Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, September 10, 2009


_Sama dengan.

Ini pun tak berfaedah juga.

Sebab boleh karang dalam masa lima minit. Tak perlu pakai otak. Taip saja ikut suka hati. Ini barulah namanya 'Suka hati sayalah mahu taip apa-apa pun sebab memang tak berfaedah'. Panjang sungguh namanya. Sepanjang nama kita.

Hari ini sudah 20 Ramadhan.

Sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadhan. Maknanya, sudah lebih kurang sembilan belas hari kita berpuasa. Apa khabar si hawa nafsu? Sudah jatuh menyembah bumikah? Atau masih tegak berdiri. Semoga masih tegar melawan kerenah hawa nafsu yang pelbagai itu. Lagi beberapa hari saja mahu menang. Jangan biarkan kemenangan di tangan si hawa nafsu.

Sesungguhnya, sepuluh hari terakhir ini paling berharga.

Sebab....

Hadirnya Lailatul Qadar.

Semoga dipertemukan malam itu.

Ok... ok.

Kita baru terbau-bau semangat Syawal. Lambat sedikit dia datang. Minggu terakhir baru datang bau. Ini pun sebab hari-hari pasang lagu Raihan - Bismillah. Disebabkan lagu itulah kita terasa macam mahu raya. Mungkin sebab paluan kompangnya yang begitu ketara memalu hawa nafsu. Sehingga kita turut serta mahu berkompang sekali woh! Tak apa balik rumah nanti pergi berkompang dalam bilik.

Saya ada kompang.
Kulit kambing.
Murah sikit.
Wahooo!

Ya... ya. Dari Kuching.

Hah, dahlah.

Mari cari Lailatul Qadar. Daripada malam-malam pergi main School Vandals, Farmville dan Mafia Wars dekat Facebook itu, baiklah pergi cium sejadah berjam-jam. Kan? Kan?

Oh, ya.

Hari itu. Eh, bukan hari itu. Dah lama dah. Nananya ini ada tag aku. Suruh letak wallpaper desktop. Makanya, ini aku langsaikan hutang. Banyaknya hutang orang, ya Huzai. Aduhai. Sabar... sabar. Langsaikan secara slow and steady. Harap-harap sempat langsai semua.

Ok.
Ini desktop saya.
Sila klik jika mahu lihat saiz besar

Ya.

Sepatutnya lagi sedikit icons di desktop. Tak rajin letak banyak-banyak. Semak. Serabut ayam jadinya nanti. Yang ada di desktop itu pun sebab aku kena buka hari-hari. Dan ada games juga. He he. Konon-konon mahu lepaskan tekanan. Kononlah.

Oh, ya.

Ini ColorBurn widget.
ColorBurn

Boleh dapatkan di sini. Laman web utamanya di sini.Hari-hari ada theme color baru. Sungguh bahagia. Ada banyak je laman web yang bagi kemudahan skim warna ini. Cuma, aku suka letak sebagai widget.

Ingat senang ke nak pilih warna. Kalau design, pemilihan warna inilah salah satu aspek yang buat design aku siap lambat. Maklumlah, aku bukan budak grafik. Sangat amatur. Sikit-sikit itu tahulah. Pilih warna pun ikut sedap mata je. (Alasanlah itu)

Lagi satu.

Ini Calendar Islam widget
Calendar Islam

Ini simple punya widget. Dapat dari sini. Tapi, kamu kena pakai Yahoo Widgets dulu. Aku cari banyak hari itu. Terjumpa yang ini saja. Mungkin ada yang lagi hebat dekat luar sana. Carilah. Setakat ini, aku suka yang ini. Boleh belajar bahasa Arab yang sudah menumpul. Sekurang-kurangnya, tak adalah aku lost track hari ini keberapa haribulan dalam kalendar Islam. Kan. He he.

Hah.

Memang tak berfaedah betul entri ini.

Dah_

Kategori: ,

9 Responses to "Lagi Cerita Tak Berfaedah"

BasicCX said :
September 10, 2009 at 11:53 AM
Salam,

Pandai main kompang rupanya, main sebagai apa? melalu, selang, meranak? atau tak pun main kepang? :)


Perkongsian bersama untuk semua...


Doa Khusus Untuk Malam Lailatul Qadr

Dari 'Aisyah r.a., katanya: Saya pernah bertanya dengan berkata: "Ya Rasulullah, Bagaimana kiranya saya mengetahui akan malam Lailatulqadar itu dengan tepat, apa yang saya akan doakan pada saat itu?" "Baginda menjawab: "Berdoalah dengan doa yang berikut: (1)

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى


(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)

Maksud doa yang tersebut: "Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."
Nana CS said :
September 10, 2009 at 12:04 PM
woh. aku pun dh lupa pasal tag ni, hihi.
pu3sakura said :
September 10, 2009 at 12:26 PM
berfaedah jer entry ni pada saya yang tak tau ni...
dapat juga ilmu² pasal widget ...thanks
mugiwara said :
September 10, 2009 at 1:28 PM
colorburn tu akan tukarkan warne background destop ke?
famia said :
September 10, 2009 at 2:36 PM
Basic: Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. Fuh. Satu pun tak pernah dengar. Saya minat gila berkompang. Tapi, belum berkesempatan join mana2 kelas kompang. Hehe. Main kompang dan rebana sangatlah best. Simpan lagi hajat. Terima kasih banyak2 atas doa itu. Semoga kamu diberkati Allah selalu.

nananya: kebetulan aku teringat. hehe.

pu3sakura: hehe. ya ke. semoga bermanfaatlah. widget ini pun benda lama. dah basi. saya je sibuk2 pakai lagi.

mugi: hehe. taklah. dia cuma derma scheme color hari2 saja. tak dikacaunya background desktop itu.
keiroro said :
September 10, 2009 at 6:00 PM
waaa.. suka sangat sangat calendar islam tu. jari dah mula gatal nak klik download ni. ;D
September 10, 2009 at 11:11 PM
Terima kasih juga pada BasicCX. Dah dua tiga hari nak hafal doa tu, tak lekat-lekat dalam kepala, ini hari nampak dalam sini. Semoga mendapat keberkatan.
M-I-N said :
September 11, 2009 at 1:28 AM
cerita yang tidak berfaedah;namun ada faedah didalamnya.selamat menyambut 10 malam terakhir Ramadhan.
famia said :
September 11, 2009 at 7:55 PM
keiroro: hehe. silalah.

khairulhak: ya.

min: baik. sama dengan.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.