Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, August 27, 2009


_Senyum-senyum dulu.

Mak kata.
Hari ini ayah balik.

Mari senyum sampai telinga.

Mak kata.
Hari ini ayah balik.

Mari terbang ke langit ketujuh.

Mak kata.
Hari ini ayah balik.

Mari gelek-gelek ke kiri dan ke kanan.

Mak kata....

Woi, sepatutnya kena panjatkan doalah!
Bersyukur sikit ayah dah selesai kelas.
Semoga ayah selamat sampai.

Ok... ok.

Peliharalah ayahku ini ya Allah.

Gilalah.
Rindu betul dengan ayah.

Sangat woh!

Gangster dan ganas perangai macamana gaya pun, aku tetap anak yang gila homesick dan tak boleh berpisah dengan rumah serta ahli keluarga rumah. Baiti jannati, man. Itu barulah namanya syurga dunia. Lengkap sudah sepasang ibu dan ayahku.

Sentimental sekejap, isk.

Dah_

Kategori:

18 Responses to "Selitan Ramadhan"

Dani neh said :
August 27, 2009 at 5:54 PM
bersyukurlah masing sepasang huhuuu
famia said :
August 27, 2009 at 6:35 PM
dani: alhamdulillah. jodoh dan ajal maut itu kan di tangan Allah. bersyukur jugalah dua-dua masih hidup walau tidak sebumbung kan. :)
acit said :
August 27, 2009 at 7:09 PM
suke suke. panggel makan tamawu turon.
haha.~
August 27, 2009 at 7:57 PM
Bestnyer!
Saya selalu berjauhan dgn emak dan abah.
Semakin jauh, semakin cinta, kasih dan rindu.
Berjauhan membuatkan kita akan lebih menghargai masa2 bersama org2 yg kita kasihi di dunia ini.
=)
famia said :
August 27, 2009 at 9:20 PM
acit: helooo. saya turun ok. awak tu yang tak rajin nak balik rumah.

akmar: ya. sangat betul. hehe. sekali sekala balik mesti mak ayah layan macam anak kesayangan. segala jenis makanan kegemaran mesti dimasakkan. kan? hehe.
August 27, 2009 at 11:47 PM
Tumpang gembira sekaki.
M-I-N said :
August 28, 2009 at 2:51 AM
syukur alhamdulillah :)
Anonymous said :
August 28, 2009 at 3:53 AM
alangkah indah.. melihat sahaja wajah ayah dan ibu ada ganjaran pahala
famia said :
August 28, 2009 at 8:52 AM
khairulhak: hehe. sila.

min: :)

anon: hehe. semogalah dikurniakan pahala kepada anak yang tak semenggah perangainya ini.
Anonymous said :
August 28, 2009 at 9:53 AM
Wah ayah sudah balik, adakah anaknya yang akan memasak sewaktu berbuka nnti?? hehe.. :p

The Anon
famia said :
August 28, 2009 at 12:01 PM
anon: sampai rumah dekat nak pukul 7. tak sempat. sob sob sob.
BasicCX said :
August 28, 2009 at 4:09 PM
Assalamualaikum w.b.r.

Alhamdulillah dengan limpah kurnia dan rahmatNya dengan kehadiran bulan Ramadhan semua umat Islam kembali kepada Allah, bertaubat, mengamalkan amal makruf dan mencegah kemungkaran membawa rahmat keseluruh alam khususnya bumi Malaysia.

Dengan kembaliNya manusia kepada Allah, Allah telah menahan azab serta ujianNya kepada manusia, lihatlah apa yang berlaku apabila ramadhan tiba, kematian disebabkan H1N1 pada awal ramadhan cuma satu dan hari berikutnya dan hingga kehari ini (http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20090828145728/Article/index_html) tiada kematian dicatatkan. Maha Suci Allah tuhan yang maha pengampun lagi maha penyayang.

Maka, sempena bulan ramadhan marilah sama-sama kita kembali kepada Allah dan menjadikan bulan ramadhan sebagai bulan tarbiah kepada kita untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa pada setiap masa.
August 29, 2009 at 3:12 AM
siapa acit?

adik kah?
famia said :
August 29, 2009 at 8:37 AM
basic: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. alhamdulilah. syukran.

7kaki: haah. kenapa.
anes said :
August 29, 2009 at 7:19 PM
eniwei..
bile nk ajk sy buke kt umah..heheheh
famia said :
August 30, 2009 at 2:11 PM
anes: singgahlah sila.
abuyon said :
September 2, 2009 at 11:58 PM
salam Famia,

Bestnya blog. Syurga di bawah telapak kaki
ibu dan ayah juga .. he

Orangnya happy, but sure still
good muslimah


Am I right? :)
famia said :
September 3, 2009 at 12:07 AM
abuyon: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. terima kasih. tapi blog ini tak best pun. blog tak berfaedah. hehe. terima kasih menyinggah. semoga Allah berkati kamu selalu.

masih mencuba mahu jadi muslimah yang baik. semoga diizinkanNya. hehe.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.