Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, August 03, 2009


_Memohon lesen berniaga bukan kerja mudah.

Peta kena ada.

Salinan kad pengenalan kena ada. Dua keping gambar kena ada. Dan tiga gambar tapak gerai dari sudut kiri, kanan dan hadapan juga kena ada. Makanya, semalam kitalah orangnya yang tertebeng di tepi jalan petang hari untuk mengambil gambar. Mak Ngah kita minta tolong ambil gambar tapak gerainya.

Kita pun usung Kakeno.

Psstt, Kakeno itu sebiji kamera Canon 350D. Sudah 4 tahun rasanya umur beliau. Ke lima entah. Dah lama betul tak ambil gambar. Liat jari jadinya.

Dari hujung jalan kiri.

Klik!
Klik!

Zrett..

Err-99 terpapar pada skrin Kakeno. Kita terkaku. Alah, biar betul Kakeno ini. Dah nak meninggal ke budak ini. Sekejap-sekejap asyik keluar Err-99. Sekejap-sekejap pula molek jadinya. Kesudahannya, kita sugul di tepi jalan. Macamana ini. Minggu depan sudah mahu ke Kuching. Tak berapa nak bermaknalah kalau tak ada kamera DSLR.

Alahai.

Kawan kita kata shutter Kakeno yang rosak. Kawan kita hantar ke kedai untuk baikpulih shutter kamera Nikon D70s dahulukala adalah dalam empat ratus lebih harganya. Itu Nikon. Kalau Canon ini, entah berapa pula dia caj.

Alahai.

Empat ratus ringgit!

-_-"

Terus kita nampak bintang.

  1. Adakah perlu upgrade kamera?
  2. Perlukah bertukar kepada Nikon?
  3. Atau, hantar baiki sahaja si budak Kakeno ini?


Canon masih tetap di hatiku.

Tapi....

Macamana ini, alahai_

Kategori:

13 Responses to "Tanda-tanda Kamera Mula Buat Perangai"

vkool said :
August 3, 2009 at 1:33 PM
repair sambil usha yang baru hhehe...
famia said :
August 3, 2009 at 1:34 PM
vkool: hehe. sabarlah iman. jangan upgrade dulu. isk isk. fuh.. tiup nafsu jahat jauh sikit.
archiq said :
August 3, 2009 at 1:47 PM
Nikon!! Nikon!! ahahaha...

tanya dulu harga repair berapa.. kalau mahal, apgred saja dengan yang baru... atau sepatutnya apgred saja kepada yang lebih canggih..

inilah masanya... hehe..
famia said :
August 3, 2009 at 1:51 PM
aciq: haha. kalau ada kamera Nikon yang setanding Canon EOS 5D Mark II, ya baru saya pakai Nikon. hahaha. selain dari itu, tak naklah lompat parti. :p
jeehanx said :
August 3, 2009 at 2:27 PM
hye jai..
hehehe..
posa dah dekat..maknenye raya pun dah dekat..ok ke kalau waktu ni g beli camera baru.. hehehe...
August 3, 2009 at 3:19 PM
lesen niage kek maner?kuching g jalan2 eik?best2 kirim keklapis dayang salhah....indu rasenye nek sampan...5osen
@debek said :
August 3, 2009 at 4:04 PM
err.. knp font ko dah beso? ke mate aku yg dah juling nmpk tulisan sume beso2.. huhuhuhuh..
archiq said :
August 3, 2009 at 4:26 PM
adalaa... Nikon D3X... Okeh.. sila lompat parti sekarang!! haha..
paiseh said :
August 3, 2009 at 4:33 PM
amik baru.. canon 1000D.
pakai sret2 kad je.. apa susah..??
famia said :
August 3, 2009 at 4:46 PM
jeehan: hai jian. hehe. belum ada niat nak beli baru pun.

intan: lesen niaga tepi jalan je. kat damansara. hehe. kek lapis dayang salhah? fuiyo ada nama.

suhaila: haah. aku besarkan.

aciq: hehe. oh yang itu. tak menarik. haha. silalah. 5D Mark II masih di hati.

pai: 1000D? huk aloh lu. hahaha. 1000D dengan 350D baiklah gua kekal dengan 350D gua yang dah uzur ini.
m-i-n said :
August 3, 2009 at 8:21 PM
pastikan dulu adakah betul shutternya yang rosak.kemudian,terpulang pada diri ingin dibaiki atau beli yang baharu
Anonymous said :
August 4, 2009 at 1:46 AM
D90, D90..yeay!!

The Anon
famia said :
August 4, 2009 at 7:44 AM
min: baik. tapi nak membeli yang baru bukan sekaranglah pastinya.

anon: hehe. nikon tak best.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.