Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, September 29, 2009


_Tajuk Bahasa Inggeris. Artikelnya Bahasa Melayu.

I'm sorry.

Petang hari lepas-lepas.

Dalam LRT. Bersama bos sekali. Bos yang berbangsa Cina. Sambil melayan LRT yang gedebak gedebuk itu, kami borak-borak sedikit. Perihal itu. Perihal ini. Gosip itu. Gosip ini. Dan salah satunya berbunyi begini....

"I was wondering. Can a Malay guy and girl who are not married yet actually hold hands and go out together?"

Fuh!
Soalan yang aku pun macam serba salah nak jawab macamana.

Tersengih aku dengar soalan itu.

Hah.

Apa nak jawab agak-agaknya ini?

Soalan yang sungguh terang, jelas dan nyata. Macam Izhar Halqi. Memang logik dan tepat. Terkeluar daripada mulut seorang yang bukan Melayu. Dan bukan penganut agama Islam. Tetapi, dari mulut seorang Cina yang suka belajar dan ambil tahu perihal semua kepercayaan dan fahaman serta hukum hakam dalam Islam.

Kagum ke tak kagum ini, hah.

Sebagai seorang Melayu, memang malu.
Sebagai seorang Islam, memang malu.
Sebagai seorang Muslim, memang malu.
Sebagai seorang Mukmin, err belum sampai situ lagi tapi tetap malu.

Hah.

Apa nak jawab agak-agaknya ini?

Sedangkan bangsa Cina pun alert perihal batas pergaulan seorang Muslim. Memang patut ada rasa malu sebenarnya. Sebab bukan semua orang Melayu tahu batas pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim ini. Bukan semua tahu. Tapi, ada juga yang tahu. Tapi buat-buat tak tahu.

Fuh.

Percayalah.

Sesungguhnya, mereka yang tahu tapi tetap buat tidak tahu itu wajib ditanya dekat akhirat nanti. Dan berat hukumannya nanti. Makanya. Takutlah engkau kepada Allah sebelum engkau ditakutkanNya. Berusahalah untuk cuba tinggalkan larangannya. Demi azabNya yang menakutkan itu.

Sesungguhnya.

Tidak ada satu pun kemalangan ngeri yang lebih ngeri daripada azab dan siksaan Allah.
Tidak ada satu pun kemalangan ngeri yang lebih ngeri daripada azab dan siksaan Allah.
Tidak ada satu pun kemalangan ngeri yang lebih ngeri daripada azab dan siksaan Allah.

Tidak ada satu pun yang setanding dengan kengerian azab dan siksaanNya.

Makanya.
Takutlah... takutlah... takutlah.
Kepada Tuhan.
Bukan Hantu.

Berbalik kepada soalan tadi.

"I was wondering. Can a Malay guy and girl who are not married yet actually hold hands and go out together?"

Aku pun fikir sekejap. Apalah agaknya jawapan untuk orang yang jahil macam aku ini patut bagi untuk orang Kristian macam bos aku ini.

"Actually, it is our obligation as a Muslim to practice Islam as a way of life. Sometimes, people just accept Islam as a religion only. And not as a way of life. But if you practice Islam as a way of life, surely you will practice whatever the God says. It just that sometimes people tend to practice Islam and sometimes not. That's why sometimes you will see there are some of the Malay women out there who didn't wear a veil and some wear."

Dia angguk.

Lebih kurang macam itulah aku cakap.

Aku pun tak tahu nak cakap macamana. Ilmu belum penuh di dada. Tak banyak yang aku tahu. Sekarang baru sibuk-sibuk mahu ambil tahu. Terasa menggelupur juga mahu menyakinkan mereka yang baru berjinak-jinak mahu mengenal Islam.

Percayalah.

Antara cara-cara mereka mahu mengenali Islam adalah dengan melihat gaya hidup dan peribadi seorang Muslim itu sendiri. Kalau kita berperibadi buruk, hari-hari maki hamun sana sini, perangai macam dirasuk Iblis, berpakaian pula mengalahkan orang kafir, agak-agak bagaimana agaknya pandangan tentang Islam di mata mereka.

Kelihatan seperti tak ada beza pun antara Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.

Ngeri itu kalau dah nampak macam tak ada perbezaaan.
Woah, ngeri... ngeri!

Bos aku kata lagi.

"You know, one of our Indian friends got married with the help of the family. Both husband and wife were introduced by the family. And they can only meet three times only before getting married. If they wanted to get to know each other, they can but the other family members must be there also. Plus, the old people will look at the stars to see the compatibility between the couple and set the date of the wedding. He cannot go out with the girl before they are married to each other. Not even SMS and talking to the phone. And now they are living happily ever after with kids."

Kagum aku.

Tiba-tiba teringat cerita hindustan Kuch Kuch Hota Hai.

Sebelum kahwin memang mereka tengok bintang dulu. Nak tengok sesuai ke tidak apa bagai. Lepas itu, tak boleh jumpa dan keluar sama-sama. Kena kahwin dulu. Lebih kurang macam itulah. Orang India yang memang berasal dari India itu pun amalkan benda-benda macam ini. Mereka sendiri pun arif dengan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Makanya.
Aku pun bagitahu dekat bos itu.

"Actually, we also have that kind of arranged marriage. But we didn't look on the stars like them. Once being introduced by the family, we will perform certain prayers to ask God whether that person is our match or not. We have to do it few times. And during the process we also are not allowed to go out together without bringing our family with us. Or a lady friend maybe. Something like that."

Dia pun angguk.

Sebenarnya kalau dengar perihal arranged marriage ini memang seronok. Nak pula kalau dengar cerita kawan-kawan. Tapi kalau jadi dekat diri sendiri aku rasa boleh tahan ngeri juga woh! Haha. Mulut mungkin selalu sebut mahu suruh mak ayah carikan. Tapi hati tak berani nak terima benda-benda macam itu.

Ngeri juga itu kalau kahwin dengan orang yang tak dikenali.

Tapi aku banyak je dengar cerita. Ramai je pasangan yang kahwin macam itu hidup bahagia ke anak cucu. Malah, lebih berkat dan berlipat ganda kerahmatan hidup mereka. Memang alhamdulillah. Yalah. Awal-awal lagi dah boleh jaga batas pergaulan bagai. Tak ada nak keluar sana sini. Senang sikit nak jauhkan zina.

Oh, ya.
Tentang zina.

Zina hati.
Zina mata.
Zina telinga.
Zina perbuatan.

Kiranya.

Kalau peluk sana peluk sini itu berzina tak?
Kalau cium tangan boyfriend itu berzina tak?
Kalau bermain hati sampai terlupakan Allah itu berzina tak?

Hmmm....

Agak-agak Allah murka tak kalau buat maksiat macam itu. Agak-agak Allah nak berkati dan limpahkan rahmatkah perkahwinan yang titik mulanya dari perbuatan maksiat macam itu.

Memang betul.

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.

Tapi kenalah jadi orang yang baik untuk dapatkan orang yang baik.

Kan.

Semoga kamu semua diberkati Allah. Jodoh dan maut itu rahsia Allah. Ada banyak cara je mahu mencari jodoh itu sebenarnya. Memanglah doa itu bukan the only usaha. Tapi, seeloknya jauhilah zina dalam proses mencari jodoh itu. Sesungguhnya setiap yang tersirat di dalam hati manusia itu memang tidak akan lepas dari pengetahuan Allah.

Nak main sorok-sorok dengan Allah?
Woah, silaplah.

Hehe.

Tapinya.

Sudikah kamu dengan arranged marriage_

Kategori:

29 Responses to "Arranged Marriage"

cacah said :
September 30, 2009 at 9:01 AM
famia,

terima kasih kerana berkongsi pandangan dan pendapat.

:)
BasicCX said :
September 30, 2009 at 10:39 AM
Salam,

Mengenai zina, Allah melarang mendekati zina seperti firman yang berikut:

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah sesuatu perbuatan yang keji dan sesuatu jalan yang buruk" - Al-Isra' (32)

Makanya, perbuatan yang disebut saudari di atas adalah semua perbuatan yang mendekati zina yang dilarang/ditegah oleh Allah S.W.T.
famia said :
September 30, 2009 at 10:47 AM
cacahKay: hehe. bolehlah sikit2. pandangan yang tak berapa nak betul pun itu.

BasicX: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. terima kasih banyak2. ya. saya tahu semua itu zina. hehe. sebab itu saya tanya. dan yang paling mengerikan saya adalah zina hati. semoga dijauhilah.
BasicCX said :
September 30, 2009 at 11:10 AM
Salam,

Semua bentuk zina boleh dihindari dengan KETAQWAAN yang disebut2 oleh Allah S.W.T. sendiri. Dan ditambah dengan kemuncaknya iaitu IHSAN maka beruntunglah orang2 yang beriman.

Maka marilah kita semua berusaha bertaqwa kepada Allah dan jadilah insan yang PALING BERTAQWA disisiNya.. amiin.
al-lavendari said :
September 30, 2009 at 11:11 AM
awak kata, "Tapi, seeloknya jauhilah zina dalam proses mencari jodoh itu."

statement awak ni tak capai maksudnya. macam ayat "seeloknya datanglah sebelah petang" ... maknanya kalau datang sebelah malam pun boleh juga! kena keras dan tegas lagi.

Islam juga menetapkan kaedah iaitu "sesuatu perkara/perbuatanyang boleh membawa kepada haram, maka perkara/perbuatan itu adalah juga haram". Maksudnya, kalau berpegangaan tangan sebagai permulaan yang akhirnya boleh membawa kepada zina, maka berpegangan tangan itu juga haram.

Tapi secara keseluruhannya, pandangan dan jawapan awak itu cukup baik. Wallahu'alam.
RieNa said :
September 30, 2009 at 11:13 AM
aku pnh dimatchkan.
jd sblm pertunangan berlangsung, adalah berlaku perbualan melalui sms.
tp mungkin dah bkn jodoh, dlm sms pun boleh gaduh.
aneh!

dan tak jd bertunang apatah lg kawen.

penting jgk utk mengenali bakal suami sebelum bernikah.

(aku terpikir jgk kalau aku x bermain sms dgn dia, mungkin kami x bergaduh.)
Nana CS said :
September 30, 2009 at 12:01 PM
sudi je.
famia said :
September 30, 2009 at 12:14 PM
BasicX: Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. Ya. Ada benarnya itu. Terima kasih mengingatkan.

Lavendari: Hehe. Ya betul. Pandangan kamu itu sangatlah betul. Memang kena keras dan tegas. Tapi bukan cara saya rasanya. Kena berlemah lembut sikit mungkin. Saya tak pandai nak berkeras dan tegas. Lagi pula, rasanya bukan semua orang tak tahu perihal zina. Ramai je yang tahu. Tapi buat juga. Kenapa? Saya pun tak pasti. Tutup aurat. Ramai je tahu wajib buat. Tapi masih diperlekehkan tutup aurat itu. Kenapa? Saya pun tak pasti. Banyak lagi yang Allah wajibkan. Tapi tak semua orang mampu ikut. Kenapa? Saya pun tak pasti. Sebab itu saya rasa, instead of berkeras dan paksa, mungkin lebih baik mula secara perlahan2. Berusaha untuk cuba. Lepas itu istiqamah. Maintain je sampai bila2. Lepas itu upgrade terus. Semoga berkekalan insyaAllah. Dan sesungguhnya, mahu beristiqmah itu bukan kerja mudah bukan? Hehe. Semoga Allah berkati kamu selalu. Terima kasih.

Riena: Ya? Baru tahu. Hehe. Macamana entah rasanya dipadankan ek? Cemas juga itu. Percayalah, setiap yang terjadi itu wajib ada hikmahnya. Baguslah tak ada jodoh dengan lelaki itu. Sekurang2nya bersyukurlah pernah dipertemukan. Kalau tak jadi macam itu, mustahil kan kamu boleh jumpa suami sekarang ini? Hehe. Bahagia pulak itu keluarganya. Semoga diberkati Allah selalu.

nananya: hehe. alhamdulillah. cepat suruh mak kau carikkan.
dewajiwa said :
September 30, 2009 at 12:38 PM
kagum.
dengan cerita, pengisian dan perkongsian pandangan di atas. bagus kan kalau kita selalu bergaul dengan kawan bangsa lain. banyak perspektif berlainan tapi still menjurus ke arah kebaikkan (untuk hal positif).

soalan last tu:
sudi je. cuma syaratnya mesti pernah jumpa. tengok gambar pun OK.
siPenGarut.. said :
September 30, 2009 at 12:56 PM
Terdapat tiga jenis jodoh pertemuan. Yang pertama, dikenali Jodoh Syaitan.

Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.

Yang kedua pula ialah Jodoh Jin. Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.

Manakala Jodoh yang Ketiga pula ditafsirkan sebagai Jodoh Allah iaitu Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta…"


kredit utk filem Syurga Cinta
nuaeman said :
September 30, 2009 at 2:06 PM
Orang Islam yang mengakui Islam atas sekadar nama tanpa mengamalkannya dalam hidup bahkan melaksanakan pula perkara-perkara melampaui batas contohnya dalam soal pergaulan antara yang bukan muhrim seringkali memberi imej buruk kepada Agama sedangkan Islam tidak menyarankan begitu.

Pernah sebelum ini saya memperjuangkan untuk memberi kebenaran kepada lelaki muslim bersolat Jumaat serta membuat satu surau bagi memudahkan orang-orang Islam bersolat fardu di salah sebuah firma yang saya bekerja yang mana pihak pengurusannya majaoritinya berbangsa cina. Alhamdulillah dengan segala penerangan yang diberikan mereka bertoleransi dan meluluskan kedua-dua proposal saya tu.

Malangnya bila tiba pula waktu solat jumaat jejaka-jejaka hensem yang mengaku Islam ni boleh pulak senang hati dengan hanya duduk melepak di luar bangunan sambil menghembus asap rokok hingga saya dipanggil semula oleh pihak pengurusan dan soalan mereka

"Ahmad, you kata sembahyang Jumaat itu wajib untuk orang islam kenapa mereka-mereka semua tu tak pergi pun?"

Dah menjadi satu kerja untuk menambah penerangan.. apapun. walau bagaimana kita terangkan mereka tetap akan menilai dari segi perbuatan. Itu yang mereka nampak..

Arrange marriage..

Ini pernah hampir terjadi dalam hidup saya tetapi takdir tuhan menentukan segalanya. Saya pernah dilamar oleh ibu kepada seorang rakan baik untuk dijodohkan dengan adiknya. Saya setuju dan memberikan tempoh untuk saya bersedia menjadi seorang suami.Dalam tempoh itu tiada masalah dipihak saya untuk tidak ber'dating' dan berbual di telefon tetapi tidak semua orang selesa begitu makanya segala perancangan dari dua keluarga tidak menjadi. Itu ketentuan tuhan dan tak menjadi masalah kepada kedua-dua keluarga kerana kami pun tak membuat apa-apa ikatan.

Ada pula kawan yang dijodohkan dengan lelaki yang kurang mengamalkan ajaran islam. Tetapi mungkin atas redhanya serta restu ibu bapa, perkahwinannya bahagia dan si lelaki mampu berubah menjadi seorang yang soleh.

Tuhan Maha Tahu..

Sekadar secebis pengalaman dari insan kerdil disisi tuhan..
keiroro said :
September 30, 2009 at 2:18 PM
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanu.

hmm...

bila diperkatakan tentang pelbagai jenis zina, maksudnya segala apa yang dilakukan semasa berCINTA adalah zina la juga kiranya kan ?

Kalau begitu la takrifan tentang cinta, penuh dengan penzinaan, bagaimana mahu cintakan seseorang itu tanpa lahirnya zina erk ?
BasicCX said :
September 30, 2009 at 3:42 PM
Salam wahai keiroro,

Cinta yang dlahirkan oleh Allah dan hanya kepada Allah ia dikembalikan itulah cinta suci, itulah cinta sempurna bebas daripada zina.

InsyaAllah semua yang membaca ayat ini jika mengamalkannya akan memahami maksudnya kelak. InsyaAllah.
dewajiwa said :
September 30, 2009 at 4:17 PM
waalaikumsalam keiroro. maaflah, tak mampu nak balas salam sepanjang yang sepatutnya itu (boleh tolong ajar ayat untuk menjawab salam sepanjang itu?)

untuk soalan bagaimana mahu cintakan seseorang itu tanpa lahirnya zina,
nikahi dulu orang itu. baru bercinta. sesuai?
famia said :
September 30, 2009 at 4:55 PM
dewajiwa: hehe. officemate yang berbangsa Cina dalam ini semua jenis yang faham sikit perihal Islam. diorang tahu perempuan Islam tak boleh salam tangan dengan lelaki bukan muhrim. diorang tahu kami ada solat yang berkali2 dalam satu hari. banyak jugalah yang diorang tahu. malah, memang menghormati kami semua. kagum betul. hehe.

ace: hehe. jujurnya saya tak pernah dengar pun jodoh ada 3 jenis. tengok Syurga Cinta itu baru tahu. tak pasti kebenarannya. saya tahu jodoh ada satu saja. dan jodoh itu rahsia Allah. dan memang datang dari Allah. kalau jumpa sumbernya dalam hadis atau ayat Al-Quran, tolong sampaikan ya. tapi kalau ayat tu direka-reka, sendiri mahu ingat ya. hehe.

nuaeman: hehe. sangat sokong. ya betul itu. dari perbuatanlah diorang nampak Islam ini macamana gaya sebenarnya. tentang arranged marriage itu, hehe sangat kagum. kamu pun pernah mengalami ya pakcik. bagus. kagum betul dengar cerita-cerita macam ini. dan betul, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Boleh jadi sesuatu yang kita sangka baik itu adalah tidak baik untuk kita. hanya Allah yang tahu. hehe. terima kasih sangat2 berkongsi cerita. kagum saya.

keiroro: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. wahai keiroro, siapa kata cinta hanya dipenuhi dengan penzinaan. hehe. bukan macam itu. itu bukan cinta rasanya kan. hehe. tujuan kita hidup ini kita kena rebutkan cinta. tapi bukan cinta manusia. cinta kepada Allah. dan hanya patut cintakan Allah yang satu je. kita boleh ke hidup tanpa Allah. hehe. Itulah sebaik-baiknya cinta untuk kita. jangan salahkan cinta sebab tiada salahnya bercinta. cuma cinta itu sepatutnya cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada ibu dan ayah. Seterusnya cintalah kepada pasangan awak yang sudah halal. Serasa sayalah, dalam Islam takde pun konsep bercinta secara Islam (bercouple dalam Islam). Kalau betul2 nak bercinta secara Islam, sila pakai pintu depan. Semak dulu latar belakang gadis itu melalui orang tengah atau diri sendiri yang check mungkin. Pastu, pakai pintu depan. Maknanya, jumpalah kedua-dua orang tuanya. Sampaikan hajat hati. Lepas itu, bersua mukalah dengan gadis itu. Pastu terus ikat. Tup tap tup tap, dah halal. Lepas itu bercintalah sepuas hati. Hehe. Apa-apa pun, jumpa mak bapak gadis tu dulu. Lepas itu pinanglah terus. Zina pun tak sempat nak dekat. Boleh? Hehe.

BasicX: hehe. ya. begitulah.

dewajiwa: hehe. nikah dulu baru becinta? sesuai... sesuai. memang sesuai. setuju.
September 30, 2009 at 6:10 PM
arranged marriage?

hehe, klu hati belum terpaut dgn sesiapa ...rasa2 takde masalah kot. tp kene seisi keluarga suke. klu emak dan abah dan adik beradik sy dh berkenan. rasa2 , insyaAllah sy berkenan kott.. hehe
Nabil Fizri said :
September 30, 2009 at 6:12 PM
"pray 4 their peaceful"
"he loves she,and istead"





















jwpn gua.
curX said :
September 30, 2009 at 9:48 PM
ada jgk org yg traditional thinking ek. biasanya kalo non muslim mmg babai la bab2 islam nih.
coklatCip said :
September 30, 2009 at 10:51 PM
SUDI
=D
keiroro said :
September 30, 2009 at 10:53 PM
wahhhhh.kalau yang betul betul halal kene ikut pintu depan la ni ? kalau macam ni, lepas kawen la baru cintan cintun. ;D
famia said :
October 1, 2009 at 7:14 AM
Akmar: hehe. dulu akak macam awak. tapi bila dah matang sekarang, sebenarnya realiti agak menakutkan daripada cakap2 mulut. hehe. tunggu jadi depan mata baru tahu cemas tak cemas. hehe

nabil: err, apa maksudnya itu. tak faham. minta maap.

kurk: hehe. itu tipikal thinking orang kita kot. ramai je lagi yang berfikiran macam bos itu. sebab dia penganut Kristian yang tegar kot.

Cip: hehe.

keiroro: Hehe. Sepatutnya macam itu. Tapi tak ramai pun orang kita buat macam itu. Ada tapi kurang. Kebanyakannya bercinta dulu baru bernikah. Hehe.
October 1, 2009 at 12:17 PM
Hehe.Mana akak tahu sy tade pengalaman itu.Ngee.Tetapi untungnya sy masih study dan untungnya.. Lelaki itu dah ade pilihan hati sendiri, cuma keluarga die belom tahu.dan akhirnya, kerna kisah ini.. Die dan calon isterinya selamat di ijabkabulkan. =) Bukan jodoh saya, tetap bukan. Kalau mmg utk sy mesti Allah permudahkan dan membuka pintu hati sy dan dia .kan kan kan? ;)
Anonymous said :
October 1, 2009 at 12:28 PM
Cerita pasal arranged married, haha baru-baru ni ada juga seorang rakan skerja dari lain branch ajak beraya kerumah, ada cerita skit katanya..dari kata-katanya macam ada ssuatu nak disampaikan, rupa-rupanya nak menyatukan saya dengan adiknya yang berjawatan pro, siapalah sayakan, rupa kureng, harta pun kureng, belajar pun xpandai..alahai

The Anon
famiaxz said :
October 1, 2009 at 2:50 PM
akmar: hehe. mintak maap akak tak tau. takpe. semua yang jadi ada hikmahnya.

anon: hehe. awak ni terlebih low self esteem ni. kena cuba adjust sikit agaknya.
October 1, 2009 at 6:37 PM
suka sangat entry2 kak famia.. sume ada unsur2 nasihat.. mudah2an dikurniakan suami yang soleh.. AMIN..

sekurang2nya baca blog kak famia boleh mengingatkan saya balik...huhu..Alhamdulillah..

i likeeeeee...

erm?? arranged wedding?? xtau la.. kalau mak abah kata itu yg terbaik, mungkin ya.. itu yg terbaik utk kita.. haha... xtau2.. tak penah mengalami..
cacah said :
October 2, 2009 at 8:41 AM
baca komen dari orang yang ada pengalaman pun best.
:)
famia said :
October 2, 2009 at 10:07 AM
ain: hehe. alahai Ain, entry merepek2 je itu semua. ikut suka hati sendiri je menulisnya. semoga ada manfaatlah harapnya. with blogging comes great responsibility kan. tapi diri sendiri pun masih lintang pukang lagi ni woh!

cacah: kan. hehe. sama dengan. memang best.
October 3, 2009 at 7:02 PM
haha.. mungkin tidak kot. sebab pilihan saya dengan pilihan ibu selalu berbeza. tetapi kalau ada, minta dikuatkan semangat. minta.. minta dipermudahkan jodoh.. :)
dboystudio said :
October 8, 2009 at 2:01 PM
nice..

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.