Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, September 01, 2009


_Adui.

Kenapalah kerek betul SQL Server Enterprise 2005 ini.

Lagi satu.

Virtual PC dan VM Ware. Yang mana satu lebih molek digunapakai. Dah terbiasa sangat dengan VPC. Bila terjumpa VMWare ini ibarat kera mendapat bunga pula. Satu biji benda pun terasa payah mahu digodek. Seronok lagi bergelumang dengan Photoshop dan Illustrator. Gores sana gores sini saja sudah boleh tunjuk kreatif.

Lagi dua.

Mana entah perginya semangat cintakan networking. Terasa menyesal pula. Mahu sambung semulalah CCNA yang terbengkalai di UiTM itu. Tapi, tak ada kawan mahu dibuat partner lab. Semua pun lelaki. Kalau kena dengan perangai yang malas itu memang sakit kepala dibuatnya. Tapi kalau kena dengan yang hebat bergaya kemahirannya memang kena tinggallah kita. Kenapalah perempuan tak berminat dengan networking. Seronok tahu. Apalah.

Lagi tiga.

Ayah ke Perak pula. Selama seminggu. Sejak semalam. Sabtu baru pulang. Hari semalam berbuka berdua saja dengan emak. Ini kalau terdengar takbir raya mungkin berjurai-jurai air mata kami. Mujur emak adalah emak. Sejuk sikit hati kita dibuatnya. Tak apalah. Sementara boleh duduk dengan emak ini, habiskan saja masa dengan emak sampai habis.

Lagi lima.

Kena bagi Technical Implementation punya training. Alahai. Terasa sangat tersangat sukar. Aduhai. Jangan mengeluh. Jangan mengeluh. Mari selawat Fatih 100 kali sehari. Semoga dipertemukan jodoh laju-laju. Eh, silap. Mari selawat ke atas nabi sekarang. Untung-untung terlerai sikit kegusaran, susah hati dan dukacita nestapa yang tengah seronok bersarang di hati.

Ini apa ini.

Tengah mengadu sambil mengeluh bagai ke Huzai. Tak baiklah. Cuba sabar sikit. Baru kena jentik dengan kesusahan pun dah menggelupur. Entah apa-apa. Ini bulan puasa ini kena berjuang melawan hawa nafsu. Jihad terbesar itu. Cuba sabar sikit.

Ok... ok.

Wahai angin,
Tolong tiup sikit kesabaran ini.
Kalau nak tiup dengan debu pasir sekali pun tak apa asalkan tiup.

Fuh... fuh.

Maaf.
Sangat sibuk minggu ini.
Postpone sekejap entry lain.

Hah.

Yang keempat jangan ditanya.

Kategori:

11 Responses to "Kekacauan Jiwa"

www.dboystudio.com said :
September 1, 2009 at 9:45 AM
fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! bw2 bsabar... doa banyak2..
Nana CS said :
September 1, 2009 at 9:49 AM
eh, kau tak bagi lagi no phone kau.
famia said :
September 1, 2009 at 9:49 AM
dboy: aik? cargas.
famia said :
September 1, 2009 at 9:50 AM
nananya: aah. lupa. alamak. sori. nah.
curX said :
September 1, 2009 at 10:03 AM
virtual pc dari mikorsoft ek? dgr member ckp virtual pc slow, vmware lg laju. nak guna kata mana tu?

networking ek, why not go for linux/unix? bnyk main programming gak nih, since u do a lot of programming anyway. heheh, just my DOPosen lah..

p/s: unix engineer nyer salary lagi tinggi dari windows nyer engineer tau (samel jeling kat dop, heheheh)
famia said :
September 1, 2009 at 10:17 AM
kerk: hehe. dah guna dua2. VMWare mantap lagi. cuma itulah. tak biasa pakai. jenuh nak belajar sendiri. networking with linux unix? hehehe. tak ambik macam Dope. dia memang engineer merangkap admin untuk tu. plus, i NEVER do any programming since 2 tahun lepas. yang buat, mungkinlah HTML dan CSS sahaja. cuma mahu bereskan ilmu networking ini untuk buat consultancy saja. tapi kalau boleh turun ke bendang lagi baguslah. hahah. cuma peluangnya nipis sikit.
daineso said :
September 1, 2009 at 11:31 AM
uxaiii.. org dulu berangan konon nyer mcm cooll jer belaja networking nii... tp kan.. xmasuklaa.. nak faham pon lambat.. n terasa tersangat boring huhuhuh.. sori ek xleh nak join kamu smbg ccna.. org betul2 xleh pegi netwoking nii huhuh..
siPenGarut.. said :
September 1, 2009 at 1:55 PM
tidakkkk...dulu ader install vmware...sebab cikgu tadika suro..dia ajar maen kejar2 kt linux.suse..klu xbuat dia rotan...berat gle bnda vmware..seberat ikan paus...abis xlh maen game...pe lagi..vmware itu ke longkang r akhirNye..sampai sekarang xreti pakai...hahahah...
..............................
moRal: melentur buluh biar dari rebungnya..
..................................
famia said :
September 2, 2009 at 11:37 AM
ecah: heheh.takpe.

ace: hehehe. downloadlah balik kalau mahu cuba balik. bukan susah kan.
BasicCX said :
September 4, 2009 at 9:48 AM
Salam,

Dah cuba guna VirtualBox? Antara VMWare dengan VirtualBox. Saya pilih VirtualBox. Virtaul PC dah tolak jauh2... :D
famia said :
September 4, 2009 at 1:17 PM
basic: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. VirtualBox? Hah, first time dengar ni. Ok, lepas ini nak kena download. VPC sangat kroniklah performance dia.. hish. VirtualBox menang di tangan VMWare? Betul2 bagus ek? Kena cuba ni. Thanks bagitahu.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.