Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, September 23, 2009


_Ini untuk aku.

Dan mungkin juga untuk kamu.

Antara panduan Imam Ghazali. Yang boleh digunapakai. Untuk aku. Dan barangkali juga mungkin untuk kamu. Agar kita tidak berlaku sombong dan angkuh antara satu sama lain.

  1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

  2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat berbanding kita.

  3. Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyaknya ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

  4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

  5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin pada suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya. Malah, mungkin akan menjadi insan yang lebih mulia berbanding kita.

  6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni Allah.


Dan....
Percayalah.

Pangkat dan harta bukan harga seorang manusia. Cuma iman dan amalnya saja yang membezakan antara kita. Selain daripada itu, kita tetap sama hina dan bakal kembali ke dalam tanah semula.

Pujian bukan untuk manusia. Pujian itu cuma untuk Allah semata. Jangan sekali-kali terasa riak dan angkuh dengan kehebatan dan kelebihan diri. Tiada satu pun yang boleh dibanggakan. Semoga kesombongan dan keangkuhan itu bukan milik aku dan bukan milik kamu juga.

Semogalah ya.

Pesanan saja-saja sempena musim perayaan.

Hi hi hi hi_

Kategori: ,

6 Responses to "Panduan Imam Ghazali - Tips Membunuh Kesombongan"

el said :
September 23, 2009 at 8:19 PM
hihihi~

Terima kasih bagi peringatan berguna di musim-musim raya ini. Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eid Adha. Semoga bergembira & berbahagia selaluuuu~

Heee~
keiroro said :
September 23, 2009 at 8:40 PM
wahhhh. orang lain sibuk update blog pasal hari raya, baju raya, dan bermacam-macam. cik famia pulak sibuk update pasal tips membunuh kesombongan. bagus bagus. ;D

ermmm, nak tanyala. betul ke hari raya juga dikenali juga sebagai hari riak ?
famia said :
September 23, 2009 at 11:24 PM
el: hehe. Sama dengan. Selamat menyambut Syawal juga.

keiroro: heheheh. Sebenarnya saya pun ada cerita Syawal, cumanya belum habis mengarang. Itu yang ditangguhkan dulu. Hari raya dikenali sebagai hari riak? Haha. First time dengar. Yeke? Setiap hari pun sebenarnya boleh jadi hari riak kalau diriakkan oleh mereka yang bersifat riak. Jaga hati dan napsu yang sudah terlepai itu. Jangan sampai riak jadinya.
M-I-N said :
September 24, 2009 at 5:45 PM
boleh juga menjadi tajuk tips membunuh prasangka.
September 24, 2009 at 10:24 PM
suka...
famia said :
September 25, 2009 at 7:52 AM
min: ya? haha. cool. boleh juga.

ain: semoga ada manfaatlah ya.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.