Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, August 17, 2009


_Kuching.

Dari mana titik bermulanya cerita.

Panjang berjela. Setiap langkah, ada kisahnya. Ada tragisnya. Ada sengalnya. Ada lucunya. Ada sadisnya. Ada kupasannya. Ada penat jerihnya. Ada yang tidak disangkanya. Ada gambarannya. Dan. Paling penting, ada hikmahnya.

Kuching.

Begini agaknya titik mula.

Ini pertama kali kita naik kapal terbang. Pertama kali duduk di tepi tingkap. Pertama kali duduknya kita di sayap kapal terbang. Perasaannya sangat terawang-awang. Pertama kali tingginya kita beribu-ribu meter dari tanah bumi.

Dan.

Sesungguhnya, kita sangat gayat woh!

Semacam mahu tercabut jantung bila kapal terbang mula berlepas. Gayanya seakan-akan mahu berlari 500 meter di balapan. Mula-mula perlahan, lepas itu tiba-tiba ia berlari laju menggila. Dan terus menggila terapung di udara. MasyaAllah. Jasad dan rohku terpisah sekejap 8 saat. Fuh....

Dari atas sana.

SubhanaAllah.
SubhanaAllah.
SubhanaAllah.

Yang menjadikan langit dan bumi.

Bagaikan ada dunia lain. Awannya yang fuh, sungguh kelu tak terkata. Berlapis-lapis awannya. Berbagai-bagai ton warnanya. Dan awan-awan itu membentuk pelbagai rupa jiwa. Bentuk binatang. Bentuk wajah manusia. Bentuk gua. Memang terkebil-kebil di atas sana. Tak sangka langit itu begini rupanya. Sangat suci. Dan wow!

Lebih kurang jam 11 lebih pagi, kami menjejak kaki ke bumi Kuching. Sewaktu kapal terbang mahu mendarat, telinga kita tiba-tiba diserang kesakitan. Sangat-sangat sakit. Gastrik yang buat ku menggelupur itu pun tak sakit macam ini. Perubahan tekanan udara tinggi ke tekanan udara rendah. Sakitnya bukan main parah. Bingit ke telinga sehingga migrain kepala dibuatnya. Terasa semacam gegendang telinga dijolok lidi tajam. Sakitnya bukan kepalang.

Detik-detik mahu mendarat itu, memang detik-detik yang menyiksakan.

Sakit, ya Allah.
Sangat-sangat.
Sangat.

T____T

Kedua-dua tangan kita pekup telinga. Serapat-rapatnya. Sekuat-kuatnya. Menitik-nitik air mata menahan sakit. Berhingus hidung kita dibuatnya. Mujur pakai cermin mata hitam. Tak adalah cuak pramugari dibuatnya. Cuma Suhaila dan Dani saja yang cuak menengok kita.

Setibanya di airport Kuching, kedua-dua telinga kita masih terasa perit pedihnya. Dan sebiji butir kita tak dengar apa-apa. Ya Allah, macam ini ke perasaan jadi orang pekak. Terasa ibarat hidup dalam keadaan ketakutan saja. Tak dengar apa-apa. Dan tak alert dengan kawasan sekitar kita. Sungguh terasa bagai hilang upaya.

Lama-lama, sebiji demi sebiji suara masuk ke telinga kita. Barulah dapat mendengar segala bunyi yang ada. Itu pun bukan dengar semua. Samar-samar saja bunyinya.

Dan.

Dari jauh sana, sudah kelihatan tourist guide kami.

Orang Iban.

Ya.
Orang Iban.
Aum... Aum... Aum.

Tak.
Dia tak pakai cawat, ok.

Dan bermulalah episod pengembaraan kami di bumi Sarawak.

Yang penuh saspen. Penuh lawak gembira. Dan suka duka nestapa. Serta aktiviti-aktiviti menjelajah hutan yang boleh tahan menggila. Bersama Kakeno (kamera kita) yang sudah rosak lens 18-55mm. Maka, sepanjang pengembaraan kami cuma diiringi lens telezoom 70-200mm. Betapa terasa bagai, "Alah, tak seronoknya". Hajat mahu mengambil gambar setiap detik di sana tidak tercapai.

Sesungguhnya.
Manusia memang hanya merancang.
Cuma Allah saja yang layak tentukan.

Maka, pakai sajalah apa yang ada. Tanpa banyak songeh. Mujur juga ada kamera Dani.

Nantilah disambung sekiranya datang kerajinan eh. Paling tidak pun, Dani boleh tolong habiskan cerita. Kan Dani.

Ahai, Ramadhan sudah dekat.
Tak sabarnya.

Tapi, kena sabar. Sabar itu kan sebahagian daripada iman. Maka, silalah sabar walaupun sudah tidak sabar dan tidak mampu untuk bersabar. Berusahalah untuk cuba bersabar. Berusahalah.

Sabar Huzai.

Sabar.
Sabar.
Sabar.

Kamu semua apa cerita.

Sudah beli kurmakah_

Kategori:

18 Responses to "Yang Dinamakan Kaki Kuching"

Anonymous said :
August 17, 2009 at 2:06 PM
Huu mmglah naik kapal terbang mcm pekak skit telinga, telan lah air liur kalu tak sakit..bergambar di Cultural Village? hee

The Anon
famia said :
August 17, 2009 at 2:15 PM
anon: bukan macam itu. saya memang ada masalah gegendang telinga bocor. telan air liur pun tak ada jadi apa-apa. semua tempat ada gambar. cuma malas nak upload je.
BasicCX said :
August 17, 2009 at 4:08 PM
Salam,

Sepatutnya jangan di tutup telinganya, buka mulut sahaja dan biarkan tekanan udaranya mengalir. Jika ditutup telinga nanti telinganya berdarah.

Walau apa pun.. Alhamdulillah dan selamat kembali. :)
etdebek said :
August 17, 2009 at 4:31 PM
cpt la wat full entri.. aku dah x sbr nk komen byk2 ni.. hahahahahaha...
jeehanx said :
August 17, 2009 at 4:37 PM
hmmm,
x ajak pun...hmmm...
mugiwara said :
August 17, 2009 at 5:34 PM
seronoknya.

munken kalau ada rezeki, mahu ke sana pula.
isyaALLAH...

sakit kan? telinga.
tapi tak terfikir pun org pekak rasa mcm tu..

bgusnye kamu, huzai~
famia said :
August 17, 2009 at 6:09 PM
BasicX: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh wahai kamu. tapi memang tak boleh lepaskan tangan pun dari telinga. hanya Allah yang tahu betapa sakitnya. sob sob sob. Dulu pernah naik kapal terbang masa darjah 5. sama jugak keadaannya. sakit telinga yang menggila. rasanya memang dari dulu lagi sudah bocor gegendang telinga ni.

suhaila: aku tak laratlah nak tulis. panjangla. nanti kita paksa dani ajelah eh.

jian: emm.. ni suhaila yang booking tahun lepas jian. maaf sangat2. cadangnya memang nak buat trip budak versapac je dulu.

mugi: seronok. gila seronok. ada rezeki, panjangkanlah langkah ke sana eh. ya telinga itu sakit memang sangat sakit. selama ni ditimpa macam2 jenis sakit pun masih belum terlawan dengan sakit yang ini. saya mana ada bagus. tau menitik air mata je bila gegendang bocor. isk..
August 17, 2009 at 7:14 PM
ekeke. akak famia.

hmm, gegendang telinga bocor ke? tampal la.

hiks hiks :p

akak," Selamat Menyambut Ramadhan." Maaf kan slh silap yek :)
Anisa Ahmad said :
August 17, 2009 at 9:35 PM
huhuhuhuhuhuhuhuhuhuh
Dani neh said :
August 17, 2009 at 11:29 PM
ahahah.. dan dan ade link aku yang aku tak update pape langsung.. hahaks..
aku nak amek gambar dari ko dluw baru bleh bercerita...
kekonon cerita bergambar aaa..
video ikan nyanyi lalalala pun aku nak boh.. hehe
August 17, 2009 at 11:46 PM
xjmpe pun kaki kucing kt dlm entry??
hehhe...
best nye g jln2..
nk jln gak!!
paiseh said :
August 18, 2009 at 4:34 AM
mana cerita asal usul Kuching nye??
famia said :
August 18, 2009 at 9:24 AM
akmar: hehehe. cakap senanglah nak tampal. sob sob sob. ngeri tahu. sakit gila. ish, selama ini kena penyakit lain pun boleh bersabar lagi. ini macam gegendang telinga dah nak pecah dalam itu bila kapal terbang nak mendarat. maka, dengan ini saya mengistiharkan bahawa saya tak suka naik kapal terbang lagi dah. ya. selamat menyambut Ramadhan juga ek.

anisa: tahu tak, hari2 pagi petang siang malam asyik mentioned nama Anis. hahahaha. betapa gila rindu woh kitorang Anis tak ada sana.

dani: hahaha. ok. aku serah semua entry dekat kau. buatlah details gila ok. gambar sekali. dah siap nanti bagitahu. hihi. wahoo!

ain: eh, ada itu. biar betul tak nampak. hehe.

pai: hahahaha. ada. asal usul Sarawak pun ada. tapi gua malas nak storylah. maklumlah, dah nak puasa. nak simpan tenaga sikit. haha.
siPenGarut.. said :
August 18, 2009 at 11:43 PM
kaki kucing...
walawei mcm best jer g kucin' nie...
kek lapis famous kt sne kn?? ader beli x?? nk bt kuih bkk pose la...
famia said :
August 19, 2009 at 1:17 PM
sipengarut: hehe. belilah juga sekotak. ramai orang kirim.
LediAgli said :
August 20, 2009 at 8:17 PM
lahhh kit lens rosak.. apsal tak cakap...

aku ade sebijik kit lens.. tapi tatau la ko nak ke tak.. tak de IS...
famia said :
August 21, 2009 at 5:15 AM
ledi: hehe. sebab ko mungkin pakai. tak bestlah kacau lens orang. hehe. takpa. tak ada rezeki nak ambil gambar banyak2. lain kali insyaAllah.
LediAgli said :
August 21, 2009 at 1:19 PM
maksud aku... aritu ko cakap body rosak.. tapi sebenarnya kit lens rosak..

aku ada dua kit lens.. sebijik yg aku pakai.. sebijik jadi perhiasan.. tapi yang perhiasan tu tak de IS.. kalu ko nak nanti roger aku..

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.