Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, August 30, 2009


_Perasaannya macam ini.

Segala yang terletak di tempat asalnya, sudah tiada.

Perasaannya macam semuanya serba tak kena. Tak selesa. Tak mendatangkan kedamaian. Tak seronok. Tak sama. Atas dasar semuanya sudah tidak macam dulu lagi.

Pernah terasa macam itu?

Adakala, memang sukar mahu mengubah langkah. Manusia itu kadangkala masih tetap setia berada pada takuk yang sama. Atas dasar keselesaan. Dan tidak mahu berubah. Atau tidak mahu mengubah. Atau degil dan keras hati masih mahu membatu di situ.

Orang putih bilang, "You just want it to be that way."

Namun.

Hidup kena diteruskan. Jalan terus. Jangan pandang belakang. Berbolak-balik juga hati kena dipujuk. Jalan terus. Jangan berhenti. Toma'ninah pun tak payah. Jalan saja sampai habis.

Kematian atau kehilangan keluarga, misalnya.

Orang putih bilang, "You just want it to be that way."

Namun. Sebagai orang Islam, iman kena merelakan pemergian sebegitu. Kerana sesungguhnya, setiap manusia ini hanya pinjaman semata. Suka hati Allahlah mahu mengambil sesuatu yang dipinjamkanNya pada bila-bila masa.

Benar.

Tapi bila memegang watak manusia ini, kita tetap mahu terasa lengkap dan cukup. Jangan dikurangkan segala yang ada.

Orang putih bilang, "You just want it to be that way."

Tapi.

Bukan kerja mudahlah mahu bangun dari takuk yang sama dan berpindah ke takuk yang lain. Bukan kerja mudah.

Yang menguatkan hati pun cumalah ayat, "Setiap yang jadi wajib ada hikmahnya."

Ya.
Tapi....

Dah. Jangan cakap banyak.

Ya.
Tapi....

Isk, sesungguhnya kau ini manusia yang boleh tahan complicated betul Huzai. Cuba jangan berbolak-balik. Jalan terus. Sampai jumpa papan tanda suruh berhenti.

Ya.
Tapi....

Nak kena siku ke budak ini.

Ya.
Tapi....

Dah. Jangan layan.

Tapi_

Kategori:

6 Responses to "Negatif Sifar"

dboystudio said :
August 30, 2009 at 2:37 PM
jadilah manusia yg sentiasa tbaik.. kita kena yakin pada diri kita dan sentiasa bersyukur..
dboy said :
August 30, 2009 at 2:40 PM
"Kdg2 ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir & kilat.. Kita bersedih & trtanya2 ke mana hilangnya matahari, rupa2nya.. ALLAH nak hadiahkan kita pelangi.. "ALLAH berikan kita puasa, DIA nak hadiahkan pahala dan raya.. oh ya, yg tadi 1st..
famia said :
August 30, 2009 at 3:00 PM
dboy: ya. kena bersyukur. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. hehe. Allah berikan kita Syawal iaitu bulan kemenangan JIKA dan HANYAJIKA kita berjaya bertempur melawan hawa nafsu dengan jayanya beserta menambahkan ibadah dengan berjaga malam dan berzikir kepadaNya setiap masa. Kalau kalah di medan pertempuran, macamana mahu terasa kemenangan di bulan Syawal bukan? hehe. selamat bertempur juga.
dboy said :
August 31, 2009 at 5:46 AM
thehehehehe ya.. bertempur..
Dani neh said :
September 1, 2009 at 9:36 AM
apsal aku rasa cam aku sorang je tak paham entry nih..

waaahahahahaaa... teruk ke.. kekeke
[otak aku dok pike, entry Kuching entry Kuching.. hahaks]
famia said :
September 1, 2009 at 9:39 AM
dani: macam tak biasa je. hahahah. kawan ko ni memang cakapnya suka bersimpang siur. dia nak sampaikan satu point je. tapi dia punya pusing itu.. fuh. kau kan faham Dani. hahah.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.