Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, September 14, 2009


_Betul.

Demi Allah, aku sangat ngeri.

Ngeri bila tengok jumlah followers makin hari makin tambah satu di NetworkBlog Facebook itu. Minta maaf sangat-sangat. Aku harap kamu semua tak follow aku lagi. Blog tak berfaedah ini. Mengarut apa benda entah semuanya. Nanti habis rosak fikiran kamu semua. Sesungguhnya, aku sangat benci dikenali orang. Dah lama aku terasa macam ngeri bila ada blog.

Demi Allah, aku sangat ngeri.

Ngeri bila ditanya di akhirat nanti, apa yang aku serapkan dalam fikiran orang yang baca ini. Ngeri bila ditanya di akhirat nanti, apa tanggungjawab aku pada saudara-saudara seIslamku. Ngeri bila ditanya macam-macam di akhirat nanti. Diri sendiri pun tak betul lagi, ada hati nak betulkan orang. Cakap tak serupa bikin. Ilmu agama pun sekangkang ayam saja. Sangatlah cetek. Tak sampai paras buku lali pun.

Demi Allah, aku sangat ngeri.

Makanya....

Janganlah follow aku lagi ya. Blog tak berfaedah ini. Anggap saja ini semua koleksi peribadi memori aku khas untuk aku yang cepat hilang ingatan ini. Lebih kurang macam kenangan, nota dan pesanan untuk diri sendiri saja. Khas untuk diri sendiri saja. Macam pentingkan diri sendiri. Tapi sebenarnya berat mahu memikul tanggungjawab.

Demi Allah, aku sangat ngeri.

Tolonglah eh.
Tak payah follow dah.

Demi Allah, aku betul-betul sangat ngeri.

Mungkin lebih baik private kan blog saja. Aku dah pegang hasrat ini sejak awal tahun 2009 ini lagi. Cadangnya mahu katup pada 21 Ogos hari itu. Tapi, entah kenapa belum tergerak. Benar, sesungguhnya iman manusia itu ada pasang surutnya. Bila bergejolak, beginilah. Manusia, oh manusia! Hehe.

Nanti suatu hari, bila keluar "For invited readers only."
Minta maaf ya.

Saat itu, Alkisahnyalah memang khas untuk aku saja.

Maaf ya_

Kategori:

22 Responses to "Kadangkala Jadi Seorang Blogger Memang Mengerikan"

keiroro said :
September 14, 2009 at 2:06 AM
nanti suatu hari,

bila keluar "For invited readers only.",

pastikan saya turut di "invite". ;D

boleh kan ?
abangpit said :
September 14, 2009 at 4:48 AM
ye.. jangan lupa invite aku juga..
famia said :
September 14, 2009 at 5:21 AM
keiroro & maoi: hehe. khas untuk si famia itu saja. maap ye.
nahwanNur said :
September 14, 2009 at 6:08 AM
Assalamu'alaikum ya ukht al kareemah.

sungguh hikmah dan manfaat itu terkadang ibarat debunga yang berterbangan, kita tidak menyedari wujudnya ia, namun tetap juga setiap hari kita melihat bunga sentiasa mekar. Hikmah dan manfaat itu anugerah milik ALLAH swt, yang tetap dalam jagaanNya, terkadang susah di lihat dari mata kasar, tetapi ada jika di selidik dari mata hati.

Ukht ana teringat kata naqibah ana, iaitu:
'Penulisan blog merupakan salah satu cabang dakwah. Ya mungkin ada setengah tu jelas manhaj penulisannya. Namun ada penulisan gaya santai yang menceritakan perihal hidupnya, yang mana kita selalu memandang itu hal yang ringan. Namun percayalah, bagi suatu kisah hidup itu ada pengajarannya untuk diri mahupun orang lain.'

Dan Imam Hassan Al Basri ada menyebut;
“Andaikata seorang muslim tidak memberi nasihat pada saudaranya kecuali setelah dirinya menjadi sempurna, nescaya tidak akan ada para pemberi nasihat. Akan menjadi sedikit jumlah orang yang mahu memberi peringatan & tidak akan ada orang-orang yang berdakwah di jalan Allah”

Saya juga pernah juga merasa diri kekoh di ikuti kerana menganggap ia seperti ketam mengajar anaknya berjalan, namun saya cuba fahami bahawa jalan dakwah itu pelbagai, dan manfaat itu milik ALLAH swt. Lalu setiap lohong itu walau sekecil zarah jangan kita tutupi kerana kerahsiaan itu pasti kelak terzahir di akhirat. Apa yang perlu adalah berusaha sebaiknya dalam menafsir cereka hidup di dalam tinta ibrah muslim, berdoa seterusnya bertawakkal, lalu memohon keampunan.

Teruskan menulis ukht, kerana ALLAH swt sendiri mengatakan;
"Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbeda keadaannya" - Al-Lail, 4

Itu yang saya pegang sehingga kini. La haulawala kuwwata illa billah.

Wllahu'alam bissawab wa barakallahu fiiki.

p/s: maaf atas komentar yang panjang
September 14, 2009 at 6:16 AM
Tak mengapa kalau tak mahu invite orang lain, tapi pastikan beri password Famia itu kepada orang lain. Err.. orang lain itu maksudnya saya seorang pun cukup.
curX said :
September 14, 2009 at 6:27 AM
kak yuna! nanyik kan lagu dan sebenarnya satu kali. hihihi ^_^
paiseh said :
September 14, 2009 at 7:55 AM
kena tukar lah nampaknya..

Al-Kisahku...lah


*takpayah lah! susah2 lu je~
famia said :
September 14, 2009 at 9:08 AM
NahwanNur: Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh wahai Nahwan. Dah lama nak bagitahu. Nama kamu subhanaAllah sangat cantik. hehe. Begitulah. Syukran banyak2 atas tarbiah Pencipta itu. Sejuk mendengarnya. Adat menjadi manusia, sekali sekala memang ada pasang surutnya. Di kala bergejolak, beginilah. Lemah gemalai sekejap. Itu yang rasa tak berapa nak seronok menulis dah. Tapi, sesungguhnya umat Nabi Muhammad SAW ni sangatlah gagah perkasa iman dan keteguhan hatinya (semogalah), maka mungkin kena pertimbangkan balik agaknya. Perempuan, kadangkala suka ambil tindakan terburu-buru. Salah sikit, silap sikit, terguris sikit habis semua melatah bersepai. Apa-apa pun, syukran atas pujukan dengan tarbiah Pencipta itu. Tertiup sikit bau syurga. Sayup2 je bau dia. Harum woh! Semoga kamu diberkati Allah selalu wahai Nahwan.

khairulhak: Eh, nak buat apa password saya. Ada blog private dalam itu. Alamak dah tercakap.

Kerk: -_-"

Pai: Ahakhakhakahkas. Nanti gua pertimbangkan balik wahai jiran.
rObOt said :
September 14, 2009 at 3:18 PM
ala..plis ;)
mungkin kamu yg rasa tak berguna, tapi sgt bermakna bagi org lain ;)
Anonymous said :
September 14, 2009 at 4:53 PM
*Bunyi Cengkerik*

The Anon
famia said :
September 14, 2009 at 9:52 PM
robot: hehe. ya. saya pertimbangkan. terima kasih baca blog tak berfaedah ni.

ezad: apekah? hehe.
September 14, 2009 at 10:39 PM
betul memang mengerikan bila ramai orang baca blog kita, lebih mengerikan bila orang yang kita tak mahu dia tahu pasal kita baca blog kita. aduh aduh. Takut~
curX said :
September 15, 2009 at 8:47 AM
heheh, maapkan komen merapu sblm nih. kadang ade gak rasa camni, mcm nak private kan blog, nak delete blog, etc. especially lps berkilo2 luahan mental/perasaan/etc dah dicurahkan kat blog. tapi pikir jual ikan lah (selfish), this is my blog so it's my right to write. asalkan tak berniat buruk & yg sewaktu dgn nye, x perlu risau apa org nak kata. kalo ada komen negatif pon jgn pedulik kan. org yg baca blog, they come and go. siapa yg tinggal, bole jadi kawan.

p/s: kalo tak konpiden caner nak nyanyi kat konsert nih?
famia said :
September 15, 2009 at 8:59 AM
ainun: hehe. kalau bercerita benda yang benar, tak perlu ada rasa takut. yang lebih menakutkan itu adalah orang yang baca itu terpengaruh dan buat benda tak senonoh sejajar dengan apa yang ditulis. nanti kat akhhirat ditanya, "Siapa ajar ko buat macam ni?" lepas itu si polan itu pun menjawab, "Tu hah. Si famia tu. Dia tulis kat blog macam tu. Saya folo saje."

Hah. ngeri woh!

kerk: hehe. Lain orang lain mentaliti kot. gua lebih cenderung pikir ke arah tanggungjawab menyebarkan benda2 tak baik atau benda baik. blog ni walopon ditulis sendiri, tapi masih hak masyarakat. hehe. tak ada satu pun dalam dunia ni yang milik kita sendiri melainkan sekeping iman dan amal semata. hehe. lagi pula, ni bukan masalah konfiden ke tak konfiden. ni masalah takot nak bertanggungjawab kat akhirat. hehe. blog ni, kalau mati esok lusa tuannya, blog begini saja. sampai luput blogger dot kom ni. kan? kan? hehe. apa2 pun masih belum putus asa lagi. kena sebarkan jugak benda2 yang baik walaupun satu ayat.
Nana CS said :
September 15, 2009 at 2:27 PM
eeeii..faminye ni, nakal betul.

takmoh kawan lagi.
aCe_LaNuN said :
September 15, 2009 at 7:01 PM
cik-famia...bile hari tu mendatang...bile ia tiba..mungkin name sy tlh tiada dlm blog nie..maka tidak dapat lagi menatap membace nukilan2 indah yg menyimpan seribu satu makna2 tersirat dan tersurat..ada diantara nya telah meen celikkan mata yg buta ini...emmm..sebelum blog ini ditutup kepada sy...sebelum cik-famia tidak mahu lagi memdendangkan nukilan nasihat kpd kami yg laen..
saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih..dan minta maaf atas segala ketelanjuran kate2 dalam sebarang comment2 didalam blog ini...mengharapkan agar cik-famia trus berjuang walaupun telah mengasingkan blog ini dari public..salam perpisahan...
//mcm nk berpisah betol2 lak...
................................................
moral: T__T...peRtemuan dAn peRpiSahan adeLah kEtentuAn iLaiH..seMoga iNi seMua adEr hikMah diSebaLiknya...
................................................
famia said :
September 15, 2009 at 8:21 PM
nananya: hihi. saya budak nakal. terima kasih.

ace: hehe. syahdunya. ya sama dengan. saya minta maaf juga atas perangai blog yang tak berfaedah ini.
catzer said :
September 26, 2009 at 6:06 AM
Sbb tu bile kita menulis blog kena fikir dulu sebelum tulis..post ko ok apa :)

Aku lebih suke mengutuk diri sendiri dlm post blog aku so at least aku sedar mmg byk benda dlm hidup aku yg capik.
famia said :
September 26, 2009 at 7:24 AM
cat: hehe. ada betulnya. tapi setiap orang itu memang wajib bertanggungjawab terhadap apa yang disampaikannya. nanti ditanya semula di akhirat kan. :)
Kujie said :
September 28, 2009 at 9:31 AM
Terus terang, selalu terasa seperti ini.
berdiri di tengah-tengah dan tak tahu jalan keputusannya... serba salah.

eh... Kak Jie pun tulis komen terikut cara tuan blog
nuaeman said :
September 28, 2009 at 3:21 PM
Ini yang aku khuatirkan..
famia said :
September 28, 2009 at 8:42 PM
kak Jie: Itulah. Ngeri kan.

Pacik Nuaeman: Sama dengan.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.