
_Syawal 1430H ini.
Sangat alhamdulillah.
Serba serbi cukup. Serba serbi lengkap. Memang Alhamdulillah.
Perihal Syawal aku, begini kisahnya.
Jumaat lepas bertolak ke Kluang, Johor. Memang kereta penuh di jalanraya. Aku pun penuh juga kerja di tangan. Sibuk sambung menganyam ketupat bawang. Di dalam kereta. Sampai habis semua daun itu aku kerjakan. Terasa macam lain kali nak ambil tempahan menganyamlah. Sebiji ketupat bawang dalam dua puluh sen ke mungkin. Freelance. Haha.
Sesungguhnya, menganyam itu bisa buat aku ketagih.
Macam dadah pula hai.
Tahun ini, masak-masak tak banyak sangat. Sebab mak dah siapkan semua perencah dari rumah. Sabtunya itu tak adalah banyak sangat kerja kena buat. Bolehlah nak concentrate dekat ketupat palas pula. Kalau bab ketupat memang aku thrill semacam sikit. Terasa macam lain kali nak ambil tempahan buat ketupat daun palas jugalah. Sebiji ketupat daun palas dalam dua puluh lima sen ke mungkin. Lebih lima sen sebab dia punya bentuk itu tiga segi. Freelance. Haha.
Sesungguhnya, ketupat daun palas itu bisa buat aku ketagih.
Macam dadah pula hai.
Cis, lapan kali nak ulang ayat.
Tahun ini. Tak masak burasak. Sebab hampir semua pokok pisang atuk sudah kembali ke dalam tanah. Tujuh kaki ke dalam tanah. Rosak. Digigit serangga dan sebagainya. Pokok pisang atuk ini tak berapa banyak antibodi. Maka, daunnya pun togel sana sini. Mana mungkin mahu buat burasak dari pokok yang telah togel daunnya kan.
Ya, betul... betul.
Tak mungkin.
Eh, kejap.
Aku kena bagi penerangan sikit ini agaknya.
Setiap tahun mesti orang suka tanya perihal Burasak.Malas betul nak terangkan. Mari sini aku terangkan.
Kebiasaannya, setiap tahun keluarga kami di Johor ini memang masak ketupat lebih dari dua jenis. Kami ada ketupat bawang, ketupat daun palas, ketupat lepat, ketupat lau dan juga burasak. Sebab kami ada campuran Bugis yang sudah tidak berapa Bugis sangat, makanya ketupat kami memang agak banyak sikit berbanding masyarakat Melayu yang biasa.
Nampaklah macam rare sikit kan.
Haha.
Ok.
Ketupat bawang itu dari daun kelapa.
Cara menganyamnya macam menganyam tikar. Bermula dari tiga gulungan kiri dan tiga gulungan kanan. Lepas menganyam, masukkan beras yang dah dibasuh dan sisipkan. Aku tak pandai nak ajar pakai mulut, kena duduk depan mata baru senang ajar menganyam. Boleh buat-buat garang sikit. Contoh ketupat bawang dan lain-lain contoh ketupat nasi boleh tengok di blog cik kak yang ini.
Ketupat daun palas itu pula dari pokok palas.
Cara membuatnya senang saja. Tak perlu anyaman. Lepas bentukkan ia menjadi segitiga, masukkan beras pulut yang sudah bercampur santan. Beras pulut dan santan itu perlu dipanaskan terlebih dahulu. Maksud aku, masak sampai separuh masak. Bagi santan itu meresap sampai pekat sedikit dalam beras pulut itu. Kadang-kadang boleh juga dimasukkan kacang soya. Ayah suka customize ketupat palas. Lepas itu, matikan ikatan ekornya. Ikat ketat-ketat.
Ketupat lepat itu pula dari daun kelapa.
Dihasilkan daripada lebihan daun kelapa yang belum digunapakai untuk ketupat bawang. Bentuknya macam silinder sikit. Panjang. Tak perlu anyaman. Panjang silinder itu lebih kurang panjang satu tapak tangan. Lepas bentukkan, masukkan beras pulut yang sudah bercampur santan. Bahannya sama macam ketupat daun palas. Lepas itu, ikatkan dengan tali rafia. Eh, bukan. Tali plastik yang warna merah itu. Tali apa itu hah?
Ketupat Lau itu pula dari daun pisang muda.
Ini antara ketupat orang Bugis. Ketupat ini perlukan acuan. Berbentuk trapezium. Macam piramid panjang. Acuannya itu menggunakan kayu. Tak tahulah ada jual lagi ke tidak sekarang ini. Dekat Pontian, Johor mungkin bersepah agaknya. Berasnya pula pakai beras pulut yang sudah bercampur santan. Macam ramuan ketupat daun palas. Lepas dah masukkan pulut, kumpulkan lima biji ketupat lau dan ikat berjemaah dalam satu daun pisang tua. Kemudian, ikatkan dengan tali plastik yang warna merah itu. Ini ketupat Lau. Makan dengan asam pedas atau pun serunding.
Terakhirnya, ketupat Burasak itu pula dari daun pisang muda.
Ini pun ketupat orang Bugis. Ketupat ini tak perlukan anyaman. Berbentuk segiempat tepat. Dan tidak tebal. Memang nipis. Tapi tetap bergegar dinding perut bila makan. Sebiji saja pun dah boleh mengenyangkan. Perut akulah yang cepat kenyang. Kapasiti kecil saja. Cara membuat burasak, aku pernah terang dekat sini. Kalau mahu tengok proses membuat burasak dan ketupat lau dari sumber lain, boleh juga tengok di sini. Burasak ini kebiasaannya dimakan dengan lauk ikan masak asam pedas. Tapi, kadangkala aku bantai saja makan dengan serunding dan kuah kacang. Sedap sehingga terlupa membaca Alhamdulillah. Ish... ish... ish.
Hah.
Itulah dia kisah ketupat-ketupat kami di musim perayaan ini.
Itu baru cerita perihal ketupat. Fuh. Oh, ya. Kalau teringin mahu merasa ketupat-ketupat yang rare itu bolehlah menyinggah ke Kluang, Johor. Aku tak pernah masak burasak dekat KL. Tempoh hayat ketupat-ketupat itu biasanya sampai hari raya ketiga saja. Maklumlah, saudara mara ramai. Sekejap saja dah habis. Kalau tak habis pun mesti basi.
Ok.
Itu perihal ketupat.
Next, perihal ziarah menziarahi pula.
Tahun ini. Memang seronok bila menyinggah ke rumah saudara mara. Hari raya pertama ke Pontian. Hari raya kedua pun sambung ke Pontian juga. Hari raya ketiga singgah ke Melaka pula. Dalam tujuh buah kereta kesemuanya. Meriah sungguh. Ramai-ramai berkonvoi. Bukan senang mahu berkonvoi. Ada etika dan adabnya. Kalau tidak nanti sesat. Maklumlah, masuk keluar kampung. Berderet-deret pula itu kereta sekali pergi. 
Atara Etika Berkonvoi
Hah.
Lagi... lagi.
Tahun ini, banyak pula anak-anak sepupu baru lahir.
Dan membesar bagaikan johan. Lepas itu macam biasalah. Semua makcik, pakcik, atuk, nenek dan sepupu sepapat sibuk tanya bila nak ehem... ehem. Tengok. Aku nak taip pun naik malas dah. Ini kan pula nak menjawabnya. Haha. Orang nak kahwinlah ini. Cuba bawa bertenang sikit. Aku pun rileks je bertenang. Orang lain pula yang susah hati. Sabar... sabar. Allah suruh sabar. Jangan gelojoh. Mungkin jodoh aku tak ada dekat dunia ke. Mungkin jumpa dekat syurga ke. Mana tahu kan. Dah. Sila bawa bertenang.
Hah.
Lagi... lagi... lagi.
Boleh pula sepupu sepapat, makcik dan pakcik bagai sebut-sebut pasal Yuna di musim perayaan yang bahagia ini. Muka macam Yuna. Pakai tudung macam Yuna. Cis! Lainlah. Sangat lain. Tak adil betul. Kecil hati emak saya. Hati saya pun macam dah nak kecil juga ini. Waemah aku lahir dulu tahu dari cik adik Yuna itu. Cis lagi sekali. Sudahlah. Tutup cerita.
Hah.
Lagi... lagi... lagi.
Tahun ini sangat banyak budak-budak kecil. 
Terasa macam diri telah menjelma menjadi seorang mak angkat babysitter yang boleh tahan ada sikit baik hati. Disebabkan bilangan mereka telah bertambah dengan pesatnya, duit raya pun perlu dihulur dengan pesatnya. Jangan kedekut wahai Huzaimatus. Ini rezeki orang lain. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Lagi pun budak-budak kecil itu lebih mulia dari kau wahai Huzaimatus. Belum ada satu dosa pun yang dikerjakannya. Cuba sedar diri sikit.
Ya, baiklah!
Hah.
Lagi yang terakhirnya.
Hoi, cukup-cukuplah itu.
Ya... ya.
Cukup-cukuplah.
Karangan ini memang gila panjang.
Minta maaf banyak-banyak wahai kamu semua.
Tapi kan.
Orang yang baca sampai habis ini pun boleh tahan gila juga. Tak ada kerja ke baca karangan mengarut ini sampai habis.
Kan.
Gambar raya semua aku dah letak dekat Facebook secara pukal. 
Kalau tak ada account Facebook itu minta maaf banyak-banyak. Tak ada rezeki nak berkongsi gambar agaknya. Tahun ini gambar tak berapa banyak. Lens standard aku rosak. Kena hantar servis nanti ini. Entah berapa ratus agaknya kena bayar. Aduhai. Yang ada ini pun semuanya pakai telephoto punya lens. Ada juga yang aku pakai kamera Lumix. Belasah sajalah asalkan ada gambar.
Hah.
Dah... dah.
Cerita tamat di sini_






