Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, September 11, 2009


_Kad raya.

Baru sampai hari ini.

Itu kad raya yang kedua. Dari Dani (kamsamnida). Sejak terasa makin matang ini (walaupun gigi bongsu langsung tak cukup lagi tumbuhnya), nafsu mahu menghantar dan menerima kad raya tak berapa nak bercambah. Kad raya itu ibarat name card saja.

Jika ada, diterima. Jika tak ada, tiada dikisahnya.

Malam tadi, ayah bersuara.

"Ayah tahun ini tak dapat satu pun kad raya."

Tersenyum aku kejap.

"Ini maksudnya ada petanda baik ini."
"Eh, kenapa ayah?"

Ayah pula tersenyum.

Maksud di sebalik ayatnya, wallahualam. Tak berapa nak tangkap dia punya tersirat. Entah keruh entahkan tidak.

Bila tengok kalendar, kejap betul sudah mahu masuk minggu terakhir berpuasa. Perasaan mahu beraya masih belum ada. Mungkin sebab tahun ini semakin banyak berkurangan ahli keluarga dan sanak saudara. Benar. Sesungguhnya mati itu pasti. Takkan ada yang mati itu hidup kembali. Iman kena meredhakan mereka yang telah pergi.

Benar sangat-sangat.
Itu sebabnya, makin tak berapa nak timbul perasaan mahu beraya.

Melainkan satu....

Anyam ketupat!

Ok, itu aku bersemangat. Tak sabar ini nak menganyam. Lepas itu boleh jolok pokok pisang. Ambil daun muda nak buat burasak. Lepas itu boleh masak ketupat. Jaga api. Sambil menyedut asap. Lepas itu boleh masak rendang. Lepas itu lagi boleh masak kuah kacang. Lepas itu lagi boleh masukkan pulut dalam daun ketupat palas.

Lepas itu lagi....

Aik, kata tak ada perasaan nak beraya.

Eh, haahlah.

Astaghfirullahalazim.
Astaghfirullahalazim.
Astaghfirullahalazim.

Ingat Lailatul Qadar... Lailatul Qadar_

Kategori:

8 Responses to "Detik-Detik Mahu Terhancur Mood Kerja"

abangpit said :
September 11, 2009 at 9:09 AM
kau pandai anyam ketupat ke?

aku tertiap tahun dapat kad raya.. dr company insurans kereta, bank2 yg aku buat loan.. dpt bukak dan terus diletakkan ke dalam tong sampah.. huhu
Nana CS said :
September 11, 2009 at 9:11 AM
aku dpt 2 je. pastu aku tak balas pun. tahun depan mesti tak dapat.
siPenGarut.. said :
September 11, 2009 at 9:28 AM
errrr...kalau kad raya elektronik leh kire x.
cik-famia menganyam ketupat..reti ker...maklum la hidup zaman urban...semua beli segera...lemang segera...ketupat segera...rendang segera...org bujang mcm sy mmg selalu amek yg segera...raya pon raya segera...
................................................
moRal: kemeriahan ari raya dh terasa walaupun puase belum habis lg...so gembira syawaal mendatang ramadhn pergi kah?? atau sepatutnya sedih ramadhan pergi, syawaal mendatang...
................................................
Dani neh said :
September 11, 2009 at 9:58 AM
yeyeh dah smapai
famia said :
September 11, 2009 at 6:47 PM
maoi: hehe. alhamdulillah pandai nganyam. aku suka nak belajar benda2 tradisional ni. kalau orang tua semua dah takde, siapa lagi nak belajar kan.

nananya: hehe. kalau kau dah set tak dapat, maka tak dapatlah nanti.

ace: heheheh. alhamdulillah masih boleh menganyam. benda2 macam inilah kena belajar dari orang2 veteran. budak2 zaman sekarang ini tahu belajar Facebook je. hehe. Saya tak mengaku saya orang bandar. Dan saya tak suka benda2 segera. Nampak tak bersungguh langsung. Buat sendirilah kalau boleh. Hehe. Tak feel betul makan ketupat segera.

dani: terima kasih banyak2. aku mungkin tak dapat balas dani.
abangpit said :
September 11, 2009 at 8:11 PM
famia : betul2.. aku pun dulu belajar gak.. tp tak penahnya berjaya.. tp aku suka sisip ketupat..
famia said :
September 12, 2009 at 2:34 PM
maoi: haha. sisip ketupat. eh, sisip ketupat itu apa? masukkan beras lepas itu ketatkan ketupat ke? dia kalau nak lagi feel, anyam ketupat lepas itu masukkan beras lepat itu tunggu tengah panas depan api, jaga air ketupat itu. bila kurang, tambah. dah masak, gantung ketupat dekat ampaian. fuh, itu lagi thrill.
abangpit said :
September 12, 2009 at 3:49 PM
famia : sisipkan tu ketatkan la.. hehe.. yg tu memang feel.. sambil tunggu sambil main bunga api.. hehe

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.