakcik Nuaeman. Terima kasih pakcik. Semoga diberkati Allah selalu.

Yang paling aku suka, da'e bernama Bunga.
Memang macam bunga.

Sangat comel.
Sangat petah.
SubhanaAllah.

Aku wajibkan kamu semua tengok, silalah.



Hah.

Best kan?
Kan?

Bagus betul kalau ada rancangan televisyen macam ini di Malaysia. Mengingatkan tentang akhirat. Sentiasa. Setiap masa. Setiap detik. Sejak dari kecil pula itu. Dari rebung. Berbanding Tom Tom Bak. Mengajar anak -anak menari. Menyanyi. Melawa sana melawa sini. Kecil-kecil dah pandai. Dah besar nanti tak tahulah macamana, ish.

Alahai.

Aku faham.

Hiburan dan manusia ini memang sukar dicerai-beraikan. Aku sendiri pun macam itu. Namun, batasnya biarlah ada. Dan biarlah kena pada tempatnya. Dan biarlah tegak betul batasnya sebagai sempadan. Maka, marilah sama-sama membuat batas. Lama-lama boleh jadi petak sawah padi.

Eh, ke terbalik?

Maaflah. Aku tak pernah tanam padi. Teringin tapi KL dan Johor mana ada petak sawah. Aku nak tanam pokok manggis depan rumah pun tak lepas tahu.

Ok... ok.

Moga masih ada anak-anak kecil di Malaysia nanti yang melaungkan begini....

Allah tuhanku.
Islam agamaku.
Malaysia negaraku.
I love you.

Rawe rawe rantas. Malang-malang tuntas.

Maksudnya: Segala sesuatu yang merintangi maksud dan tujuan harus disingkirkan.

Hi hi hi hi.

*Tambah sikit*

Aku paksa kamu semua tengok yang ini juga.

Da'i bernama Nadia.



Semoga dapat hayati dan faham mesej yang disampaikan. Dan semoga timbullah rasa gerun dan takut yang terlampau akan seksaan Allah SWT. Sesungguhnya, tiada satu pun kemalangan ngeri yang setanding ngerinya azab seksaan Allah SWT. Takutlah dengan azab Allah.

Kalau Allah larang jangan buat, maka JANGAN buat.
Dekat pun JANGAN.

INGAT.

Sesungguhnya, tiada satu pun kemalangan ngeri yang setanding ngerinya azab seksaan Allah SWT.

Semoga kita sentiasa ingat-mengingati_

Kategori:

18 Responses to "Pildacil Pil Pil"

Dani neh said :
September 2, 2009 at 11:54 AM
"Berusahalah untuk cuba tidak peduli dengan kata-kata manusia melainkan yang baik-baik sahaja. Sesungguhnya, mereka yang mengajak ke arah kemaksiatan dan kejahatan memang layak ditinggalkan."

aaaaaaaa... ajak gi jalan TAR tak maksiat kot ek xai kan..

aaaaa..
tak paham neh

"Rawe rawe rantas. Malam-malam tuntas."

ape ek
famia said :
September 2, 2009 at 12:08 PM
dani: heheh. aku tak faham juga sebenarnya. apa entah rawe rawe rantas tu. nanti kena tanya siapa-siapa yang faham. tapi benda tu best disebut. aku macam agak maksud dia mungkin menyemai siang2 malam2 boleh tuai. agaknya kot. heheh.
daineso said :
September 2, 2009 at 1:51 PM
org pon.. cuba sedaya upaya supaya laila x tgk tom2 bak tu.. risau tgk bdk2 leh ckp.. idola dia mawiiii.. huhuhu xmooo
cacah said :
September 2, 2009 at 2:16 PM
famia....
entri ini bagusnya. :)
orgbelakang said :
September 2, 2009 at 2:34 PM
alolololo.. gile cumellllllllllll... muke cumel.. mate bulat.. rs nk picit2 je.. cumelnyeeeeeeee... mtk2 anak aku cumel camtu... [anak??? errr.. sape mau kawen ngn aku weh?? hahahaha]
etdebek said :
September 2, 2009 at 3:15 PM
ok.. dah tgk sampai abis.. bg aku theme n konsep rancangan ni dah bgs dah.. terbaik.. kalau wat kat mesia camni pon sure lg bgs.. cume aku x berkenan ngn audience dia yg x sesuai yg terover cam tgk konsert or game show or rancangan hiburan ke hape.. ish.. sgt x berkenan tul..
famia said :
September 2, 2009 at 4:18 PM
daineso: ecah.. insyaAllah Laila tak terjebak macam tu. heheh.

ecahKay: -_-" bolehlah sikit2 ecah. tak bagus mana pun ni.

suhaila: memang super duper gila comel. hai, sejuknya perut kalau dapat anak solehah macam tu. ha tang tema dia itu, mungkin sebab ada terselit humour di sebalik ceramah. sebab itu ada gelak. tapi cuba kau tengok yang Nadia itu. itu.. hmmm.. subhanaAllah. sampaikan penkomen dia pun menangis sama. lelaki tau. aku dari mula sampai habis tengok video Nadia ini bulu roma aku asyik tegak 90 darjah. terasa ngeri gila.
keiroro said :
September 3, 2009 at 12:26 AM
sooooo.. sweet la cara anak kecil ni bercerita. ;D

saya yang berumur 19 tahun ni pun tak dapat nak bercerita sebegini rupa. huhu.

btw, nice entri la. ;D
paiseh said :
September 3, 2009 at 11:59 PM
umah bujang gua slalu layan budak2 tarannum tv9 petang2...
sooo swit~
BasicCX said :
September 4, 2009 at 9:50 AM
Salam,

Ada download lagu yang dinyanyikan Nadia dalam video klip ni? Saya pernah ym satu link yang penuh dengan lagu.. itu pun kalu ada buka la.
BasicCX said :
September 4, 2009 at 10:01 AM
Salam,

Pembetulan untuk saudari, Rawe rawe rantas malang-malang tuntas bukan "malam-malam" ya.

Maksudnya: segala sesuatu yang merintangi maksud dan tujuan harus disingkirkan.
famia said :
September 4, 2009 at 1:14 PM
keiroro: hehe. anak2 kecil memang senang tarik hati orang tua.

pai: tarannum? bestnya. gua tak rajin tengok tv tapinya.

basic: Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. Terima kasih banyak2 tolong betulkan ya. Hehe. Akhirnya faham pun maksud sebenarnya. Lagu Opick kan tu? Ada pernah dengar. Err, tapi bukan dapat dari kamu. Pernah YM ke? Tak pernah dapat pula link itu. Kamu tersalah ID barangkali.
BasicCX said :
September 4, 2009 at 4:48 PM
Salam,

Memang betul pun silap, terhantar ke ID emel rupanya.. :)
famia said :
September 4, 2009 at 7:57 PM
Basic: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. walaweh! satu album Opick. Terima kasih sangat banyak ya. Baru dapat download dalam 4 keping lagu Opick. Patutlah besar. Terima kasih lagi 8 juta kali. Semoga Allah berkati kamu selalu.
13may said :
September 6, 2009 at 10:26 PM
kena sentiasa berusaha...

bak kata PM: pencapaian diutamakan :)
FdausAmad said :
September 7, 2009 at 5:36 AM
Gua nak gelak saja..hahahaa
famia said :
September 7, 2009 at 10:01 AM
13May: hehe. bak kata segala rasul. Allah diutamakan. :)

FdausAmad: Funky macam anak lu agaknya ni.
Anonymous said :
September 7, 2009 at 10:35 AM
Bak kata Anon..Layannn :p

The Anon

Post a Comment

Salam,

1. Terima kasih kerana menyinggah.
2. Harap dapat mengeja molek-molek.

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.