Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, September 15, 2009


_Yalah.

Terpaksa selongkar arkib lama.

Semata-mata mahu buat entri bermaafan di hari raya. Walau bagaimanapun, tetap asli. Tiada sebarang peniruan yang dibuat ke atas orang lain melainkan cumalah diri sendiri semata-mata. Sekadar memudahkan kerja. Kita ulang pakai saja apa yang sudah sedia ada. Lebih jimat bukan.

Makanya.

Ini sesi bermaafan.

Minta Maaf ya

Ini cakap-cakapnya....

Sesungguhnya, bulan Syawal adalah bulan kegembiraan. Kerana telah berjaya melawan segala hawa nafsu. Dan sepatutnya lebih mudah mahu dilawan kerana syaitan dan sekutunya tiada di lokasi kejadian. Cumalah kita, kita, kita dan si hawa nafsu itu saja. Sebagai pejuang tegar sepanjang bulan Ramadhan.

Semoga tetap tegar.
Kamu juga.

Ok.

Walaupun bulan Syawal ini adalah bulan kemenangan, tetapi entahlah kenapa terasa sayu betul hati setiap kali terdengar takbir raya. Sob... sob. Tak berapa pasti. Harus dilayan sayu di hati atau tetap perlu bergembira di hari lebaran. Nanti terjatuh pula cecair jernih dari mata. Makanya.....

Cancel... cancel.

Ok, lagi sekali.

Bersempena menjelangnya Syawal pada 1430 Hijrah ini, tersusunlah sudah sepuluh jari tangan meminta ampun dan maaf. Di atas segala kekasaran dan keterlanjuran bahasa yang kadangkala memang disengajakan dan tidak disengajakan.

Maaf banyak-banyak.
Zahir dan batin.

Aku selalu perasan bagus. Degil macam keldai. Sombong gila. Tegur dekat YM pun kadangkala aku malas nak melayan. Tapi kadangkala aku memang tak ada dekat situ. Walau bagaimanapun masih tetap kena minta maaf. Terutamanya kepada semua kawan-kawan terdekat kiri dan kanan, kawan-kawan depan dan belakang serta kawan-kawan yang jauh. Oh, ya. Termasuk juga kawan-kawan yang aku tak pernah bersua mata.

Salahnya tetap ada.
Akulah pesalahnya.
He he.

Segala khilaf itu memang milik aku semata-mata.
Yang baik itu tiada langsung terlekatnya.

Berhati-hati ketika musim perayaan.

Kurangkan bakar duit (main mercun). Kalau boleh, tak payah bakar duit terus. Membazir. Lebih baik, sedekah dekat masjid ke anak-anak yatim ke atau anak-anak miskin yang tak cukup duit nak beli baju melayu baru tahun ini. Atau pun guna duit itu dan tolong belikan kuih batang buruk. Lepas itu, hadiahkan dekat aku. Mungkin itu lebih berfaedah.

Tahun ini, tak sempat mahu beli kuih batang buruk.
Dan kuih suji yang putih mulus.
Dan juga kuih putu kacang.

Kalau rumah kamu ada, jemputlah saya.
Hi hi hi.

Oh, sangat terkenang-kenang zaman beraya sewaktu kecil. Ada satu rumah saudara di Benut, Johor kalau tak silap. Airnya sirap. Dimasak dengan arang batu. Dia punya rasa, fuh sampai sekarang aku ingat. Sangat... sangat klasik. Tak berapa nak masuk tekak. Rasa macam minum air bau kemenyan. Tapi minum sajalah. Rezeki.

Lagipun, umur masa itu baru sembilan tahun. Dalam kepala tak hiraukan benda lain, melainkan satu saja.

Duit raya!

Dah besar ini, malu betul kalau dapat duit raya. Sangat malulah. Dia macam terasa, duit itu berkata-kata, "Kau ini dah besar panjang tak reti-reti nak kahwin ke? Patutnya kau yang bagi duit raya dekat orang. Ini orang pula bagi duit raya dekat kau. Cuba malu sikit."

Yalah, malulah ini!
Panjang pula skrip duit raya ini. Senyap-senyap saja sudahlah.

Apa-apa pun.
Aku mula cuti Khamis ini.

Ya!
Khamis ini.
Awal sungguh kan.

Ha ha.

Tiga hari saja aku cuti. Tak perlulah cemburu. Buruk perangai. Jumaat ini bertolak ke Johor. Sehingga Selasa depan. Rabu masih cuti lagi. Khamis dan Jumaat depan baru sambung bekerja. Sungguh nikmat. LRT pasti kosong. Jalan raya pun. Kedai makan pun. Gila seronok. Langsung tak ada traffic jammed.

Boleh duduk ofis sambil makan kuih raya woh!

Akhir sekali.

Andai kata sudah dipanggil Allah, tolong sedekahkan aku Al-Fatihah dan apa saja yang patut. Jaga diri baik-baik. Jangan nakal-nakal. Makan ketupat, kuah kacang, rendang dan kuih muih itu beragak-agak. Jangan sampai meletup perut.

Ingat.

Beragak-agak.

Ingat.

Yalah.
Tahulah.
Tak payah ulang berkali-kali.

Nabi Muhammad SAW pesan ulang tiga kali.
Lebih afdhal.

Ingat.

Ya! Tahulah!

Satu pertiga untuk makanan.
Satu pertiga untuk minuman.
Satu pertiga lagi untuk pernafasan.

Ingat?

Ingat!

Apa lagi ya?

Hah.

Selamat Menyambut Aidilfitri.

Mahu tabur semangat menganyam ketupat.
Hi hi hi.

Ok, giliran kamu pula_

Kategori:

18 Responses to "Bermaafan dan Pesanan Di Musim Perayaan Syawal 1430H"

Nana CS said :
September 15, 2009 at 10:44 PM
Fami, nanti dtg rumah. Lama kita tak berjumpa.
Fami, selamat hari raya.

Tapi, aku tak hepi lah nak raya.
famia said :
September 15, 2009 at 10:53 PM
nananya: InsyaAllah. Hmmm. Nananya. Ko jangan paksa diri. Tak semestinya kena gembira. Lagipun kalau gembira sangat pun tak elok. Ingat2lah mereka yang dah takde. Terutamanya, hmm ayah ko. Sedekah ayat2 Quran setiap hari ye kalau sayangkan beliau. Semoga terang kuburnya dan dilimpahi rahmatNya sentiasa.
Anonymous said :
September 16, 2009 at 1:01 AM
Kususun 20 jari minta ampun dan maaf yer, diatas kekhilafan jika menegur yang bukan2 dan bercerita yang bukan2, jika ada kesilapan berkata juga sila ler maafkan seperti biasa di Hari Raya, tiada apa lagi nak kata "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin".. *Bunyi Mercun*

The Anon
abuyon said :
September 16, 2009 at 6:16 AM
salam famia,

Mari, atas nama Tuhan yang agung
dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
dan sejuta hati kita bersalaman dari
denyutnya yang paling
tenang dan dalam

Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
nyata, dari hujung ke hujungnya

p/s: nak duit raya makcik Mia ..
pinta anak-anakku ..hehe
RieNa said :
September 16, 2009 at 7:42 AM
makcik mia???
ok jgk..hihihi..

makcik mia!!
nawal nak duit raya jgk...hehehehe
Nana CS said :
September 16, 2009 at 7:58 AM
faminya, nanti dtg rumah tau.
mana lah tau, nanti2 kau dah tutup blog, pastu tutup segala mcm fesbuk, frenster ke hape, email tak nak balas lagi, no tepon tukar, pastu kita dah tak jumpa lagi.

ntah bila dapat pegi zoo pulak dgn kau.

aku nak ber lomo la kat zoo tu.
nkniessa said :
September 16, 2009 at 9:17 AM
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir Batin....

Raya ni, jemputlah datang ke rumah.... Nang cuti dr 19 - 26hrbln... so, lepas2 tu bolehlah dtg ke rumah.. lama x jumpa huzai...

Barhati-hati di jalan raya.
ieba said :
September 16, 2009 at 9:40 AM
salam aidilfitri..mohon maaf jua..berhati2 di jln raya. Slmt menganyam ketupat dan membuat burasak..
dewajiwa said :
September 16, 2009 at 11:49 AM
Selamat Hari Raya juga.
mohon maaf sebab selalu curi-curi baca.
nak jamah burasak bleh datang ke Tampoi kalau brani.
hehe.

hati-hati balik kampung.
semoga dipanjangkan umur untuk terus berblog di sini.
abangpit said :
September 16, 2009 at 1:46 PM
selamat hari raya.. maaf zahir batin..
keiroro said :
September 16, 2009 at 2:18 PM
1. Selamat hari hari sebelum raya
2. Selamat pulang ke Johor
3. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. ;D

tak tau nak minta maaf zahir atau batin atau kedua-duanya sekali.
famia said :
September 16, 2009 at 6:08 PM
anon: hehe. ya. sama dengan juga.

abuyon: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. hehe. selamat hari raya juga. jaga diri di musim perayaan. duit raya? boleh. datanglah rumah, sila. hihi

riena: hehe. hai Nawal. mari datang umah aunty.

nananya: insyaAllah nananya. jemputlah. panggil ramai2. datang seorang diri sangat segan. hehe. insyaAllah panjang umur, singgahlah zoo tu. bila pula nak merasa kau jadi driver aku ek. hihi

nang: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. maaf zahir batin juga Nang. insyaAllah. hehe. selamat hari raya juga.

ieba: ya. selamat hari raya juga. maaf zahir batin.

dewajiwa: hehe. tak apa. blog ini bukan hak milik saya. hak milik bloggerDotKom. apa2 pun, selamat hari raya. terima kasih. tapi saya sendiri pun masak burasak dengan beraninya di Kluang. cari daun pisang muda sendiri dengan beraninya kat pokok tau. tak beli kedai pun. tak heran dengan Tampoi punya. hihi :p (sori terbelagak pula)

maoi: sama dengan. kirim salam dekat yumi sekali. selamat hari raya.

keiroro: hahaha. sama dengan ye. minta maaf zahir dan batin.
BasicCX said :
September 17, 2009 at 12:57 AM
Assalamualaikum,

Kejarlah Ramadhan yang berbaki beberapa hari lagi ini... mungkin sekejap lagi, esok, bulan depan, atau mungkin bila-bila masa sahaja kita dipanggil menghadapNya, tiadalah Ramadhan lagi untuk kita.

Moga ramadhan ini berjaya mendidik kita, saya dan khususnya untuk saudari Huzaimatus Saadiah menjadi orang yang bertaqwa disisiNya bukan sahaja pada bulan Ramadhan sahaja tetapi juga dibulan-bulan yang lain...insyaAllah.

Salam Aidilfitri, selamat mengenggam ijazah ketaqwaan.. kemenangan agung bagi orang-orang bertaqwa menundukkan hawa nafsu dan menakutkan syaitan dan iblis.. :)
etdebek said :
September 17, 2009 at 1:54 AM
kepada cik huzai..

sebagai seorg opismate n kwn yg mmg:

bykkkkkkk gile wat salah+jahat+dajal kat ko..

bykkkk gile kenakan+gelakkan+tipukan ko..

bykkk gile terpakai+terambil+termakan+terminum brg2 ko...

bykkk gile termarah+tergarang+terkasar+tersalah bhs kat ko...

n yg sewaktu dgnnye... aku dgn iklas n rendah diri nk MINTAK AMPUN MAAF kat semua slh silap aku tu ek.. HALALKAN semua mende ye... sori la aku xde kad raye nk kasik... kang aku kasik sms jela mlm raye nnt ek.. kekeke..

slamat blk kg.. drive carefully.. cuti elok2.. n SELAMAT HARI RAYA..

time kaseh sbb jd kwn n opismate yg super duper baik n bes kat aku.. yeee.. dani+anis, korg pon same... :D

[aku keje lg esok n jumaat wehhh.... bosannnnnyeee!! huhuhuh]
dboy said :
September 17, 2009 at 6:13 AM
selamat hari raya....
teng..teng teng..teng2 teng3 thehehehe
maaf jika ada silap atau kasar bahasa..
no acc maybank2u nanti sy msgkan.. hati2 di jalan raya.
siPenGarut.. said :
September 17, 2009 at 7:08 PM
ramdhan berlalu menutup tirai...
disambut pula gan salam lebaran...
perginya ramadhan dikala masih mencari....
Datang Aidilfitri membuka harapan....

pagi nan indah menjelang tiba..
hilai tawan muda mudi bergembira...
mengukir senyuman pada yang hiba..
Sambutan aidifitri penuh senyuma mesra..

hulurkan maaf pada tuan tanah empunya..
bermaaf-maafan hilangkan sengketa..
maaf atas segala salah dan dosa.
salam aidilfitri buat semua kita...
M-I-N said :
September 18, 2009 at 5:38 PM
selamat

hari

raya

maaf

zahir

batin
curX said :
September 19, 2009 at 4:33 PM
slmt ari raye & maap zahir batin. take care :)

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.