Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, September 09, 2009


_Hari lepas-lepas.

"Zai, nanti tolong ambil ayah dari Penang boleh?"
"Ha, boleh... boleh."
"Bas ayah jam 12 malam."
"Boleh. Lebih kurang pukul berapa ayah sampai?"
"Dalam 4 pagi di Hentian Duta."
"...."
"Boleh tak?"
"Ha, boleh... boleh."

Mestilah boleh, wahai ayah.

Cumanya.

Cuma... cuma itulah. Kena keluar rumah dalam pukul 3 lebih pagi. Mahu tidur malam pun tak berani. Nanti tak bangun. Kesudahannya. Lepas Isyak semalam terus aku pejam mata laju-laju. Lagi pun memang penat tak ingat dunia.

Hari-hari naik LRT kena berdiri sambil imbangkan diri. Rasa macam atas surf board. Paling best surf boad berdiri dekat perut LRT. Bahagian tengah-tengah. Tempat yang tak berapa ada himpitan manusia. Cuma gegaran dia lebih sikit. Skala Ritcher 0.8 saja. Ke kiri ke kanan. Ke kiri ke kanan. Kadang-kadang macam nak tergolek juga bila LRT berhenti kecemasan.

(Eh, peliknya bunyi ayat berhenti kecemasan. Eh, pelik... pelik.)

Dekat mana aku tadi?
Lupa dah.

Hah.
Kadang-kadang macam nak tergolek juga bila LRT berhenti kecemasan.

Ok sambung.

Lepas itu, pukul 12 malam terjaga. Pukul 1 pagi terjaga. Pukul 2 pagi pun terjaga balik. Ini malaikat suruh bangun buat apa-apa yang patut agaknya. Sampai tiga kali dikejutkannya. Macam buat Roll Call zaman di asrama dulukala. Kesudahannya, aku bangunlah juga. Liat-liat pun kena bangun juga. Jangan derhaka.

Maka.
Buatlah aku apa-apa yang patut.

Dalam pukul 3 setengah pagi, aku mandi. Nak tak nak terpaksa juga pergi mandi. Alang-alang dah bangun. Biar bangun untuk basah. Boleh terus pergi ofis. Sangkanya kalau mandi sebelum Subuh ini lebih teruk menggigilnya. Rupanya langsung tak. Terasa macam mandi waktu tengahari. Air paip dia suam-suam kuku.

Oh, patutlah aku dengar orang suruh mandi sebelum Subuh.
Lebih afdhal.

Tapi, kalau mandi pukul 6 pagi lain pula dia punya rasa. Sejuknya lebih ketara. Menggigilnya memang tak terkata. Gila tak terkata. Cuma menggelatuk gigi saja.

Kejap.

Salah siaran ini. Aku bukan nak cerita pasal ini. Aku kan tengah cerita nak ambil ayah dekat Hentian Duta tadi pagi.

Hah.

Dalam pukul 4 pagi tadi baru aku keluar rumah. Kesian ayah kena tunggu. Nak tak nak saya terpaksa merempitlah ayah. Sampai seram sejuk aku dekat jalan raya pagi tadi. Bukan laju sangat pun. Dalam 80km/j. Kadang 60km/j. Tapi sebab tak ada kereta di jalan raya, aku pun jadi gayat.

Lepas itu tadi ini, datang ofis sebelum pukul 8 pagi. Macam orang gila. Eh, tak. Macam mayat hidup. Ofis pun kosong lagi. Pukul 9 pagi ke atas baru ada orang.

Lepas itu, aku pun tulis entri tak berfaedah ini.

Memang tak berfaedah betul_

Kategori:

10 Responses to "Cerita Tak Berfaedah"

bayan said :
September 9, 2009 at 12:49 PM
Sungguh mencabar hari anda. Hmmm...Ada pahala di situ kerana tidak engkar dengan ayah dan tidak engkar undang-undang jalan raya. Oh ya, mungkin anda akan dinaikkan pangkat kerana cemerlang datang awal ke pejabat. Insya Allah.
ieba said :
September 9, 2009 at 12:52 PM
hehe..oklah tu..bln Ramadhan waktu pejabat tetap kul 9 ek
Nana CS said :
September 9, 2009 at 1:00 PM
syabas ye, anak ayah~
azila said :
September 9, 2009 at 1:46 PM
bagus2, mmg anak ayah:)
etdebek said :
September 9, 2009 at 2:20 PM
lerr.. ko dah mandi sblm subuh... jdnye.. ko x mandi pg la ni ek?? patut la........... ish3

:D pis
Ezad said :
September 9, 2009 at 10:20 PM
syok kan jalan raya kat kl pukul 4 pagi

lengang je, pas tu dihiasi lampu2 jalan.

kalau aku, tak rempit punya, sure aku bawak 40-60km/j je.. syok gila layan slow2:)
paiseh said :
September 10, 2009 at 2:30 AM
hoho.. patut laa awal semacam je pagi tadi..
err.. lu keje kat opis gua ke??
pu3sakura said :
September 10, 2009 at 10:20 AM
This comment has been removed by the author.
pu3sakura said :
September 10, 2009 at 10:21 AM
bagus la tu, tercalon sebagai anak mithali...
famia said :
September 10, 2009 at 2:41 PM
Bayan: Hehe. Mencabar juga. Tapi best juga sekali sekala macam ini.

Ieba: Tak. Kitorang ada je Puasa Hour. Kalau masuk jam 8 pagi, balik jam 5 petang. Kalau lambat, lambatlah. Hehe.

Nananya: Masih cuba untuk jadi anak yang baik. Hmm....

Azila: Ibu bapa minta tolong, satu kewajipan bukan? Hehe.

suhaila: Haha. Masih harum ok.

Ezad: Haha. Tak syok. Sejuk sangatlah jalan pagi2. Paru2 tak kuat. Dahlah tak tahan sejuk. Aduhai.

Pai: Haha. Lu kerja mana. Gua kerja kat opis gua lah. Lu cakap gua as in aku ke gua as in cave? Haha. Konpius man.

Pu3sakura: Hehe. Semogalah. Belum mithali lagi ini. Sangat degil woh anaknya ni.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.