Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, September 25, 2009


_Syawal 1430H ini.

Sangat alhamdulillah.

Serba serbi cukup. Serba serbi lengkap. Memang Alhamdulillah.

Perihal Syawal aku, begini kisahnya.

Jumaat lepas bertolak ke Kluang, Johor. Memang kereta penuh di jalanraya. Aku pun penuh juga kerja di tangan. Sibuk sambung menganyam ketupat bawang. Di dalam kereta. Sampai habis semua daun itu aku kerjakan. Terasa macam lain kali nak ambil tempahan menganyamlah. Sebiji ketupat bawang dalam dua puluh sen ke mungkin. Freelance. Haha.

Sesungguhnya, menganyam itu bisa buat aku ketagih.
Macam dadah pula hai.

Tahun ini, masak-masak tak banyak sangat. Sebab mak dah siapkan semua perencah dari rumah. Sabtunya itu tak adalah banyak sangat kerja kena buat. Bolehlah nak concentrate dekat ketupat palas pula. Kalau bab ketupat memang aku thrill semacam sikit. Terasa macam lain kali nak ambil tempahan buat ketupat daun palas jugalah. Sebiji ketupat daun palas dalam dua puluh lima sen ke mungkin. Lebih lima sen sebab dia punya bentuk itu tiga segi. Freelance. Haha.

Sesungguhnya, ketupat daun palas itu bisa buat aku ketagih.
Macam dadah pula hai.

Cis, lapan kali nak ulang ayat.

Tahun ini. Tak masak burasak. Sebab hampir semua pokok pisang atuk sudah kembali ke dalam tanah. Tujuh kaki ke dalam tanah. Rosak. Digigit serangga dan sebagainya. Pokok pisang atuk ini tak berapa banyak antibodi. Maka, daunnya pun togel sana sini. Mana mungkin mahu buat burasak dari pokok yang telah togel daunnya kan.

Ya, betul... betul.
Tak mungkin.

Eh, kejap.

Aku kena bagi penerangan sikit ini agaknya.
Setiap tahun mesti orang suka tanya perihal Burasak.
Malas betul nak terangkan. Mari sini aku terangkan.

Kebiasaannya, setiap tahun keluarga kami di Johor ini memang masak ketupat lebih dari dua jenis. Kami ada ketupat bawang, ketupat daun palas, ketupat lepat, ketupat lau dan juga burasak. Sebab kami ada campuran Bugis yang sudah tidak berapa Bugis sangat, makanya ketupat kami memang agak banyak sikit berbanding masyarakat Melayu yang biasa.



Nampaklah macam rare sikit kan.
Haha.

Ok.

Ketupat bawang itu dari daun kelapa.

Cara menganyamnya macam menganyam tikar. Bermula dari tiga gulungan kiri dan tiga gulungan kanan. Lepas menganyam, masukkan beras yang dah dibasuh dan sisipkan. Aku tak pandai nak ajar pakai mulut, kena duduk depan mata baru senang ajar menganyam. Boleh buat-buat garang sikit. Contoh ketupat bawang dan lain-lain contoh ketupat nasi boleh tengok di blog cik kak yang ini.

Ketupat daun palas itu pula dari pokok palas.

Cara membuatnya senang saja. Tak perlu anyaman. Lepas bentukkan ia menjadi segitiga, masukkan beras pulut yang sudah bercampur santan. Beras pulut dan santan itu perlu dipanaskan terlebih dahulu. Maksud aku, masak sampai separuh masak. Bagi santan itu meresap sampai pekat sedikit dalam beras pulut itu. Kadang-kadang boleh juga dimasukkan kacang soya. Ayah suka customize ketupat palas. Lepas itu, matikan ikatan ekornya. Ikat ketat-ketat.

Ketupat lepat itu pula dari daun kelapa.

Dihasilkan daripada lebihan daun kelapa yang belum digunapakai untuk ketupat bawang. Bentuknya macam silinder sikit. Panjang. Tak perlu anyaman. Panjang silinder itu lebih kurang panjang satu tapak tangan. Lepas bentukkan, masukkan beras pulut yang sudah bercampur santan. Bahannya sama macam ketupat daun palas. Lepas itu, ikatkan dengan tali rafia. Eh, bukan. Tali plastik yang warna merah itu. Tali apa itu hah?

Ketupat Lau itu pula dari daun pisang muda.



Ini antara ketupat orang Bugis. Ketupat ini perlukan acuan. Berbentuk trapezium. Macam piramid panjang. Acuannya itu menggunakan kayu. Tak tahulah ada jual lagi ke tidak sekarang ini. Dekat Pontian, Johor mungkin bersepah agaknya. Berasnya pula pakai beras pulut yang sudah bercampur santan. Macam ramuan ketupat daun palas. Lepas dah masukkan pulut, kumpulkan lima biji ketupat lau dan ikat berjemaah dalam satu daun pisang tua. Kemudian, ikatkan dengan tali plastik yang warna merah itu. Ini ketupat Lau. Makan dengan asam pedas atau pun serunding.

Terakhirnya, ketupat Burasak itu pula dari daun pisang muda.



Ini pun ketupat orang Bugis. Ketupat ini tak perlukan anyaman. Berbentuk segiempat tepat. Dan tidak tebal. Memang nipis. Tapi tetap bergegar dinding perut bila makan. Sebiji saja pun dah boleh mengenyangkan. Perut akulah yang cepat kenyang. Kapasiti kecil saja. Cara membuat burasak, aku pernah terang dekat sini. Kalau mahu tengok proses membuat burasak dan ketupat lau dari sumber lain, boleh juga tengok di sini. Burasak ini kebiasaannya dimakan dengan lauk ikan masak asam pedas. Tapi, kadangkala aku bantai saja makan dengan serunding dan kuah kacang. Sedap sehingga terlupa membaca Alhamdulillah. Ish... ish... ish.

Hah.
Itulah dia kisah ketupat-ketupat kami di musim perayaan ini.



Itu baru cerita perihal ketupat. Fuh. Oh, ya. Kalau teringin mahu merasa ketupat-ketupat yang rare itu bolehlah menyinggah ke Kluang, Johor. Aku tak pernah masak burasak dekat KL. Tempoh hayat ketupat-ketupat itu biasanya sampai hari raya ketiga saja. Maklumlah, saudara mara ramai. Sekejap saja dah habis. Kalau tak habis pun mesti basi.

Ok.
Itu perihal ketupat.
Next, perihal ziarah menziarahi pula.

Tahun ini. Memang seronok bila menyinggah ke rumah saudara mara. Hari raya pertama ke Pontian. Hari raya kedua pun sambung ke Pontian juga. Hari raya ketiga singgah ke Melaka pula. Dalam tujuh buah kereta kesemuanya. Meriah sungguh. Ramai-ramai berkonvoi. Bukan senang mahu berkonvoi. Ada etika dan adabnya. Kalau tidak nanti sesat. Maklumlah, masuk keluar kampung. Berderet-deret pula itu kereta sekali pergi.



Atara Etika Berkonvoi

  1. Kalau boleh, biar semua peserta konvoi turut sama menggunakan kad Touch N Go. Atau Smart Tag. Atau juga berkonvoi membayar tol secara tunai.

  2. Kelajuan kereta di lebuhraya haruslah berkonvoi juga. Jangan membawa terlalu laju. Bimbang nanti ada yang tertinggal. Atau terlalu perlahan. Bimbang nanti menyumbang kepada kesesakan jalan raya. Sepertimana yang terjadi di tol Air Hitam. Cis, berzaman mahu beratur.

  3. Kalau boleh, gunakan lane kiri saja. Atau lane tengah. Tak perlu merempit secara berkonvoi di lane kanan. Kelihatan seperti agak biadab pula.

  4. Kebiasaannya bila masuk kampung ini memang susah nak cari jalan. Tanah merah. Jalannya pula sebiji kereta je muat dalam satu masa. Maka, sila jangan berhenti di tengah-tengah jalan secara berjemaah. Berhemahlah kepada semua pengguna jalan raya. Kadangkala, lembu pun sibuk mahu melintas juga. Sila beri laluan. Berhemahlah sikit.



Hah.
Lagi... lagi.

Tahun ini, banyak pula anak-anak sepupu baru lahir.

Dan membesar bagaikan johan. Lepas itu macam biasalah. Semua makcik, pakcik, atuk, nenek dan sepupu sepapat sibuk tanya bila nak ehem... ehem. Tengok. Aku nak taip pun naik malas dah. Ini kan pula nak menjawabnya. Haha. Orang nak kahwinlah ini. Cuba bawa bertenang sikit. Aku pun rileks je bertenang. Orang lain pula yang susah hati. Sabar... sabar. Allah suruh sabar. Jangan gelojoh. Mungkin jodoh aku tak ada dekat dunia ke. Mungkin jumpa dekat syurga ke. Mana tahu kan. Dah. Sila bawa bertenang.

Hah.
Lagi... lagi... lagi.

Boleh pula sepupu sepapat, makcik dan pakcik bagai sebut-sebut pasal Yuna di musim perayaan yang bahagia ini. Muka macam Yuna. Pakai tudung macam Yuna. Cis! Lainlah. Sangat lain. Tak adil betul. Kecil hati emak saya. Hati saya pun macam dah nak kecil juga ini. Waemah aku lahir dulu tahu dari cik adik Yuna itu. Cis lagi sekali. Sudahlah. Tutup cerita.

Hah.
Lagi... lagi... lagi.

Tahun ini sangat banyak budak-budak kecil.



Terasa macam diri telah menjelma menjadi seorang mak angkat babysitter yang boleh tahan ada sikit baik hati. Disebabkan bilangan mereka telah bertambah dengan pesatnya, duit raya pun perlu dihulur dengan pesatnya. Jangan kedekut wahai Huzaimatus. Ini rezeki orang lain. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Lagi pun budak-budak kecil itu lebih mulia dari kau wahai Huzaimatus. Belum ada satu dosa pun yang dikerjakannya. Cuba sedar diri sikit.

Ya, baiklah!

Hah.
Lagi yang terakhirnya.

Hoi, cukup-cukuplah itu.

Ya... ya.
Cukup-cukuplah.
Karangan ini memang gila panjang.
Minta maaf banyak-banyak wahai kamu semua.

Tapi kan.

Orang yang baca sampai habis ini pun boleh tahan gila juga. Tak ada kerja ke baca karangan mengarut ini sampai habis.

Kan.

Gambar raya semua aku dah letak dekat Facebook secara pukal.



Kalau tak ada account Facebook itu minta maaf banyak-banyak. Tak ada rezeki nak berkongsi gambar agaknya. Tahun ini gambar tak berapa banyak. Lens standard aku rosak. Kena hantar servis nanti ini. Entah berapa ratus agaknya kena bayar. Aduhai. Yang ada ini pun semuanya pakai telephoto punya lens. Ada juga yang aku pakai kamera Lumix. Belasah sajalah asalkan ada gambar.

Hah.
Dah... dah.

Cerita tamat di sini_

Kategori:

32 Responses to "Ini Cerita Syawal 1430H Saya"

Nana CS said :
September 25, 2009 at 8:43 AM
famia comel.
famia said :
September 25, 2009 at 8:51 AM
nananya: eh, taklah. adik gadis aku lagi kacak dan comel.
etdebek said :
September 25, 2009 at 10:45 AM
bosan weh cuti lame2... huhuhuhh.. oh aku xde gmbr raye nk kasik org tgk.. sbb sume org sebok bersembang n mkn sampai xde tringat nk amik gmbr... hahaha.. buleh x camtu.. kekekeke
dewajiwa said :
September 25, 2009 at 12:48 PM
wahhh..sedapnya burasak tu.
nampak lembut. mesti santan cukup sukatan.

takde rumah terbuka ke? heheh
famia said :
September 25, 2009 at 12:57 PM
suhaila: hehe. kalau jalan2 time raya tak bosan kot. ni kalau duduk rumah je tunggu orang singgah memang kurang syok sikit kot.

dewajiwa: hehe. atok belah Pontian yang masak. orang-orang belah sana masak burasak biasanya 8 jam. kalau belah kluang ni masak 4 ke 5 jam je. tak terdaya nak menghadap periuk berasap tengah panas tu lama-lama. rumah terbuka? hahah. baru terfikir tapi tak tahu lagi nak buat ke tak. dah bertahun-tahun tak ajak kawan datang rumah. macam malas je (kawan yang keji dan kejam). haha
Anonymous said :
September 25, 2009 at 5:40 PM
Ketupat Lau..hee baru tau..-_-",sy juga xde gmbar nk diuploadkan diblog sy..hehe ada blog ke sy? -_-"

The Anon
Tawel Sensei said :
September 25, 2009 at 8:09 PM
Fuh, burasak sekali tengok macam tempe pun ada. Nasib baik tak macam Yuna! :D
famia said :
September 25, 2009 at 8:43 PM
Ezad: Ya wahai anon. Ketupat Lau (rasanya nama lain dia macam disebut sebagai ketupat Loi) itu memang rare sikit. Bukan semua Bugislah makan ketupat tu. Agaknya sebab dah tak ada acuan barangkali. Kalau nak merasa singgahlah beraya ke Kluang. Hehe.

Tawel: Haha. Cis, sempat lagi. Sekali tengok je. Kalau berkali-kali tengok memang macam nasi kepal. Yuna macam ketupat?
ezad said :
September 25, 2009 at 9:17 PM
kita org kat sini pun ada pelbagai jenis ketupat.

tapi yang paling popular adalah KETUPAT SEGERA.

senang je nak buat, beli kat kedai, pas tu rebus..

sedaapppp...

hehe
Temuk said :
September 25, 2009 at 10:30 PM
Assalamualaikum wrbkt
Mohon izin mampir. Pertama kali ketemu cerita ketupat Bugis. Menarik sekali. Rasanya pasti lagi menarik. Kisah raya anda memang menyeronokkan.
September 25, 2009 at 11:00 PM
suka2.. comel2..
keiroro said :
September 25, 2009 at 11:44 PM
ehem.. ehem..

1. Baru tau ketupat ada banyak jenis rupanya.
2. Bagus betul berkonvoi secara beretika.
3. Yang mana satu cik famia dalam gambar di atas ?
famia said :
September 26, 2009 at 12:10 AM
ezad: sedap ke rasa plastik? hehehe :p

Temuk: Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. Hehe. Ketupat Bugis tidaklah sesusah mana mahu membuatnya. Cumanya nak mencari daun pisang muda itu yang boleh tahan susah sikit. Terima kasih datang menyinggah. Semoga Allah berkati kamu sekeluarga.

Ain: haha. semua pun suka budak ni.

keiroro: hahaha. susah nak jawab soalan terakhir itu.
paiseh said :
September 26, 2009 at 1:15 AM
lu ada ijazah sarjana muda ketupat ke??
famia said :
September 26, 2009 at 1:18 AM
pai: lu main kasar ni. hehe.
BasicCX said :
September 26, 2009 at 2:29 AM
Salam,

Tumpang gembira saudari berhari raya di Johor. Tahun ni tak balik beraya di Pontian.... Alhamdulillah di KL ni pun tak kurang pun meriah juga.. :)
keiroro said :
September 26, 2009 at 2:53 AM
susah nak jawab soalan terakhir itu ? haha.

kalau tak mahu jawap pun tak pe.. ;D
paiseh said :
September 26, 2009 at 3:20 AM
tuan umah.. nak gua tolong jawabkn keiroro ni ke??
famia said :
September 26, 2009 at 6:53 AM
Basic: Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. Orang Pontian juga ke? Barangkali kita ini saudara jauh kot. Hehe.

Keiroro: Alah, tak penting pun kot. Hehe

Pai: Toksey. hehe
September 26, 2009 at 6:57 AM
1. sy suke kueh mueh itu.. makanan itu..sy mahu mkn. huu.

2. sy suke tgk gambaw2 di atas

3. sy suke la baju n tudung kak famia. ngee =p
famia said :
September 26, 2009 at 7:21 AM
akmar: Sediakan saya daun pisang muda, saya sudi masakkan burasak. Haha. Tahun ini entahlah kenapa kami semua warna cokelat. Sangat camouflage. hihi
dewajiwa said :
September 26, 2009 at 9:45 AM
heheh.
mak saya juga masak burasak 7-8 jam. tahun ini cuma 2 jenis, burasak lepat (nasi) dan Loi (pulut) tu. kat sana dessert buat apa ye? pisang masak gula merah dengan bahulu gulung ada?

earth tone memang sinonim dengan gaya elegan.
segak betul cik Famia berbaju melayu:-P
famia said :
September 26, 2009 at 10:08 AM
dewa: memang nama dia Loi ek? Ya kot. Atuk sebut kejap Loi kejap Lau. Konpius. Haha. Kitorang dessert bahulu gulung je. Pisang masak gula merah sangat rare tu dibuat. Hahahha. Segak... segak. Dengan songkok sekali. Bolehlah dari tak ada kan.
September 26, 2009 at 11:55 AM
saya pun ada campur bugis2 sket belah bapak.. tapi bapak xpenah cakap pun pasal ketupat2 ni semua.. yg ktorg tau ketupat daun kelapa jek.. kesian betol.. ni bugis lupa daratan.. haha
dboystudio said :
September 27, 2009 at 8:25 AM
ye la adik suka gambar2 ketupat tu..
lawa bergambar raya kak famia tu thehehehehe
bestnyer ramai ramai2...
famia said :
September 28, 2009 at 6:11 AM
ain: hehe. ayah awak jarang makan agaknya burasak itu. kalau orang yang lagi tua macam atuk2 itu familiar kot dengan burasak. hehe

dboy: haha. adiklah sangat ek dboy. tak adalah hebat mana. gambar bias2 je tu. lens standard dah kong. sadislah.
ieba said :
September 28, 2009 at 1:10 PM
amat meriah ketupatnyer..best tu huhuhu..
September 29, 2009 at 9:38 AM
wah bagusnya ada cerita apsal ketupat ini. saya kalau dirumah tiada ketupat. ada nasi impit sahaja. adik adik tak makan sangat pulut dan ketupat.

num..

bila nak buat rumah terbuka ni?
famia said :
September 29, 2009 at 1:47 PM
ieba: best kan? marilah singgah beraya ke Johor nanti.

ainun: ya? hehe. kami memang suka burasak dan ketupat2 yang boleh tahan rare. susah nak jumpa dekat luar. Sabtu ini? Singgahlah mari. Email meh. Nanti kita bagi awak alamat penuh.
nuaeman said :
September 30, 2009 at 12:06 AM
Tahun ni beraya sebelah isteri dapatlah merasa benda2 tu tapi tak suka makan ngan asam pedas.. cam pelik jee rasa.. tapi nampak sedara2 bugis ni makan berselera betul.
famia said :
September 30, 2009 at 8:12 AM
nuaeman: Sebenarnya saya pun tak berapa suka asam pedas. Tapi kalau cicah sikit-sikit dengan burasak itu oklah kot. Saya selalu makan dengan serunding, ladok dan kuah kacang je. Hehe.
Nis said :
September 2, 2012 at 9:52 AM
Halo, saya searching di google tentang ketupat lau, eh nyasar kesini :)
Wah ga nyangka dpt blog orang malaysia yang ada keturunan bugis ^^

Salam kenal dari Indonesia :)

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.