Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, August 21, 2009


_Maaflah.

Hajat mahu kurangkan menulis tak berapa nak sampai.

Malam semalam.

Ayah jenguk di pintu bilik.
Bersama sekotak kurma.

"Cuba rasa nah."
"Wah, ada kurma. Ini Yusuf Tayyub ke ayah?"
"Haah."

Sambil itu ayah tersengih-sengih.

Kita berkerut.

"Eh, macam bukan."

Kita cuit dan ambil.
Kita masukkan dalam mulut.
Kita telan dalam-dalam sampai jatuh ke esofagus.

Lembutnya ya Allah. Besar pula itu. Siap masih bertangkai lagi itu. Warna pun cokelat-cokelat cerah. Namanya El-Medina. Pemberian kawan ayah.

Sekejap lepas itu, emak datang.

Kurma disua.

"Nah, cuba rasa."
"Manisnya."
"Manis macam inilah sedap."
"Mak, boleh tak saya beli Yusuf Tayyub itu?"
"Mahallah. Dekat mana kau nak beli?"
"Giant ada. Oh, mahal ek. Tapi yang ini lagi sedap. Besar."

Ayah dan kita lebih berkenan dengan kurma jenis ini. Lembut. Manis. Besar. Senang telan. Senang hadam. Tak perlu kunyah. Emak sukakan kurma yang lebih keras dan gelap. akhirnya, terbantut juga hajat mahu merasa Yusuf Tayyub itu. Dekat pasaraya Giant tak perasan pula kita akan harganya.

Makan sajalah apa yang ada.

Tapi kan.

Sedap ke kurma Yusuf Tayyub itu_

Kategori:

13 Responses to "Sedap Ke Kurma Yusuf Tayyub"

ieba said :
August 21, 2009 at 12:43 PM
apa beza kurma tu dgn kurma yg sedia biasa di mkn
ladymiaka86 said :
August 21, 2009 at 3:00 PM
slm ramadhan..slmt berpuasa.. maaf andai tersalah kata terkasar bhs..
Nana CS said :
August 21, 2009 at 5:17 PM
sedap, tapi YT banyak jenis.
kau pilih lah.
August 22, 2009 at 12:29 AM
kurma yg aku jual pon sedap :) hahaha
paiseh said :
August 22, 2009 at 5:12 AM
gua sokong mak..!
bulih makan ala2 cuwinggam!
siPenGarut.. said :
August 22, 2009 at 6:47 PM
kurma-kurma....kurma-kurma...mari beli...
bleh beli kt cnie...www.kurmawi.bizprofile.net..
mari2...promosi sat...tuan.tanah jgn mare ye..
..........................
moral: wal fadang fasiruul..ta'adu dil fokok kayu'eh,panasu tariquk..wal kurma..nak bukak fuasirul kehabisanulazi...ku pandang kiri kanaungi...wal saki baki...tumfuk tumfuk...tahi unta....
...................................
famia said :
August 22, 2009 at 7:09 PM
ieba: sama. kurma juga namanya. manis juga perasanya.

ladymiaka: selamat berpuasa juga.

nananya: hehe. takpelah. cukuplah kurma yang ayah aku ada ini. kurma juga. cuma nama saja yang berbeza.

intoxicated: hehe. baguslah jual kurma. lepas Ramadhan pun harap jangan berhenti menjual.

pai: macam susah je mahu telan jenis itu.

ace: sila. no harm is done pun. :)
Lt Col Dop Mustang said :
August 23, 2009 at 11:16 AM
kurma yusuf taiyoob sedap! bukan setakat sedap mulut, tapi di halwa telinga. cuba la kunyah perlahan-lahan, nanti ada orang bisik kat tepi.

yusufff .. taiyoobbb~
KNizam said :
August 24, 2009 at 12:43 PM
sekarang ada mcm2 kurma kan
dulu masa kecik ada satu jenis adjer
yang keras tuh
kesian arwah atuk kena mengunyah. hehe :)
keiroro said :
August 29, 2009 at 10:39 PM
x dela sedap sangat.

tp oklaaaa.

sy paling suka kurma ajwa.

sangat sedaaaap!
famia said :
August 30, 2009 at 2:11 PM
dope: hahahah.

knizam: kalau keras sangat tak berapa seronok sikit nak menelannya. tapi kalau itu saja yang ada, telankan ajalah kot kan.

keiroro: ajwa? first time dengar.
keiroro said :
September 1, 2009 at 11:38 PM
kalau kurma nabi pernah dengar ?

kurma ajwa = kurma nabi. ;D
famia said :
September 2, 2009 at 11:41 AM
keiroro: err, ini first time dengar.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.