Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, August 07, 2009


_Terasa semacam gila bayang sedikit sekarang ini.

Ya.

Gilakan bayang.

Pandang kiri ternampak.
Pandang kanan ternampak.
Pandang depan ternampak juga.
Pandang belakang pun tetap ternampak juga.

Pejam mata pun ternampak dan terbayang.

Gelojoh dibuatnya. Makannya tidak kenyang. Mandinya tidak basah. Tidurnya tidak lena. Teringatkan ia. Sekejap-sekejap terbangun. Sekejap-sekejap tertidur. Entahkan berjumpa lagi ke tidak agaknya. Setiap kali ternampak suku sakat dan sanak saudaranya pun pasti terkenang juga. Berdebar-debar terasa.

Ya.

Gila bayang pada....

Ramadhan.

Mana tidaknya. Asal singgah pasaraya Giant saja mesti nampak kurma. Asal singgah pasar malam saja mesti nampak kurma. Asal singgah pasar siang saja mesti nampak kurma. Tapi kalau singgah pasaraya Carefour di Wangsa Melawati ini, mesti nampak pelita untuk hari raya. Paling tidak pun, lampu kelip-kelip di kala hari raya. Dan paling tidak dan tidak pun, pasti ada jualan murah baju kurung dan baju melayu.

Alahai Carefour.

Hah.

Tanggal berapakah kita semua mula berpuasa?

21 Ogos!
Eh, silap... silap.

22 Ogos.

Makanya.

Mari buat senarai semak untuk Ramadhan, wahai semua pencinta Ramadhan.

  1. Pergi beli stok kurma berkotak-kotak. Lepas Ramadhan pun boleh makan lagi. Setiap bulan pun boleh makan kurma kalau gaji belum masuk lagi. Sekurangnya berkhasiatlah sedikit berbanding Mi Maggee kan.
  2. Pergi beli Al-Quran kalau belum ada. Stand by siap-siap dekat bilik. Baca hari-hari. Satu hari paling kurang satu muka surat. Kalau tak larat pasal berbuka banyak sangat melantaknya, bacalah satu perenggan. Kalau tak jumpa perenggan dalam Al-Quran, bacalah sampai jumpa. Lama-lama terus khatam punya. Haha.
  3. Stand by tasbih. Saiz sederhana. Kecil pun boleh juga. Bawa hari-hari dalam poket seluar. Dalam LRT pun boleh berzikir. Kalau tak cukup duit nak beli tasbih, pakai jari saja pun boleh. Sebatang jari kan ada tiga bahagian. Kiranya, dalam lima jari itu dah boleh baca lima belas kali. Ulang lagi sampai mengantuk tertidur atau pun sampai ke destinasi.
  4. Setiap malam tidur awal sikit. Lepas Isyak itu tak payah tengok televisyen. Terus pergi tidur. Baca tiga ayat terakhir Surah Al-Kahfi untuk mudah terjaga pada sepertiga malam. Eh, empat ayat terakhir ke tiga ek. Alahai terlupa. Kalau susah sangat, sebelum tidur itu doalah minta Allah tolong bangunkan pukul dua ke tiga ke.
  5. Bila berpuasa, tunaikan puasa dengan bersungguh-sungguhnya. Jaga mata. Jangan meliar saja pandangannya. Jaga telinga. Jangan dengar perkara-perkara yang tidak baik. Jaga tutur bicara. Jangan nak maki hamun sumpah seranah saja kerjanya.


Senarai semak itu, khas untuk kita.
Dan kamu juga.

Jika....
Ada gunanyalah.

Hah.

Sudah beli stok kurma ke belum_

Kategori:

20 Responses to "Tanda-tanda Gila Bayang Pada...."

@debek said :
August 7, 2009 at 9:13 PM
mule2 bace intro igtkan ko gile bayang nak gi kuching.. muhahahahahahahhahaa.. [ni cam kire gile byg jangka pendek ni.. kekekeke]
August 7, 2009 at 9:57 PM
very2 nice..
famia said :
August 7, 2009 at 10:28 PM
suhaila: kuching? haha. excited sikit je. dia dah jadi kurang sikit excited pasal Kakeno dah kong. sob sob sob.

dboy: silalah guna pakai, jika ada gunanya.
Indrasakty said :
August 7, 2009 at 10:36 PM
Selamat berpuasa sebagai seorang yang lebih dewasa (ucap siap-siap).
famia said :
August 7, 2009 at 10:41 PM
khairulhak: hahaha. terima kasih! sama dengan. ok sekarang tiba-tiba terasa tak seronok meningkat usia. -_-"
August 7, 2009 at 11:18 PM
yeay! suke2

nk beli telekung baru. setiap kali menjelang ramadhan kene beli telekung baru. =)

Quran dh ade
Tasbih lom ade.

terima kasih akak.ingatkan sy :)
famia said :
August 7, 2009 at 11:52 PM
akmar: wah! gila banyak telekong budak ini kalau macam itu. hehe. akak nak beli tasbihlah jugak nanti. tak pernah beli tasbih. kesian langsung. isk..
eyena said :
August 8, 2009 at 12:50 AM
ahaii bagusnyee dia.. iangatkan rindu bayang kat sape.. ahaii ramadhan rupanya.. bulan ramadhan bukan org bernama ramadhan ye.. ahak.. selamat menjalani ibadah..
famia said :
August 8, 2009 at 9:25 AM
eyena: err, taklah bagus mana. cuma buat checklist untuk diri sendiri je. tak sabar nak puasa tahun ni. hehe.
Anonymous said :
August 8, 2009 at 10:45 AM
lepas isyak tak boleh tido. tarawih 20 rakaat sampai 10.30 malam. moreh sampai jam 11 malam. siapkan homework sampai jam 1 pagi. huhu camane?

oranglipis.blogspot
famia said :
August 8, 2009 at 10:53 AM
anon: baguslah. terus stand by 'dating' dengan Tuhan. lepas itu pejam mata sejam dua baru bangun sahur. hehe.
Anonymous said :
August 8, 2009 at 11:48 AM
nice senpai
famia said :
August 8, 2009 at 12:11 PM
kell: hah. blog dah siap ke belum. hehe
ezad said :
August 8, 2009 at 8:20 PM
lepas isyak terus tidur?

hmmm.. bila nak tarawikh?

dah beli yusuf tayyub
Lt Col Dop Mustang said :
August 9, 2009 at 1:55 AM
drpd menggunakan alat tasbih, lebih afdhal menggunakan jari sbnrnya. rasanya x perlu huraian, dlm Internet ada byk sumber yg sahih berkenaan ini.

btw, tahniah ya. merindukan ramadhan. lazatnya iman.. kipidap!

aku .. :(
famia said :
August 9, 2009 at 12:14 PM
ezad: yelah. lepas isyak teruslah tarawih. isk kau ni. yusuf tayyub? apa itu?

dope: yeke? aku tak tahu pula perihal itu. aku rasa ramai je yang suka Ramadhan. Cuma.. tahap tinggi rendahnya tak sama. kan. hehe.
Lt Col Dop Mustang said :
August 9, 2009 at 6:11 PM
iye betul. aku maksodkan "cara" merindukan Ramadhan tu le. hehe.
Destinasiku said :
August 12, 2009 at 7:22 PM
betul lah tk semua ada tahap kerinduan ramadhan mcm cik kak kita nie...
Trimas atas kesedaran itu
SELAMAT BERPOSE..yg lama dh abis ganti ker???
famia said :
August 16, 2009 at 11:50 AM
dope: dah nak puasa! bestnyaaaa woh!

destinasiku: hehe. alhamdulillah. dah habis lama. selamat berpuasa juga.
keiroro said :
August 16, 2009 at 7:23 PM
ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna. ;D

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.