Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Saturday, September 12, 2009


_Ada suatu hari itu.

Sewaktu berbuka puasa.

Ada emak. Ada ayah. Ada kita. Dan adik Uya. Kira cukuplah juga keluarga induk kami. Walaupun ada lagi tiga orang adik kita tak ada sekali dengan kami, cukuplah yang dua orang ini memenuhkan rumah. Ini pun dah boleh buat mak kita pusing kepala. Memang banyak kerenah anaknya yang berdua ini. Seorang sulung. Seorang lagi bongsu.

Tapi.

Suatu hari, kalau semua anak-anak emak dan ayah sudah membina masjid memang sunyilah rumah. Automatik rumah itu akan bertukar menjadi rumah kampung halaman atuk dan nenek. Tapi, mencari tulang rusuk kiri mahupun pemilik tulang rusuk kiri itu bukan kerja mudah. Bukankah Nabi Muhammad SAW sendiri mengutamakan memilih pasangan yang beragama. Tapi kalau lengkap pakejnya cantik, kaya, molek perangai dan kuat beragama lagi baguslah kan.

Hari itu kita sempat pesan pada adik Uya.

"Adik, kak Jai warning awal-awal ini. Kalau nak cari perempuan, sila cari yang bertudung. Lepas itu, kalau dia datang rumah ini biar pakai pakaian yang sopan. Dan menutup aurat. Bukan t-shirt pendek. Seluar ketat bagai. Bukan kak Jai je tak suka. Mak ayah pun sama. Allah lagilah tak suka. Faham tak?"

Dia diam saja.

Kita harap mesej itu sampai.
Bukan senang mahu jadi kakak, bukan senang.

Dekat rumah ini pun hari-hari aku tegur jangan pakai seluar pendek yang pendeknya atas lutut. Nak saja aku kerat lutut budak ini. Hish. Kalau pakai kain pelekat ke seluar slack ke kan seronok sikit tengok. Minta maaflah. Aku meluat sikit tengok seluar pendek. Kalau pakai paras betis, lepas itu letak stokin itu tak apalah agaknya. Ini tak, sependek-pendeknya nak dipakai.

Penat betul nak jaga mata.
Kesianlah.

Tapi, aku cukup tak suka kalau tengok orang pakai baju t-shirt pendek2 atas punggung. Seluar jeans ketat gila pula itu. Tapi bertudung. Itu kalau bertudunglah. Ini kalau tak bertudung, lepas itu rambut warna macam pelangi. Adui, sakit jantung.

Itu bukan berpakaian.
Itu yang dinamakan berbaju tapi bertelanjang.

Malu woh.

Walaupun ada sejuta manusia dekat luar sana akan cakap, "Alah, kalau bertudung pun belum tentu lagi baik perangai." Memang betul. Tapi, sekurang-kurangnya dia baik sikit sebab ada hati mahu tutup kepala sepertimana yang disuruh Allah. Ikhlas tak ikhlas itu Allah punya urusan. Yang penting, tutup aurat.

Kalau nak tunggu sampai seru baru tutup kepala, aku takut tak sempat saja. Macamana kalau esok tiba-tiba tertiupnya sangkakala hari kiamat. Jadi gempa bumi dekat Malaysia ini sepertimana yang menimpa kaum-kaum terdahulu. Tak pun, hujan batu besar gila. Bila jatuh batu itu dekat kepala terus kepala menggelegak dan mati. Atau pun semua mati ditimpa banjir besar beserta tsunami.

Itu pun seru juga.

Seru itukah yang ditunggunya?
Harapnya bukan wahai saudara seIslamku.

Tapi, memang peliklah.

Boleh puasa, tapi tak solat.
Boleh solat, tapi tak bayar zakat.
Boleh bayar zakat, tapi err... err pergilah bayar.

Lagi satu.

Hari Raya tahun ini, entahlah kenapa semua baju kurung perempuan kainnya jarang gila macam langsir. Kain dalam pun tebal lagi weh! Setakat nak pakai inner dekat dalam, lelaki pandang pun masih boleh naik nafsu agaknya. Dahlah inner itu melekat rapi dekat badan. Itu belum lagi kalau ada yang pakai tube. Alah, baju ketat yang macam Mat Saleh suka pakai itu. Entahlah macamana aku nak describe.

Tak payah bayang... tak payah bayang.

Isk, dah... dah.
Ini yang dinamakan detik-detik nafsu mahu terlerai.

Astaghfirullahalazim.
Astaghfirullahalazim.
Astaghfirullahalazim.

Marah memang marah. Tapi benda ini betul. Kena tegur. Apa guna mengaku saudara seIslam kalau tak sayang saudara sendiri. Kalau sayang, kenalah betul membetulkan sesama kita. Aku pun lagilah banyak gila salah silapnya. Segala khilaf dan compang campingnya perangai itu sama-sama kita betulkan. Jangan buat tak peduli saja. Memanglah lain-lain kubur. Tapi, alam barzakh kita sama. Satu saja.

Maka, kalau mengaku saudara seIslam itu, tegur menegurlah antara satu sama lain. Sayangilah saudara seIslam kita.

Katakan TAKNAK pada BAHAN BAKAR API NERAKA.

Ok, taknak_

Kategori:

13 Responses to "Detik-Detik Hampir Terlerai Nafsu Di Hujung Ramadhan"

Anonymous said :
September 12, 2009 at 3:34 PM
Benar sekali.....

semang
September 12, 2009 at 7:12 PM
Semoga Kak Jai berjaya membentuk adik-adik beliau, amin.
September 12, 2009 at 9:59 PM
alhamdulillah~
famia said :
September 12, 2009 at 11:19 PM
anon: hmm, semoga ada benarnyalah.

khairulhak: Bukan senang. Itu kena tengok juga tahap keimanan dan kekentalan jiwa mereka. Kalau kuat sikit imannya, mudahlah jadi kakak. Kalau sebaliknya, fuh memang sakit jantung.

ain: alhamdulillah?
September 12, 2009 at 11:22 PM
helooo, die da pakai tudung oke
famia said :
September 12, 2009 at 11:37 PM
adik: hehe. kalau dah bertudung alhamdulillah. tapi bertudung itu bukan greenlite. harap maklum.
keiroro said :
September 13, 2009 at 12:28 AM
cik famia, nak tanyalah. kenapa erk iman seseorang tu kadang-kadang ada masanya naik dan ada masanya menurun ?
September 13, 2009 at 1:41 AM
wahahaha.tk kesah.nanti raya adek bwk die balek rumah ek.aha.
Anonymous said :
September 13, 2009 at 1:56 AM
Watch and read mohammed T-shirt art from Sweden at,
http://www.mohammedt-shirt.com
Please read in English.
Anonymous said :
September 13, 2009 at 2:19 AM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
La ni apa plak nih ada promote baju plak..hehe,
huu nasib sy xde adik pompuan, kalu ada mesti sy ckap, sila jangan pakai legging, bertudung betul2 jgn jambul2, jangan kaler2, dan jangan ngade2 bertanya kenapa..hehe itu kalu ada adik pompuan lah kan, dan sy pasti bercakap "Bukan abg xsuka, Mak ayah pun xsuka, Allah lagilah xsuka, Faham tak?"
Please read in Malay.

The Anon
famia said :
September 13, 2009 at 5:51 AM
keiroro: Hmm. Mungkin ini jawapan dari saya yang jahil agama ni. Rukun iman ada 6 perkara. Beriman kepada Allah, Malaikat, RasulNya, Kitab2, Hari Kiamat serta Qada' dan Qadar. Beriman itu pula bukan ke percaya dengan hati, mengakui dengan lisan, dan mengamalkan dengan perbuatan. Kadang2 kita buat kadang2 tak buat. Kadang2 kita mengaku beriman kadang2 tidak. Kalah di tangan hawa napsu. Kadang2 dia tak seronok nak ikut suruhan itu suruhan ini. Dia nak follow dunia saja. Terlupakan akhirat sekejap. Waktu macam itulah napsu itu menang. Kalau kalah di tangan napsu, turunlah kejap imannya. Nipis balik. Kalau menang, naik balik dan teballah imannya. Sesungguhnya, mahu konsisten dan istiqamah itu bukan kerja mudah. Saya sendiri pun selalu turun naik fuh.

adik: dah ada cop halal ke nak usung anak dara orang sana sini.

anon: ok.

Ezad: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. hehe. please read in Malay? hehehehehe. berbau sarkastik ni.
BasicCX said :
September 13, 2009 at 4:29 PM
sambungan... dan sebab itu Allah mewajibkan puasa, kerana hanya dengan berpuasa semata-mata ikhlas kerana Allah sahajalah yang mampu menguasai hawa nafsu kerana itulah puasa itu senjata bagi mengawal hawa nafsu.
famia said :
September 13, 2009 at 6:34 PM
Basic: hehe. begitulah. terima kasih.

keiroro: dalam bulan puasa ini, kamu punya iman naik ke turun kiranya?

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.