Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, September 08, 2009


_Letak balik.

Status di Facebook.

Sahaja aku menahan diri daripada mendengar lagu raya dan yang sewaktunya, dengan niat takut hancur mood kerja yang tinggal lebih kurang dua minggu ini kerana Allah Taala. Amin... oh, amin!

Sesungguhnya, betapa lajunya Ramadhan berlari. Sudah 18 Ramadhan. Semangat mahu menyambut Syawal semakin menipis. Mungkin sebab kita belum terdedah dengan radio dan juga televisyen agaknya. Sebiji lagu raya pun belum menyelinap ke gegendang telinga. Semoga masih terpeliharalah gegendang telinga ini dari dirempuh masuk lagu-lagu raya yang bakal menghancurkan semangat bekerja dan juga semangat beribadah.

Percayalah.

Kalau dengar lagu raya banyak sangat....

Nescaya, kamu semua pasti terlupa akan Ramadhan. Sekaligus, semakin terasa berat mahu melangkah ke masjid. Mahu bersolat taraweh. Mahu bertadarus Al-Quran. Mahu solat tahajud di malam hari. Asyik teringat kuih raya. Baju raya. Langsir raya. Kasut raya. Bunga raya. Dan sebagainya.

Di kala itu, bersedihlah para ahli kubur.

Semakin gelaplah cahaya di tanah perkuburan. Cahaya-cahaya yang datang dari amalan dan bacaan Al-Quran mereka yang masih hidup kepada mereka yang telah mati. Dan para ahli kubur cuma mampu memegang dulang-dulang kosong tanpa berisi cahaya. Bagi menerangi kubur mereka.

Dan semakin bersedihlah para ahli kubur.

Kerana dengan berakhirnya Ramadhan, segala siksaan ke atas ahli kubur bakal disambung kembali. Dan bermulalah jeritan-jeritan ahli kubur dengan siksaan yang setimpal dengannya.

Kalau boleh, hayatilah Ramadhan sampai habis.

Dan kalau boleh, carilah malam Lailatul Qadar. Lagi pula, mana tahu ini Ramadhan yang terakhir ke kan. Sesungguhnya, ajal dan maut itu memang rahsia Allah. Sebab itu kena berjuang habis-habisan untuk Ramadhan 1430H ini. Hanya pejuang tegar hawa nafsu saja yang layak meraikan kemenangan di bulan Syawal.

Makanya.
Berusahalah untuk cuba menahan telinga dari terselinapnya lagu-lagu raya.

Agi hidup agi ngelaban.

Berusahalah_

Kategori:

12 Responses to "Nawaitu Separuh Ramadhan"

paiseh said :
September 8, 2009 at 3:44 AM
err.. apa salah lagu raya??
gua dah high duk layan nih.. hahahahahaa..!!
tapi still ingat ramadhan. quran still baca. tang takbir raya gua tak pasang. ksian mak gua kat sana~
famia said :
September 8, 2009 at 5:26 AM
pai: baguslah kalau lu tahan diri. hehe. gua tak kuat semangat nak dengar lagu raya. serba serbi jadi malas kang.
Nana CS said :
September 8, 2009 at 8:27 AM
aku tak dgr lagu raya lagi.
kalau dgr pun yg muzik akhir je.
September 8, 2009 at 8:44 AM
Semoga diberkati dengan pesanan ini, insyaAllah.
archiq said :
September 8, 2009 at 8:47 AM
xai... da start buat kuih raya ke? hehe..
famia said :
September 8, 2009 at 8:54 AM
nananya: hehe. kalau mahu dengar pun tak salah, cuma jangan keterlaluan. Nanti dikata Ramadhan tak seberapa, Syawalnya beria-ia kan. He he.

Khairulhak: sama dengan. semoga Allah berkati kamu selalu.

aciq: hep. tak boleh sebarangan panggil xai. hehe. kalau huzai takpe. maaf ya. kuih raya saya tak mula buat lagi. mak saja yang rajin buat. sebab nak kena bagi 2 atok. kluang dan kl.
archiq said :
September 8, 2009 at 2:30 PM
kena marah... huhu.. T_T
Anonymous said :
September 8, 2009 at 4:16 PM
Salam, tak boleh sembarangan panggil xai, abis nk panggil apa jika bukan xai? mmg sukar pun nk sebut nama dari huruf "x" iaitu xai..hehe

xai xai xai (huruf x sila gnti dgn huruf z) :p

The Anon
famia said :
September 8, 2009 at 4:27 PM
aciq: tu bukan marah ler.

anon: waalaikumsalam wbt. huzai. hehe. tak baik main2kan nama orang.
mirashi said :
September 8, 2009 at 8:59 PM
bulan ramadhan satu-satunya saat terbaik untuk berjaga dan belajar sampai dinihari
yea,sedih la ramadhan semakin berakhir:(
bayan said :
September 9, 2009 at 11:46 AM
Betul tu, pagi tadi dengar lagu Suatu Hari Di Hari Raya - Nyanyian M. Nasir. Kereta kehilangan balancing dan alignment. Macam nak belok balik kampung je. hahahaha..
famia said :
September 9, 2009 at 12:14 PM
mirashi: kan. hmm....

kak ila: Haha. Kelakar akak ini.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.