Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Saturday, September 26, 2009


_Ok... ok.

Saya ada satu pengumuman.

Saya nak jemput kawan-kawan datang beraya di rumah. Nombor 7, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Minggu terakhir Syawal. Sabtu, 17 Oktober 2009. Bagitahu dulu ek kalau nak datang. Jangan lupa. Terima kasih.

Ulang suara.

Sabtu.
17 Oktober.
Nombor tujuh.
Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Ulang suara.

Sabtu.
17 Oktober.
Nombor tujuh.
Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Ulang suara.

Oi, sikit-sikit dahlah.

Ok... ok.
Minta maaf zahir dan batin.

Kalaulah semua kawan-kawan aku dari semua ceruk networking menyinggah ke rumah macam dalam iklan KFC itu memang terkedu juga. Pernah jugalah dulu. Ngeri... ngeri. Haha. Tapi, tak apa. Setahun sekali. Aku dahlah sombong nak mati. Dah malas nak jemput kawan menyinggah ke rumah. Dah berapa tahun entah aku tak jemput kawan-kawan datang ke rumah.

Kiranya, sementara aku tengah mood bertenang dan ada hati nak jemput kawan-kawan habiskan makanan dekat rumah itu pun dah cukup baik. Apa punya kawanlah. Tak senonoh betul perangai. Jangan kawan dengan saya.

Tapi, jemputlah datang ke rumah beraya ya.
Saya tak makan orang.

Hi hi hi hi_

Kategori:

19 Responses to "Pengumuman Jemputan Datang Beraya"

paiseh said :
September 26, 2009 at 2:13 PM
yaayaayyyy!! jiran buat makan2.. yaaayayyyy!! hidup kejiranan...!

tapi kn.. macam x komplete je alamat~
apa taman..? seriyes gua tak tau ni..
paiseh said :
September 26, 2009 at 2:15 PM
peh.. tangkas je gua komen kn..???
hahahaha...!!
famia said :
September 26, 2009 at 2:25 PM
paiseh: kan gua dah roger, kalau nak datang bagitau. barulah gua bagi alamat yang lengkap. gila dangerous gua letak alamat lengkap kat sini. fuh, bahaya tu. lu sms lah nanti ye.
anes said :
September 26, 2009 at 2:38 PM
im IN!!!!
paiseh said :
September 26, 2009 at 3:14 PM
nak je gua gi banci satu2 taman wangsa wangsi cari umah nombor tujuh skang. hahahahaa..!!
famia said :
September 26, 2009 at 4:43 PM
anes: hehe. oke. nanti nak tanya Dani dengan Suhaila sekali.

pai: hehe. bukannya susah pun. kawasan umah gua ini je yang ada masjid besar.
luthtextile said :
September 26, 2009 at 4:52 PM
ada apa yang best, tuan tanah? ada duit raya tak?
famia said :
September 26, 2009 at 5:54 PM
luth: haha. ada rezeki. boleh ke jawab macam tu?
BasicCX said :
September 26, 2009 at 7:11 PM
Salam,

Diumumkan cik empunya blog ini menjemput sekalian yang membaca datang bertandang dirumahnya, silalah datang panggillah semua kaum kerabat, rakan-rakan datang sekali... hehe

P/S: Ikut sunnah Rasulullah S.A.W jemput seluruh sahabat dari kaum Ansar dan Muhajirin datang makan dirumah, yang dimasak cuma seekor kambing, tapi yang dipanggil, Allah sahaja yang tahu.. :)

Maka, datanglah ke rumah cik Huzaimatus Saadiah ni...

saya di jemput ke?
famia said :
September 26, 2009 at 7:28 PM
Basic: Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. hehe. Semua kaum Ansar dan Muhajirin? Wah, ramainya woh! Tak apalah. Saya jemput semua saudara seIslam. Kenal ke tak kenal ke, silalah datang. Tak adalah masak hebat2 pun. Tak ada juga benda yang best2 pun. Duit raya pun tak ada. Cuma sedikit juadah rezekinya mungkin. Hehe. Jemputlah datang. Kalau betul2 nak datang bagitahu ya. Nanti saya bagitahu alamat penuh. Alamat atas itu memang tak lengkap.
Nana CS said :
September 26, 2009 at 8:22 PM
faminye, aku tak dtg tau. aku ke luar daerah. aku yakin buzzy pun tak pegi.
ezad said :
September 26, 2009 at 9:14 PM
ehemmm...

u tak nak jemput i ke?

heh
Wisata Riau said :
September 26, 2009 at 10:34 PM
jauh banget....... Mahon maaf zahir dan batin yah..

Mari Kenali dan Kunjungi Objek Wisata di Pandeglang
Kenali dan Kunjungi Objek Wisata di Pandeglang
famia said :
September 26, 2009 at 11:51 PM
nananya: hehe. ya. tak apa. insyaAllah lain kali.

ezad: dah diajak tu wahai encik ezad.

Wisata: hehe. ya. sama dengan. Terima kasih berkunjung ke blog tak berfaedah ini. Selamat menyambut Syawal. Maaf zahir dan batin juga.
dboystudio said :
September 27, 2009 at 8:12 AM
bw satu bas la kalau gitu thehehehe
famia said :
September 27, 2009 at 12:13 PM
dboy: hehe. ajak ni sebab nak cukup syarat. nak datang ke tak datang ke takpe je. kalau boring2 ada kelapangan nak makan free, singgahlah. mungkin last kot panggil kawan2 datang rumah. selalu panggil kawan2 kiri kanan depan belakang je. ni first time panggil kawan2 atas bawah. haha.
Anonymous said :
September 28, 2009 at 1:18 PM
Yeay!! Ketupat Lau Loi ada tak?..ekekek, wah kena naik bas nih nak pegi nih, xpelah sy pegi kluang jeklah dekat skit..hehe

The Anon
dewajiwa said :
September 28, 2009 at 7:29 PM
kalau datang tapi kepala terserkup dengan beg kertas (ala-ala superhero lorong belakang) boleh tak? tapi 19hb tu..aiseh. di luar kawasan lah pulaks..
nuaeman said :
September 30, 2009 at 1:22 PM
aiseh.. jauhnya.. camna nak mai.. kamu kirim jelaa duit raya untuk anak-anak pakcik yee..

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.