Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, August 03, 2009


_Barangsiapa yang BERUSAHA untuk CUBA meninggalkan larangan Allah dan mengikut segala suruhanNya, pasti sentiasa berada di dalam lindungan dan peliharaanNya.

Ulang lagi.

Barangsiapa yang BERUSAHA untuk CUBA meninggalkan larangan Allah dan mengikut segala suruhanNya, pasti sentiasa berada di dalam lindungan dan peliharaanNya.

Ulang sekali lagi.

Eh... eh, nak kena budak ini.

Ok, ulang yang pendek sikit.
Berusaha untuk cuba.
Untuk cuba.
Cuba.

Nak seribu daya, kalau tak nak itu seribu....

Ah, sambung sendiri.

Dari kitab Al-Akhlak Al-Islamiyyah lin Nasyi'in.

Pada zaman dahulu.

Ada seorang lelaki Arab yang begitu kacak dan sempurna sekali rupa parasnya. Walaupun tidaklah sekacak nabi Yusuf. Tetapi, lelaki Arab itu tetap termasuk dalam kategori lelaki yang sangat kacak. Yang mana jika sesiapa terpandang akan wajahnya, pasti terjatuh hati dibuatnya.

Akibatnya.

Siang malam mandi tidak basah walaupun sudah 8 jam berendam dalam tab mandi sambil berbuih-buih. Makan pula tidak kenyang langsung walaupun telah melantak segala ayam, burger, nasi goreng pataya, bihun tomyam dan megi goreng. Tidur pula langsung tidak lena walaupun dibekalkan tilam yang empuk beserta penghawa dingin dan kelambu yang kalis daripada dengungan nyamuk bagai.

Itulah.

Terkenang-kenang orang yang didambakan.
Melebihi dambaan terhadap Pencipta Yang Esa.

Tak patut itu.

Hah.

Tengoklah betapa tingginya 'kuasa tarikan elektrik' di wajah lelaki itu. Setiap mata yang memandang pasti terkena renjatannya.

Ok, sambung.

Di dalam sebuah negeri Arab yang mana kita tidaklah ingat akan namanya kerana penyakit pelupa kita yang kronik ini. Kisah ini terjadi di tanah Syam. Di dalam negeri itu, terdapat seorang hartawan wanita yang sangat rupawan dan masih belum memeluk Islam pada ketika itu. Lelaki Arab itu pula adalah seorang lelaki Islam yang alim lagi warak orangnya.

Suatu hari, Allah mahu menguji keimanan lelaki itu.

Ketika lelaki itu sedang melintasi rumah wanita yang kaya itu, wanita tersebut telah terjatuh hati sebaik sahaja terpandang akan wajahnya. Siang dan malam asyik terkenang-kenang. Hatinya telah diragut orang.

Akibat tidak dapat menahan godaan nafsunya, wanita itu telah bernekad untuk berjumpa dengan lelaki itu dan menggodanya. Diumpannya lelaki itu untuk ke rumahnya. Pelbagai cara yang dilakukan agar lelaki tersebut tertarik hati kepadanya. Maka. Tahulah lelaki itu akhirnya akan niat buruk sebenar wanita tersebut.

Walaupun digoda berkali-kali, hati lelaki itu tetap setia kepada Allah. Terkumat-kamit mulutnya beristighfar mengharapkan keampunan Allah. Sambil mengharapkan pertolongan dariNya. Wanita itu mula naik bosan. Namun, tidak sekali-sekali dia berputus asa untuk menggoda lelaki tersebut.

Akhirnya.

Untuk mengelakkan wanita itu daripada terus mendekati dan menggodanya, lelaki tersebut telah meminta kebenaran untuk ke bilik air. Lelaki itu berpura-pura bersetuju dengan hasrat wanita tersebut dengan syarat dia mahu membersihkan dirinya terlebih dahulu. Gembira bukan kepalang wanita itu apabila mendengarkan kata-kata lelaki tersebut. Sangkanya hasrat telah tercapai.

Di dalam bilik air.

Ke hulu ke hilir lelaki itu berulang-alik. Sekejap terduduk. Sekejap berdiri. Memanjangkan akal mencari jalan keluar. Akhirnya, lelaki tersebut memohon pertolongan daripada Allah agar diberi jalan keluar daripada fitnah yang terbesar itu.

Tiba-tiba dia mendapat satu akal.

Tanpa membuang masa, dia terus membuka bajunya. Dan membuang air besar. Lalu, segala najisnya dilumurkan ke seluruh badan dan muka. Sambil mulutnya terkumat-kamit tetap memohon petunjuk dan perlindungan dari Allah. Tidak sanggup rasanya lelaki itu menahan bau busuk najis yang memenuhi seluruh tubuhnya. Setiap kali dia melumuri najis tersebut, lelaki itu pasti termuntah-muntah berkali-kali. Mengalir air matanya mengharapkan perlindungan dan pertolongan Allah semata-mata.

Akhirnya, keluarlah lelaki itu daripada bilik air.

Alangkah terkejutnya wanita tersebut apabila melihat seluruh tubuh lelaki itu dipenuhi najis. Wanita itu mula terjerit-jerit menuduh lelaki itu gila dan menghalaunya keluar dari rumah. Lelaki tersebut terus berlari keluar dan menuju ke rumahnya dalam keadaan dipenuhi najis. Di sepanjang perjalanan, orang ramai mula mengejek-ejeknya dan menjauhkan diri daripadanya. Sayu hatinya dihina sebegitu rupa.

Setibanya di rumah.

Lelaki tersebut terus membersihkan dirinya. Dan dengan kuasa Allah, setelah badannya yang berlumuran najis tadi disucikan, tiba-tiba badannya mengeluarkan bau yang sangat wangi dan lebih harum daripada bau kasturi. Dari jauh lagi sudah boleh terbau akan keharuman lelaki tersebut. Yang mana selepas kejadian itu, mereka telah menggelarnya dengan gelaran, err...

Alah, lupalah pula Al-Miski, iaitu orang yang seharum kasturi.

Kisah nyata ini masih boleh dilihat bekasnya sehingga kini. Di tanah Syam, ada sebuah makam yang bertuliskan 'Al-Miski'. Itulah kubur lelaki mulia yang menjaga kesuciannya ini.

Tetapi.
Memang subhanaAllah.

Tengok. Tinja itu pun ada gunanya. Tapi jangan cuba di rumah pula. Cuma dalam keadaan darurat atau terpaksa sahaja boleh guna. Itu pun kalau sanggup cubalah. Kalau sanggup ya.

Kesimpulannya.

Barangsiapa yang BERUSAHA untuk CUBA meninggalkan larangan Allah dan mengikut segala suruhanNya, pasti sentiasa berada di dalam lindungan dan peliharaanNya.

Maka.

Berusahalah untuk cuba.

Banyak betul penggunaan ITU dalam cerita atas ini. Memang tak berapa nak penglipurlara betul si Huzai ini. Ish, maaflah kita tak pandai nak bercerita.

Ok.

Lelaki kacak yang beriman pada akhir zaman ini, sila ke depan_

Kategori:

25 Responses to "Tips Untuk Lelaki Kacak Yang Beriman"

archiq said :
August 3, 2009 at 5:24 PM
saya tak kacak.
famia said :
August 3, 2009 at 5:34 PM
aciq: hehe. sesungguhnya, definisi kacak itu teramatlah luas. molek perangai, hati budi pun kacak juga apa.
NoktahHitam said :
August 3, 2009 at 5:34 PM
Hadith diriwayatkan oleh? Jangan main petik je cik, Nabi pernah cakap, akhir zaman nanti, agama kita akan terpesong sedikit demi sedikit. Oleh itu, sebagai seorang penyebar ilmu yg bermanfaat, kaji lebih mendalam tentang sumber cerita tersebut. Kalau rasa ia kurang tepat, bincangkan.

ps: Saya bukan jenis mengaku yg baik-baik sahaja. *berundur ke belakang*
aman said :
August 3, 2009 at 5:36 PM
artikel yang menarik tuk berusaha untuk cuba. =D
famia said :
August 3, 2009 at 5:43 PM
NH: hehe. kalau hadis, saya akan terang-terang kata itu hadis wahai encik NH. Ini bukan hadis. Cuma cerita itu ada dalam buku agama pun. Tajuk buku itu 'Di atas Sejadah Cinta'. Tulisan Habiburrahman. Silalah cari kalau rajin. Nak cerita kesimpulan dia saja. Kadangkala, ada yang berlandaskan Quran dan Hadis... tapi taknak ikut juga. Macamana itu? Lagi satu kan, cerita ni nak bagi orang ambik pengajaran. Supaya CUBA BERUSAHA untuk buat yg macam tertulis di Quran dan Hadis. Bukannya nak bagi ajaran sesat pun. hehe. Ya. Akhir zaman ini kena lebih berhati2 dengan segala ajaran agama. Takut terpesong dan dipesongkan. Kalau boleh, sama2lah rajin2kan diri upgrade ilmu agama. Saya lagilah bukan orang baik. Segala khilaf tu, sayalah empunyanya. Terima kasih banyak2 atas teguran ye.

aman: cubalah.
BasicCX said :
August 3, 2009 at 6:04 PM
Salam,

Jadilah orang yang beriman setelah Islam. Apakah sepanjang umur kita 20 tahu, 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun kita telah melakukan perkara yang dilakukan oleh orang-orang yang beriman dan bukan setakat Islam sahaja? dan seudah bersediakah kita mati dalam keadaan beriman (Khusnul Khotimah)?

Marilah sama-sama kita renung sifat/ciri-ciri orang beriman yang disebutkan Allah dalam surah Al-Anfal ayat 2-4.
famia said :
August 3, 2009 at 6:10 PM
BasicCX: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. hehe. terima kasih banyak2 berkongsi.
August 3, 2009 at 7:02 PM
saya kapan.

ha ha!
keiroro said :
August 3, 2009 at 7:17 PM
best juga ceritera ni.. XD
M-I-N said :
August 3, 2009 at 8:14 PM
errrr....*perlahan lahan melangkah ke belakang*
famia said :
August 3, 2009 at 9:14 PM
7kaki: kapan itu maksudnya datang ke maksudnya bila? confuse. hah step forward please.

keiroro: itulah. lelaki yang menjaga kesuciannya.

min: hehe. wahai min, silalah maju ke depan.
paiseh said :
August 3, 2009 at 9:25 PM
gua cuba utk tidak kacak..
malangnya tak berjaya. haih~
Anonymous said :
August 4, 2009 at 1:54 AM
Sy mahu maju ketengah, dan masih cuba bergerak kedepan..

The Anon
Blogosphere said :
August 4, 2009 at 7:04 AM
Plastic surgery, botox, susuk! LOL!

Come promote your blog at our website!
famia said :
August 4, 2009 at 7:42 AM
pai: hehehe. bagilah can.

anon: berusahalah.

blogosphere: spam.
August 4, 2009 at 4:30 PM
kapan = kacak + tampan.

ka ka ka!
Anonymous said :
August 5, 2009 at 1:37 AM
kapan = kaki + pancing

hehe sori saje imaginasi...

The Anon
famia said :
August 5, 2009 at 5:34 AM
7kaki: -_-"

anon: -_-" apa kenalah kamu berdua ini. hehe.
jeehanx said :
August 6, 2009 at 8:50 AM
sampai maksudnya..

terima kasih jai..

cuba untuk berusaha bersungguh2 untuk mencuba!! =)
nananye said :
August 6, 2009 at 10:26 PM
famia, terasa jahil bila fikir balik apa yg pernah aku buat.

rasa mcm ada pernah sekali, aku takut nak suarakan pendapat aku walaupun sepatutnya aku boleh je nak cakap.

patutnya, aku kena usaha untuk jauhkan perkara2 yg telah dilarang agama kan?

oh, aku bukan buat benda bukan2 pun. cuma agak teruk sikit.
huhu.
August 7, 2009 at 8:01 PM
susah nak cari lelaki kacak yang beriman.. yang tak kacak pun susah jugak.. huhu
August 7, 2009 at 10:03 PM
7kaki dalam kacak aper... tehehehe
famia said :
August 7, 2009 at 10:25 PM
jian: sama dengan! hehe.

nananya: hmm.. lawanlah. peduli apa orang nak kata. yang penting, apa Allah kata kan. hehe. kalau orang semua benci dan meluat dengan apa yang kau pertahankan biarlah. Asalkan... Allah senang dengan kau wahai nananya.

ain: hehe. kacak bukan pada rupa. percayalah. carilah lelaki yang sejuk mata memandang. hasil dari ketenangan hati dan pancaran imannya. hehe. barulah itu yang dinamakan kacak wahai ain.

dboy: hehe. baguslah.
Destinasiku said :
August 12, 2009 at 7:32 PM
ada ker lagi lelaki kacak beriman...emmm
famia said :
August 16, 2009 at 11:47 AM
destinasiku: kacak bukan semestinya kacak fizikal rupa paras wahai destinasiku. hehe. kacak itu meliputi segalanya. yang penting carilah yang beragama dan boleh tahan kuat imannya. senang nak kemudi kapal nanti. ya, masih ada je lagi lelaki macam itu. doalah kuat-kuat. semoga dipertemu olehNya.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.