Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, August 24, 2009


_Entahlah kenapa.

Terasa semacam di kala Ramadhan ini, nafsu jahat dan kebusukan hati kita meruap-ruap mengaum. Terpercik sedikit saja pun boleh mengaum. Itu belum lagi dijentik. Lagilah bertubi-tubi mengaum. Kalau bukan bulan Ramadhan, molek pula hati. Tak ada pula dia nak mengaum-ngaum.

Ini.
Kita yang perangai macam satan ke.
Atau satan yang perangainya macam kita.

Isk....

-_-"

Ramadhan ini.

Terasa sepi sangat. Sejak hari pertama berpuasa, ayah sudah ke Terengganu mengajar. Khamis baru selesai. Lepas itu, mungkin perlu mengajar ke Perak pula. Dan kemudian, entah ke mana pula agaknya. Tanpa henti. Beruas-ruas tulangnya dibanting.

Kasihanilah ayahku ya Allah.
Peliharalah ayahku ya Allah.

-_-

Lepas tolak tambah.

Bertiga saja di rumah. Bermula dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari. Sunyi. Sayu. Sepi. Kosong. Kering. Sangat-sangat. Ada kita, emak dan adik Uya saja. Itu kalau adik Uya keluar, cuma kita dan emak saja.

Hah.
Semakin bertubi-tubi.

Kosong.
Kering.
Sunyi.
Sayu.
Sepi.

-_-

Yang menemani kami cumalah sabda dan firman yang sentiasa mengalir. Semoga setia membasahi hati yang panas dan kering ini.

Buat semua saudara seIslamku,
Maaf yang teramat sangat.
Terkasar di sini sana.

Masih ada satan yang terlepas tak berikat ini.

(Sambil menuding jari ke arah diri sendiri)

Nampak tak_

Kategori:

9 Responses to "Sunyi Sepi Yang Mengalir di Kala Ramadhan"

August 24, 2009 at 2:27 PM
Tahun ni tak ada Ramadhan 1, Ramadhan 2, Ramadhan 3 macam tahun lepas?
Dani neh said :
August 24, 2009 at 2:56 PM
Sebuku roti aku bagi untuk jadik peneman...

ok hak?

heheheeee
famia said :
August 24, 2009 at 3:24 PM
khairulhak: hehe. ada ke tahun lepas? tak ingat pun.

dani: hehe. sesungguhnya, bau dia rupa dan fizikal sebiji sejebon macam roti span. kecur betul bau dia. aduhai. terima kasih banyak2 dani
Anonymous said :
August 24, 2009 at 7:45 PM
Mungkin satan tuh ckap "I'll be back" cam dlm Terminator yg cik Famia xtgok, cmtu lah dia ckap..hehe, tp inilah masanya kan mengenal peribadi diri sbenar tanpa hasutan dan paksaan..hehe

The Anon
August 24, 2009 at 9:23 PM
huhuhu...
=)
M-I-N said :
August 25, 2009 at 1:58 AM
sabar sahaja.lawan cik famia lawan!
paiseh said :
August 25, 2009 at 2:29 AM
kire ok laa lu ada lagi si ibu.. yg takde sape2 mcm gua kat sini ni nak kire macamana?

jiran.. sila ambik perhatian. hahahaha..!!
buzzybug said :
August 25, 2009 at 11:00 AM
ok la tuh Famia... still sambut Ramadhan ngan family...

Selamat berpuasa ye. :)
famia said :
August 26, 2009 at 5:54 AM
anon: boleh pula. heheh.

ain: :)

min: heheh.

pai: kesian. ok. jemputlah ke rumah berbuka. sebagai jiran, gua fulfill hak lu.

bazi: selamat berpuasa juga.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.